JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

Hah~ Inilah antara tanda aku kekeringan idea. Letih fikir untuk entry aku yang dalam proses ni. Dicampur dengan kepala yang pusing2, bertambah lembab lah RAM otak aku untuk memproses matlumat. Dan secara tiba2 aku ternampak Bro Ben punya segmen! Segmen yang mempamerkan header blog. Haha~

Seperti yang dapat anda lihat, aku buat kelainan dalam blog ni kan? Dimana headernya aku letak di sebelah tepi sebaris dengan sidebar. Nampak ke tak header aku tu? Okay kalau tak perasan, ni aku letak:

headers2

Hehe~ Aku memang suka buat siri budak hijau ni. Pada sesiapa yang ikuti blog aku dari dulu tahu lah macam mana rupa header aku. Pelbagai siri dah.

Okaylah~ Aku kena jalankan tugas dengan melengkapkan apa yang Bro Ben ni minta.

  • Sapa yang buat header tersebut
    • Aku buat sendiri header tersebut. Mengikut cita rasa aku sendiri.
  • Perisian yang digunakan
    • Aku menggunakan Adobe Illustrator kerana itu je yang aku mahir pakai berbanding Adobe Photoshop. Hehe~
  • Maksud header tersebut
    • Header ni memberi gambaran serba sedikit tentang diri aku. Aku buat ikut hati aku dan mood aku waktu sekarang ni.
    • ‘Bubble’ merah tu merujuk sebagai2 idea2, akal, kata, dari aku yang menyampaikan untuk menyemarakkan inspirasi.
    • Font yang ke’anak2’an dalam bubble tu merujuk kepada keceriaan blog ni. Juga merujuk pada entry yang tidak lah terlalu serius dan tak terlalu mengarut.
    • Character hijau berhoodie coklat tu merujuk aku yang ala malu2 gitu. Itu membawa maksud aku masih lagi baru nak melangkah ke alam blog yang besar ni jadi aku segan2 sikit dengan entry2 aku yang mungkin tidak cukup bagus.
  • Jangkamasa yang diambil buat header itu
    • Oh~ Buat header ni ada dalam paling lama pun 45minit. Aku tak berapa pasti sebab bila aku ada idea, aku memang tak tengok jam dan sekeliling aku. Aku layankan je.
  • Header blog lain yang anda suka tengok

Aku memang sewel dalam bab mendesign. Aku design bukan saja2 kosong sebab setiap yang lahir dari hati kita ni ada ceritanya. Segala yang berlaku pada anda adalah kerana aktiviti minda anda pada saat dan tika itu. Ada kaitan dengan mood, kesihatan, kecerdasa, dan macam2 lagi. Nak terangkan pun agak susah kat sini. Jadi kepada yang singgah ke blog aku, terima kasih!

Tiada ulasan: