Buang ShoutMix?

Ada tak satu dari anda yang datang ke blog ni dengar tentang rumors orang nak buang shoutmix atau shoutbox atau sewaktu darinya? Anda rasa adakah ianya rasional? Alasan untuk membuang shout2 ni adalah kerana kes yang penipuan tu lah. Rasanya anda tahu dahkan yang ada setengah blogger yang kononnya datang singgah ke blog kita dengan tinggalkan jejak di shout2 tu, walhal dia menggunakan software tertentu untuk meninggalkan jejak di shout2 kita.

shout

Pada pendapat aku, semuanya sebenarnya terpulang kepada kita. Jika kita benar2 nak jadi blogger serta manusia yang jujur; kita tidak akan melakukan sesuatu seperti tu. Dan jika kita benar jujur, kita akan singgah mana2 je blog tak kira lah apa pun dia tulis, dia menipu ke apa ke. Semuanya bergantung pada niat kita berblogging untuk apa. Untuk traffic? Popular? Duit? Atau berkawan? Sebar pengetahuan? Gossip? Apa2lah lagikan. Ingat niat anda, positifkan minda. Jika sebab segelintir blogger yang macam tu, anda nak buang sesuatu yang sebenarnya tak bersalah?

Aku bagi contoh, jika anda terdengar yang ramai dah peniaga gunakan duit dan barangan curi, dan terlibat dengan benda2 haram. Mengapa tak pula anda ambil keputusan untuk tak pergi mana2 kedai sebaliknya menanam sendiri2 diblekang rumah atau ternak sendiri. Hehe~ Fahamkan? Jangan lah disalahkan benda yang tak salah.

Shout2 ni tak lah utama dalam pembikinan blog. Tapi berguna untuk mereka2 yang gemar BW dan tak tahu nak komen apa. sekurang2 dia boleh beri salam perkenalan dengan kita di shout2 ni. Apa2 pun, semuanya pada diri kita. Jujur? Niat? Hehe~

5 ulasan:

Miss dorayAki berkata...

kotak jerit tak bersalah ;)

whitecappuccino berkata...

setuju..tanya sama hati..jawab sendiri

redzuan berkata...

pndngan sy la bro, kotak shoutmix widget wjib utk blogger2baru psang kat blog. dorg boleh diknali oleh blogger2 yg da lma brkcmpung dlm arena blogging ni. dpt trik trffik and at the same time dan upkn page rank blog kita dlm search engine.

tp masalahnya kerbau2 ni manipulate shoutmix and xjujur blogwalking. snang je da tau mnipu ramai2 tkan butang unfollow and jgn jejak pun blog dorg ni. biar sedar ckit ..

efa berkata...

shoutmix tu penting huhu..sb leh kenal blogger bru+leh bw+boleh up trafik..apa lg..bgus shoutmix ni...jgn buang..huhu

Tieka Nadira berkata...

shoutmix penting lah.. baru senang nak tinggal jejak.. =)