Aku rasa belum ramai yang mengetahui kisah ‘E’ si kucing hitam yang aku pernah cerita pada awal2 pembinaan blog ni. ‘E’ ni kucing yang ikut kawan aku balik dari 7 Eleven. Anda boleh baca ceritanya di entry yang lepas. Hehe~
Jadi apa pula kisah ‘E’ kali ni? Jangan terkejut jika ‘E’ menunggu kawan aku sepanjang cuti semester 2bulan lalu. Kawan aku cakap, masa dia nak masuk bilik hostel. ‘E’ dah pun tunggu depan bilik. Gila lah punya setia kucing ni. Tapi macam mana agaknya? Kawan aku ni semester akhir. Takkan kucing ni nak tunggu je kat depan pintu kot? Harap dia dibawa balik untuk kawan aku jaga.
Aku ada ramai kawan yang Ailurophilia yang bermaksud sayangkan kucing. Hehe~ Kucing dibuatnya macam bayi atau budak kecil. Di timang2, mandikan lah. Ish3~ Penyanyang mereka ni. Rasulullah pun suka kucing kan? Hehe~
Tahu tak anda? Yang hidung kucing tu bagaikan cap jari kita? Maksudnya setiap kucing tak ada hidung yang sama, jadi maknanya nak kenal kucing kita adalah melalui hidungnya. Hehe~ Suka2 buat andaian. Dari zaman firaun atau zaman dulu2 lagi, orang dah bela kucingkan? Haiwan yang ada sifat manja ni ada 500 juta ekor kucing domestik di seluruh dunia dan ada 33 jenis baka keturunan. Banyak tak? Tu mesti yang tercatatkan? Yang tak tercatat tak tahulahkan? Macam ‘E’ ni mana ada daftar2 kat mana2. Jadi berlambaklah kucing didunia ni. Agak2 akan pupus ke kucing ni? Takkan!
Si ‘E’ ni sifatnya pendiam. Dia suka tengok movie dengan member aku ni kat PC dia. Haha~ Tapi dia agak kuat makan lah. SIkit2 nak makan. Agaknya ada kena mengena tak dengan kucing punya jantung ni berdegup 2kali lebih pantas dari manusia iaitu 110 ke 140 degupan seminit. Tak ada kot. Haha~
Seperti yang pernah aku jelaskan pada entry lepas, si ‘E’ ni takut air sikit. Jadi kawan aku ni tak tergolong dalam 25% tuan kucing yang mengeringkan bulu kucing tu dengan blower lepas mandi sebab ‘E’ jarang2 sangat mandi! Haha~ Dalam gambar sebelah ni kami bungkuskan dia dengan kain. Dia diam je. Suka kot? Sebab sejuk pun hari ni. Hehe~
Satu fakta menarik tentang kucing yang aku baca tadi, kucing akan menggoyangkan ekornya apabila dia dalam situasi konflik. Ni bukan konflik macam manusia tapi maksudnya tengah memikirkan untuk melakukan sesuatu tapi tak boleh. Sebabnya kucing ni sering nak lakukan 2 perkara serentak tapi kedua2 perkara tu menghalangnya. Contohnya bila kucing anda ada di pintu untuk keluar tapi bila anda buka kan pintu di dapati hujan. Waktu tu ekor kucing tu akan bergoyang sebab tengah menghadapi konflik dimana dia nak keluar tapi tak nak kena hujan. Bila kucing tu dah buat keputusan tak kira nak redah hujan atau masuk rumah balik, ekor kucing akan berhenti bergoyang. Hehe~ Comel kan?
Kucing ni tahu baca mood tuannya! Hebat kan? Patut Rasulullah suka kucing. Kalau anda rajin memerhatikan kucing anda, waktu anda sedih atau tertekan kucing anda akan berkelakuan lain dari biasa. Sekarang ‘E’ ni macam kurang aktif sebab tuan dia biasa2 je. Tapi si ‘E’ akan jadi aktif dan lincah waktu tuannya tertekan dengan assigment. Hehe~ Agaknya nak menghibur kot?
P/s: Jangan pegang anak kucing di bahagian tengkuknya sebab cuma ibu kucing je yang tahu macam mana nak buatnya dengan betul dan selamat dan ianya cuma ibu kandung kucing itu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan