Terengganu 26 darjah celcius?

Assalamualaikum, terima kasih kepada pengunjung2 blog aku yang tak seberapa ni. Berat tak nak masuk blog aku? Kalau berat, komplen2 lah sikit kat aku ni ye. Aku akan manage lagi. Hehe~

Seperti yang anda tahu dan tidak tahu, aku sekarang tengah belajar di Kuala Terengganu. Tapi selama aku kat sini untuk semester ni, gila lah sejuk! Aku kadang2 sampaikan nak mandi pun pikir 2-3 kali. Bukan je pagi, sepanjang masa airnya sejuk. Menggigil aku lepas mandi. Rasa macam dah study luar negara je. Tapi kalau kat luar negara ada musim bunga kan? Sini bunga tiap tahun kembang je.

1Pada desktop lappy aku ada Desktop Sidebar,  tu pun satu je aku letak sebab aku tak suka semak2 pada desktop. Sidebar tu menunjukkan suhu semasa. Suhu kat situ tulis 26 darjah celcius kot! Gila sejuk! Aku tak boleh bayang perantau2 yang study keluar negara tu. Anda memang hebat! Haha~

Aku ni memang spesis tak tahan sejuk, jadi aku memang agak tiap masa juga lah pakai sweater. Sebab tu lah maskot blog ni pakai sweater. Haha~ Memang dah rupa student luar negara dah.

Entry ni sebenarnya untuk menunjukkan rasa kagum kepada rakan2 aku dan juga rakan2 blogger yang study luar negara! Anda meamang hebat. Merantau jauh2 untuk timba ilmu. Yang belajar dengan pakai sweater bulu2. Ish~ Cemburu aku. Tapi rezeki masing2 kan. Huhu~ Moga kita kecapi impian sama2!

1 ulasan:

The Clown berkata...

ko sgt mega oke,meng-update seawal 7.18 pagi.hehe,anyway,jenguk la blog ako,ade topik bru. :)

www.getemreal.blogspot.com