Baby baru aku.

Hari yang memenatkan sebab banyak berjalan di alam maya. Haha~ Aku banyak habiskan masa depan lappy aku je sekarang ni. Mencari maklumat tentang segala macam benda di dunia ni. Dari kerja untuk blog sendiri dicampur dengan blog aku yang tak seberapa ni.

bW

Tahun ni alhamdulillah aku bersemangat baru. Walau sekarang ni masih merangkak, tapi aku yakin tahun ni boleh jadi cemerlang. Lagi2 dengan kehadiran baby baru aku. Seronok kan dapat baby. Hehe~  Nak tengok dia?

Tu lah baby baru aku, tapi ni bukan gambar sebenar. Aku tak ada kamera nak ambil gambar sebenarnya. Ni lah ASPIRE 4738G keluaran Acer yang agak latest. Kali ni aku ambil Acer pula sebab tak sanggup lagi guna Compaq. Hehe~

Baby aku kali ni sangat istimewa. Aku beli dengan harga RM1.4k je tapi harga asal RM1.7k juga. Yang menariknya 3 tahun waranty. Seronok kan? Yang lagi seronoknya bila dapat baby ni adalah processor intel CORE i3-380M (bukan i5 macam dalam gambar). Di sertakan dengan 14.0” HD LED LCD, ATi Mobility Radeon HD 5470 GRAPHICS 512MB, 4GB DDR3 Memory RAM, 500 GB HDD, dan DVD-Super Multi DL drive. Apa benda semua tu sebenarnya aku tak lah tahu sangat tentang komputer. Tapi yang aku tahu aku ada 4GB RAM, dengan Graphic Card, serta processor yang okay dan kapasiti yang besar. Memang sangat besar sampai aku tak tahu nak buat apa dah dengan ruang yang sangat2 besar. Lagi2 aku dah ada external dah sekarang.

Taukeh kedai tu berkata kepada aku, yang lappy jadi rosak atas faktor pengguna tu sendiri biasanya. Aku pun akui sebab aku dengan si dia beli model lappy yang sama dulu dan dia beli awal beberapa hari dari aku. Tapi aku punya lappy rosak dulu. Kenapa? Sebab dia jarang guna lappy, dan kalau guna tak lah lama mana macam aku.

Antara cara nak jaga laptop:

  1. Kurangkan penggunaan yang kerap dan lama.
  2. Guna cooling fan walau macam tak membantu je.
  3. Jangan sia-siakan waranti anda. Sebulan sebelum tarikh luput, pergi hantar servis laptop anda supaya anda dapat spare-part yang baru dan lappy akan jadi seperti baru. Jangan risau, ada waranty free je.
  4. Tanggalkan batery (supaya tahan lama) kalau nak guna lama dan gunakan direct power dari plug.
  5. Sentiasa bersihkan lappy anda supaya tidak berhabuk.
  6. Sebolehnya, lap dulu permukaan yang nak anda letak laptop tu. Ini kerana partikel2 habuk tu akan masuk ke fan lappy anda dan menyebabkan sumbat.
  7. Jangan letak laptop di atas katil ini kerana laptop anda akan lebih cepat panas.

Itu yang taukeh kedai tu bagitahu aku lah. Sebenarnya banyak lagi kot tips2. Aku tak terfikir lagi.

4 ulasan:

EmanCloud berkata...

betul atas katil bikin lagi panas thx taukey hahahah

Mra Mastura berkata...

yep yep.. betul la tu tips tu! XD

~fais~ berkata...

cute baby baru..cm baby ak.je. hehehehe...

jage baby baik2 ea...
baby ak da xdapat d selamat kn ag..

Najma Osman berkata...

owh. compaq aku pun da rosak..