Industri Hiburan di Malaysia.

Aku tak faham lah dengan industri hiburan dalam Malaysia sekarang ni. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Bagi aku, disebabkan industri hiburan kita ni lah yang buatkan macam Malaysia dah tak ada tradisi. Terutama dalam pemakaian.

Aduhai~ Yang Islam dengan yang bukan Islam dah sama dah. Kadang2 yang bukan Islam pakai lebih sopan. Aku cerita ni tentang sopan, bukan pasal tutup aurat. Yang tu bukan artis je jadi tak nak lah cerita. Artis kita sekarang ni, pakai dedah2 tapi ingat pun Tuhan. Bila menang atau dapat anugerah, tau pun beri salam dan ucap Alhamdulillah. Tu maknanya ingat Tuhan lah tu. Tapi macam benda tu sebagai topeng untuk menyatakan “Aku artis yang baik dan bersih,”. Tolonglah ingat adat kita, yang paling penting agam kita! Dulu Linda On pakai baju designer yang ala2 kebaya2 sikit, tak bagi masuk majlis sebab kononnya macam seksi. Sekarang ni, baju sume macam boleh dilorotkan je. Dah rupa berkemban.

Dah tak nak cerita tentang baju, tapi sekarang ni cerita tentang rancagan anugerah yang menunjukkan teruknya gejala sosial sekarang. Di sekeliling pentas siap ada kumpulan orang yang terkinja2, campur lelaki perempuan. Yang bertudung pun ada! Menjerit2 bila nampak artis kegemaran mereka keluar. Sedih betul lah. Orang lain boleh duduk selsesa, mereka berasak2 pula. Sesetengah anugerah buat macam tu sebab nak nampak rancangan tu meriah. Kalau tak, hambar je macam ada setengah rancangan anugerah tu. Sebenarnya hambar tak hambar tu bergantung pada pengacaraan rancangan tu. Kalau pandai berinteraksi dengan penonton, sah2 tak hambar.

Aku buka cerita ni bukan apa, aku rasa sedih dengan perkara ni. Orang macam dah tutup mata je. Dulu ada juga isu2 berbangkit, sekarang setakat cakap2 je lepas tu senyap. Kononnya artis ni ikon, idola tapi macam tu ke nak dijadikan ikon? Pakai belah2, dedah2, dah lupa agamakah? Aku tak kata semua, tapi kebanyakkannya, baik lelaki atau perempuan. Tapi lelaki susah nak nampak silapnya kalau perempuan ni yang senang. Sebab tu wujudnya pepatah “nak jaga lembu sekandang lebih senang dari jaga anak dara seorang”.

Entry ni tak ada gambar sebab ni cuma luahan kata aku je. Aku dah penat lah tengok keadaan sekarang. Diri aku ni pun bukan bagus sangat, tapi sekurang2nya aku beringat. Dah lah~ Renunglah sendiri.

4 ulasan:

░♥si lampu neon♥░ berkata...

alaaa bese laa tu nama pun artis kan..mmg terdedah dgn dosa..

Check it out Entri Paling Best !
# Buat Banner Flash Dengan Adobe Flash CS3 !#
# # Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !# #
# Dosa Orang Suka Melambatkan Solat !#

Mashitah berkata...

hurmm,.betul, sakit mata tgk yg melompat-lompat,..mintak maaf la....yg pakai tudung...tak sesuai~

LanaBusyBee berkata...

OMG!! u have a nice blog n layout. seriusly i like ^^...suka la design2 yg kemas ni ^^..

nnt leh tlg ajarkan tip n trick yg menarik? sy graphic designer yg cabuk saja ^^

Maria James berkata...

bersetuju dengan opinion awk ni.

nowadays, memang macam ni.
malas saya hendak mengulas, sendiri mahu tahu lah ye