Memaparkan catatan dengan label Kehidupan Student. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehidupan Student. Papar semua catatan

Apa kau buat harini? (Aktiviti manusia kini)

Apa kejadahnya kau berdiri kat situ? Oh, entry baru ye? Kali ni aku blur sikit nak tulis apa lah. Emm... Jadi aku nak tanya kau dan anda je lah. Boleh? 

Boleh tak boleh aku nak tanya juga, dan harap di jawab lah. Hahaha~
Okay, soalanya: Apa kau buat harini?

Mulakan dari bangun pagi hingga ke tidur malam. 




Okay, skip pasal anda online tu. Pergi ke sebelah malam. 

...err...okay, skip sampai kau tak online!!
Okay! Cukup lah aku tak nak tau apa kau buat lagi. Kan ke senang kau cakap kau online sepanjang hari.

Aduhai...bila dunia maya menguasai dunia nyata. Adakah anda juga macam makhluk hijau ni?? Jika ye, agak2 aku nak tanya lah. Apa anda dapat bila online semata2? Atau anda ada aktiviti yang berfaedah ketika online? Kongsi2 lah sikit. Hehe~ 

Mengapa adanya pertemuan?

Sedar tak bertapa hebatnya Allah SWT yang merancang segala perkara dimukabumi ini. Dari sekecil2 perkara hingga ke sebesar2 perkara. Mengapa tiba2 akal aku terlintas perkara ni? 

Dalam perjalanan pulang dari pasar, aku berjalan sorang2 ke arah tempat tinggal aku kat sini (Terengganu). Waktu tu azan maghrib berkumandang dan kebetulan aku terpaksa melalui surau tu. Tapi semasa aku melangkah pulang tu, fikiran aku agak kusut. Macam2 yang bermain dalam kepala aku, macam2 persoalan yang aku tertanya2. Tiba2 aku ditegur oleh seorang lelaki yang ada diluar surau tu. Dia bertanya2 duduk mana, student ke, dan macam2 lah. Soalan biasa2 je. Sebelum dia beredar, dia mengenalkan dirinya sebagai Fauzi dan aku pun kenalkan diri aku. Dan dia berlalu masuk ke surau.

Hmm... Persoalan yang bermain dalam kepala aku bagai terjawab je. Walau tak ada apa yang diperjelaskan, tapi akal aku seperti memahaminya. Allah SWT nak aku bertemu-Nya dan pertanyakan semua persoalan aku pada Dia. Hmm... Sesungguhnya Dia tahu segala jawapan dalam dunia ni. Dia yang merancang segalanya di dunia ini, dari yang baik ke perkara yang kita rasakan buruk. Jika kita sesat, Allah ada untuk kita. Hmm... Jika kita keliru, Allah juga ada untuk kita. Subhanallah... Kenapa kita lalai? Kenapa kita kian lupa? Astaghfirullah~


(Video) Short-clip cerita aksi arahan aku, idea kawan aku.

Syuk Maniax
Beberapa minggu lepas aku dipanggil oleh kawan aku untuk merakamkan satu video singkat untuk perasmian kelab rekreasi. Tapi lepas semua shoot tu, rasanya jalan cerita tidak sesuai untuk tayangan perasmian. Jadi kami telah me'reject' klip ini. 

Idea klip ini adalah dari kawan aku Syuk Maniax (hampir nama sebenar). Dia menceritakan segala perjalanan cerita yang harus ada dalam klip tu manakala aku memikirkan apa dan kat mana nak shoot. Selepas perbincangan dan penelitian kami bersama para pelakon, kami pun mulakan pengambaran.

Sebenarnya kami mulakan agak lewat, lagi2 hari pengambaran adalah hari Jumaat. Kami kena pergi solat Jumaat tengah hari tu. Jadi kami agak mengejar masa. Pengangkutan kami dari satu tempat ke satu tempat adalah dengan berbasikal, dan lokasi kami adalah sekitar Kuala Terengganu. Bayangkan kami pusing hampir seluruh Kuala Terengganu dengan hanya berbasikal.

Lepas solat Jumaat, kami masih teruskan pengambaran. Boleh dikatakan seharian juga kami keluar. Itu pun adalah juga singgah2. Penat gila, nak balik ke kampus balik pula lepas pusing satu Kuala Terengganu. Tempuh hujan! Haha~ Gila mencabar perjalanan kami. Tapi hasilnya kurang memuaskan hati kami. Sebab tak ikut 100% kehendak kami. Jadi, mungkin akan ada re-shoot!

Sebelum aku tunjuk video tersebut, aku nak kenalkan para pelakon dulu. 
Syuk Maniax

CK (Kanza Kinshiro)
Pok Cek

Dan ini dia videonya. Silalah komen. Haha~ Aku jadi kamera-man je, tak ada aku pun. Edit by aku juga, stunt je bukan aku. Jadi, silalah enjoy serta kritik.



Hard Disk diserang 'Shortcut virus'? Download lah removernya.

Pernah tak dapat perkara macam ni kat pendrive ke, hard disk ke atau mana2 lah. Perkara ni berlaku biasanya waktu anda cucuk kat mana2 komputer yang ada virus ni, dan tersebar ke Removal device anda. Aku ni tak lah reti sangat bab2 komputer ni apa lagi bab virus ke apa2 ni. Aku tahu pakai je, rosak? Format semula, tak pun tanya google. Haha~


Baru2 ni, hard disk aku di serang 'virus shortcut' habis semua folder dalam tu tak boleh buka. Aku risau virus ni serang lappy aku je, nasib baiklah tak apa2. Virus ni tak dapat di detect dengan anti-virus biasa kita tu. Dia ada removalnya. Aku tak pasti apa kesannya pada komputer kalau kena, tapi member aku kena sampai lappy dia asyik blue-screen, hang, atau berat. Jadi apa penyelesaiannya? 

Haha~ Pak cik google lah jawabnya. Aku google2 jap dan terjumpa entry ni yang ditulis oleh orang Indonesia (rasanya). Dan dia bagi link untuk  download Virus Shortcut Removal. Aku pun download lah dan apply. Hah~! Berkesan! Sangat bagus. Haha~ Selamat dah barang2 dalam Hard Disk aku. 

P/s : Tapi aku pelik sikit lah, kenapa dia gunakan logo UiTM ye??


Tak gegar pun pentas ni?



Sangat lucu lah hari ni. Hari ini, bersamaan 18hb March 2011 adalah hari yang tak boleh diterima dek akal ku. Dah rupa lagu Elyana pula, tapi tu bukan motifnya. Aku nak bagitahu kali ni aku naik pentas untuk buat persembahan untuk Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA), tapi bukan aku yang ambil anugerah. Aku ni bukan muka dekan pun! Aku dibawah Kelab Kebudayaan UiTM Kampus Kuala Terengganu, atau nama kumpulan seni tari kami Gemalai Bayu membuat persembahan.

Ala~ Untuk selingan2 je. Tapi selingan2 pun VIP,VVIP, dan lain2 P datang. Duduk depan pentas lagi. Tak cukup dengan tu, lecturer berderet duduk depan tu. Cuak je rasa dalam hati ni. Tapi selepas dari persembahan semua, guru tari kami kata 4 bintang untuk semua. Adoi~ Nak sedapkan hati kot tu. Aku rasa teruk je. Adoi! Nak tengok? Bawah ni video malam tu.


Terukkan? Nampak aku? Aku yang tepi sekali masuk second. Ye aku tahu aku tak reti buat tarian joget. Lari counting, dan apa semua. Ala~ Kurang2 aku ada naik pentas? Kau ada? Hahaha~ Bagi aku ni 2 bintang je. Tak sampai 4 bintang pun. 

Eh, bukan satu ni je tarian yang kami (Gemalai Bayu) persembahkan, ada 3. Aku masuk 2, tapi nanti lah aku kot kalau mereka dah uploadkan, aku tunjuklah ye? Aku update lepas dari palang bawah ni. Hehe~

Aku pejam pula!
_____________________________________________________________________________



Assalamualaikum! Saya pegawai keselamatan...

"Assalamualaikum~ Saya pegawai keselamatan..."  Hah~ Biasa tak dengar ayat ni? Mungkin kat tempat anda lain kot. Haha~ Ayat ni sering disebut oleh Resident Staf hostel aku ni. Kami paling tak suka dengan ayat tu sebab tu bermaksud dia sedang buat spotcheck. Hah! Mula lah masing2 gelabah. Haha~ Jadi kalau hostel anda kena spotcheck, apa perkara pertama anda buat?

Aku tak gelabah mana lah pun sebab aku tak merokok, aku tak bawak barang terlarang, tak bawak perempuan masuk bilik, tak duduk menumpang di asrama, dan tak ada apa2 pun salah. Cuma aku akan pergi sorokkan charger handphone, lappy, dan segala perkakas elektrik yang ada. Sebabnya? Kat UiTM ni kalau duduk asrama, memang free lah api air semua, tapi barang elektrik yang kami bawa masuk kena charge RM10. Dan ada lah sticker yang kena tampal, tapi majoriti tak bayar pun. Haha~ Jadi bila ada spotcheck gelabah lah nak sorok benda2 besar2 ni terutama lappy.

Tektik biasa yang kami buat adalah, kumpulkan dalam satu bilik, dan kunci dari luar. Haha~ Sebab kalau bilik tak ada orang, pegawai takkan masuk. Yela, risau kot lah masuk juga tiba2 ada barang hilang, dah jadi kes lain. 

Gambar sebelah ni adalah mangsa2 pelarian dari spotcheck! Haha~ Mereka ni duduk setinggan kat hostel so bila ada spotcheck, berlari2 kehulu kehilir lah tak nak kantoi. Ni kat bilik aku ni. Masa ni bilik aku dah lepas dari spotcheck, so semua lari ke bilik aku. Ades~ Time ni aku dah mengantok gila, yang mereka ni bising siap main Poker pula. Sumpah sakit hati!

Masalahnya aku tak kenal pun mereka ni, suka2 masuk bilik aku buat macam rumah sendiri. Nak je terajang sorang2. Adoi2, Haha~ Tapi baik aku biar je dari kantoi dengan pegawai, dengan aku2 kena tendang. Huhu~

Anda ada tak pengalaman tentang spotcheck ni? Kongsi dengan aku jom?
__________________________________________________________________________________

P/s : Sorry entry, yang tak berapa nak best. Ni gara2 tengkuk aku sakit salah tidur malam tadi. Tak boleh pusing kepala dah aku. Nak Blogwalking pun tak selesa.

Kelebihan simpan duit syiling.

Sebelum apa2, dah baca ke entry yang lepas tentang cik anon tu? Entry kali ni sangat2 tak ada kena mengena dengan entry tu. Hehe~ Saja je nak suruh tengok entry yang lepas. Sebab entry kali ni tentang duit syiling. Siapa suka simpan duit syiling? Sila angkat tangan macam Usop! Haha~ Aku rasa ada juga kot yang angkat tangan walau aku tak nampak. Bestkan kumpul duit syiling? Agak2 apa ye yang anda buat dengan duit2 syiling tu? Aku pun suka simpan duit syiling sampai kadang2 dah sepah2. Haha~ Macam hina je duit syiling.

Tapi hina2 duit syiling ni, bila kita tak ada duit atau senang kata kekeringan duit dalam poket. Sah2 kita guna juga duit syiling ni kan? Haha~ Duit syiling ni  walau nampak nilainya kecik tapi bila kumpul banyak2 sampai juga RM10! Haha~

Aku pernah kekeringan duit di wallet mahupun di bank, tapi duit2 syiling ni lah yang menyelamatkan aku dari kematian kerana kebuluran. Haha~ Aku kumpulkan semula duit2 syiling yang merata2 di bilik aku. Bila kira2 cukup RM10! Dah boleh pergi makan kat kedai dah kan? Haha~ Siap boleh beli maggi dan roti lagi. Boleh lah buat bekalan seminggu macam tu. Tengok bertapa bagusnya kumpul duit syiling. Jadi! Simpanlah duit syiling!

P/s : Okay, bila duit tengah penuh kat wallet, syiling tu still sepah2. Ish3~

Dramatari di Taman Budaya, Terengganu

Pada 19 hari bulan Februari 2011 yang lepas, aku dan 2 orang kawan aku dari kelab kebudayaan kampus aku menjadi batu loncatan untuk pementasan Dramatari di Taman Budaya, Terengganu. Pementasan tu sepatutnya terdiri dari mereka2 yang dari ahli kelab kebudayaan UiTM Dungun, tapi beberapa orang tak dapat hadir. Jadi, kami bertiga (termasuk aku) terlibat sama. Tapi asalnya aku tak terlibat pun. Ni semua pasal ada budak yang sepatutnya pergi tak dapat pergi. Ish~ Aku ni dah lah lambat pick-up dan aku gila2 senang hilang fokus. Risau aku!

Apa yang mengejutkan lagi adalah kami tahu 3hari sebelum pementasan. Gila tak gila? Kami dah lah tak tahu step apa2, tiba2 je kena sertai pementasan tu! Malam Khamis tu practice sampai ketar lutut aku, esoknya pula ada lagi seharian! Kami ni dah lah first time naik pentas besar macam ni (tak lah besar sangat). Adui~ Tak menyempat2 nak tengok handphone aku. Kesian si dia~

Masa hari sabtu tu, kami semua ada last rehearsal dan kena make-up! Gila lah! Tak pernah2 aku make-up tiba2 kena make-up. Rasa muka aku bagai di Photoshop secara real!! Siap lips gloss ke apa ntah letak kat bibir, lepas tu ada celak lagi. Hoho~ Nak tengok gambar tak? Meh aku tunjuk sikit mana yang aku dapat. Nanti aku update tambah gambar masa show:

raja berjiwa rakyat

Aku dan rakan aku pegang watak orang kampung dan yang tengah tu Raja nya. Berjiwa rakyat tak Raja tu? Haha~

mereka

Berbaju merah tu adalah pemain muzik Gamelan manakala yang biru dan ungu tu adalah mereka yang memegang watak dayang. Nampak tak yang baju kuning di belakang tu? Itu lah permaisurinya.

rakyat dan dayang2

Ni gambar lepas persembahan. Orang kampung bersama Dayang dan yang baju coat hitam tu adalah kru. Dia tak main atas pentas, tapi belakang pentas.

mereka2 yg terlibat

Ni lah muka mereka2 yang terlibat (ada 1 orang yang sebok) dalam pementasan Dramatari tu. Tabik lah dengan mereka. Semua ni student lagi ni. Cool kan? Impian aku tercapai jua. Terima kasih sebab memberi peluang.

 

P/s: Lepas pementasan ni, ada VIP naik dan salam dengan kami2 sampai kat aku dia kata aku comel! Haha~ terbangga aku kejap masa tu. Comel ke aku? (sambil buat tangan macam Usop: HKLBR)

Ini sebuah kisah. . . (Bhg. 2)

Ini adalah sambungan dari entry yang lepas. Komik ni aku berinspirasikan kehidupan. Semoga anda layan cerita ini ye.

0.0

8

9

10

11

12

13

14

15

Kesimpulannya, itulah kehidupan. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Jika kita tidak menemui kemenangan kali ini, mungkin akan datang ada kemenangan untuk kita. Kita kan di lahirkan sebagai juara. Nak jadi juara kena gagah kan? Jadi halangan2 mesti kita kena tempuh. Semoga kita sama2 tabah untuk menuju kearah kebahagiaan.

Ini sebuah kisah….

Dah lama aku tak update kan? Ada tak yang tertunggu update dari aku? Hoho~ Aku minta maaf sekali lagi, oleh kerana kecelaruan minda dan masalah lain yang mendatang. Aku tak dapat nak update blog ni. Oleh kerana telah mengecewakan rakan2 blogger aku yang suka datang ke blog aku ni, aku nak beri satu kisah. Ini sebuah kisah yang aku bangun2 tidur je tiba2 dapat idea. Hehe~ Aku buat dalam bentuk komik. Harap anda faham lah ye.

0

1

2

3

4

5

6

7

Aku akan sambung kisahnya pada entry yang akan datang. Terlalu emotional bila nak lukis kartun ni. Huhu~

(Sambungan nya klik sini!)

Aku di kampus.

Photo1774Aku dah pernah bagitahu kan pada anda2 yang aku jaga di MEDEC kampus aku? Sumpah bosan gila sebab tak ada ramai pelanggan. Cuma ada waktu2nya je sampai tak cukup tangan. Tambahan dengan kepala aku yang lambat kira2 math ni. Haha~ Barang dah lah pelbagai harga, siap dengan beli sekali satu bundle! Pening kepala aku walau ada kalkulator depan mata aku. Hoho~ Aku bukan apa, cuma risau shot duit je. Dah lah tak reti kira. Semalam dah ada shot duit, tapi nasib baik bukan dari aku.

Photo1780Kedainya kecik je pun, tapi hasil jualan ratus2. Eh~ Standard ke macam tu? Tapi di MEDEC ni ada 3 kedai kecik. Satu kedai Art Shop, satu kedai printing2, dan satu lagi kedai runcit2. Kedai runcit tu mendominasi ruang MEDEC ni sebab banyak sangat barang nak jual. Aku selalu beli KitKat kegemaran aku je kat kedai tu. Hehe~

MEDEC ni memang menjadi tumpuan Photo1778juga lah kat kampus aku ni selain dari kafe. Tapi kedai aku juga yang tak ada orang. Kenapa? Sebab aku ni Art Shop. Spesifik untuk student Art n Design je. Jadi barangannya tak semua orang nak beli. Hoho~ Budak2 AD ni pula bukan rajin nak membeli, sebab mereka suka beli sekali banyak camtu. Jadi adalah dalam sebulan sekali je datang kedai. Hoho~ Sunyi je kedai aku, yang meriuhkan cuma bunyi lagu aku je lah.

Tapi bila ramai sangat yang datang ke kedai ni, aku pula yang pening kepala. Aku tak reti handle ramai2 ni. Lagi nak kira duit. Huhu~ Memang aku ada pengalaman promoter jualan, tapi masa tu tak pegang duit pun. Aku pegang borang register je. Tapi kali ni kena jaga kedai, kira duit. Adui~ Serabut2. Aku tak reti kira duit ni. Baik duit orang atau duit aku. Macam budak kecik je aku ni; budak kecik pun tahu nak urus duit~

Photo1777

P/s : Aku kat MEDEC ni macam lebih elakkan ada jualan sebab aku tak reti pegang duit. T_____T Sorry sebab aku buat entry personal. Ni gara2 kebosanan melampau!

Kisah rakan aku mengurat…

wan-char

Assalamualaikum, aku nak kongsi cerita lucu kawan aku si Wan yang cuba mengurat penjaga kedai runcit berdekatan hostel kami ni. Aku dengar dari roomate2 dia, dia kerap sebut2 pasal budak perempuan di kedai tu. Kadang2 secara tiba2 dia keluar untuk ke kedai. Pergi kedai bukan beli apa pun, beli Choki2 je. Haha~ Lawak gila kan? Pergi ke kedai semata2 kerana nak beli Choki2 sangat2 tak logik kan? Sebenarnya kawan aku tu nak jumpa perempuan tu je. Tapi, apa yang lawaknya, dah sebulan lebih kawan aku kenal2 dan tegur2 perempuan tu. Nama perempuan tu pun masih dia tak tahu, apa lagi nombor telefon.

Nak tahu kisah selanjutnya tentang kawan aku ni selepas di paksa meminta number telefon perempuan tu pada hari last perempuan tu bekerja? Hehe~ Mari lah teruskan membaca beserta komik!

Tonton di Tonton

Adakah anda ni duduk jauh dari keluarga, belajar jauh ke? Mesti duduk asrama kan? Sama lah dengan aku ni. Sejak aku duduk kolej ni aku jarang gila tengok TV. Yela, duduk kolej mana boleh bawa TV ke bilik kan? Tu yang aktiviti mendownload makin berleluasa. Huhu~ Eh, yang study di U level ni bukan di sekolah. Di sekolah aku rasa laptop pun tak boleh bawa kan? Kasihan~

Tapi sekarang aku dah boleh juga nak tengok TV walau pun dengan laptop je. Lagi best bila ada WiFi sebab laju sikit bufferingnya. Haha~ Walaupun siarannya agak lambat dari waktu asal, tapi aku kisah apa, asal dapat tengok TV! Ops~ Lupa nak cakap tentang apa yang aku reviewkan ni. Aku tengah cakap tentang tonton.com.my!

tonton_com_my_ali

“Cara baru orang menonton TV” adalah cogan kata yang digunakan. Kalau internet anda okay, memang laju dia buffering. Boleh di katakan tiada gangguan macam yang kita selalu tengok di YouTube. Walau masih dalam Beta testing, tapi aku dah rasa agak puas hati! Mudah je nak akses website ni, dah dapat masuk tekan register. Mudah! Lepas tu boleh tonton dah.

