Lagi kisah Facebook.

Apa lagilah isu kali ni ye? Facebook ni banyak kontroversi dalam pelbagai versi yang dibalas dari segenap persepsi penggunanya sendiri. Ambik kau ayat aku pun dah macam rappers dah. Haha~

Baru2 ni, iaitu semalam aku berblogwalking sambil dengar lagu2 di lappy aku. Aku ternampak satu entry mengenai Facebook. Tapi dah terlupa ambik link! Aduhai~ Aku tertanya tak habis2 lagi ke kes yang konon Facebook nak tutup?

FB

Tu cuma rumor, jangan dipercaya. Takkan lah dah berjaya dapat juta2 punya projek dan dah linkkan hampir semua manusia di dunia, nak ditutup pula? Mark tu tak lah bodoh sangat cuma berat sebelah je.

Kenapa aku kata berat sebelah? Sebab isu ni lah juga menjadikan katanya Facebook ni akan di sekat pengggunaannya di Malaysia!

fbb

Kenapa lah pula? Ini kerana menurut satu persatuan dan seorang menteri tu; kata ada isu penghinaan terhadap Perdana Menteri kita dan juga agama Islam! Aduh~ Dengan adanya Facebook ni, orang seperti berani bersuara dah kan? Tapi kan benda tu boleh di kesan.

Apa2 pun tujuan nak disekat adalah sebab risau akan keselamatan negara. Yelah, kan kalau nampak perbalahan apa semua tu akan menjatuhkan air muka negara kita habis negara ni.

Bila ada dunia maya ni, semua benda tak ada rahsia lagi kan? Senang2 je tersebar. Kalau dulu nak sampaikan pesanan dari Melaka nak ke Selangor masa zaman Kesultanan Melayu dulu makan masa berhari. Nak ke Kelantan dah berpurnama. Kalau ke Jepun, Belanda… ntahla. Silap2 kalau nak sampaikan gambar terbaru Sultan masa tu, pergi2 balik je Sultannya dah berjambang balik. Haha~ Tapi sekarang ni, boleh tengok live je apa2 yang berlaku di negara yang jauhnya berjuta batu. Pergi Utara-Selatan boleh balik hari je. Senang!

Ish3~ Macam2 dunia ni. Sememangnya nak kiamat dah. Insaf2lah~

Sebelum tutup Entry, ni gambar latest dari Facebook aku!

facebook-aku!

Haha~ Cool x? Kalau nak add aku, tekan button2 tepi ni. Yang ada biru, biru, oren.

Tiada ulasan: