Dramatari Gamelan Geliong

Ha, ada sesiapa yang tahu apa yang aku maksudkan dengan tajuk entry ni? Kalau anda kata tentang seni, ia ada kaitan tapi ni sebenarnya adalah sebuah tajuk pementasan oleh kelab kebudayaan di UiTM Kampus Dungun. Pementasan ni berlaku semalam iaitu 21hb Januari 2011 dan pada sebelah malam.

Ini bukan pementasan teater ye, juga bukan pementasan muzikal mahu pun High School Musical: Senior Year! Bukan2. Ini adalah pementasan dramatari. Apa yang dimaksudkan dramatari ni?

Dramatari adalah pementasan drama atau penceritaan dalam bentuk seni tari. Tak sama macam teater muzikal sebab muzikal ada nyanyi2 kan. Kalau dramatari ni tak ada nyanyi, senang cerita tak ada dialog pun! Semuanya disampaikan dalam gerak tubuh dalam seni tari di iringi muzik gamelan.

Tadi, pementasannya mengisahkan tentang kisah dalam istana zaman dulu2 lah. Ada dayang yang jahat apa semua. Pergh~ Terbaiklah penari2 tu. Berlakon dalam tari sangat menjadi. Mimik muka semua. Aduh~ Tabik lah mereka2 ni. Bila ntah aku boleh sampai naik pentas buat dramatari. Teringin aku!

Ish~ Ada peluang nanti, aku nak cuba! Haha~ Kepada yang berada di UiTM Kampus Kuala Terengganu, kelab kebudayaan Kampus Dungun akan turun ke kampus kita. Mereka akan membuat persembahan Dramatari tu. Jadi, nanti ramai2 lah datang tengok ye. Hehe~

Tiada ulasan: