Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

Kenapa ye?





Selamat mengerjakan ibadah Puasa di bulan Ramadhan ini dari aku.
-sembil9n.com

Ada satu blogger tu kan. . .


(klik gambar utk ke blog berkenaan)



Okay, sebelum si Makhluk Hijau ni melalut. Baik aku mencelah cepat. Hehe~ Sebenarnya, macam yang anda lihat tu. Si Aiman ni mempromotekan blog aku ni kat blog dia.

Aku terkesan benda ni bila tengok 'traffic resource' aku ade datang dari blog beliau. Jadi aku terjah lah. Tajuk tu macam berbaur negatif je....

Bukan gentar ke apa. Aku terima je pandangan baik buruk dari sesiapa. Sesiapa pun boleh kritik. Aku alu2kan. Hehe~ Tapi bila aku tengok sekali dia tak kritik lah pula. 

Apa2 pun terima kasih lah ye Aiman. Terus2kan lah dengan blog Apa Kata Aiman tu ye. Menarik dah tu~ tak tipu! Dulu aku pun mula macam tu. Tak percaya, sila check entry dulu2.

Apa2 pun, kepada yang lain. Sila lah pergi terjah blog Apa Kata Aiman ni. Mesti anda terkejut. Lagi2 dia ni suka sangat reveal blog orang. Mana tahu sangkut blog anda kan?

P/s: Ni entry di kala aku keletihan bekerja. Maaf jika macam tak bagus je ye. Tapi ni pernah jadi satu agenda aku dimana aku terfikir nak buat segmen khas untuk reveal blog orang lain yang aku rasa berpotensi. Hehe~ Tapi tunggu la aku larat.

Kemana pergi 50sen yang diberi?!

Pernah tak alami seperti ini...


...tiba2 terasa nak terkucil sangat2. Mula lah kepala anda nak menoleh kiri dan kanan mencari keperluan untuk memenuhi kehendak.


Bila menemui sasaran, kaki segera melangkah ke arahnya.

Tetapi, sebelum masuk perlu ada cagaran untuk melepasi pintu utama.


Jumlah cagaran memberi gambaran yang indah dan mempesonakan kiranya kenalah dengan jumlah cagaran yang diberi.

Tetapi sebaik sahaja menjejakkan kaki dipintu masuk. . . . . .


Selepas dari peristiwa tersebut, Makhluk Hijau telah mengambil keputusan untuk siap2 buang air dirumah. Jikapun terasa nak buang air sangat, dia akan ke masjid atau surau berdekatan. Sebab kat situ pastinya bersih tak pun sekurang2nya tidak teruk.

Kadang2 aku malu dengan keadaan tandas awam di kebanyakkan tempat di negara kita. Terutama di tempat2 yang sering dikunjungi oleh pelancong asing.

Tandas ni adalah satu tempat yang melambangkan peribadi. Jika tandas bersih maknanya kita ni boleh dikatakan pembersih dan sebaliknya. 

Apa2 pun, fikir2kanlah ye? Dah pakai sama2 kan? Jaga lah sama2 tandas awam tu. Jangan lah harap pada tukang cuci tu. Sebab kerja dia membersihkan tandas, bukan membersihkan najis2 anda ye. 

Haha~




Bersifat Kejiranan

Inilah kediaman Makhluk Hijau ni...
...berserbelahan dengan kandang haiwan. 

Oh, itu bukan kandang milik dia atau pun bapa dia atau pun keturunannya. Tetapi orang lain. Lagi pun itu tanah dia, biarlah dia nak buat apa pun kan.

Walaubagaimana pun, pemilik kandang tersebut tetap jiran si Makhluk Hijau tu.

Tetapi, jirannya itu tidak menjaga kandangnya itu. Seperti yang anda tahu, Makhluk Hijau ada buat penanaman pisang di hadapan rumahnya. (entry ini)

Seringkali, haiwan2 yang sepatutnya dikandang oleh jirannya itu tidak dikawal hingga memakan tanaman Makhluk Hijau. Haiwan amat gemar dengan pokok yang baru bercambah.

Walau jiran tu menyedari, dia cuma memanggilnya masuk kandang semula tetapi tak pun meminta maaf.

Ini pastinya mengundang marah sesiapa je. Bukan itu je, kandang itu juga menjadi tempat pelupusan sampah. Jirannya akan akan kumpulkan dan bakar di kawasan kandang itu.

Asap2 tu membawa bau busuk serta langsung tidak menyenangkan. Jirannya itu sedikit pun tidak memikirkan bahawa ada kediaman orang di sebelah kandangnya itu. Jika berlaku kepada dia, apa dia rasa?

Sehinggalah, satu hari. . .

