Segmen Mas Zone : Kami Blogger Baru !

Ini adalah entry mengenai sokongan terhadap segmen rakan blogger ni. Jika tak minat nak baca ni boleh ke entry sebelum ni iaitu: Ikut-ikut jadi ikutan.

Tersebut adalah banner yang di peruntukan oleh blog www.masahmadsafwan.com dalam segmen beliau yang ingin memperkenalkan blogger2 baru. Aku tabik dengan budak ni sebab dia baru lagi dari aku dan gila2 cepat UP. Kadang2 rasa nak sekeh2 kepala dia sebab cepat sangat UP, tapi nak buat macam mana kan? Rezeki orang tak sama. 

Aku bukan sebenar2 nak join segmen ni sangat pun (poyo). Tapi aku sebenarnya nak menyokong tindakan beliau ni. Aku dari hari ke hari tengok makin bagus budak ni punya blog. Jadi aku sangat menyokong lah apa2 yang beliau buat kecuali ke arah kejahatan. 

Aku baru  blog dalam bulan 11 tahun lepas, tapi tak sampai2 tahap beliau. Orang kata aku tak peramah. Maaf lah, aku ni malas nak chat kat FB melainkan mustahak je. Dekat grup pun dah kurang, sebab sekarang dah menumpu pada sesuatu yang aku tak tahu apa. Lala~

Blog aku berkonsepkan asalnya sekadar pandangan melalui penulisan. Tapi sekarang aku nak buat banyak2 makhluk hijau ni. Sebab sekarang tengah practice2 untuk buat animation pendek. Serabut rupanya buat animasi ni ye. Macam manalah mereka buat Upin-Ipin agaknya.

Dan sekarang aku nak tag secara RANDOM je, iaitu:

Haha~ Aku tak kenal mereka, petik je kat shout aku tu.
Okay! Selamat berblogging!!

Ikut-ikut jadi ikutan.

Secara tiba2 ditegur oleh seseorang yang agak2 selekeh paras rupanya...
 Itu bukan jadi masalah, tetapi dia suruh aku mengikutnya.
 Aku menolaknya...
...dia membalas dengan mengatakan dia budak baru. 

Itulah yang biasanya blogger2 yang datang ke blog aku mengatakan supaya aku follow semula blog mereka. Maaf lah, aku tahu anda perlukan sokongan dari blogger2 lain.

Tapi apakah tujuan aku follow jika lepas tu aku jejak semula pun tak pernah blog anda? Jika benar aku suka blog anda, aku tak perlu follow pun aku akan kerap datang blog anda semata2 nak baca entry2 yang berinformasi.

Aku bukan nak menunjukkan kerek atau apa2, tapi aku sendiri pun baru menapak je dalam dunia ni. Follower? Bukan satu yang utama untuk dikejar dalam dunia blog. Aku nak reader.

Jadi, sudi2kanlah jadi reader blog aku ye. Tak mahu sekadar follow you, follow me back.

Dan jika anda mungkin nak meningkatkan lagi pembaca serta berkongsi2 pendapat dengan lain. Sudi2kan lah mengPING blog entry anda di Peminat Makhluk Hijau PING group!! Grup baru ni. Hehe~ 


Perubahan tekad!

Tak semua perkara dapat digambarkan dengan kata-kata...

Namun aku dah bertekad untuk berubah!!

Sekian~

Jangan lihat sebelah mata je?

Ini adalah realiti zaman sekarang. Kebanyakkannya semua akan pandang sebelah mata je. Anda pun mesti ada berfikir macam tu. 

Ini adalah lakonan semula si makhluk hijau ni tentang kisah benar tapi dah di ubah2 ikut suka aku lah. Haha~ 
Dia ni seorang anak muda yang tak berapa nak tinggi pelajarannya. Hanya berkebun je yang dia suka buat. 
Dia ni tanam dalam 100 anak pisang kat tanah bapa dia yang tak sebesar mana. Dan kini pokok tu kian membesar sihat. Ini kerana dia rajin menjaga tanamannya. 
Tapi kebanyakkan orang memandang dia sebelah mata. Yela, kerja setakat berkebun. Sah2 berapa je hasilnya kan? Semua fikir cara ni takkan hidup senang, apakan lagi nak kaya.

