Paranormal itu normal ke?

Aku rasa zaman sekarang ni dah cukup biasa dengan perkataan Paranormal dah kan? Mesti dah mula ada dalam karangan budak2 UPSR, PMR atau SPM. Haha~ Yela, kalau dulu kita akan cakap cerita tahyul atau mengarut. Kepercayaan2 animisme yang sering kali dikaitkan dengan hantu, syaitan, jin dan alam2 roh ni kini semakin popular dan menjadi buah mulut orang. Baik di kampung atau di bandar.

saFilem2 seram sekarang dah bersepah2 di layar perak. Aku pun pelik, semakin ramai pula yang percaya perkara tahyul. Dulu masing2 sibuk kata kalau percaya hantu ke benda2 halus ni adalah kolot. Tapi sekarang, kalau cakap pasal hantu ini,tahu je ye.

Terutama orang Melayu kita yang sejak dari azali dah ada kepercayaan animisme. Percaya benda2 yang belum pasti nampaknya.

Tapi ada tak anda tetanya2 tentang apa tu sebenarnya Paranormal dan adakah ianya normal? Paranormal ni sendiri dah beri maksud sesuatu perkara yang tidak normal di sekeliling kita. Ia sering kali dikaitkan dengan kuasa gelap, atau sesuatu yang gelap. Tapi bukanlah orang Negro tu dikira paranormal, yang itu manusia normal! (Tapi memang ilmu hitam masih diamalkan orang di benua Afrika) Jadi bila bertanya adakah paranormal ini normal? Jawapannya sebenarnya ianya normal.

Sebabnya, memang wujud benda2 halus yang kita tak nampak dengan mata kasar kita. Dalam Al-Quran ada menyatakan tentang jin, iblis, dan roh ni tapi kita tak lah boleh melihatnya. Tapi aku tak tahu lah pula hukum bila kita nak mengkaji benda halus ni haram ke apa ke dalam Islam. Apa2 pun sebenarnya benda2 halus ni dah tak payah di buktikan kewujudan sebab Al-Quran dah pun nyatakan jadi benda itu ada.

Ish~ Seram pula bila cerita tentang benda2 camni. Rasa macam ada benda di belakang aku je. Cuba anda lihat belakang~ kot ada yang memerhati anda atau mungkin berdiri tegak dibelakang anda. Huhu~

An American Werewolf in London (1981)<br />Directed by John Landis<br />Shown: David Naughton (as David Kessler)

Apa2 pun memang banyak perkara yang tak dapat di jelaskan dalam dunia ni. Sebab manusia ni akalnya kecik je. Dunia ni terlalu luas untuk kita ketahui semuanya. Dan kemungkinan jika kita tahu semua benda dalam dunia ni, akan jadinya huru-hara! Wallahu’alam~

4 ulasan:

░♥si lampu neon♥░ berkata...

entah laa aku tak minat sgt cite hantu melayu nii kekadang lawakk je..

Check it out Entri Paling Best !
# Siapa Suka Makan Roti Milo ?#
# Frame Ikea Dari Blogger Eqbalzack#
# Pekerja Sambilan Diperlukan !#
# Tak Suka Jalan DI One Utama ! #

azrulshah berkata...

saya suka bende2 yg paranormal hehe

A'IM berkata...

yakin pada diri dan agama..

Amiey White berkata...

macam arwah abah amiey cakap "syaitan boleh ke sentuh orang, bunuh orang? so fikirlah kenapa nak takut"
tapi tak takut segan je ngan hantu >.<