. . .letupan berlaku di kandang tersebut. Letupan itu amat kuat sehingga menerbangkan haiwan2 yang asalnya tidak boleh terbang, melayang tinggi hingga berbatu jauhnya. Letupan itu berpunca dari. . .

Namun malangnya, semua itu hanya khayalan liar si Makhluk Hijau je. Sebab Makhluk Hijau ni masih berfikiran waras lagi berperi kemanusiaan.

Biar Allah SWT je yang memberi balasan. Apa kita boleh lakukan hanya menegur atau kita pula yang akan dipersalahkan.

Hidup berjiran hendaklah bertolak ansur serta perlu timbang rasa. Jika kita tak suka diperlakukan begitu maknanya orang lain juga tidak suka. Atau jika pun anda suka mungkin orang lain tidak suka.

Allah SWT telah kurniakan setiap hamba-Nya otak dan akal fikiran. Boleh fikir kan mana baik buruk. Dalam agama kita pun dah ada pun rukun adab2 berjiran. Jika jiran kita sakit hati, dosa hukumnya.

Sedangkan bau harum masakan kita jika dihidu jiran dan kita tak sedikit pun menghulur kepadanya, dosa hukumnya. Ini kan pula bau yang busuk dan buat orang sakit hati. Fikir2lah ye.





++++++++++++
Kepada jiran2 blogger aku. Aku masih buka jualan T-shirt blogger tu. Lagi 50 orang! Cepat2! RM28 je dengan postage. Siap dengan URL link blog anda lagi dibelakangnya untuk setiap baju! Siapa nak bagi kan? RM28!! Lengan panjang ada, serta Baby-T dari XS hingga XXXL!! Cepat!!





Kebersihan.

Beberapa minit kemudian. . .
Selepas itu. . .
Dan. . .
Setelah itu. . .

Itulah yang biasa berlaku dalam masyarakat kita ni. Sebab tu jugalah virus senang beterbangan dan merebak. Tapi memang tak disangkal lagi, kat mana2 ada kuman kan?

Apa pun tak bermaksud kita tak boleh cegah benda tu dari tinggal di badan kita. Cegah disini bermaksud kurangkan kuman berbahaya di badan kita. Sebab kita tak boleh nak buang keseluruhan dari badan kita ni pun.

Sebab tu juga lah kat eklan TV tak tulis "Membasmi 100% kuman." tapi tulis "Membasmi 99.9% kuman". Sebab benda ni berkenaan dengan mikro-organisma.

Kekal bersih!

*Aku nak promote produk kawan aku yang akan menyelesaikan semua masalah anda. Superika! Sila klik untuk info barang ni. Haha~

Punca blogger tak update entry.

Ada sesetengah blogger otai mengatakan perlunya update blog sehari sekurang2nya sekali atau dua kali. Ada juga yang kata sampai perlu update 5kali! Sebenarnya, semua ni bergantung pada blogger tu sendiri. Ikut suka lah nak update berapa kali. Dan bergantung pada tujuan orang tu blogging juga. 

Tapi agaknya apa punca ye yang blogger2 ni tak update entry? Banyak faktor2 yang mendorong kekurangan blogger2 update entry.

Meluangkan masa dengan kawan2 serta kekasih hati. Seorang blogger yang betul2 blogger tidak akan menulis hal peribadi serta aktiviti harian mereka semata untuk update entry. Haha~

Sebok untuk mencuba benda baru kononnya. (batuk2 kuat) Haha~ Mula menonjolkan diri dalam bentuk vlog dan last2 blog kemana, vlog pun dah tak ada. Konon kecewa dek kerana tak dapat sambutan. 

Terlampau 'menghias' blog sampai tak tertanggung dek kelajuan broadband di Malaysia. Disebabkan terlampau 'cantik' blog tersebut tidak didatangi orang dan tak dapat sambutan buatkan hilang semangat nak update entry kerana dah tahu tak ada yang nak menjengah pun. Walau sesaat!

Haha~ Tu sebenarnya adalah sebilangan kecil je. Kebanyakkannya sekadar tak ada idea nak tulis apa je. Lagi2 blog yang bertema macam elektronik, politik, cinta, tips, keagamaan, fesyen dan lain2.

Blog2 bertema ni menyebabkan mereka kering idea apabila dah tak ada bahan nak story. Haha~ Nak kena selalu research dan buka mata dalam tema yang diperlukan.

Blog yang terlalu bebas pula buatkan orang tak tertarik nak singgah sebab ceritanya turun naik. Lagi2 yang cerita hal peribadi. Siapa yang nak tahu tentang diri kita? Artis kah kita ini? Hehe~ 

Lagi tak best bila ada yang bersikap seperti di entry: Ikut-ikut jadi ikutan.

Segmen Mas Zone : Kami Blogger Baru !