Tapi dia pedulikan apa orang kata.
Hinggalah sampai di bulan Disember. Apa yang ditunggu2nya dah pun sampai. Dengan berbekalkan anak2 pisang beharga 50sen setiap satu yang dibelinya awal tahun. Kini dah membesar dan membuahkan hasil.
Jika satu kilogram bersamaan RM2 satu tandan dalam 2-3kilogram. Tu satu tandan, kalau 100 lebih tandan?? Tak lah kaya tapi boleh lah. Lagi pun, sambil2 berkebun atau ada kebun ni masih boleh buat kerja lain. Buat tanaman macam ni sebagai sampingan pun okay.

Sebenarnya, sektor pertanian ni agak mudah untuk diceburi lagi2 yang betul2 minat. Ini bukan kerja untuk orang2 tua yang dah pencen sebab kalau dah tua, mana nak larat bukak ladang besar2. Masa muda lah buat benda2 ni. 

Tak boleh kaya?! Siapa kata? Cuba research pasal peladang2 kat Malaysia kita yang kira berjaya. Berapa pendapatan mereka? Lumayan~! Siap boleh jual sebiji mangga RM35 sebiji di luar negara!! 

Apa lagi? Fikir2kan lah...

Apa lelaki buat ketika keluar date?

Ha~ Sebelum mula entry, aku nak bagithu. Ada pula rakan aku tanya, apa kaum hawa buat sebelum keluar date?
Klik untuk ke blog beliau.
Yang itu, aku sendiri tak pasti. Sebab aku rasa, dari yang aku tahu. Wanita jalani kehidupan macam biasa je, sebelum keluar date. Masak, mengemas, tolong mak, tonton tv, baca novel, online, sms, dll. Kalau salah, sorry lah. Sebab aku bukan wanita. Hehe~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okay, balik pada cerita asal. Susulan dari Apa lelaki buat sebelum keluar date? Kau~! Apa kau buat masa dating hah? Tertanya pula aku apa lelaki buat ketika keluar date? Anda nak tahu juga tak? Jom tanya makhluk hijau ni.
Sediakan bunga untuk jumpa si dia (batuk2). Romantik lah kononnya tu kan? Haha~ Beli ikut kemampuan ye. Kalau tak berapa nak mampu fikir2kan dulu. Lagi2 jika naik...
Menaiki bas awal sebab takut terlewat sampai ke tempat yang dijanjikan. Sebab kena ambil kira setiap perjalanan bas tu berapa lama untuk sampai. 

Bila dah sampai...

...tunggu di tempat dijanjikan. Tidak merungut bila dia lambat atau date tu tak se~happy yang diminta. Hehe~

Bila dia dah sampai, apa lagi berdating.
Bagi bunga atau buat kejutan.
Err...window shopping. Haha~
Tonton wayang dah semestinya. Kecuali tak ada cerita best.
Lepas tu pergi makan. Siap bersuap2 lagi. Haha~
Hahaha~ Kali ni shopping pula. Ikutkan sahaja lah. Yang penting dapat luangkan masa dengan dia. Hehe~

Dan bila dah balik. 
Hehe~ Tidur awal juga kerana dah kepenatan. Apa yang penting dia happy. Tak gitu?

Err...ke tak? Ntah lah... Lalala~


Pengumuman: Nak tak beli t-shirt makhluk hijau ni? Klik sini.

Apa kau buat harini? (Aktiviti manusia kini)

Apa kejadahnya kau berdiri kat situ? Oh, entry baru ye? Kali ni aku blur sikit nak tulis apa lah. Emm... Jadi aku nak tanya kau dan anda je lah. Boleh? 

