Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan

Selangor kalah malam tadi.

Aduhai~ Orang nak seronok2, tiba2 berita sedih pula aku dengar. Tengok tak perlawanan bola antara Kelantan dan Selangor malam tadi? Aku sebagai orang Selangor agak sedih lah dengan kekalahan tu. Mana taknya, aku semangat keluar malam tadi pergi kedai nak tengok perlawanan tu. Datang2 dah nampak Kelantan mendahului. Lagi sedih, permainan Selangor mula2 rancak juga lah pada separuh masa kedua tu. Tapi lepas Kelantan dapat gol ke-2 dah jatuh merudum je aku tengok. Semua macam tak menjadi.

Hancur harapan Selangor nak buat hatrik untuk Piala Sultan Alam Shah. Ah~ Tak kisah lah tu kan? Yang penting, Selangor masih pegang kejuaran terbanyak untuk Piala Sultan Alam Shah iaitu sebanyak 8 kali! Banyak kan? Hehe~ Aku pun baru tahu sebenarnya. Baru berjinak2 nak kenali dunia bola sepak tempatan. Luar negara aku tak nak ambil tahu. Hehe~

Tapi aku paling tak tahan dengan kawan aku ni. Dia orang Kelantan. Tengok apa yang kami balahkan:

zzxzedehk

Sebenarnya itu adalah perbualan dua orang lelaki yang tak tahu dunia bola sepak ni. Haha~ Jadi apa yang kami balahkan, jangan dibangkitkan ye. Sebab kami bergurau je. Kami berbalah sebab kebetulan aku orang Selangor dan dia orang Kelantan. Haha~

________________________________________________________________________

asxc

Ops2~ Anda semua tak nampak ke link aku dah berubah? Hehe~ Kini aku dah ada domain sendiri! Apa benda tu? Maksudnya aku dah tak terikat dengan Blogspot lagi. (rasanyalah) Tapi aku belum lagi buat hosting sendiri. Nantilah, belum tercapai target lagi. Huhu~

Semua ni mula2 terima kasih pada Eman yang menggalakkan aku dengan domain ni dan kenalkan aku dengan Amiru yang ada sediakan perkhidmatan domain di iHosterz.com! Tapi beberapa hari ni aku tak dapat akses ke blog aku gara2 aku yang suka2 nak buat sendiri ntah jadi apa ntah. Huhu~ Nasib baik dah okay. Hehe~ Kepada anda yang nak juga dapatkan domain. Sila lah daftar ye. Setahun RM29 je. Sorry kalau tiba2 harga berubah. Hehe~

P/s : Sorry kalau entry ni serabut. Aku letih waktu buat entry ni, tapi aku buat juga satu entry untuk memberi tahu aku masih aktif. Huhu~ Terima kasih kepada yang datang baca entry.

Sepakan Laser Malaysia!!

Siapa tak tengok perlawanan Malaysia lwn. Indonesia tadi amat2 lah rugi! Bukan rugi apa, sebab sepakan gol tunggal Safee Sali gila kencang. Aku namakan sepakan tu ‘SEPAKAN LASER!’ Haha~ Cool gila! Aku tak heran kalau pemain eropah dah boleh buat aksi tu ke apa. Tapi sebab ni Malaysia, sebab tu aku kagum! Meningkat sudah prestasi pasukan Malaysia ye? Syabas2!

Ucapan Syabas juga untuk penjaga gol Malaysia, si Fahmi tu. Hehe~ Aku rasa dia banyak menyelamatkan bola dari lepas masuk ke gawang gol! Aku tak pernah teruja nak tengok bola pun selama ni, tapi hari ni sebab Malaysia yang main aku jadi teruja! Haha~

Dah2~ Habis cerita pasal Piala AFF Suzuki ni. Sekarang nak sambung request anda2 semua pula. Petang tadi dapat request hebat dari seorang blogger yang juga seorang ibu. Hehe~ Request dia tak sama macam request orang lain. Sebab tu aku kata hebat. Apa2 pun~ akan ku teruskan jua.

Semangat Harimau Malaya!

Harimau-MalayaOleh kerana perlawan akhir peringkat kedua bakal berlansung, aku pun mencari logo Harimau Malaya dan aku trace! Haha~ Tak pernah2 semangat bola tiba2 sekarang aku merasakan semangat bola sepak ada dalam diri aku. Tapi rasanya lepas habis Piala AFF ni habis lah. Haha~

Aku harap perlawanan esok berjalan dengan lancar dan aman. Yela, kontroversi dia banyak gila kan. Malas aku nak cakap2 tentang perkara laser tu. Tak ada faedahnya, kalau pasukan kita menang pun mereka dapat piala dapat nama dapat gaji. Kalau kita yang bising2, gaduh2 dapat apa? Apa2 pun kita kena lah bagi sokongan pada pasukan negara! Sebab tanpa kita ni, sumpah mereka tak kan sampai tahap ni. Lagi2 emosi mereka terganggu dengan kekecohan oleh penyokong pihak lawan. Ya Allah~! Lindungi lah pasukan Malaysia dari segala bencana dan letakkanlah kami dalam golongan2 yang beriman. Amin~

Di sebabkan aku yang bersemangat ni. Aku cipta banner aku sendiri! Yeah! Haha~ Nak tengok? Ni dia:

aku-harimaw

Macam mana? Okay tak. Hehe~ Aku jadikan profile photo Facebook aku. Haha~ Siap ada nama aku lagi. Haha~ Baru lah nampak siapa yang semangat ye tak? Lepas ni tinggal nak beli jersi Malaysia je! Wee~ Tak ada ke yang nak buat contest dapat hadiah jersi Malaysia ye? Kalau ada aku nak join!

Jangan Main Lazer~

Aku kurang puas hati kepada orang yang main lazer waktu perlawanan tadi, itu pun jika dakwaan tu betul lah. Orang yang buat tu memang sengaja mencari nahas untuk memburukkan antara 2 negara. Tapi apa2 pun Malaysia menang weyh! 3-0 pula! Bagi aku semua gol2 nya hebat2. Jarang gila dapat tengok gol2 dari Malaysia macam tu.

Aku berharap perlawanan di Indonesia, Malaysia dapat bertahan! Yeah~ Ramai2 lah berdoa atas perlawanan bahagian ke-dua! Insha-allah~

“MALAYSIA BOLEH weyh~!!!”

Situasi sekarang.


Aku amat2 berpuas hati wakt aku menonton bola sepak Malaysia lawan Vietnam tempoh hari. Aku ni bukan lah kaki bola, sebab aku ni main bola pun tak reti. Haha~ Kalau selalunya lelaki akan duduk ramai2 cerita tentang pasukan ini dan pasukan itu. Ah~ tak ada maknanya bagi aku. Aku tak pernah ambil peduli pun. Aku cuma tengok bola sepak jika pasukan Malaysia dan pasukan Selangor main. Haha~ Siapa nak sokong pasukan sendiri kalau tak kita sendiri kan? Walau pasukan kita tak kuat mana tapi kalau kita tak sokong lagi lah mereka lemah kan? Sama macam kita dekat dunia blog ni. Kalau tak ada follower dan tak ada yang datang baca, kita pun tak semangat nak tulis entry.

Apa2 pun aku berpuas hati lah tengok di Astro perlawanan pasukan Malaysia tu. Dapat 2 gol kan? Gol pertama aku tertidur waktu tengok tapi adik aku kejutkan aku dan bagitahu aku yang Malaysia dah golkan satu. Terus aku tak ngantuk waktu tu. Haha~ Gol kedua aku tak menyangka masuk pun tapi gol, best2!

Aku tengok pun hari tu sebenarnya nak tengok jersi baru Malaysia yang biru merah tu. Cantik lah pula, rasa nak beli satu nanti. Haha~ Baju kuning hitam tu aku tak heran pun. Biru merah tu yang dikatakan bawa tuah. Hehe~ Tuah lah kot.

Jadi sama2lah kita doakan dan memberi sokongan penuh pada pasukan Malaysia dalam perlawanan seterusnya2 ye~ Jangan hilang tuahnya tu pula, Malaysia boleh kan?!