Memaparkan catatan dengan label Laman Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laman Sosial. Papar semua catatan

Nak tengok iklan Window DOS-5 dulu tak?

Assalamualaikum! Aku cuma nak tunjuk video iklan window zaman dulu. Kalau kita hidup zaman tu pun kita dah rasa hebat gila dah, tapi sekarang kalau kita tengok balik? Hahaha~ Anda nilai lah sendiri dengan tengok video ni.


MASpage.com–Malaysian Comunity Web Browser

Assalamualaikum semua, entry ni aku nak perkenalkan satu Web Komuniti Malaysia iaitu MASpage.com. Baru dilancarkan pada 3hb Mac 2011. Aku dah register dah. Hehe~ Tapi, aku still  tak tahu nak kata ia bagus atau pun tak. Sebab aku ni spesis yang sentiasa cuba apa2 je produk baru dari Malaysia.

10

Tapi bila aku Log In, aku terfikir kenapa dia nak guna biru putih juga? Tak ada idea ke apa? Tapi mungkin boleh Upgrade lagi kan? Okay lah~ Sebab tak berat pun. Aku rasa rileks je nak lompat2 dari page ke page. Tak ada button yang tak berfungsi, semua okay. Aku tekan dah semua dari A-Z. Bagi aku boleh lah.

12Cuma logo tu macam terlalu LAME sangat lah. Kalau lecturer aku cakap ni, dia akan kata SAMPAH! Haha~ Sebab tak komercial langsung! Macam logo ubatan pun ada aku tengok. Sangat simple! Tapi aku still rasa benda ni okay.

Nak tahu apa yang macam best lah bagi aku tentang website ni?! Dia boleh customize Profile! Yeay~! Tepuk tangan sikit! Seronok tak? Seronok tak? Haha~ Agak bosan sebab benda ni sebenarnya ada ala2 Myspace. Selain tu yang aku nampak ada Forum, ada Dashboard, ada home Page, Blog, Video, Photos, Polls, Sounds, Groups & adalah beberapa aku tak sebut. Kira okaylahkan? Cuma aku rasa kenapa ada Dashboard dan HomePage? Kenapa tak satukan je? Mungkin sekarang aku tak nampak sangat kegunaannya tapi kenapa?! Hoho~

11

Tapi satu je aku tak paham, adakah produk ni dengan DrBook2u.com tu sama? Sebab aku jumpa website ni di Fan Page DrBook2u tu. Sepatutnya DrBook2u di launch semalam juga, dan tiba2 admin nya beri link ini di wall. Walau mempunya masalah nak acsess masuk, tapi bila aku cuba subuh2 dah boleh.

 


P/s : Nak tengok tak Profile MASpage aku? Ah~ Anda taknak tengok pun still aku nak tunjuk!
MASpage/sembil9n

Kawan dunia cyber dan realiti.

Aku dapati, di dunia cyber sekarang ni setiap orang boleh dapat beribu kawan. Tapi adakah realitinya macam tu? Di dunia syber cyber sekarang, ramai yang kejar siapa lebih ramai kawan. Tapi persoalannya, adakah anda mengenali kawan2 tu seperti di dunia realiti? Dan adakah realitinya anda ramai kawan? Haha~ kawan tu bermaksud apa bagi anda? Bagi aku, ianya orang yang benar2 ambil tahu mengenai kita, peribadi dan segala benda. Bukan sekadar rakan berborak atau bergembira dan bersosial. Mari tengok komik ni kejap.

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Kesimpulan dari cerita ni, kita sebenarnya tak kenal pun siapa yang kita tegur di dunia cyber ni dan itulah realitinya. Kita hanya akan mengenali mereka jika dia adalah kawan2 terdekat tetapi jika tak; agak mustahil kita nak mengenali mereka.

Apa2 pun, nak bersosial tak salah pun; ikut anda lah kan. Cuma ingatlah segala batas2 kebun yang telah ditetapkan dalam agama kita. Yang nak berwebcam tu, paham2 lah ye. Dunia ni makin kecik tapi dosa makin besar kita dapat dan sangat2 mudah! Kalau dulu ada pepatah “Telajak perahu boleh di undur, terlajak kata padah jawabnya,” tapi sekarang kita modenkan dengan  “Tersilap menaip boleh dipadam, tersilap posting besar masalahnya.” So, fikir2kan lah ye.

