Bila Tergigit kumbang!

Assalamualaikum~ Tajuk entry tu bukanlah satu peribahasa baru. Entry malam ni mengenai kisah roomate aku yang aku rasa agak lucu je. Haha~ Saja nak kongsi dengan anda semua sebab aku pun pernah juga alami peristiwa macam ni.kumbang busuk

Ha~ Kumbangnya spesis2 macam ni lah tapi kecik lagi. Roomate aku ni tengah minum air yang dia beli. Ntah macam mana kumbang tu boleh masuk air tu. Kalau terus telan mungkin lah tak rasa sangat kan, tapi dia tergigit. Pergh~ keluarlah segala macam jus busuk kumbang tu. Anda bayangkan lah rasa kumbang tu macam mana? ‘Sedap gila!’

Dia terus berlari ke bilik air, dan lepas tu mual2. Dah rupa orang mengandung je. Haha~ Tapi aku tahu perasaan beliau sebab pernah gak kena. Gila lah rasa nak muntah!

Kumbang tu mengeluarkan bau busuk bila dia rasa terancam. Ada beberapa jenis kumbang yang macam tu. Tapi ada satu spesis kumbang ni bukan keluarkan bau busuk. Tapi hdfhbnkeluarkan cecair panas dari belakangnya. Berapa panas? Sangat2 panas! Lebih 100 darjah celcius! Hebat ciptaan Allah S.W.T ni kan? Namanya Bombardier, dari yang aku nampak kat Google la. Kalau ada nama lain aku tak tahulah. Cool kan haiwan ni?

Tapi cerita pasal kumbang, teringat masa muda2 dulu, tahun 90an. Ada satu cerita yang selalu aku tonton dengan adik2 aku. Lucu tapi cool juga! Ingat tak Big Bad Beatleborg?! Orang2 yang sebaya aku mungkin ingat lah. Selepas2 cerita Gabban habis tayangan. Haha~ Apa2 pun. Kumbang adalah kumbang. Spesis serangga paling banyak spesis dalam dunia!

4 ulasan:

zuera berkata...

hahhaa...xley bla..gile payau+kelat+busuk..
err...

redzuan berkata...

dlm becerita ada info yg bro selitkan.. bgus bro. thumbs up for u bro :) first time bru tau ada 1 spesies umbang keluarkn ceair pnas smpai shu 100 drjah celcius, .

tringat zaman kecik2 dlu sllu tgk cerita gabban. mmg antara citer feveret slain dragon ball thunderking.

EmanCloud berkata...

yeah saya suke itu cerita robot kumbang! haha

Cik Miera berkata...

errkkk!! tergigit..hihi