Aku tahu anda semua mesti dah letih buat kerja seharian kan? Dengan kelasnya, kerjanya, atau apa2 je tugas anda termasuklah berblogwalking. Mesti letih punya lah. Lumrah lah kan manusia ada rasa letih, kalau tak letih tu pelik juga aku. Apa power yang anda pakai? Haha~
Bawa2 lah berehat, lagi2 kaki blogger yang kerap sangat blogwalking. Hampir 24 jam di depan lappy atau PC. Hah~ Yang itu, tidur lewat sebab berblogging, tak pun main game. Ish3~
Tahu tak anda? Manusia perlukan sekurang2nya 8 jam sehari untuk berehat beserta tidur siang. Tidur siang dimaksudkan bukanlah tidur sepanjang siang. Rasulullah kita juga sarankan kita tidur sebentar pada siang hari. Kira2 dalam area2 Zohor lah. Sebentar tu bermaksud dalam 5 ke 15 minit je. Jangan lebih2 pula! Tak elok nanti badan jadi lesu!
Untuk yang berjaga malam ni pula, adalah tak elok sebenarnya. Kan Allah S.W.T telah mencipta malam yang indah, tenang dan sejuk untuk kita semua berehat. Bukan untuk kita berjaga. Kalau betul pun nak berjaga, buatlah perkara yang berfaedah. Iaitu berdoa kepada Allah, solat sunat seperti yang telah diriwayatkan kepada kita. Hehe~ Aku cakap bukan lah bermakna aku ni bagus sangat. Aku pun macam anda juga, cuma sekurang2nya buatlah benda yang elok. Jangan yang bukan2.
Apa? Tak boleh nak rehat? Kenapa? Banyak sangat blog yang menarik untuk diterjah? Adui! Mana lagi penting ni? Diri Jangan terlampau kejar benda2 macam ni, bak kata orang2 sekarang; “buat rileks je,”! Tak mahu rehat juga? Nah~ ambil ni; Kit Kat!
Siapa tak kenal Kit Kat? Ada yang tak pernah rasa ke? Pelik jika anda tak pernah rasa Kit Kat ni kecuali anda memang tak suka makan coklat. Haha~ Kalau anda teringin nak rasa, pergilah ke kedai runcit berdekatan anda, baru dalam RM2 macam tu. Ada 4 jejari coklat Kit Kat dalam tu.
Kit Kat, dengan cogan katanya yang popular “Berehat sebentar bersama-sama Kit Kat,” adalah coklat manisan keluaran syarikat Nestle. Memang popular coklat ni satu dunia. Mula2 dicipta oleh syarikat manisan di York, England bernama Rowntree pada 1988. Dekat US Kit Kat dibawah syarikat lain, iaitu The Hershey Company.
Kalau nak cerita sejarahnya panjang sebenarnya, sebab Kit Kat ni ada dari sebelum Perang Dunia ke-2 lagi. Macam mana tu? Hah~ Tu lah yang malas nak cerita. Hehe~ Tapi aku takkan tamatkan entry ni macam ni je. Aku nak kongsi sikit perihal Kit Kat ni. Teruskan membaca: (sumber)
- Kit Kat terus menjadi satu jenama manisan yang terlaris sejak dari mula2 ia diperkenalkan.
- Catitan Buku Rekod Dunia Guinness 1997 telah mencatatkan rekod jualan Kit Kat pada tahun 1995 adalah sebanyak 13.2 billion di seluruh dunia dan setiap saat, 418 jejari Kit Kat telah diambil di seluruh dunia.
- Setiap pengeluaran 5 minit Kit Kat mampu memenuhi struktur menara Eifel, manakala penluaran Kit Kat untuk setahun mampu melitupi 350 kali keluasan bawah tanah London!
- Terdapat pelbagai perisa Kit Kat telah dihasilkan dari pelbagai negara, sebagai contoh di Jepun adanya perisa ‘Teh Hijau’, atau adanya perisa ‘Mentega Kacang’ di UK dan Canada.
- Kilang Kit Kat boleh di dapati di York (UK), Toronto (Canada), Hamburg (Germany), Ponda (India), Chembong (Malaysia), Tianjin (China), Kasumigaura (Japan), Campbellfield (Australia), East London (South Africa) dan Hershey (USA).
P/S : Menulis entry sambil makan Kit Kat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan