(Info) Ramai nak keluar dari Facebook?


Ada sesiapa dah dengar isu ni? Aku pun dapat tahu dari kawan aku. Dia ni memang rajin ambil tahu hal dunia ni. Aku memang ada dengar2 tapi tak ambil kisah sangat. Maklumlah, Facebook aku tak lah rajin sangat aku adap. Cuma kalau tak ada Facebook ni aku susah nak berhubung dengan si dia. Hanya guna handphone lah nampaknya. Oh ya, anda boleh lihat website ni di quitfacebookday.com. Dalam tu adalah nyatakan sebab apa semua dan macam2 lah.

Tapi baru2 ni aku dengar lain lah pula. Dengarnya Facebook sendiri yang nak tutup pada 15 March 2011?! Betul ke rumor tu? Anda rasa macam mana? Betul ke? Dari article yang aku baca di huffingtonpost.com menyatakan yang ini hanya rumor dan ramai yang menentang, siap buat group lagi. Lagi satu dalam artikel tu ada bagitahu yang YouTube juga nak tutup pada tarikh yang sama. Jadi anda hanya boleh lihat video2nya last pada 14 March! Betul ke ni?

Kalau ikut dari sumber kawan2 blogger aku pula macam2. Macam2 pendapat juga yang mereka bagi. Ada yang nyatakan tuan Facebook tu stress bila uruskan laman sosial ni. Aik? Bukan dia seorang yang kerja. Kan ramai pekerja dia. Dia bos kan? Ntah apa2 lah dunia ni.

Positif negatif ada bila Facebook ditutup pun, sebab lambakan laman sosial sekarang ni dan aku rasa hampir semua negara maju ada laman sosial sendiri. Malaysia pun ada! Siapa kata tak ada? Apa2 pun pendapat aku tentang berita ini adalah aku rasa semua ni hanya propaganda untuk mengkaji berapa ramai yang tak boleh hidup tanpa Facebook. Bila kontroversi ni wujud, makin naik lah Facebook ni. Tak pun mungkin memang sebenarnya Facebook nak tutup sebab nak bagi jalan pada laman sosial lain. Ah! Apa2 pun cerita yang tersebar, biarlah! Tengok je lah nanti.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

klu camtu kenelah pindah ke
tempat lain...ke laman sesawang burung biru berparuh kuning yg berdecik twit2....

Tanpa Nama berkata...

siapakah sahabatmu yg memberitahu kamu tentang ini? XD

sembil9n berkata...

1- byk lg pilihan lain :)

2- kawan aq tu adelah si rasydan....dn bbrpe rkn len....