Tips cegah masalah mulut berbau.
Ada terdetik "Blog aku tak cantik..."?
Orang lain yang cuba membuka blog anda, dia akan menghadapi. . .
- Header - tak perlu nak transparent pun tak apa. Jangan panjang sangat kebawah, nanti berat. Saiz lebih kurang 150kb je.
- Page Tab - Yang ni agak penting, tapi kalau tak mahu abaikan. Ini bergantung pada tujuan anda.
- Ruang Entry - Tajuk perlu lebih besar dan jelas daripada entry. Tulisan untuk entry pula hendaklah jelas dan terang untuk dibaca. Gambar pada entry pula jangan lah kedabak sangat sampai keluar ke sidebar serta hendaklah saiz yang kecil sekitar 100kb atau nanti blog anda akan berat!
- Side Bar - Yang ini masalah pada anda. Di sidebar, letak yang perlu sahaja. Tak perlu jam, radio mahupun lagu2. BERAT! Yang penting ialah:
- Pengenalan diri atau pemilik blog.
- Follower .
- List entry2 anda.
- Shoutbox anda.
Punca blogger tak update entry.
Ikut-ikut jadi ikutan.
Aku menolaknya...
Apa lelaki buat sebelum keluar date?
Haha~ Itulah apa lelaki buat sebelum keluar date?
Cara untuk lelaki menjadi tampan, kacak, segak, bergaya.
Okay, mula2 kita kena tahu apa yang buat orang akan fikir kita tampan, kacak, segak, dan bergaya?
Mula2 yang paling ketara adalah dengan...
Masuk ke dalam TV! Ye~ Seperti menyertai Realiti TV ke macam tu akan buatkan anda menjadi tampan, kacak, segak, dan bergaya!
Orang takkan sedar pun anda tampan tampa anda keluar di kaca TV melalui rancangan realiti. Jangan risau dengan perangai buruk anda. Dalam kaca TV, apa yang buruk boleh menjadi hebat!
Selain keluar dikaca TV, cara lain adalah dengan...
Berkawan dengan mereka2 yang kurang menyerlah. Sebab bila yang lain tak menyerlah atau senang kata tidak tampan, kacak, segak, dan bergaya. Maka anda akan kelihatan lebih menyerlah! atau dalam erti kata lain tampan, kacak, segak, dan bergaya!! Ia lebih mudah di lakukan dari masuk ke rancangan TV.
Tak berani ambil risiko juga? Okay, cuba cara ini pula...
Ya! Pembedahan Plastik!! Aku boleh jamin anda akan jadi tampan, kacak, segak, dan bergaya dalam sekelip mata! Tapi risikonya lebih besar dari tadi.
Tak berani juga?
Aduhai~ Aku dah bagi langkah2 yang mudah dah. Tu paling senang nak jadi tampan, kacak, segak, dan bergaya. Hmm~ Okay, sebenarnya ada satu lagi cara untuk menjadi tampan, kacak, segak, dan bergaya ni.
Nak tahu apa dia?
Iaitu dengan menjadi diri sendiri, tak perlu kejar populariti dan semua2 tu. Cuma perlu gembirakan diri, yakin pada diri sendiri, jaga kebersihan diri, hormat diri sendiri serta orang lain. Maka dari percampuran tadi akan menjadikan anda SUPER tampan, kacak, segak, dan bergaya!! Percayalah!
Topik entry yang digemari.
- Aksi terlampau
- Artis pakai seksi nampak...
- Artis dan pakaian mandi...
- ...lucah...
- .........(18sx)
Hias Blog jadi kemas dan cantik. (cara sembil9n.com)
Assalamualaikum, ramai dah tanya aku macam mana nak susun buat blog macam aku? Mana dapat template, macam mana buat itu, macam mana buat ini dan banyak lah. Kadang2 soalan sama berulang2 je. Ke anda yang baca ni pun tertanya2 juga?
Okay, sebenarnya caranya simple je. Semua yang aku guna adalah yang telah sedia ada di blogspot ni. Cuma kena main2kan dengan warna. Untuk design2 Header, Button, aku gune Software Adobe je. Okay, meh aku ajar sikitlah ye. Mungkin ada yang nak tahu.
Mula2, pergi Designer Template dan pilihlah template.
Aku biasanya amik Template Simple @ Picture Window, sebab mudah bagi aku untuk di padan2kan bentuk dan rupa. Dalam entry ni aku gunakan Tamplate Simple (black).
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seterusnya pergi ke tab Background. Disini anda boleh letakkan background yang anda suka, terpulang lah. Tapi entry ni aku akan letakkan background bunga2. Untuk pilihan bacground, aku suka pilih di sini.
Selepas Upload gambar pilihan anda. Klik Done. Gambar yang diupload akan automatic Tile, & Scroll with page. Sila untick Scroll with page.
Ini adalah kerana untuk page blog anda lebih tenang di pandang oleh pelawat. Bila di scroll gambar berbunga/bercorak2, mata kita akan rasa serabut atau tidak selesa. Tak percaya cuba. Untuk Theme tu, terpulang pada anda nak gunakan tema warna apa untuk blog anda.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seterusnya, pergi ke tab Adjust Width, disini anda akan mengubah saiz kelebaran blog anda. Ini penting kerana untuk memastikan keseimbangan blog anda. Seimbang dari segi apa? Itu yang kita tak tahu. Hehe~ Okay, seimbang dari segi entry post dan sidebar.
Dalam entry ni, aku gunakan kelebaran Entire blog adalah 1000px manakala Right sidebar adalah 360px. Itu saiz biasa aku gunakan supaya blog tidak nampak terlalu sempit atau pun semak.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Teruskan ke tab Layout. Pentingnya bahagian ini adalah untuk menjadikan blog anda kemas. Nanti akan aku terang lebih lanjut. Jadi, dalam ni aku gunakan Layout seperti berikut.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Akhirnya, sampai ke tab terakhir iaitu warna2kan blog. Pergi ke tab Advance. Lompat terus ke tab Background untuk ubah latar belakang dulu atau keseluruhan Layout.
Padankan warna Main Background dengan warna Outer Background atau jika gunakan background seperti diatas padankan dengan Background. Jika menggunakan header transparent, sila Transparet kan warna Header Background. Tapi jika anda nak warna pun boleh. Untuk panduan warna, sila baca entry lepas.
Selepas itu, sila balik ke Page Text untuk padankan warna tulisan entry dengan warna2 background yang anda telah pilih. Pastikan ia mesra dengan mata kita ye? Selepas itu, terus ke bahagian Links kerana ia sama seperti tulisan untuk entry sebab orang nak baca. Tapi untuk link sebolehnya biar agak kontra supaya orang boleh membezakan link dan tidak.
Dah? Okay, sekarang untuk tab yang Blog Title, Blog Description, Tabs Text, & Tabs Background tu boleh abaikan jika anda tak gunakan pun dan biasanya aku tak pakai pun. Jadi aku tak terangkan kat sini. Maaf~
Kita langkau ke Post Title pula. Sila gunakan Font yang mudah dibaca, dan besarkan saiz taju supaya orang tahu itu tajuk bukan entry.
Seterusnya, untuk Date Header, Post Footer, Gadget tu sila edit ikut anda. Pastikan Font yang jelas, warna yang padan serta mudah dibaca ye. Aku nak langkau terus ke yang lebih penting bagi aku iaitu di tab Images.
Di tab Images ni anda hendaklah berbuat demikian:
Nampak tak? Background Colour hendaklah di transparentkan beserta Border Colour. Ini adalah untuk gambar berformat .png atau gif tidak mempunyai background seperti yang selalu aku buat dalam entry. Fahamkan? Maksudnya gambar pun backgriund transparent. Hehe~ Caption Text Colour tu jangan transparent. Kot anda nak letak caption, tiba2 tak keluar pula. Kan?
Dah selesai semua? Tekan butang Apply to Blog. Di penjuru kanan atas screen anda.
Hah~ Itu lah cara aku warna2kan blog aku. Kena banyak main2 warna je. Lepas tu untuk susunan widget, aku akan buat entry yang lain ye? Selamat mewarna blog!
Cara sembil9n bila tak ada idea.
Aku rasa mesti ramai yang kerap2 lah kekeringan idea ketika berblogging kan? Tak pun kadang2 time ada idea tapi waktu tu tak ada lappy, bila dah depan lappy tiba2 blurr. Haha~ Tu lah penyakit biasa blogger2 sedunia ni. Tapi lain lah kalau blogger tegar, sebab mereka biasanya bawa lappy ke mana2 dia pergi. Aku belom tahap tegar lagi cuma kerap lah UPDATE.
So ada juga lah kawan2 blogger aku tanya aku macam mana nak dapatkan idea nak tulis entry? Aku agak garu kepala juga bila nak bagi jawapan, so aku pun duduk fikir kejap sebelum jawap. Jadi entry ni adalah jawapan2 biasa aku cakap kat mereka2 yang tanya.
