Selangor kalah malam tadi.

Aduhai~ Orang nak seronok2, tiba2 berita sedih pula aku dengar. Tengok tak perlawanan bola antara Kelantan dan Selangor malam tadi? Aku sebagai orang Selangor agak sedih lah dengan kekalahan tu. Mana taknya, aku semangat keluar malam tadi pergi kedai nak tengok perlawanan tu. Datang2 dah nampak Kelantan mendahului. Lagi sedih, permainan Selangor mula2 rancak juga lah pada separuh masa kedua tu. Tapi lepas Kelantan dapat gol ke-2 dah jatuh merudum je aku tengok. Semua macam tak menjadi.

Hancur harapan Selangor nak buat hatrik untuk Piala Sultan Alam Shah. Ah~ Tak kisah lah tu kan? Yang penting, Selangor masih pegang kejuaran terbanyak untuk Piala Sultan Alam Shah iaitu sebanyak 8 kali! Banyak kan? Hehe~ Aku pun baru tahu sebenarnya. Baru berjinak2 nak kenali dunia bola sepak tempatan. Luar negara aku tak nak ambil tahu. Hehe~

Tapi aku paling tak tahan dengan kawan aku ni. Dia orang Kelantan. Tengok apa yang kami balahkan:

zzxzedehk

Sebenarnya itu adalah perbualan dua orang lelaki yang tak tahu dunia bola sepak ni. Haha~ Jadi apa yang kami balahkan, jangan dibangkitkan ye. Sebab kami bergurau je. Kami berbalah sebab kebetulan aku orang Selangor dan dia orang Kelantan. Haha~

________________________________________________________________________

asxc

Ops2~ Anda semua tak nampak ke link aku dah berubah? Hehe~ Kini aku dah ada domain sendiri! Apa benda tu? Maksudnya aku dah tak terikat dengan Blogspot lagi. (rasanyalah) Tapi aku belum lagi buat hosting sendiri. Nantilah, belum tercapai target lagi. Huhu~

Semua ni mula2 terima kasih pada Eman yang menggalakkan aku dengan domain ni dan kenalkan aku dengan Amiru yang ada sediakan perkhidmatan domain di iHosterz.com! Tapi beberapa hari ni aku tak dapat akses ke blog aku gara2 aku yang suka2 nak buat sendiri ntah jadi apa ntah. Huhu~ Nasib baik dah okay. Hehe~ Kepada anda yang nak juga dapatkan domain. Sila lah daftar ye. Setahun RM29 je. Sorry kalau tiba2 harga berubah. Hehe~

P/s : Sorry kalau entry ni serabut. Aku letih waktu buat entry ni, tapi aku buat juga satu entry untuk memberi tahu aku masih aktif. Huhu~ Terima kasih kepada yang datang baca entry.

Tiada ulasan: