Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Adik aku punya result SPM!

Aku hampir2 nak lupa yang aku pun ada adik yang tunggu result SPM. Eh~ Tunggu apa pula? Dah keluarkan? Mak aku baru je SMS aku result dia. Anda nak tahu ke apa result dia? Adakah dia sebangang abangnya ni? Haha~ Dulu aku dapat sikit je. Siap ada fail lagi. 

Adik aku ni dijanjikan macam2 juga, tapi dia ni agak2 spesis yang peduli tak peduli je. Aku tengok, kawan2 sebaya dia sibuk nak ada handphone itu ini kan? Dia rileks je tak ada handphone pun. Dia tak lah kata tak nak, cuma dia macam tak perlukan pun. Dia tu tak keluar rumah (sama lah macam aku). Dia keluar untuk beli Gempak atau novel grafik je tu pun kadang2 kirim. Haha~ 

Haha~ Rindu adik aku. Huuuuu~
Dari apa yang aku tengok, dia ni banyak tiru aku. Apa aku pakai, itu dia pakai. Macam mana aku gayakan, macam tu juga dia nak gayakan. Kadang2 rimas lah juga, sebab aku tak suka ada orang  ikut aku. Tapi bila aku tak ada kat rumah ni, dia jadi tak berapa reti nak bergaya2. Dah lah lagi tinggi dari aku. Hehe~ Aku rasa aku dah tinggi, tapi dia tinggi lagi. Adik lelaki aku yang satu lagi, rendah pula. Kasihan dia. Haha~

Eh~ Sorry terintroduce lebih2 pula pasal adik aku, asal nak bagitahu apa result dia je. Okay result dia:
  • Bahasa Melayu - A
  • Bahasa Inggeris - B
  • Mathematic - A
  • Add Math - C
  • Sejarah - A
  • Lukisan Kejuruteraan - A
  • ICT - A
  • Pendidikan Islam - A
  • Fizik - B
  • Kimia - B
Haha~ Yang jelas, aku kalah dengan dia! Tapi aku tak heran pun. Memang dia ni lebih bagus studynya dari aku. Kalau aku study ala kadar, dia study sampai habis juga lah baru main game ke apa ke. Lepas tu Lukisan Kejuruteraan dia memang otai lah. Dari mak aku kata, dia pernah sekali je dapat 98% ke 99% ntah. Gila lah! Aku paling tinggi pun 78% rasanya dulu. Hehe~

Okay~ Apa lah agaknya benda nak bagi kat dia eh? Aku ni tak reti lah nak bagi hadiah ni. Fikir2~ Nanti lah kan. Haha~ Kalau anda tertanya dia nak sambung apa, aku akan jawab tak tahu. Kalau tanya kat dia sendiri pun dia tak tahu. Hehe~ Samalah macam aku dulu masa aku nak apply. Aku sebenarnya tak ready pun. Apa aku nak cuma nak rasa jauh2. Hmm~

Malaysia dan Indonesia

Seharian aku tak sengaja melayan forum (kot) di topix.com berkenaan perbalahan antara Malaysia dan Indonesia. Pening kepala aku! Asalnya aku nak cari cerita tentang Sejarah Bendera Malaysia, tapi last aku terjumpa pula perbalahan antara dua rakyat negara ni. Haha~ Cakap macam bukan rakyat Malaysia pula. Aku rakyat Malaysia ye! Nak tengok surat beranak dan IC ke? Hehe~ Cuma darah aku je ada darah orang Jawa.

Aku tak nak salahkan mana2 negara dalam perbalahan ni sebab aku tak tahu macam mana sejarah asalnya tercetus perbalahan ni. Yang aku tahu kedua2 sentiasa terus berbalah. Lagi2 dalam dunia tanpa sempadan sekarang. Kat internet, merata2 mana ada nama Malaysia, ada je nama Indonesia juga. Lepas tu jadi berbalah. Dalam hal ni aku rasa dua2 salah. Sebab kita kan satu rumpun? Bukan tentang negara, bukan tentang sejarah pembangunan ke, ekonomi ke, apa2 lah. Ni tentang rumpun kita darah kita, DNA kita. Kita ni Melayu!

Patutnya damai je, Malaysia dan Indonesia kalau berdamai aku rasa kuat benteng pertahanan Rantau Asia tenggara ni. Dulu ada grup di Facebook, saling berperang menegakkan negara masing2. Last2 aku dengar, kantoi yang kedua2 grup adminnya sama. Nampak sangat ada kepala kepada perbalahan ni. Siapa tu aku tak tahu. Tapi aku rasa dah habis dah cerita tu. Baguslah.

Sekarang dah muncul pula kumpulan baru. Mula2 aku terjumpa di satu blog yang aku terlupa dah linknya. Lagi satu ni aku jumpa di forum di topix.com tadi. Tapi grup ni adalah grup meminta pendamaian dua negara ni. Aku rasa banyak dah kot grup damai2 ni. Baguslah. Tapi belum ramai yang sertainya. Jadi apa kata ramai2 rakyat Malaysia sertai suara grup ini?! Hehe~ Damai kan best! Dan jangan lupa perlihara Badak Sumbu Jawa. Hehe~

hh

hhh

Topik hormat.

xxxvcSedar tak anda2 ni? Zaman sekarang makin ramai yang tak ada rasa hormat. Dari kes tak hormat ibu bapa lah, guru lah apalah. Itulah dunia bila tiada lagi kasih sayang malahan kasih sayang tu di salah tafsir pula. Perasaan tu lebih dirujuk kepada kekasih iaitu pasangan mereka. Aku malas nak cerita tentang kapel2 ni sebab nanti panjang ceritanya. Aku nak stay pada topik hormat ni.

Hormat orang tua

Dewasa ini (skema gila), anak2 muda semakin hilang rasa hormat orang tua. Mereka hanya hormat bila ada kena mengena dengan dia je. Maksudnya mereka hormat ada makna lah, mereka inginkan sesuatu. Contoh mungki orang tua tu ada anak yang cun atau kacak. Tak pun mungkin sebab orang tua tu ada syarikat besar ke apa dengan harapan akan memudahkan urusan. Ish~ Tapi kalau lihat di realitinya, sekarang, kebanyakkan mereka tak hormat pun. Seperti, tak bagi tempat duduk di dalam bas/LRT, tak mendahulukan orang lebih tua dan sebagainya. Ala~ Aku rasa anda lebih tahu banyak lagi kan? Sebab aku ni duduk di area yang tak berapa nak bandar, yang area KL tu sumpah macam2 dah kan? Fikir2lah sendiri.

Hormat ahli keluarga

Dalam keluarga patut adanya rasa hormat menghormati. Bila tak ada rasa hormat, tu yang jadinya bunuh membunuh, khianat mengkhianati, dan macam2 lagi yang jahat2. Aku tak faham lah, kenapa sampai macam tu sekali. Mungkin ni semua atas tiadanya dasar agama lah ni. Hmm~

Hormat. . .

Yang ni paling aku nampak lah sekarang ni. Kat mana2 je, baik kampung, bandar atau mana2 pun. Sekarang ni ramai yang dah tak hormat azan. Bukan ke kita disuruh diam ketika azan berkumandang? Sekarang ni bila azan je memang ramai yang perasan tu, walau waktu tu tengah galak bergelak2, mendengar muzik, tonton televisyen atau apa2 lah. Tapi kita ni hanya memperlahankan je bunyi2an tu. Allahu-akhbar! Terkena juga batang hidung aku. Kita kan diseru untuk menjawab azan tu. Kalau tak tahu macam mana, pergi tanya yang tahu atau Google lah. Bukan suruh jawab je, tapi seboleh2nya waktu tu kita berhenti melakukan aktiviti dan teruskan dengan persediaan untuk mengerjakan solat. Adoi~


P/s : Ingatlah apa yang perlu dan apa yang tidak. Tanya diri anda, apa yang telah kita buat selama kita hidup ni? Adakah ianya keputusan yang betul? Muhasabah. . .

Status pelajar di Mesir membimbangkan!

Terkejut selepas membaca blog hasil penulisan Arif Shah yang menyatakan berita mengenai keadaan pelajar2 di Mesir. Aku tiba2 risau lah pula, padahal aku tak ada pun saudara-mara disana (rasanya). Tapi aku ada beberapa kawan yang belajar disana. Aku memang dah tak dapat menhubungi kawan2 aku kat sana dah. Aku asalnya memang tak tahu tentang krisis ni. Tapi lepas ternampak link entry blog Arif Shah  dari ‘adik’ aku baru aku tahu apa terjadi. ‘Adik’ aku ni ada abang kat sana jadi dia memang tengah risau gila.

Aduhai~ terfikir macam mana keadaan kawan aku kat sana. Aku jadi agak risau sebab dikatakan krisis disana sangat2 dasyat. Mereka mencari pelajar Malaysia! Apa mereka nak buat? Mereka sangat2 dalam kesusahan sekarang ni.

Dari entry Arif Shah, aku menjumpai link ke blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita yang menceritakan status pelajar disana. Dikatakan kita tak dapat berhubung dengan pelajar di sana sebab kerajaan mereka menyekat talian2. Dari yang aku bayangkan, keadaan amat huru-hara dan semua polis dah tak buat kerja kepolisian lagi. Risau betul!

Berita terbaru adalah pelajar2 itu akan dibawa ke negara2 jiran berikutan keadaan semakin tegang. Mereka akan dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Aku petik dari Berita Harian. Jumlah rakyat Malaysia disana adalah 11, 000! Hmm~ Risau2. Aku tak tahu apa yang aku risau, tapi aku risau. Moga segalanya selamat.

P/s : Mereka terpaksa hadapi risiko untuk menimba ilmu, sedangkan di Malaysia ini ramai pelajar yang ponteng, lompat pagar sekolah, bermalas2an. Malaysia ni tenang je setakat ni, itu pun tak nak belajar lagi. Bersyukurlah!

How Proud You As Muslim?

Wah~ Apa kena aku buat tajuk english pula ni? Hehe~ Sebenarnya saja je, nak tarik perhatian sikit. Sekali sekala kita kena juga muhasabah diri. Hari aku tulis entry ni adalah hari yang aku amat2 kosong dalam fikiran aku. Bila minda aku kosong, aku akan mula perlahan2 muhasabah diri sebab bagi aku, waktu minda kosong tu lah mudah untuk kita tingkatkan peribadi kita.

Aku tengok di mana2 ada je slogan “I’m Proud to Be Muslim”. Pada t-shirt, pada sticker, pada kereta, paling banyak pada grup di Facebook! Dan banyak dah orang guna slogan ni.

senget-26.1.11

Tapi persoalan yang muncul dalam kepala aku, seberapa banggakah kita sebagai Muslim? Pernah tak anda fikir? Dalam sehari berapa kali kita sebut perkataan Allah, selawat ke atas Rasul kita, istighrfar dan paling penting ucap alhamdulillah. Aku rasa boleh dibilang dengan jari je. Tapi cuba renung pula, berapa kali dalam sehari kita mencarut atau sebut perkataan negatif? Aku rasa boleh dikatakan setiap ayat yang kita sebut adakan? Dan kebanyakkan dari kita akan menyebut perkataan yang bukan2 bila melatah, bila marah jangan kata lahkan?

Ish3~ Tu dalam sebutan kita. Macam mana dengan perbuatan kita? Pergaulan kita? Dan kehidupan seharian kita? Adakah segalanya berlandaskan tuntutan agama? Aku pun tak boleh fikir dah. Bila kita muhasabah macam ni, kesannya cuma 2-3 minit je. Paling lama pun 2-3jam kot. Mungkin kerana tiang asasnya tak kukuh kan?

Aku menasihati ni pun atas sebab diri aku dan pemerhatian aku pada mereka2 disekeliling aku. Islam kah kita ni?

Ada pernah sekali tu aku dengar Ustaz cerita, ada siswa siswi tidak solat dari kecil atas alasan tak ada yang ajar. Astaghfirullah~ Sebenarnya banyak alternatif untuk kita mendekatkan diri ni. Macam kata2 “malu bertanya sesat jalan”, maka bertanya lah sesiapa. Jika malu juga, cuba cari bahan2 yang berkaitan. Cari bahan hiburan boleh pula tahu je sumber2 kan? Terbalik dah dunia sekarang ni. Selain tu, ramai yang tahu tapi buat2 tak tahu.

Tiada Alasan untuk terlepas Solat.

Tengok video ni, aku terasa macam bodohnya diri aku. Kadang kita ni dengar pelbagai alasan bila ditanyakan? Tapi buat kejahatan tu tak boleh pun di boleh2kan. Adui3~

P/s : Agak2 kita ni ke syurga ke? Ingat tak lagi kita pada asas Islam?

Mitos Gajah dan tikus

gajah-tikus

Mesti anda dah biasa kan tengok kartun yang gajah takut tikus. Terutama yang meminati cerita Dumbo si anak gajah yang boleh terbang! Comel je kan anak gajah tu, lagi2 bila di tipu yang kononnya bulu ajaib tu yang membantunya terbang. Padahal tikus tu tipu je. Dari situ kita boleh menunjukkan mind set ni boleh di pengaruhi. Hehe~

Tapi pernah ke anda terfikir adakah betul si gajah ni takut akan tikus? Atau ianya hanya satu dongeng semata2? Kalau ikut logik akal, kenapa sebesar2 gajah tu nak takut dengan tikus yang kecik? Tikus tu bukan boleh buat apa2 pun kan?

Mungkin gajah tu geli kot. Haha~ Macam kaum hawa dan sesetengah lelaki, mereka geli bila tengok haiwan2 kecil walaupun sebenarnya comel je. Memang macam kartun bila kita bayangkan yang gajah takut tikus. Tapi kebenarannya?

Haha~ Memang si gajah yang besar itu takut tikus! Terkejut? Aku pun dengan adik beradik aku terkejut. Mana aku tahu? Aku dan adik beradik aku adalah peminat channel National Geographic! Paling suka adalah Mythbuster. Siapa tak pernah tengok? Ha~ Nanti cuba lah tengok, jangan asyik tonton rancangan hiburan, bergelak2, dan sinetron2 je. Cuba lah cari yang berpendidikan sikit. Banyak yang kadang2 kita tak tahu jadi tahu. Semua tu ciptaan Allah S.W.T. bukan rekaan (macam drama!), at least berhibur sambil timba ilmu.

Oh! Balik pada gajah tadi. Dalam satu episod Myhtbustert tu, dia mengkaji mitos dimana, adakah gajah benar2 takut kan tikus. Beberapa eksperimen dia cuba dengan gajah betul dan tikus betul. Hasilnya memang mereka sendiri terkejut dan menggaru kepala. Sebab tiada penjelasan logik yang boleh mengakibatkan gajah takut tikus. Pelikkan? Tapi betul2 betul. Hehe~ Tak percaya, layan lah sikit sedutannya!

(9) Nostalgia bersama Family

Perasan tak, 2-3 post sebelum ni dan termasuk yang ini aku tulis tentang aku je? Tak? Mungkin anda jarang datang kot blog aku ni. Aku sebenarnya tengah siapkan kerja assigment aku sambil2 ada kerja iaitu jaga MEDEC di UiTM. Aduhai~ Tak sempat2 nak research untuk blog.

Ni dah nak Tahun Baru Cina dah kan. Mungkin aku balik Selangor atau mungkin juga tak balik. Kalau tak balik, sah2 lah aku rindu family aku! Huhu~ Walau duduk rumah dibebel je mak ayah aku. Tapi aku tetap nak balik. Biasalahkan. Tak ada tempat paling selesa dalam dunia selain dengan family sendiri.

Photo1721

Hah~ Nampak tak gambar tu? Macam blur2 kan? Maklumlah, gambar zaman aku muda2 dulu. Aku yang mana satu? Cuba lah teka. Haha~ Masa ni adik aku yang perempuan belum ada. Fuh~ Aku masa kecik2, tuck-in tu. Tapi pakai selipar jepun je. Haha~ Ada lagi baju tu kat rumah aku. Tapi tak muat dah. (Memang lah, dah besarkan?)

Gambar ni masa kat Johor. Pergi rumah sepupu aku. Apa yang aku ingat, masa tu pergi ramai2. Tapi tak jumpa pula gambar lain. Ni je aku jumpa. Hehe~

++++++++++++++++++++

Aku sebenarnya nak buat segmen boleh tak? Tak berharap ada ramai yang join. Segmen ni adalah untuk mengimbau kenangan silam bersama keluarga. Tak ada hadiah atau apa2, saja2 untuk tambah kenalan dan entry.

Cara2nya:

  1. Letakkan headers aku sebagai tag ke entry ini. Kot lah kan ada yang nak join senang link.
  2. Lepas tu, tuliskan entry ikut suka anda macam mana pun tapi mesti ada sekurang2 nya satu gambar lama bersama family.
  3. AKu nak highlight kan GAMBAR LAMA. Gambar baru tak seronok lah, kurang nostalgia. Huhu~
  4. Bagikan tajuk entry, Nostalgia bersama Family dan postkan link entry di ruang komen bawah ni.

Sesiapa yang nak sertai segmen ngada2 aku ni, marilah. Aku saja nak mengenali rakan2 blogger dengan lebih dekat. Hehe~ Nanti aku terjah anda ye. Terima kasih!

Jawatan Kosong (Wanita Shj.)


Ni ada kisah dimana seorang remaja lelaki nekad menyamarkan diri sebagai wanita kerana nak dapatkan pekerjaan. Tapi di sedari oleh majikan lantas dipecat! Apa kejadahnya semua ni?! Oh~ Ini Cuma khayalan aku. Haha~ Kisah tu aku punya imaginasi je. Aku baru balik pusing2 Banting cari kerja. Letih gila! Tu lah tak nak belajar naik motor siapa suruh kan? Berbasikal lah aku ke Banting.

Aku berjalan2 lah dari kedai ke kedai lain. Semua tulis "Jawatan Kosong". Aku cari kerja kosong, bukan jawatan! Adui~ Tak kisah lah tu jawatan macam tinggi sikit kan dari kerja? Tapi yang sakit hatinya ada tertulis kecik bawahnya "Wanita sahaja". Majoriti macam tu. Yang kosong tak tulis macam tu kata penuh pula. Alahai~ cakap je lah nak pekerja wanita! AKu tak heran lah. Ish~ Tu yang sampai keluar idea gila aku untuk menyamar jadi perempuan tu. Tapi muka tak jambu, tak boleh. Haha~

Kenapa ye? Kenapa mesti nak pakai pekerja wanita? Lelaki tak boleh ke? Eksploitasi betul lah mereka ni. Nak awek cun2 je lak tu. Aku cakap macam tu sebab kebanyakan yang aku tengok bila ada tulis "Jawatan Kosong (wanita shj.)" mesti dalam kedai tu pekerja nya cun2. Tak ada yang standard2. Ish~ Tu lah kalau taukeh nya cina memang macam tu. Mereka fikir lelaki ni tak boleh harap, tak boleh buat kerja dan banyak hal. Iye ke? Mungkin setengahnya lah.

Waktu aku dah kepenatan menapak. Semua gara2 kekecewaan dan kekurangan stamina. Huhu~ Mana taknya, dah nak 2bulan aku duduk rumah tak buat kerja apa sangat. Haha~ Tengah aku OTW balik, tiba2 kawan aku mesej aku bagitahu ada kerja kosong kat kedai gambar sebelah 7E! Aduhai~ Dah jauh dah aku kayuh baru dia nak bagitahu. Esok2 jelah~ Huhu~

Berjalan kaki satu kesalahan?


Apalah masalahnya bila kita menapak je? Adakah ia jadi satu kesalahan? Ish~ Musykil tak anda yang membaca ni? Aku pun musykil juga. Ada ke peraturan macam tu? Kalau ada agak2 siapa punya kerja ye? Huhu~

Sebenarnya aku cakap tentang mak ayah aku ni. Mereka bising kat aku dengan adik aku. Kami ni tak reti bawa motor! Haha~ Lucu ke? Serious ni; kami memang tak reti bawa motor. Aku Ni sebenarnya boleh lah juga start2 dan gerak2kan sikit berbanding adik aku. Sentuh pun dia tak nak.

Aku sebenarnya tak berminat lah dengan motor ni. Aku tak tahu kenapa ramai budak lelaki suka gila dengan motor ni. Eh~ sekarang budak perempuan pun dah minat dah borak2 tentang motor. Baik lelaki atau perempuan serendah umur 10 tahun kot dah reti bawa motor. Aku ni pula still menapak tak pun berbasikal. Huhu~ Aku sebenarnya tak lah kisah sangat. Sebab aku tahu, bukan motor mereka pun nak berlagak dengan aku. Eksiden sah2 menyusahkan mak bapak mereka nanti. Kalau bawa elok2 lain lah.

Aku satu hal lagi yang menyebabkan aku tak reti nak naik motor sebab aku tak ada lesen. Dah lah muka aku stok rempit je. Huhu~ Nanti tak pasal2 je dikatakan rempit. Tapi kalau suruh bawa scooter aku nak. Aku boleh je! Haha~ Senang, pulas je then tekan brek.

Haih~ Tapi aku rasa aku kena juga bawa motor nih. Kalau dapatnya kerja malam, mampus aku! Tak kan nak berbasikal masuk kampung nak balik rumah pukul 12 malam? Cuak aku! Kurang2 motor boleh aku pecut sikit dan tak lah penat. Huhu~ Adoi...berapa ye harga scooter sekarang? Paling murah pun berapa eh? Bapa aku ada EX5 yang dah pakai dari aku sekolah rendah. Agak2 tolak kedai dapat berapa eh??

Kejutan pagi hari!

Selalunya kalau bangun pagi2 aku mamai2 je. Lepas tu pergi bilik air, basuh ambil wudu' sambil bersihkan diri mana2 patut then solat. Lepas solat, dek kerana tak tahu nak buat apa seperti anda2 juga yang dah tak bersekolah sah2 tidur balik. Betul tak? Haha~ Walhal banyak aktiviti yang kita boleh buat pagi2 ni. Tidur juga kita pilih. Ish3~

Tapi 2-3 hari ni aku tak tidur lepas subuh, walau aku ada sekali tu aku tak tidur malam. Aku buat lah aktiviti seperti sarapan pagi, keluarkan peluh sikit (melompat2) dan berblogging! Wah~ gila lah aku. Nak amalkan gaya hidup sihat kononnya. Hehe~ Tapi pagi ni, waktu aku baru je buka komputer buruk ni seperti biasa rutin mak2 di pagi hari. Ada je benda dia nak kata kan. Itu lah ini lah, dengarkan je lah. Memang sifat wanita Allah ciptakan macam tu. Tapi sebelum mak aku pergi kerja, tiba2 dia datang kat aku dan bagi:

Ha~ anda tahu tak apa tu? Duit! RM50! Mak aku suruh keluar cari kerja. Hehe~ sebab aku dah kira sebulan duduk rumah je. Eh~ sebulan ke? Sejak cuti sem haritu lah. Sampai lah awal tahun ni dan aku dah berhenti dari belajar pun aku still duduk rumah. Mana tak di bebel mak aku kan? Haha~

Agak2 kerja apa ye ada kat Banting? Aku tak boleh kerja angkat2 barang ni. Tak bergerak nanti barang2 tu. Huhu~ Aku ni bukan kuat, kepeng je ni. Kalau kerja promoter pasaraya, adui~ aku tak suka nak berdiri tunjuk muka. Tu bukan kerja namanya! Jadi apa yang aku nak kerja ni?! Adui! Susah betul lah aku yang kurang pandai ni. Huu~ (memilih!)

Pagi sebagai aku. . .


Bangun pagi tanpa mengetahui apa nak dibuat hari ni. Cuaca seakan nak baik je harini, semalam punya lah lebat hujan. Tak dapat aku nak merayaukan diri aku. Apa agaknya aku nak buat hari ni ye? Hmm~ mari kita senaraikan apa perkara yang aku rasa aku boleh buat.
  1. Bersenam dengan mesin senaman macam basikal?
  2. Kemas bilik yang gila2 bersepah?
  3. Tengok TV sepanjang hari?
  4. Dengar lagu2 di Hitz.fm?
  5. Siapkan design Header2 Request?!
  6. Betulkan sim card aku yang bengong ni atau beli je nombor baru?
  7. Merayau ke Banting sambil cari kerja dan makan McD?
  8. Menari2 macam orang gila sambil dengar lagu?
  9. Memasak di dapur dengan bahan2 yang bukan2?
Haih~ Apa agaknya aku nak buat ye? Aku masih blur la! Aku tak ada inspirasi. Hmm~ Ish! Kena call dia ni!

Aku Seorang Cikgu. Nak jadi murid aku?

Ada yang tertanya ke sejak bila pula aku ni menjadi seorang guru? Takkan baru cuti 2 bulan dah jadi cikgu? Haha~ Diploma pun aku lum ade nak jadi cikgu...berangan je aku! Eh! Jap~ Siapa kata jadi cikgu kena ada diploma ke ijazah ke? Nak jadi cikgu cuma kena ada kepandaian lebih sikit dari orang lain. Contohnya bila ada sesorang tanya pada anda cara nak buka tin minuman, anda tunjukkan. Ha~ kan secara tak official nya anda dah jadi cikgu? Haha~ Apalah aku ni, nak bagi contoh pun bagi lah yang logik sikit kan? Tapi begitulah konsep yang aku maksudkan. Cikgu ni tak semestinya mengajar di sekolah.

Anda sedar tak? Sepatutnya ibu bapa anda juga patut dirai kan ketika hari guru kerana mereka lah yang banyak mengajar anda pelbagai cara dari kecik dulu hingga dah besar ni. Tak kira lah mak ayah anda tu memang cikgu ke bukan ke, tapi macam tu lah. Haha~ Senang je kan aku nak menerangkan kat anda ni. Cerita2 sikit, last2 ayat...macam tu lah. Kalau semua cikgu macam aku, konfirm student garu kepala.

Eh~ Tapi tak juga, selama aku di rumah ni aku ajar adik aku melukis gunakan Adobe Illustrator. Aku kasihan tengok mereka asik lukis guna paint je. Apa salahnya aku bagi software yang sesuai untuk mereka. Hehe~ Aku ajar mereka benda2 basic je, dan ternyata berbaloi aku ajar. Design mereka lebih cool dari aku. Haha~ Yela, mereka lebih terdedah dengan dunia2 urban. Aku ni lebih pada doodle2 aku je. Nak tengok design mereka tak? Aku selongkar fail mereka jap~






Macam mana? Cool kan? Mereka lebih berbakat dari aku! Huhu~ Tapi bagus lah mereka dah tahu, nanti nak keluar study senang! Jangan jadi macam aku ni.

Tak Boleh Pakai Jam Ke Sekolah!


Kenapa pula tak boleh pakai jam ke sekolah? Kan jam tu membantu kita lihat waktu. Apa pula salah nak pakai jam kan? Sebab boleh tunjukkan waktu tu lah yang menjadikan masalah. Kisah ni adalah pengalaman aku waktu sekolah rendah dulu sampai lah sekolah menengah. Hehe~ Mentang2 lah hari ni hari pertama sekolah untuk tahun 2011 ni aku pun nak cerita pasal sekolah. Ala~ biar lah kan? Sekali2 kita kena imbau kembali kenagan kan?

Okay lah, berbalik kepada kenapa tak boleh pakai jam ke sekolah tadi. Sebenarnya tu bukan lah halangan dari cikgu disiplin ke apa ke. Tapi itu tentang diri aku sendiri. Haha~ Aku tak suka pakai jam waktu sekolah dulu. Walau mak aku belikan, aku pakai kejap je. Lepas tu mesti saja2 tinggal, lama2 memang tak pakai. Kenapa? Sebab apa aku tak suka pakai adalah kerana nanti aku asyik tengok jam je. Sikit2 tengok jam, tak sabar sangat nak habis waktu persekolahan. Nak balik. Haha~ Bila tak pakai jam ni, rasa tenang sikit sebab tak lah rasa masa lambat sangat.

Sampai sekarang aku still tak pakai jam, tapi bukan sebab aku tak suka tengok waktu dan tak lah bermakna aku tak menepati waktu. Aku alah di pergelangan tangan aku. Memang dari kecik pun. Kalau aku pakai apa2 di pergelangan tangan, nanti mesti merah2 jadi ruam; gatal! Aku tak kisah pun tak pakai jam sebab nya handphone aku ada pada aku 24 jam kecuali di rumah. Aku tak pernah lagi tinggal handphone. Benda paling penting! Dan aku juga walau tak pakai jam, aku insha-allah menepati waktu. Aku jarang buat janji melayu, sebab biasanya aku pergi awal 30minit. Yela, kita tak suka menunggu takkan kita nak orang lain menunggu pula. Tapi kalau aku tak muncul2 tu maksudnya aku memang tak nak datang lah. Hehe~

Sorotan 2010: Aku tidak suka 2010!

