Setelah beberapa ketika, aku telah tidak menyertai sebarang contest, sekarang ntah apa mimpi aku nak pula sertai contest ni. Contest kali ni amat berbeza dengan contest2 yang di anjurkan oleh blogger lain. Seperti yang anda lihat, ianya adalah contest Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011! Gempak je bunyikan? Dengar bunyi macam grand ala2 AJL gitu. Hehe~ Anjuran blogger Faisal Abdullah.
Aku risau juga sertai contest ni; mana taknya, kebanyakkan blog yang menyertainya style2 je. Otai2 pula… aku ni baru dalam 3 bulan lebih2 sikit je berblogging ni (waktu tulis entry ni). Tapi aku rasa tak salah pun nak try sebab aku ni nak sangat tahu feedback dari orang ramai mengenai blog aku. Buruk, lembab, tak best, atau apa2 feedback pun aku terima. Tambahan lagi, En. Faisal ni ada menegaskan bahawa dia boleh akan memastikan adakah blog peserta itu layak atau tidak layak menyertai. Risau je rasa hati ini.
Tujuan lain aku nak menyertai contest ni bukan sebab hadiahnya (kalau dapat best juga), tapi antara salah satu bonus pengiklanan blog aku juga. Hehe~ Kan kita sesama blogger, mestilah sama2 menziarahi kan? Lagipun aku rasa, blog aku tak ada pun ciri2 blog yang dibenci kan?
Jadi, kepada anda yang juga ingin mencuba nasib, marilah ke blog 2dayblogger.com ni. Kalau boleh follow lah sekali. Hehe~ Aku boleh jamin yang anda tak akan kecewa sebab follow blog beliau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan