Terkejut selepas membaca blog hasil penulisan Arif Shah yang menyatakan berita mengenai keadaan pelajar2 di Mesir. Aku tiba2 risau lah pula, padahal aku tak ada pun saudara-mara disana (rasanya). Tapi aku ada beberapa kawan yang belajar disana. Aku memang dah tak dapat menhubungi kawan2 aku kat sana dah. Aku asalnya memang tak tahu tentang krisis ni. Tapi lepas ternampak link entry blog Arif Shah dari ‘adik’ aku baru aku tahu apa terjadi. ‘Adik’ aku ni ada abang kat sana jadi dia memang tengah risau gila.
Aduhai~ terfikir macam mana keadaan kawan aku kat sana. Aku jadi agak risau sebab dikatakan krisis disana sangat2 dasyat. Mereka mencari pelajar Malaysia! Apa mereka nak buat? Mereka sangat2 dalam kesusahan sekarang ni.
Dari entry Arif Shah, aku menjumpai link ke blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita yang menceritakan status pelajar disana. Dikatakan kita tak dapat berhubung dengan pelajar di sana sebab kerajaan mereka menyekat talian2. Dari yang aku bayangkan, keadaan amat huru-hara dan semua polis dah tak buat kerja kepolisian lagi. Risau betul!
Berita terbaru adalah pelajar2 itu akan dibawa ke negara2 jiran berikutan keadaan semakin tegang. Mereka akan dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Aku petik dari Berita Harian. Jumlah rakyat Malaysia disana adalah 11, 000! Hmm~ Risau2. Aku tak tahu apa yang aku risau, tapi aku risau. Moga segalanya selamat.
P/s : Mereka terpaksa hadapi risiko untuk menimba ilmu, sedangkan di Malaysia ini ramai pelajar yang ponteng, lompat pagar sekolah, bermalas2an. Malaysia ni tenang je setakat ni, itu pun tak nak belajar lagi. Bersyukurlah!

jumlahnya sedikit tetapi impak nya dalam jangka masa panjang agak mengkagumkan. Dari yang aku faham, ini ada kena mengena dengan perisa gula2 getah itu. Sebabnya, bila kita makan pelbagai perisa gula2 getah akan menyebabkan kita kurang mengambil makanan bergula. Yela, sebab yang kita kunyah tu pun dah manis. Tapi manis2 gula2 getah ni kandungan gulanya tersangat rendah. Bila kunyah2 dalam tempoh beberapa minti, dah tak ada manisnya kan? Dalam cerita ‘The Biggest Loser’ telah pun mengamalkan kunyah gula2 getah ni. Tujuannya untuk mereka tumpu untuk tidak mengambil snack lain. Huhu~

Zaman sekarang kalau minat gadget2 ni, taklah satu perkara yang aneh pun sebab ianya macam satu trend zaman sekarang. Dari handphone, ke laptop, ke gadget2 tambahan serta gadget2 peribadi seperti MP3 atau apa2lah, biasanya akan di update oleh peminat2 gadget ni. Kalau jenis macam aku, aku tak ambil kisah pun. Aku cuma suka 


Ish~ Tu lah antara mentaliti kebanyakan orang, aku tak faham dan pelik. Asal kata kuat makan je mesti terbayang badan yang besar2. Yang badan besar tu, belum tentu kuat makan, dan kadang2 mereka2 ni makan normal je. Apa yang buat mereka gemuk tu adalah kadar metabolisma dalam badan. Lebih kurang itu lah bak kata kawan aku. Hehe~