Kebahagiaan Tertangguh

Apa punya tajuk entry aku buat kali ni? Macam tajuk lagu pun ada kan? Apa sebenarnya maksud aku ni? Mengelirukan tak? Aku rasa tak lah sangat, tajuk entry ni ada kena mengena dengan peristiwa semalam. Hehe~

Aku seperti biasa kena menjaga MEDEC di kampus aku. Tapi jadual aku berubah sikit dengan junior aku. Tak kisah lah tu kan, sebab jaga MEDEC ni tak lah susah pun, duduk je. Apa yang susahnya kira duit tu, sebab aku tak reti. Hehe~ Disebabkan senangnya jaga MEDEC ni aku sempat lah menyiapkan entry tentang ketawa semalam. Entry tu banyak juga aku research sebab ada kaitan dengan agama sikit kan. Salah cakap, mampus aku.

Petang tu, aku melepak dengan kawan2 aku di gerai GRATEX yang di buka semata2 untuk menampung perbelanjaan Diploma Show. Photo1730Aku tengok dah rupa kenduri dah, potong2 sayur semua. Mereka masak sendiri dan jual. Sedap ke? Eh~ Mesti lah kan? Mereka tu wanita2 yang pandai memasak, mustahil tak sedap. Kalau tak sedap takkan laku kot? Lupa pula, GRATEX tu adalah gabungan dari nama Graphic dan Textile iaitu dua jurusan dibawah Fakulti Seni Lukis Seni Reka (FSSR) UiTM Kampus Kuala Terengganu.

Photo1731Memang kat kampus ni ada dua tu je jurusan untuk FSSR ni. Kampus pun kecik je, tapi kampus aku ni adalah kampus bandar paling besar bagi UiTM. Ada 6 blok,  tak termasuk 1 dewan dan kafe, 2 blok asrama siswi dan satu blok siswa. Hah~ Besar tak? Dan FSSR adalah satu2nya fakulti yang ada bangunan sendiri di sini. Hehe~

_________________________________________________

Itu cerita kampus aku. Lepas aku melepak di GRATEX, aku nampak si dia baru je habis kelas. Hehe~ Aku apa lagi, mula lah mengikut; walaupun tak ada perkara yang di cakapkan. Hehe~ Aku teman dia beli makanan, tapi aku terlupa satu benda pula. Aku nak bagi dia pinjam external aku la, nak bagi dia movie. Saja kot kalau dia bosan, dia boleh lah tonton kan?

Tiba2 dia mesej kata boleh jumpa kejap malam tu. Aku terkejut juga, sebab jarang dia nak jumpa aku ni. Ish~ rezeki jangan ditolak kan? Hehe~ Aku okay je, tapi malam tu dia kata malas nak turun pula. Huhu~ Aku tahu dah, tak kisah lah tu. Cuma kecewa tak dapat jumpa. Mungkin hari ni kot. Hmm~

Sewel dah aku bila cerita pasal dia. Huhu~ Harap dia tak marah.

1 ulasan:

A.I berkata...

siapa dia tuhhh??
si dia aku pon dah lama tak jumpa!
sedihh dowhhh.
tp kena tabah, pompuan kena thn ego, even nak lompat aku rasa rindu cmm gilaa! haha.