Waktu aku tulis entry ni adalah bertarikh 31hb Disember 2010. Tinggal hari ni je, esok dah 2011 dah. Hmm~ jika di kenang2 tahun 2010 ni, aku amat2 lah tidak seronok. Aku berharap sangat ia tidak berulang. Tahun yang banyak menjatuhkan semangat aku. Aku tak boleh ingat apa2 yang membanggakan aku pada tahun ni. Ish~ Aku mungkin tak patut kata macam ni, tapi memang betul pun.

wedding dressBermula dengan dia yang pergi dari aku. Wah~ itu sudah sangat2 sedih. Menempuh setahun untuk berbaik dengannya dan perbaiki hubungan. Tapi kini berpuas hati sekadar kawan. Hmm~ biar masa tentukan segala2.

Dituruti dengan semangat yang kian pudar kerana usaha semester lepas tak berbaloi dengan penurunan gred aku. Adoi~ Lepas tu, dapat tahu 4 orang rakan aku berpindah ke Degree tanpa bagitahu aku yang mereka ditawarkan. Ish~ Mendatang je masalah ni kan?

Seterusnya, kamera D40 kesayangan aku pula rosak! Tak dapat pakai lagi! Yang guna masing2 tak nak mengaku pula dia yang rosakkan. Aku malas nak pikir panjang, aku tau silap aku sebab percaya sangat pada orang yang tak tahu apa2 tentang DSLR. Tak bagi kata berlagak. Adoi lah~ Sabar je. Sekarang ni duduk lah kamera tu dalam beg tak bersentuh.

aacxzDi hujung semester, laptop aku mula mengada2 nak buat hal. Di check2 rupanya memang model CQ40 ni ada masalah. Aduh~ Menguji keimanan aku betul lah. Subhanallah~ 5 kali juga aku beli charger laptop aku ni. Rasanya habis dalam RM200 lebih juga lah untuk charger. Format dah banyak kali. Last2 padam juga awal bulan ni. RM450 terbang!

Dan di hujung2 tahun ni, dapat lagi result yang semakin turun. Aku dah agak dah. Sebab aku memang dah hilang gila semangat untuk teruskan sebab aku dah tahu apa yang bakal jadi. Aku terpaksa menyusahkan mak ayah aku untuk uruskan tetang pembelajaran aku. Maaf ye mama n ayah~

Untuk tahun depan, aku berazam dan benar2 tekad untuk mendapatkan anjakan paradigma! Aku penat duduk di takuk ni. Bila orang nak pandang hasil seni aku jika aku terus macam ni? Aku kena bangkit dari kejatuhan. Takkan nak selamanya jatuh kan? Moga segalanya tercapai. Insha-allah!

best-of-myself

Impian bukan mimpi…

Adakah anda yakin anda ada matlamat hidup anda? Aku tertanya2 berapa ramaikah pelajar di Malaysia yang memegang satu impian yang jadikan dia matlamat hidup? Benda ni aku suka sangat nak tegaskan pada sesiapa je. Kadang2 mereka rasa perkara2 ni tak penting sangat atau mungkin mereka rasa macam ingat tak ingat je. Aku bukan lah bagus sangat sampai mampu untuk mengingatkan sesorang pada sesuatu hal dalam hidup. Sebab manusia tak sempurnakan. Kita saling memerlukan untuk mencapai sesuatu. Jadi aku tiba2 terfikir saja nak beri idea pada rakan2 blogger untuk buat entry sambil muhasabah diri.

best-of-myself

Seperti yang anda lihat pada banner di atas, ‘Best of Myself!’ adalah bererti perkara yang terbaik untuk diri anda. Di mana ia bermaksud perancangan anda masa depan depan berdasarkan masa lalu atau yang telah berlaku dalam segala aspek. Faham ke ni?

Jadi di sini, sesiapa yang sanggup nak terima tag aku ni aku nak beritahu beberapa panduan. Sebolehnya ikutlah ye.

  1. Jika nak sertai segmen ni, silalah letak banner tu dan harap link kan lah pada blog aku. Aku pun cari makan juga. Huu~
  2. Renungkan seketika tentang diri anda, muhasabah diri dan tuliskan apakah yang anda rasa perancangan terbaik untuk diri anda berdasarkan kisah lalu. Terpulanglah macam mana penulisan anda, tapi harap pembaca faham maksud anda cuba sampaikan.
  3. Nyatakan apa sebenar2 impian @ matlamat hidup anda? Adakah anda sedang berada dijalan yang menuju ke arah matlamat anda itu? Tidak kira ya atau tidak, apakah rancangan anda untuk sampai ke matlamat itu? Bagaimana dengan halangan?
  4. Lepas tu kalau boleh anda tanya pula rakan2 anda yang lain. Ajak mereka sama2 muhasabah diri. Aku tak kata kena tag sesiapa. Cuma semua terpulang pada anda. Kan itu blog anda. Dan kalau boleh, letakkan link anda disini agar boleh kita sama2 kongsi cerita dan saling memberi pendapat dan nasihat. Itu pun kalau tak keberatan.

Jika anda ada baca entry aku sebelum ni yang bertajuk ‘Susahnya sebagai aku. . .’ ia serba serbi mengenai keputusan aku dan sedikit masa lalu aku. Aku dah tersilap langkah dan agak tersungkur. Sekarang ni aku dalam situasi untuk bangun semula dari jatuh tu. Risiko agak besar, tambahan dengan halangan2 yang bakal aku lalui nanti. Tapi aku tetap nak teruskan juga, semua sebab aku nak capai impian aku. Aku nak sangat2 ada galeri seni aku sendiri dimana aku boleh pamerkan karya2 aku. Aku nak semua terhibur dengan hasil karya aku. Dan aku ada beberapa idea yang mungkin boleh mendekatkan diri orang ramai dengan seni dan seronok dengan seni. Aku nak sangat capai benda tu. Aku tak nak disebabkan kejatuhan aku hari ni akan sebabkan aku tak dapat capai impian aku! Oh tidak~ Tak mungkin! Aku harap dengan berkat sokongan rakan2 baik aku dan semangat seni aku. Aku tak kan berhenti dan terus mengalir bersama seni2 aku. Insha-allah~ Aku nak jadi The Best of Myself!!

Susahnya sebagai aku. . .

Tak dapat lena aku malam ni. Segala2 perkara yang aku fikirkan datang sekali kedalam kepala aku. Maaf lah, entry ni mungkin terlalu in personal untuk anda. Sebab ianya tentang aku. Ni kan blog aku, tempat meluah segala akal2 aku. Susahnya sebagai aku. Tapi adakah senang aku sebagai orang lain? Entahlah kan?

Aku ragu2 dengan keputusan yang aku ambil ni. Adakah tepat atau aku akan menyesal? Ish~ Tapi kalau aku teruskan juga. Adakah aku akan berjaya? Aku di situ bukan nya bagus pun. Mungkin bila betul aku dapat mulakan semula aku akan berjaya! Hmm~ Aku sebenarnya ambil keputusan untuk tidak meneruskan pembelajaran aku di kampus tu. Di situ, keputusan aku semakin menurun dan menurun.  Aku tak boleh salahkan sesiapa pun. Silap langkah aku. Aku tak ada persediaan untuk berada disitu dan aku terlalu nak berada diluar kotak sangat kot. Keadaan di situ tak mengizinkan aku untuk berada diluar kotak. Lagi2 selepas semangat aku hilang. Hmm~

Selain penurunan gred aku, aku hilang 4 orang rakan baik aku. Ketiga2nya ditawarkan ke tempat yang lebih baik. Aku? Hmm~ Cuma di sini. Aku selama ni memang agak bergantung sokongan dari mereka. Mereka lah yang sering menaikkan semangat aku dan buatkan aku happy! Sebab mereka ex-roomate aku. Eh~ 2 orang tu bukan. Tapi diorang je yang faham aku punya perangai dan stroke design aku. Idea2 mereka membuatkan aku selalu menaikkan diri ke satu tahap yang baru. Tapi lepas mereka tak ada, aku agak kekok dan aku dah tak berganjak! Adoi~ kenapa aku ni ye? Hmm~ Sebab aku hilang kawan kot. Selama aku belajar dari sekolah rendah sampai sekarang, belum ada sesiapa yang aku gelarkan kawan baik selain mereka2 ni. Mereka memang the best! Apa2 pun thanks ye!

Dalam tahun yang sama, aku kehilangan si dia yang aku sayang. Yang ni aku tak nak perkatakan apa2. Sebab kami berkawan sekarang. Perkara ni tak menjejaskan sangat.

Hmm~ Selepas satu semester, seorang lagi kawan aku pergi. Walau dia dari kos lain, tapi dia ada sedikit sebanyak membantu aku dalam kerja2 aku. Idea2 dia juga menarik dan aku suka. Dia pergi kerana berhenti dan berpindah ke kos yang lebih dia minati. Heyh~ kenapa lah korang pergi?! Tapi aku tabik lah dengan korang! Sebab korang hampir capai apa yang korang nak. Aku ni masih lagi cuba nak bangun dan cuba tak nak berpaut mana2 dahan lagi!

Jadi apa keputusan dan rancangan aku? Seperti aku katakan, aku nak berhenti dari teruskan pembelajaran aku. Dan sementara aku menanti hari yang mendatang, aku cuba untuk bekerja dan kumpul duit poket untuk tampung Re-Start aku nanti. Ya! Aku nak mula semula! Aku nak mohon semula selepas aku berhenti ni. Aku nak mula dalam kos yang sama. Apa yang aku fikir sekarang adalah apa yang aku akan capai satu hari nanti. Umur tak jadi masalah utama sekarang ni. Sebab jika kita nak, kita tekad dan pasti akan dapat! Percayalah! Insha-allah!

Kepada kawan2 kelas aku, kawan2 kelas tarian aku, lecturer2 yang dah ajar aku macam2 dan yang dah pun jadi macam kakak aku, serta yang paling UTAMA adalah si dia yang sentiasa mendampingi aku dan beri semangat pada aku; terima kasih banyak2 dan minta maaf sebab tak beritahu korang awal2. Untuk si dia “Af, minta maaf ye sebab tak bagitahu. Harap kita masih kawan lagi. Buat mak ayah bangga tau! Habiskan dulu baru fikir pasal apa akan jadi nanti, okay? Af sentiasa ada! Smile“

Untuk kawan2 blogger yang baca entry luahan ni. Terima Kasih!

Bahana Facebook.

facebook

Siapa di antara anda2 yang bertandang ke blog aku ni tak kenal Facebook? Aku rasa orang yang tak tahu apa tu Facebook sangat2 lah kolot. Maaf kalau bahasa ni macam kasar, tapi rasa macam pelik jika tak tahu laman sosial tu melainkan dia tak pernah keluar dari hutan. Hehe~ Aku tak heran kalau sesorang tu tak ada akaun Facebook, tapi aku heran kalau dia tak kenal apa tu Facebook. Huhu~

Aku tabik gila dengan pembuat Facebook tu. Aku berharap website komunit kawan aku; cikgucikgu.com ni pun boleh jadi satu laman komuniti yang hebat!

Tapi tahu tak anda ramai yang kemaruk dengan Facebook ni? Sehari tak buka tak sah. Walhal bila buka tak ada apa2 pun notification. Lepas tu, mereka yang kemaruk ni akan jadikan dirinya kurang privasi sebab semua perkara dia nak tulis di Status Wall. Bahaya weyh~ sebenarnya. Sebab kadang2 anda tak tahu anda sedang diperhatikan ke apa ke. Sebab jenayah sekarang dah pelbagai tau. Hati2 lah ye~

Anda tahu? Satu budak lelaki di sebelah Utara China di halau mak nya dari rumah kerana menulis yang dia dimarah maknya di status Facebooknya. Budak lelaki tu tak dibenarkan balik ke rumah oleh maknya. Kasihan kan pada budak lelaki tu tak boleh online Facebook lagi. Haha~ Lagi kasihan sebab cerita ni rekaan je. Aku saja2 terfikir masa tulis entry ni. Hehe~ ada yang percaya ke? Tapi tak mustahil boleh berlaku. Sebab macam family aku, semua ada Facebook. Kadang2 rasa tak ada privacy dalam nak tulis status atau komen status orang. Nanti dapat dikesan mak ayah. Huuu~ Nasib baik aku je yang ada blog dalam keluarga aku. Jadi mudah sikit lah nak mengarang. Hehe~

Jadi apa pendapat anda tentang laman sosial yang semakin berleluasa sekarang ni? Renung2lah kejap~

Mengapa tiada?

Sepanjang malam aku berjaga untuk mencari kesahihannya. Tapi masih tak mendapat kesahihannya. Ish~ Aku masih tak puas hati lagi. Jam aku dah tunjukkan pukul 5:15am. Aku rasa dah tak datang dah kot Santa Claus ni. Aku dengar dia akan datang malam krismas. Ni malam krismas lah kan?

santa-greenPenat aku duduk tengok bumbung jiran aku yang beragama kristian, tapi tak ada pun dia mendarat dengan rusa terbangnya atas bumbung tu. Ish~ mitos yang tak benar. Haha~ Patut lah, lepas aku tengok2 dalam you tube. Santa Claus masuk rumah ikut corong asap rumah. Di Malaysia mana ada corong asap? Salji lagi lah tak ada~! Macam mana kereta luncur terbang yang ditarik rusa terbang tu nak mendarat. Betul tak?

Haha~ saja fikir perkara mengarut kejap. Sebenarnya aku dapat kenal pasti bahawa betapa Universalnya agama Islam. Kita lihat dari aspek perayaan ye. Agama Islam ada beberapa perayaan; Aidilfitri contohnya, satu dunia yang beragama Islam ni boleh merayakan nya. Tak kira lah apa iklim negara tu pun. Raya korban pula tak pun disyaratkan mesti sembelih lembu. Binatang ternakan lain pun boleh. Wah~ anda pun boleh fikir sendiri kot maksud aku ni. Hehe~ takut tersentuh isu pula. PROUD TO BE MUSLIM~!

Iktiraf ungkapan. . .

gilKita sebagai manusia ni dah biasa dengar pepatah, ungkapan, peribahasa, simpulan bahasa, dan apa2 lagi lah berkaitan dengan bahasa. Kadang2 kita juga dengar kata orang2 tua lah apa2 lah kan; tapi pernah tak terfikir macam mana kata2 kita pula yang nak digunakan oleh semua?

Mesti anda tak faham maksud aku kan? Aku pun tak reti nak terangkan. Tapi aku cuba maksudkan; bagaimana kita sebagai orang zaman sekarang ni nak cipta peribahasa moden yang baru dan di iktiraf? Sebab kadang2 ada peribahasa atau ungkapan atau apa2 je yang biasa kita dengar tu dah tak sesuai untuk zaman sekarang.

Aku nak bagi contoh tapi tak terfikir pula ketika aku tulis entry ni. Aku ni memang suka fikir benda bukan2 yang kadang2 aku rasa orang lain tak terfikir sangat. Haha~ Waktu aku fikir ni, adalah juga terfikir tapi sekarang ni dah hilang di telan masa. Hehe~

Apa2 pun, sesiapa yang faham maksud aku ni; agaknya ada tak cara nak jadikan kata2 kita atau ungkapan kita ni diguna pakai dan di iktiraf. Seboleh2nya boleh di guna pakai dalam ayat2 rasmi serta surat2 khabar ke apa ke. Sesiapa tahu carannya, bagitahulah aku!

Zoo Negara Hari Ini~

Hai kawan2, berapa ramai di antara anda semua dah pernah pergi Zoo Negara? Apa anda rasa? Seronok tak? Haha~ Aku paling suka pergi zoo. Tak tahulah kenapa tapi aku rasa seronok je. Gila lah syok tengok haiwan2 yang bukan selalu2 kita tengok kan. Hehe~ Aku cerita ni sebab aku baru je pergi dengan family2 aku.

Kedatangan yang di sambut dengan zirafah di sebelah kiri pintu masuk A. Lepas tu Gajah dan seterusnya haiwan2 lain lah. Takkan aku nak cerita semua spesis haiwan yang ada dalam Zoo Negara kan? Pergi lah tengok sendiri~

Aku sebenarnya nak kongsi gambar2 dan keseronokan berjalan dengan adik beradik je. Hehe~ Mak Ayah aku tak larat kejar kami yang pusing ke semua kandang. Kasihan pada mereka. Tapi tak apalah, TERIMA KASIH MAMA AYAH SEBAB BAWAKAN KAMI~LOVE YOU! Haha~

Kakak aku tak ikut sebab dia kerja, kasihan juga. Tapi padan lah muka dia. Haha~ Di zoo ni kami adik beradik je yang ambil gambar, paling banyak adik aku sorang ni. Dia yang pegang kamera, so dia punya gambar lah banyak. Mak ayah aku ada satu ni je gambar. Hehe~ Maaf ye. Kami tak cas kamera pun malam tadi, jadi dengan berbekalkan batery 3 bar kami pusing satu Zoo Negara. Tapi memang jimat2 lah shoot, risau tak sempat tangkap gambar haiwan yang jarang2 nampak.

Dalam banyak2 haiwan, haiwan yang paling aku gila2 suka adalah Rakun! Comel gila! Haha~ Sangat2 aktif dan licik. Banyak rakun di zoo ni rupanya! Nak satu boleh tak?!

Dah lah~ Malas nak cerita banyak2 nanti anda bosan baca tentang keluarga aku. Hehe~ Risau anda2 cemburu je. Sebenarnya bagus jika dapat gathering adik beradik macam ni. Lagi2 bila ada aktiviti yang masing2 suka. Ini mengeratkan persaudaraan sebab kadang2 di rumah, masing2 duduk buat kerja masing2 tak ada perkara nak di borakkan. Bila keluar sama2 macam ni menjadikan ianya positif. Kan2?