Ada beberapa channel yang telah bekerjasama walau masih beta test! Nak tahu channel mana? Ni dia:

xxz

Setakat ni tu je. Tapi tu yang channel, belum masuk tab2 dia yang lain. Macam tab Shows, Movies, dan Specials. Ye! Anda boleh tonton Movie di sini! Kalau tak salah aku, setiap bulan dia akan update Movies tu! Cool tak? Di bahagian channel tu ada cerita dari berita hingga ke drama. Jadi tak ada alasan jika terlepas drama kegemaran anda. Hehe~

xxx

P/s : Aku memang amat menyarankan anda melawat ke website ni sebab dapat tengok TV. Hehe~ Lagi2 kepada blogger yang jarang2 ada masa nak ke depan TV. Sambil2 update blog, boleh tunggu buffering kalau lambat sangat.

Kebaikan Gula-Gula Getah

Selama aku makan eh~ mana pula makan, kunyah gula2 getah ni ada kebaikannya ye. Aku ingat cuma kunyah2 dan buang je. Nak buang pun lekat bawah meja, kerusi, tempat awam, atau mana2 lah, dan lepas tu melekat kat kasut orang tak pun seluar orang lain. Eh~ Tu kebaikan ke? Hehe~ chewing-gum

Aku rasa fenomena terlekat gula2 getah ni dah lama dah, dari zaman awal2 ia dikeluarkan kot. Haha~ Pandai2 je. Tu keburukan yang kita nampak lah. Tapi ada ke kebaikkannya? Ha~ Ni yang aku nak bagitahu ni. Memang ada! Mari teruskan baca entry ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kebaikkan yang kita sama2 ketahui sebab suatu masa dulu ada keluar di iklan TV. Ia ada menyatakan gula2 getah adalah senaman muka. Yelah~ Sebab asyik kunyah je kan? Itu kira kebaikan juga tu. Tapi selain tu, tahu kah anda? Ia juga meningkatkan kesihatan mulut anda! Ye, sebuah syarikat gula2 getah antarabangsa telah membuat kajian selama 2 dekad tentang kebaikkan gula2 getah, dan ini adalah salah satu kebaikkannya. Tapi rasanya tak lah terkejut sangat kan? Sebab ada je antara kita2 ni yang bangun pagi atau bangun2 tidur; tak sempat gosok gigi ke apa, dia kunyah gula2 getah. Kan jadi macam segar. Memang betul lah tu, sebabnya gula2 getah ni bertindak sebagai berus gigi juga dan ia akan meningkatkan kuantiti air liur dimana ia akan menutralisasikan mulut anda dari sebarang bendasing. Wah! Aku cakap cara sains~ Hebat!

Selain itu, gula2 getah juga membantu mengawal diet badan kita! Biar betul? Macam mana pula kan? Katanya ia akan mengurangkan bilangan kalori dalam badan. Walau pun jumlahnya sedikit tetapi impak nya dalam jangka masa panjang agak mengkagumkan. Dari yang aku faham, ini ada kena mengena dengan perisa gula2 getah itu. Sebabnya, bila kita makan pelbagai perisa gula2 getah akan menyebabkan kita kurang mengambil makanan bergula. Yela, sebab yang kita kunyah tu pun dah manis. Tapi manis2 gula2 getah ni kandungan gulanya tersangat rendah. Bila kunyah2 dalam tempoh beberapa minti, dah tak ada manisnya kan? Dalam cerita ‘The Biggest Loser’ telah pun mengamalkan kunyah gula2 getah ni. Tujuannya untuk mereka tumpu untuk tidak mengambil snack lain. Huhu~

Seterusnya, gula2 getah boleh menambah tumpuan kita serta mengurangkan tekanan! Betul ke? Aku rasa ramai juga dah tahu tentang ni, tapi mungkin ramai juga belum tahu. Memang gula2 getah boleh membantu tumpuan kita. Buat kerja sambil makan gula2 getah akan membuatkan kita lebih fokus. Dalam sukan antara bangsa, terdapat jurulatih yang memberi atlit makan gula2 getah untuk melegakan tekanan serta lebih fokus dalam permainan. Selain itu, dalam Perang Dunia ke-2, pasukan US telah membekalkan gula2 getah untuk peperangan. Jadi, jika nak study atau buat apa2 research terutama blogger atau pelajar, makan lah gula2 getah! Kalau stress pun boleh reda sebab fakta menyatakan semasa kita kunyah2 tu, otak kita akan menerima lebih darah! Jadi kita akan lebih cerdas sebab darah kan bawa oksigen! Ia juga membantu perokok kurang merokok dan terus berhenti.

Menarik kan? Siapa tahu benda yang kecik2 macam tu boleh beri impak besar pada badan kita? Hehe~ So, apa lagi? Pergi beli gula2 getah dan simpan dalam poket. Kunyah bila rasa perlu.

P/s : Masa tulis entry ni, aku kunyah gula2 getah sebab sumbernya aku tak berapa faham. Haha~

Kegilaan pada perkakas.

Tajuk entry ni agak2 macam mengelirukan ke? Aku rasa macam keliru je. Sebab sebenarnya aku merujuk kepada Kegilaan pada gadget! Adakah anda salah seorang daripadanya? Haha~ Aku tak lah sangat, cuma suka tengok je. Tak macam member aku ni, The Clown. Dia peminat gadget sekali dengan peminat game! Sepakej sekali, sampaikan blog dia pun cerita pasal gadget.

Zaman sekarang kalau minat gadget2 ni, taklah satu perkara yang aneh pun sebab ianya macam satu trend zaman sekarang. Dari handphone, ke laptop, ke gadget2 tambahan serta gadget2 peribadi seperti MP3 atau apa2lah, biasanya akan di update oleh peminat2 gadget ni. Kalau jenis macam aku, aku tak ambil kisah pun. Aku cuma suka tengok je.

Kadang2 gadget2 ni dibeli sebab nak bergaya2 je. Bukan sebab keperluan pun. Sebagai contoh adalah penggunaan DSLR yang pernah aku bagitahu dulu. Beli dan guna hanya untuk suka2 dan tidak di manfaatkan sebaiknya. Ala~ Tak kisah lah tu kan. Duit anda, bukan duit aku. Hehe~ Ada juga antara mereka yang beli gadget canggih sekadar nak menunjuk “aku pun ada!”. Tapi nak guna tak reti sangat. Haha~ Ada je orang sekeliling yang aku jumpa macam tu.

Tapi tak kurang juga ramai yang membeli gadget kegemaran atas sebab keperluan mereka. Dan mereka gunakannya sehabis baik. Itu pun jika memang kegunaan gadget tu untuk kebaikkan. Tapi jika ianya sekadar untuk hiburan diri? Yang itu lainlah, sebab kalau kaki game ni memang sebolehnya dimana2 pun nak main game. Haha~ Tak faham aku. Aku memang kaki game tapi dah tak lagi sekarang. Cuma kalau sekarang dah adap game, seboleh2nya nak juga aku habiskan game tu malam ni. Haha~

Apa2 pun, setiap penciptaan yang dicipta adalah untuk kebaikkan. Kecuali lah ianya memang bertujuan untuk merosakkan diri. Tapi biasanya ia direka atas tujuan memudahkan kehidupan manusia. Semakin hari, semakin canggih barang yang lahir dari idea2 manusia. Dari yang asalnya hanya fantasi manusia, kini ianya adalah realiti dan bakal digunakan dunia. Adakah ia akan berhenti pada satu tahap tertentu? Sama2lah kita lihat.

P/s : Aku nak sangat ada MP3 sendiri! Dari aku lepas SPM lagi. Tapi still tak dapat2 nak beli! Huu~