Boleh tak boleh aku nak tanya juga, dan harap di jawab lah. Hahaha~
Okay, soalanya: Apa kau buat harini?

Mulakan dari bangun pagi hingga ke tidur malam. 




Okay, skip pasal anda online tu. Pergi ke sebelah malam. 

...err...okay, skip sampai kau tak online!!
Okay! Cukup lah aku tak nak tau apa kau buat lagi. Kan ke senang kau cakap kau online sepanjang hari.

Aduhai...bila dunia maya menguasai dunia nyata. Adakah anda juga macam makhluk hijau ni?? Jika ye, agak2 aku nak tanya lah. Apa anda dapat bila online semata2? Atau anda ada aktiviti yang berfaedah ketika online? Kongsi2 lah sikit. Hehe~ 

Apa lelaki buat sebelum keluar date?

Adakah esok adalah hari yang anda tunggu2? Hari apa? Apa hal kau ni? Takkan date sendiri pun tak ingat? Hari kau keluar dengan makwe kau! Cuba tengok balik kalender tu!
Ye! Esok lah! Ha~ Baru nak kelam-kabut ke? Okay2, anda perlu tenang. Ada masa lagi untuk buat persiapan. Mari kita check apa yang perlu sebelum date ni. 

Apa ye mula2?

Oh ye! Betul juga tu. Pilih pakaian untuk esok. Penampilan itu penting ye! Kalau tak nak makwe anda pandang lelaki lain, lebih baik anda pakai smart2 sikit. Kalau perlu gosok, silalah gosok baju tu ye. Tak tahu cara nak kelihatan tampan? Kan aku dah pernah bagitahu Cara untuk lelaki menjadi tampan, kacak, segak, bergaya sebelum ni. Check balik!

Lepas dah pilih baju semua tu. Apa lagi? 
Ha~ Tu penting juga tu. Mesej makwe anda dulu kot2 lah dia batalkan date tu sebab ada hal lain. Jadi tak perlu lah sebok2 kan. Haha~ Kalau dia kata ok. Teruskan dengan persediaan.

Anda lupa satu perkara penting! Cuba check...
...ada duit ke tak ada?! Yela nak keluar dengan makwe kalau tak ada duit masalah! (erhem...) Takkan nak makwe belanje? Sekali-sekala memang tak apa, kalau tiap masa malu lah! Kalau dah tak ada, cepat2 pergi cucuk kat ATM sedia untuk esok. Kalau tak ada duit dalam bank, pinjam lah member2 ke, saudara ke, adik ke, atau siapa2 lah. Kalau ada yang simpati kira okay lah. Kalau tak, sila sediakan alasan munasabah untuk si dia. Haha~

Okay, dah sedia semua tu? Satu je sebelum tempoh hari esok iaitu hari date!
Ye, mesti tidur awal. Tidur awal tu penting supaya anda bangun lebih awal dan tidak kelam kabut serta dimarahi makwe kerana kelewatan anda. 

Okay?

Haha~ Itulah apa lelaki buat sebelum keluar date?

Persepsi. Anda pun macam ni juga?

Assalamualaikum, entry kali ni suka aku nak tunjuk sikit lah tentang sikap manusia di sekeliling kita ni. Mungkin anda juga tergolong dalam mereka2 ni. Ini sekadar nak tunjuk dalam konteks persepsi masyarakat kita.

 Ramai yang mengatakan bagus pada mereka yang bertudung. Tak kira lah labuh ke tidak. Tetapi...
... mengatakan teruk pada mereka yang tidak bertudung dan berpakaian agak kebaratan. 

Sebenarnya sama je pakai tudung ke tidak. Apa yang membezakan adalah pakaian mereka tetapi mungkin sikap, pemikiran atau apa2 mereka lebih kurang je. 

Sekarang ni, apa yang aku nampak cara berpakaian tidak sama dengan apa yang mereka ada. Semua manusia ni sama je.