Mula2 anda kena lihat sekeliling. Kalau yang duduk kat kerusi pusing2 tu lagi best. Cuba pusing2kan. Haha~ Tapi jangan laju2, nanti pening. Hah~ Dah pusing dah? Apa yang anda nampak? Bilik? Dinding? Tingkap? Memang lah pun kan. Tapi cuba perhatikan semua2 dalam almari ke laci ke apa2 lah. Contoh lah anda terjumpa duit syiling yang banyak anda kumpul. Then anda cerita sikit tentang duit syiling! Cari kebaikkan dan keburukan, sebab kumpul dan saranan kepada orang lain. Hah~ Tu kan macam masa kita sekolah dulu, buat karangan. Sama je.
Pengalaman lama!
Ini yang paling seronok ni. Kita duduk termenung kejap pikir pengalaman lama, lepas tu cerita sikit apa yang berlaku kat orang dalam blog. Tapi jangan lah cerita gitu je. Sebolehnya cerita lah lokasi, masa, dan suasana kat situ sekali. Then teknik penulisan jangan lupa, buat perenggan. Sebab kalau anda taip panjang2 dalam satu perenggan sumpah berpinar mata orang nak baca, lagi2 blog anda warna-warni. Hehe~ Kalau boleh sertakan gambar, kalau tak ada pun ala2 pun jadilah. Lepas tu, kita kena pandai berinteraksi dengan pembaca dan jangan syok sendiri sangat. Haha~ Tu pada aku lah. Kadang2 kita pun lupa. Kan?
Pengumuan dan isu semasa!
Kalau anda tak ada idea sangat atau mungkin blog anda tu agak spesifik penulisan entrynya; bolehlah tulis penguman seperti tulis produk baru ke, kereta baru ke, dan semua2 tu, kaitkan dengan isu2 semasa. Tak adalah buang masa sangat orang nak baca sebab ada lah informasi yang teperoleh dari blog anda. Tapi dari pemerhatian dan perkenalan aku dengan pelbagai lapisan umur rakan2 blogger. Blogger2 ni tak berminat sangat dengan produk2 elektronik ni, sebabnya mereka memang kaki blog. Tak ada game2, tak ada gadget2 kecuali handphone . Tapi ada masalah jika nak tulis sebab boleh dapat silent reader dari pengguna yang lain.
Googlekan apa2 je!
Itu perkara yang paling penting di alam maya. Sumber kita adalah Google biasanya lah. Kecuali kepada mereka yang rajin baca buku atau tengok dokumentari. Tapi kepada yang nak tulis sesuatu berita, silalah googlekan beberapa keyword yang berkaitan. Contoh macam, bila anda jumpa satu isu seperti Salji Turun kali pertama di Lahore, jangan pula kita ambil satu je sumbernya. Pergi ke Google dan googlekan beberapa keyword seperti: Salji di Lahore, Lahore Snow, First time snow Lahore, atau lain2. Dari pelbagai keyword anda boleh dapat cerita yang lebih menarik sebab setiap sumber agak berbeza ceritanya. Tapi harap jangan lah copy paste je. Even anda ulas sikit lepas tu pastekan sumber ke entry anda pun tak bagus, sebab nampak anda malas nak blogging. Macam nampak nak kejar ‘sesuatu’ je. Tulis lah dan ulaskan. Kalau boleh letakkan pendapat sendiri mengenai artikal yang anda dapat tu.
Setakat ni, aku rasa tu je yang kerapa aku bagitahu rakan2 blogger yang tanya. Mungkin ada lagi beberapa tapi ketika aku tulis ni, tak terlintas kat kepala aku pula. Haha~ Nanti kalau aku dapat idea nanti aku bagitahu lah ye?
Happy blogging, yaw~!
Pentingnya feedback readers.
Pada aku, ia amat penting lah untuk sesuatu blog tu mendapatkan feedbacks dari reader2. Tujuannya adalah untuk kita mengetahui sejauh manakah sebenarnya tahap blog kita ni di hati pembaca2. Feedbacks tak bermaksud bilangan Follower ye. Sebab follower tu kadang2 ada yang follow sebab balas follow kita atau follow sebab nak suruh kita follow balik. Hanya ada beberapa peratus je follower yang follow sebab suka blog kita.
Bagaimana dengan komen? Komen juga adalah satu ajen penting yang mewakili feedback dari reader kita. Jika penulisan anda bagus, tidak kira bagaimana atau apa cerita anda tulis pasti ada pembaca dan ada yang komen. Kadang2 aku tengok, entry dia pendek dan agak merapu tapi readers dan komen banyak. Ini sebab cara dia menyampaikan entry tu menarik dan terbaik. Macam mana nak tulis dengan baik dan bagus? SIla tengok entry yang lepas2 ye, aku ada tulis cara aku nak karang style aku. Hehe~
Selain tu, anda juga boleh buat Poll. Poll ni adalah satu benda yang boleh menunjukkan feedback readers kita. Kalau nak letak Poll, jangan lah tersorok sangat. Orang tak jumpa nanti. Letak tempat2 yang stratergy sikit, tapi jangan ganggu entry dah la ye.