P/s : Kepada mereka2 yang suka tegur aku di IM Facebook, sorry lah kalau aku tak layan. Aku bukan kaki chat. Kalau penting je aku layan. Okay~

DrBook2u.com?

senget-26.1.11Hah! Ingat lagi kisah kononnya ada website yang nak menyayingi Facebook? Haha~ Tak perlu selindung panjang2 lah kan, tajuk entry tu dah jelas terpampang tulis DrBook2u.com! Cakap pasal drbook2u.com ni mesti anda akan fikir ia berkaitan dengan Dr. Rozmey a.k.a si rambut cendawan. Hehe~ Nak tahu tak yang dikatakan drbook2u.com ni tak ada kena mengena pun dengan DDR tu! Mana aku dapat cerita? Asalnya aku baca entry di bilatergigithalia.com lepas tu aku pergi sendiri ke fans site DrBook2u.com di Facebook. Hah! Memang betul pun!

Ha~ Pelikkan? Hari tu yang kita dengar kat media tu apa ke benda nya kan? Konfius kan? Apa makna semua ini DDR? Adakah satu penipuan? Huhu~ Rileks2. Aku rasa mesti ada sesuatu yang belum sempurna didedahkan.

Bagi aku, benda ni mesti ada cerita yang menarik untuk dikupas2 umpama bawang dan nanti akan menjadi cantik. (Eh~ Macam skrip Wajibtayang!) Okay, kepala aku ada terbayang sesuatu yang macam mengarut tapi macam masuk akal tentang DrBook2u.com! Hehe~ Macam detektif pula. Okay, aku mulakan keterangan mungkin perkara yang berlaku disebalik semua ni:

  • Ada kemungkinan DDR telah tahu dari awal projek DrBook2u.com ni dan telah pun bercadang nak beli atau ada share besar lah kononnya. Lagi2 sebab namanya ‘DrBook’ kan. Tapi malangnya dia tak berjaya mendapatkannya. Sebab tu lah sekarang macam sayup dah cerita laman sosial DrBook ni.
  • Atau pun DrBook2u.com takut terkena badi seperti cerita 2 Alam tu. Kan ramai orang yang tak berapa nak suka dengan Dr. Rozmey ni. Jadi bimbang Dr.Book2u.com ni pun tak ada sambutan jadi di katakan tak ada kena mengena.
  • Atau mungkin DDR sendiri yang tak nak dirinya dikaitkan dengan laman sosial ni walhal dia ada share besar dalam projek ni. Jadi dia nak selamatkan projek ni, ia dikatakan tak ada kena mengena. Bagus juga idea ni.

Itu je yang aku terfikir, tapi tu pendapat personal aku. Tak ada kebenaran mana2 pun, saja buat cerita. Hehe~ DrBook2u.com ni akan di rasmikan pada 2hb Februari 2011 nanti. Aku tak tahu lah macam mana interface dia. Tapi dari rupa yang depan tu, macam kurang sikit lah. Logonya kurang memuaskan, pemilihan warna yang bagi mata aku tak menarik, dan font Cooper? Moga di ubah nanti ye.

Aku bukan nak menjatuh sesiapa dalam entry ni. Aku sokong kedua2nya, Dr. Rozmey serta website DrBook2u.com! Sebab kedua2 adalah Malaysian! Aku sokong bila ada orang melayu nak cuba melangkah setapak kedepan. Tak kira lah meniru ke apa, sebab dunia sekarang lebih2 dalam design (atau seni) susah nak cari sesuatu yang baru. Apa yang boleh dibuat adalah olah jadi benda baru atau versi kita atau pun juga kita buat penambah baikkan! Jadi, teruskan usaha wahai Malaysian!

P/s : Aku baru tahu ada lagi satu laman sosial Malaysia iaitu 1Malaysia.com. Aku tahu pun lepas ia dah kena HACK! Haha~ Dari kata kawan aku, interfacenya terabur dan securitynya sangat lemah. Sebab tu kena Hack!