Ini adalah entry mengenai sokongan terhadap segmen rakan blogger ni. Jika tak minat nak baca ni boleh ke entry sebelum ni iaitu: Ikut-ikut jadi ikutan.

Tersebut adalah banner yang di peruntukan oleh blog www.masahmadsafwan.com dalam segmen beliau yang ingin memperkenalkan blogger2 baru. Aku tabik dengan budak ni sebab dia baru lagi dari aku dan gila2 cepat UP. Kadang2 rasa nak sekeh2 kepala dia sebab cepat sangat UP, tapi nak buat macam mana kan? Rezeki orang tak sama. 

Aku bukan sebenar2 nak join segmen ni sangat pun (poyo). Tapi aku sebenarnya nak menyokong tindakan beliau ni. Aku dari hari ke hari tengok makin bagus budak ni punya blog. Jadi aku sangat menyokong lah apa2 yang beliau buat kecuali ke arah kejahatan. 

Aku baru  blog dalam bulan 11 tahun lepas, tapi tak sampai2 tahap beliau. Orang kata aku tak peramah. Maaf lah, aku ni malas nak chat kat FB melainkan mustahak je. Dekat grup pun dah kurang, sebab sekarang dah menumpu pada sesuatu yang aku tak tahu apa. Lala~

Blog aku berkonsepkan asalnya sekadar pandangan melalui penulisan. Tapi sekarang aku nak buat banyak2 makhluk hijau ni. Sebab sekarang tengah practice2 untuk buat animation pendek. Serabut rupanya buat animasi ni ye. Macam manalah mereka buat Upin-Ipin agaknya.

Dan sekarang aku nak tag secara RANDOM je, iaitu:

Haha~ Aku tak kenal mereka, petik je kat shout aku tu.
Okay! Selamat berblogging!!

Apa lelaki buat ketika keluar date?

Ha~ Sebelum mula entry, aku nak bagithu. Ada pula rakan aku tanya, apa kaum hawa buat sebelum keluar date?
Klik untuk ke blog beliau.
Yang itu, aku sendiri tak pasti. Sebab aku rasa, dari yang aku tahu. Wanita jalani kehidupan macam biasa je, sebelum keluar date. Masak, mengemas, tolong mak, tonton tv, baca novel, online, sms, dll. Kalau salah, sorry lah. Sebab aku bukan wanita. Hehe~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okay, balik pada cerita asal. Susulan dari Apa lelaki buat sebelum keluar date? Kau~! Apa kau buat masa dating hah? Tertanya pula aku apa lelaki buat ketika keluar date? Anda nak tahu juga tak? Jom tanya makhluk hijau ni.
Sediakan bunga untuk jumpa si dia (batuk2). Romantik lah kononnya tu kan? Haha~ Beli ikut kemampuan ye. Kalau tak berapa nak mampu fikir2kan dulu. Lagi2 jika naik...
Menaiki bas awal sebab takut terlewat sampai ke tempat yang dijanjikan. Sebab kena ambil kira setiap perjalanan bas tu berapa lama untuk sampai. 

Bila dah sampai...

...tunggu di tempat dijanjikan. Tidak merungut bila dia lambat atau date tu tak se~happy yang diminta. Hehe~

Bila dia dah sampai, apa lagi berdating.
Bagi bunga atau buat kejutan.
Err...window shopping. Haha~
Tonton wayang dah semestinya. Kecuali tak ada cerita best.
Lepas tu pergi makan. Siap bersuap2 lagi. Haha~
Hahaha~ Kali ni shopping pula. Ikutkan sahaja lah. Yang penting dapat luangkan masa dengan dia. Hehe~

Dan bila dah balik. 
Hehe~ Tidur awal juga kerana dah kepenatan. Apa yang penting dia happy. Tak gitu?

Err...ke tak? Ntah lah... Lalala~


Pengumuman: Nak tak beli t-shirt makhluk hijau ni? Klik sini.

Tidak normal.

Eh? Kenapa ni? Kenapa anda konfius? Ada masalah lagi ke? Aku tengok anda dah nampak tampan je lebih dari sebelum ni. Mari cerita kat aku.
Okay, yang itu aku tak pandai nak terang. Sebab sekarang ni budaya kita macam dah nak pupus. Budaya lain pula yang masuk. Benda yang sepatutnya tak diterima makin berlambak pula merata2. 


Nak salahkan siapa? Kau, aku, anda, mereka?? Aku tak pasti. 


Mereka yang serong di sanjung, mereka yang tegak ditolak, mereka yang diam tergamam. Aku rasa ramai kot yang tak paham entry aku ni. Maaf lah ye. Terlalu nak meminimakan keterangan. Hehe~ Faham2 sendiri je lah.