Kalau tak ada juga benda2 tu, anda boleh gunakan alternatif lain. Apa dia? Pernah dengar Formspring.me? Aku rasa ramai je blogger yang dah ada pun akaun formspring ni. Ye, memang formspring ni untuk tanya menanya. Tapi aku baru perasan yang ia juga ada widget yang Respond. Apa yang boleh dibuat dengan button widget ni adalah boleh dijadikan ruangan untuk kita mendapat feedback dari reader.
Anda boleh dapatkan button Respond ni kat Settings > Respond Buttonlepas tu ikut caranya. Lepas dah ikut, baru boleh letak button ni. Cool kan? Aku harap adalah yang rajin nak bagi feedback ni sebab ia bertujuan untuk penambah baikkan blog kita juga. Respond aku, nanti aku Respond anda balik. Haha~
P/s : Terima kasih kepada yang datang menyinggah dan memberi respond2 yang baik!
Tips mencantikkan blog.

Aku pasti ramai yang mengimpikan blog yang cantik, kemas dan comel. Tapi kebanyakkan anda dah cuba tapi masih tak berpuas hati kan? (Ada juga yang tak cuba pun) Ada yang aku tengok dah cuba untuk mencantikkan blog kononnya, last2 hasilnya “ayyo~!” menyeksakan. Biasa dah tu kan? Ada juga di antara anda yang cuba cari di google template2 yang sedia ada dan download kan? Lepas tu apply kat blog dan berpuas hati. Then, tengah seronok BW…terjumpa blog lain yang guna template sama SEBIJIK! Hampa je. Hoho~
Aku tahu, pelbagai dah pengalaman yang anda lalui untuk mendapatkan blog yang disenangi hati sendiri dan orang lain kan? Yela, kan nak blog ni adalah sebahagian identiti diri kita kan? Jadi, dah pasti anda sebolehnya nak blog yang lain dari blogger lain~ Ni yang aku sikit2 nak ajar cara nya untuk berdasarkan cara aku. Kalau tak suka, sorry ye. Ni cara aku, mungkin anda ada cara lain. Sebelum tu, mari kita layan video ni.
Kalau anda pengikut setia blog ni (ada ke?), anda mesti tahu yang aku suka main dengan warna2 untuk template blog ni. Ada juga yang tanya aku macam mana aku hasilkan blog yang cute? (cute ke?) Sebenarnya tak lah kiut pon blog aku ni, semua bergantung pada warna dan susunan je. Jadi anda perlu tahu main dengan warna je.
Macam mana nak main dengan warna?
Okay, aku tahu mesti ada yang tanya aku cara nak main dengan warna. Yela, ni bukan watercolour nak main2 campur warna kan? Hehe~ Sebenarnya dalam komputer ke kat watercolour ke, sama je. Warna is warna lah kan? Mula2 anda kena tahu warna dan susunan kelas2 warna tu. Ha~ Warna pun ada kelas taw. Ni aku tunjuk contoh:
Itu adalah color-wheel. Mungkin ada antara anda tahu apa tu warna kontra dan apa2 lah. Untuk blog, sebolehnya gunakan warna yang redup, sejuk dan nyaman untuk dipandang. Sebab blog untuk dibaca. Mata kita ni tak tahan dengan warna yang terlalu pelbagai. Sebolehnya gunakan warna yang sealiran. Maksudnya jika tema blog anda hijau, maka yang lain2 gunakan warna yang ala2 kehijauan. Untuk tulisan post, gunakan warna yang sesuai dengan background supaya boleh dibaca dengan mudah. Jika anda mahu highligh sesuatu perkataan, jangan sekadar bold tulisan itu, tetapi gunakan warna yang agak kontra tapi tidak striking dengan warna background. Ini adalah bertujuan untuk pembaca, mengambil lebih tumpuan pada perkara yang anda highlighkan.
Memang semua ni ambil masa untuk diubah dan sempurna. Tetapi perkara yang memakan masa tu akan mencapai kesempurnaan. Bersabar!
Okay, setakat ni je dulu yang aku leh sampaikan. Ni pun macam sukar je nak diterangkan. Huhu~ Maaf lah ye, aku cuba sedaya upaya untuk anda happy dengan blog anda! Ada sebarang pertanyaan atau penambahan, silalah letak diruang komen ye.
P/s : Macam pening lah pula dengan ayat aku ni. Haha~ Moga ada perkara yang anda boleh take note lah ye.





