Apa guna dikatakan baik tetapi hakikatnya diri itu tidak ada kualiti baik tu pun? Apabila didapati cara berpakaian tu hanya untuk memberi tanggapan baik, orang lain akan memberi tanggapan lebih buruk. 

Pening? Fikir-fikirkanlah...


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tapi, tak bermaksud aku menyebelahi mereka tidak memakai tudung. Ini kerana ianya tuntutan agama Allah iaitu Islam. Apa yang disuruh-Nya kita ikut, apa yang di larang oleh-Nya kita tegah. 


Sebolehnya pakai lah sopan2. "Kau tu wanita!"




entri dari member blogger:

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Tidak normal.

Eh? Kenapa ni? Kenapa anda konfius? Ada masalah lagi ke? Aku tengok anda dah nampak tampan je lebih dari sebelum ni. Mari cerita kat aku.
Okay, yang itu aku tak pandai nak terang. Sebab sekarang ni budaya kita macam dah nak pupus. Budaya lain pula yang masuk. Benda yang sepatutnya tak diterima makin berlambak pula merata2. 


Nak salahkan siapa? Kau, aku, anda, mereka?? Aku tak pasti. 


Mereka yang serong di sanjung, mereka yang tegak ditolak, mereka yang diam tergamam. Aku rasa ramai kot yang tak paham entry aku ni. Maaf lah ye. Terlalu nak meminimakan keterangan. Hehe~ Faham2 sendiri je lah. 



Cara untuk lelaki menjadi tampan, kacak, segak, bergaya.

Assalamualaikum~! Anda yang lelaki disana tu. Ye, anda lah. Anda nampak sedih je. Boleh aku tahu kenapa? 

Nak kelihatan tampan, kacak, segak, bergaya? Baik, aku akan ajarin anda! Haha~ (macam lah aku tampan sangat nak ajar orang)

Tak perlu lah gembira sampai macam tu. Pelik2 lah anda ni.

Okay, mula2 kita kena tahu apa yang buat orang akan fikir kita tampan, kacak, segak, dan bergaya?

Mula2 yang paling ketara adalah dengan...
Masuk ke dalam TV! Ye~ Seperti menyertai Realiti TV ke macam tu akan buatkan anda menjadi  tampan, kacak, segak, dan bergaya!

Orang takkan sedar pun anda tampan tampa anda keluar di kaca TV melalui rancangan realiti. Jangan risau dengan perangai buruk anda. Dalam kaca TV, apa yang buruk boleh menjadi hebat!

Selain keluar dikaca TV, cara lain adalah dengan...
Berkawan dengan mereka2 yang kurang menyerlah. Sebab bila yang lain tak menyerlah atau senang kata tidak  tampan, kacak, segak, dan bergaya. Maka anda akan kelihatan lebih menyerlah! atau dalam erti kata lain tampan, kacak, segak, dan bergaya!! Ia lebih mudah di lakukan dari masuk ke rancangan TV.

Tak berani ambil risiko juga? Okay, cuba cara ini pula...
Ya! Pembedahan Plastik!! Aku boleh jamin anda akan jadi  tampan, kacak, segak, dan bergaya dalam sekelip mata! Tapi risikonya lebih besar dari tadi.

Tak berani juga?

Aduhai~ Aku dah bagi langkah2 yang mudah dah. Tu paling senang nak jadi  tampan, kacak, segak, dan bergaya. Hmm~ Okay, sebenarnya ada satu lagi cara untuk menjadi  tampan, kacak, segak, dan bergaya ni.

Nak tahu apa dia?

Iaitu dengan menjadi diri sendiri, tak perlu kejar populariti dan semua2 tu. Cuma perlu gembirakan diri, yakin pada diri sendiri, jaga kebersihan diri, hormat diri sendiri serta orang lain. Maka dari percampuran tadi akan menjadikan anda SUPER  tampan, kacak, segak, dan bergaya!! Percayalah!