Blogger Gegarkan 'U'

Aku lama sudah tak join segmen bro ben ni. Kali ni, bro ni open segmen yang berkaitan dengan student U. Memandangkan aku ni student IPTA yang berwawasan seperti pelajar lain; aku rasa eloklah aku join segmen ni. Klik lah banner tu kalau nak tahu apa si bro ben ni punya segmen. Soalan2 ni adalah untuk dijawab dalam segmen ni:

  • Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?
    • Aku adalah pelajar UiTM kampus Kuala Terengganu (Bukan Dungun). Jurusan yang orang panggil AD atau nama panjangnya Seni Lukis dan Seni Reka dalam bidang Design Grafik dan Media; sem 6 sepatutnya tapi aku repeat sem 5 sebab aku main2 sem lepas. Haha~
  • Asal mana ? Umur ?
    • Aku asal dari Banting, Selangor memang agak jauh dari Terengganu ni. Tambahan dengan kos yang tinggi untuk jurusan ni. Nasib lah aku ni dah tak berapa nak muda kalau tak… Aku hujung bulan April tahun ni berumur 21 tahun! Tua sudah aku~
  • Kenapa amik jurusan itu ?
    • Aku dari zaman sekolah lagi minat bidang ni. Seronok lah buat grafik ni! Haha~ Tak ada desakan dari mak ayah aku pun. Sampai aku nak berhenti pun mak aku kata terserah pada aku. Tapi lepas di beri semangat kembali oleh orang2 sekeliling aku, aku pun teruskan juga. Jadi aku akan habis sem 7.
  • Cita cita .. peewwittt ..
    • Sesiapa yang ikuti blog aku, aku ada beritahu apa cita2 aku dan impian aku dalam dunia yang aku pilih ni. Bagi yang tak tahu; dalam dunia seni Grafik ni aku sangat2 bercita2 nak membuka galeri seni grafik aku sendiri supaya boleh aku mempamerkan sesuatu design yang berkaitan dengan si penonton tu nanti. Aku juga ada perancangan projek yang aku rasa bagus kot; dimana aku nak mengajak orang ramai kenali apa itu art dan aku nak tegaskan bahawa semua orang boleh lukis dan semua dari jiwa itu adalah seni.

Di dunia blog ni, sebenarnya aku mencari rakan yang sama akalnya dengan aku. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi rakan seperjuangan dalam dunia design grafik ni kan? Hehe~ Angan2 kena tinggi kan?

14 ulasan:

Shahazrin berkata...

saya duk maktab..leh join ker??

efa berkata...

waah..af ko join erk..bestnya..waa...nk kembali stdy la nk join itu hahaha ngek tul ak ish.. 'U' ka ko efa..ish sengal ak hahaha..

aienz nawawi berkata...

wow seni lukis

salam kenal yer =)

Lulu caldina berkata...

Study bebaik..ngee..
Good luck..

d_tieah berkata...

Best2..
Suke sgt blja pasal grafik2 ni..
Tp takde peluang plak..
Hehe..

niesz berkata...

same la..niesz uitm n org selangor..hehe..salam kenal.. :)

puteri cahaya. berkata...

G.Luck dear!!.. mudahan dpt buka maktab ya.. All the Best!!!.. akak kasi gegar kat sini dan meriahkan followers awak skg nie... yyyyyyeeee... meh singgah sini

http://ainblogger.blogspot.com/2011/01/blogger-gegarkan-u.html

puteri cahaya. berkata...

oppppss... uiiikkkksss silap.. bukan galerti lukisan. maktab pulak.. jauhnye tuuuuu... lari bidang. hehehehe..

Pembawa_Wacana berkata...

Salam kenal dari UPM..;)

yad'z berkata...

golek2 sini via ben ashaari...^^

Nur Mudrikah berkata...

waa, bagusnya dapat teruskan ikut minat sendiri. teruskan berusaha k. dtg ziarah dari tanjung malim ni..hihi. salam ziarah;)

Alisya berkata...

all the best to you :)

Miss Nina berkata...

good luck ! :)

cik siska ^_^ berkata...

Singgah sini jom singgah belog sy…hihi