Memaparkan catatan dengan label website. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label website. Papar semua catatan

Rebirth Movie - Kerjasama anak muda tempatan di bawah kerjasama Kaixer.net dan beberapa kumpulan grafik lain!

Assalamualaikum, ada lagi ke yang menjengah ke blog aku ni? Terima kasih lagi sekali dari aku tak terhingga. Aku tengok traffic aku naik tinggi gak bila aku buat siri 'Facebook Comment' tu. Nanti aku buat lagi ye? Belum dapat idea. Sekarang ni aku aku nak bagitahu tentang satu hasil kerja anak muda! Muda ke? Muda lah sebab mereka dalam lingkungan 20-an je umur mereka. 

Hah~ Mesti ada yang masih tak fahamkan apa kejadahnya aku cakap ni? Haha~ Kalau aku baca balik pun aku tak faham. Sebenarnya aku menceritakan tentang projek member2 aku ni. Projek baik punya iaitu "Rebirth: World Order". Ia satu animasi ciptaan 5 orang anak muda pada awal tahun ini (2011). 





Video di atas adalah preview serba sedikit tentang project mereka. Informasi yang lanjut boleh didapat terus di rebirthprojects.com serta di Facebook mereka di fb.com/RebirthMovie. 

Dalam entry ni bukan itu yang aku nak cakapkan sangat, sebab info ni anda boleh dapat sendiri dari web site mereka yang gila COOL! Haha~ Tapi apa yang aku nak cerita adalah perlunya orang2 seperti mereka dalam industri filem animasi Malaysia kita yang kian meningkat naik ni. DAN! Perlunya orang2 seperti anda...anda dan anda untuk menyokong mereka ni. Tak ruginya kita menengahkan usaha2 orang seperti mereka. Walau mungkin anda tak suka hasil kerja mereka tapi anda patut puji usaha mereka. Sekurang2nya mereka menyumbang sesuatu. Anda?

Hehe~ Macam apa je aku cakap kan? Haha~ Hah! Sebagai info tambahan mengenai Rebirth Project tu, dikatakan akan ada sekuel cerita ni dalam novel grafik selepas movienya nanti! Wah!! Lebih menarik aku rasa benda ni. Aku memang suka kumpul novel2 grafik ni. 

Dan satu lagi berita baik kepada BLOGGER! Rebirth Project ni tengah memerlukan ramai blogger untuk promote mengenai projek mereka di blog anda. Mereka (blogger) yang bantu promote projek ini secara automatik diterima sebagai media partners di rebirthprojects.com/credits-media. Ini projek Non-profit dan segala bergantung kepada blogger. Jadi sama2 lah kita naik. Mereka2 yang membuat review mengenai mereka projek mereka ni di blog boleh PING kan URL blog anda di Facebook fanpage mereka.

Secara jujur, anda tidak akan rugi apa2. FILEM AKSI NI!

Google dan benda barunya.

Assalamualaikum, anda semua sihat tak? Mesti sihatkan sebab boleh nak online2 ni kan? Haha~ Aku pun alhamdulillah okay, sebab hari ni aku boleh menambah lagi entry. Okay, kepada yang berkunjung ke sini nak aku bagitahu kepada anda tentang perkara baru yang aku dapat tahu tentang Google.  Aku tak pasti sebaru manakah berita ini, tapi ianya baru lah bagi aku. Aku nak lah kongsi dengan anda2 kan. Huhu~

Okay, mula2 oleh kerana anda dan aku adalah seorang blogger. Jadi aku nak tunjuk apa yang baru google akan pertaruhkan kepada kita? Ia dipanggil Blogger Dynamic Views! Hah~ Apakah ia? Aku nak terang pun tak reti sangat, tapi apa yang aku faham Blogger akan ada 5 Dynamic Views yang boleh kita apply pada blog kita nanti. Maksudnya macam template baru lah kiranya. Baca kat sini kalau nak tahu dan ni ada video yang tunjuk apa yang baru. (aku suka lagunya)


Seterusnya adalah perkara baru untuk pengguna Gmail! Anda guna gmail tak? Mesti ada kan? Kalau tak ada buat lah sekarang! Hehe~ Okay, apa yang barunya adalah Gmail Motion! Cara baru dan dikatakan cepat untuk menyemak email anda! Macam mana? Anda hanya perlu membuat gaya2 tertentu seperti bahasa isyarat untuk menyemak email Kamera video anda akan mengesan pergerakan sebagai satu arahan dan akan jalankan tugas. Okay, itu agak susah nak faham. Haha~ Aku ni tak reti lah nak menerang sebab benda2 komputer kan. Ni pergi website ini, dan anda akan faham.

P/s : Apahal aku hari ni?

Firefox 4 lebih menarik?

Okay, pastinya pengguna internet ada web browser kegemaran anda kan? Dan sering mencari yang terbaik untuk melancarkan perlayaran anda di dunia maya. Sekarang ni macam2 web browser telah wujud. Dan setiap web browser menampilkan kelebihan masing2. 

Setakat ni, apa yang dapat aku lihat, ramai menggunakan Chrome, Morzilla Firefox, Opera, dan ada juga menggunakan Safari sebagai web browser mereka. Tak kurang yang pakai pelbagai web browser. Ikut anda lah kan. Aku tak boleh nak halang pun.

Tapi dalam entry kali ni, aku nak cerita mengenai Mozilla Firefox! Kenapa? Sebab sekarang Morzilla Firefox telah mengeluarkan produk barunya iaitu Mozilla Firefox 4! Apa kelebihannya? Mari kita lihat video dari Morzilla Firefox.




Ada rupa Chrome sikit kan? Tapi ada lainnya. Aku dah guna dan agak puas hati juga lah. Tapi aku still nak guna Chrome. Aku tak tahu lah, mungkin dah terbiasa kot. Tapi dalam banyak2 satu je yang aku suka pada Mozilla Firefox 4 ni. Iaitu:




Hehe~ Sangat comel Panda Merah tu kan. Kalau suka, sila Like!

P/s : Untuk entry lepas iaitu "(Video) Short-clip cerita aksi arahan aku, idea kawan aku", aku dah update video tu. Maaf lah hari tu ada problem dengan copyright. Hehe~

Video klip, tak berani meluahkan.

Antara perkara yang paling aku suka bila tengok TV atau di YouTube adalah tengok video klip! Yeah! Haha~ Kenapa aku suka? Sebab video klip ni bagai kita menonton sebuah filem tapi dalam tempoh yang singkat. Dalam video klip biasanya akan menceritakan sama macam tengok filem, ada starting, ada punching line, ada klimaks, ada ending. Apa yang beza adalah tempoh cerita. Konflik pun ada kadang2, tapi tak lah pening kepala kita nak tunggu macam movie kan. Nak tahu apa jadi lah, suspen je.

Tapi dalam banyak2 klip video, aku suka tengok video klip muzik yang tak keluar kat TV. Semua tu ada kat YouTube lah. Bukan yang cover lagu orang dan duduk depan kamera main gitar atau alat muzik lain. Aku tak suka macam tu. Tu aku sendiri boleh nyanyi. Aku suka yang macam kat bawah ni.  Ni antara video klip yang sangat2 aku suka! Romantik gila! (Kantoi jiwangs)



Tajuk lagu ni adalah 'Olive you'. Apa makna tu? Okay, sebenarnya ni cerita tentang orang yang tak berani nak luahkan kata 'I love you' pada seseorang yang dia cintai. Jadi dia sebut 'Olive you'. Kira malu tapi mahu lah ni. Lagu ni adalah original oleh Dave Days yang sangat2 aku minati! Dia ni suka buat lagu style cover parody. Dan suka kaitkkan dengan Miley Cyrus dalam lagu2 dia. Mungkin lah dia peminat Miley Cyrus, sampai dia ada buat satu lagu untuk Miley Cyrus. Haha~ Nak tengok? Pergi lah ke YouTube, search Dave Days! 

Kepada kaki Lukis semua.

Maaf lah sebab lama pula tak update entry kan? Hehe~ Aku tengah menyiapkan beberapa kerja dan lukisan. Huhu~ Terlampau banyak menumpu pada benda2 tu sampai lupa nak update. Sampai sekarang pun masih belum siap lagi. Adoi! Aku memang agak excited bila dapat melukis. Rasa macam naik adrenaline dalam badan aku ni. Kadang2 mengadap berejam2 sampai tak sedar tak makan, tak mandi. Ish3~

Tertanya tak apa yang aku gila sangat mengadap tu kan? Tak~ Aku tak pakai Photoshop sebab aku memang tak reti langsung guna benda tu! Jadi aku guna apa? Ha~ ni aku nak perkenalkan kepada anda2 semua satu website melukis secara online!


Itu dia~! www.queeky.com Adalah satu laman web untuk para2 kaki lukis satu dunia ni menunjukkan bakat! Fuh~ Dasyat gile le! Haha~ Belum dasyat lagi ni. Laman web ni macam Deviantart juga dimana mengumpulkan artwork2. Tapi disini ia lebih istimewa sikit. Apa yang istimewa? Kat laman web ni kita boleh lihat artwork2 ala2 painting yang dasyat2! Banyak yang anda tengok tak macam lukisan pun tapi lukisan. Yang gila2 specialnya adalah anda boleh lihat semula macam mana artis tu lukis lukisa tu! Anda boleh tengok dari mula dia menconteng2 hingga lah menjadi satu lukisan yang lengkap. So, tak ada lah anda kata "Nampak beno menipunye~" kan? Hehe~

Ala~ Senang cerita anda pergi lah tengok sendiri kat website tu ye? Kalau anda tak tabik tu tak tahu lah. Hehe~ 

P/s : Aku punya profile belum boleh didedahkan lagi sebab aku tak habis lukis lagi. Haha~ Penat gila!

MASpage.com–Malaysian Comunity Web Browser

Assalamualaikum semua, entry ni aku nak perkenalkan satu Web Komuniti Malaysia iaitu MASpage.com. Baru dilancarkan pada 3hb Mac 2011. Aku dah register dah. Hehe~ Tapi, aku still  tak tahu nak kata ia bagus atau pun tak. Sebab aku ni spesis yang sentiasa cuba apa2 je produk baru dari Malaysia.

10

Tapi bila aku Log In, aku terfikir kenapa dia nak guna biru putih juga? Tak ada idea ke apa? Tapi mungkin boleh Upgrade lagi kan? Okay lah~ Sebab tak berat pun. Aku rasa rileks je nak lompat2 dari page ke page. Tak ada button yang tak berfungsi, semua okay. Aku tekan dah semua dari A-Z. Bagi aku boleh lah.

12Cuma logo tu macam terlalu LAME sangat lah. Kalau lecturer aku cakap ni, dia akan kata SAMPAH! Haha~ Sebab tak komercial langsung! Macam logo ubatan pun ada aku tengok. Sangat simple! Tapi aku still rasa benda ni okay.

Nak tahu apa yang macam best lah bagi aku tentang website ni?! Dia boleh customize Profile! Yeay~! Tepuk tangan sikit! Seronok tak? Seronok tak? Haha~ Agak bosan sebab benda ni sebenarnya ada ala2 Myspace. Selain tu yang aku nampak ada Forum, ada Dashboard, ada home Page, Blog, Video, Photos, Polls, Sounds, Groups & adalah beberapa aku tak sebut. Kira okaylahkan? Cuma aku rasa kenapa ada Dashboard dan HomePage? Kenapa tak satukan je? Mungkin sekarang aku tak nampak sangat kegunaannya tapi kenapa?! Hoho~

11

Tapi satu je aku tak paham, adakah produk ni dengan DrBook2u.com tu sama? Sebab aku jumpa website ni di Fan Page DrBook2u tu. Sepatutnya DrBook2u di launch semalam juga, dan tiba2 admin nya beri link ini di wall. Walau mempunya masalah nak acsess masuk, tapi bila aku cuba subuh2 dah boleh.

 


P/s : Nak tengok tak Profile MASpage aku? Ah~ Anda taknak tengok pun still aku nak tunjuk!
MASpage/sembil9n

Blog site Blogger Tercinta (Official)!

BT

Selaku admin Blogger Tercinta yang prihatin, aku dan Enna telah menghasilkan satu site yang aku panggil Blog Site khas untuk ahli Blogger Tercinta (Official) atau singkatannya BTO! Best kan? Haha~ Fine, aku tahu tak menarik pun. Hoho~ Dengan rasminya kami telah melancarkan blog site tu pada 26 haribulan Februari 2011.

Jadi apa tujuan blog site ni?

Tujuan blog site ni adalah untuk kami memaparkan segala aktiviti ahli2 blogger, termasuklah event, contest, giveaway dan lain2. Kami juga turut akan mempromosikan blog2 ahli Blogger Tercinta di blog site ni. Menarik tak? Okay, still nampak tak menarik ke? Apa kata anda pergi sendiri tengok apa ada kat blog site tu. Haha~

Jika ada sebarang kekurangan anda boleh terus bagitahu kami supaya kami boleh cepat2 tambahkan apa2 yang kurang. Kalau tak ada yang kurang, anda boleh lah bagi cadangan ke apa2 pada kami supaya kami boleh mempertimbangkan cadangan anda. Haha~ Terima Kasih kepada anda yang kerap menyokong kami ni. Tampa anda, takkan ada Blogger Tercinta ni.

P/s : Jangan lupa singgah pula ye.

Pentingnya feedback readers.

Pada aku, ia amat penting lah untuk sesuatu blog tu mendapatkan feedbacks dari reader2. Tujuannya adalah untuk kita mengetahui sejauh manakah sebenarnya tahap blog kita ni di hati pembaca2. Feedbacks tak bermaksud bilangan Follower ye. Sebab follower tu kadang2 ada yang follow sebab balas follow kita atau follow sebab nak suruh kita follow balik. Hanya ada beberapa peratus je follower yang follow sebab suka blog kita.

Bagaimana dengan komen? Komen juga adalah satu ajen penting yang mewakili feedback dari reader kita. Jika penulisan anda bagus, tidak kira bagaimana atau apa cerita anda tulis pasti ada pembaca dan ada yang komen. Kadang2 aku tengok, entry dia pendek dan agak merapu tapi readers dan komen banyak. Ini sebab cara dia menyampaikan entry tu menarik dan terbaik. Macam mana nak tulis dengan baik dan bagus? SIla tengok entry yang lepas2 ye, aku ada tulis cara aku nak karang style aku. Hehe~

feedbackSelain tu, anda juga boleh buat Poll. Poll ni adalah satu benda yang boleh menunjukkan feedback readers kita. Kalau nak letak Poll, jangan lah tersorok sangat. Orang tak jumpa nanti. Letak tempat2 yang stratergy sikit, tapi jangan ganggu entry dah la ye.

 

Kalau tak ada juga benda2 tu, anda boleh gunakan alternatif lain. Apa dia? Pernah dengar Formspring.me? Aku rasa ramai je blogger yang dah ada pun akaun formspring ni. Ye, memang formspring ni untuk tanya menanya. Tapi aku baru perasan yang ia juga ada widget yang Respond. Apa yang boleh dibuat dengan button widget ni adalah boleh dijadikan ruangan untuk kita mendapat feedback dari reader.

FORMSPIRNG.ME

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Anda boleh dapatkan button Respond ni kat Settings  > Respond Buttonlepas tu ikut caranya. Lepas dah ikut, baru boleh letak button ni. Cool kan? Aku harap adalah yang rajin nak bagi feedback ni sebab ia bertujuan untuk penambah baikkan blog kita juga. Respond aku, nanti aku Respond anda balik. Haha~

P/s : Terima kasih kepada yang datang menyinggah dan memberi respond2 yang baik!

Gambar bertukar katak?

Haha~ Ada tak yang buka2 blog anda je terus terkejut. Rupa blog dah macam haram? Kalau tak ada bagus lah, tapi jika ada silalah ubah balik ye? Gambar2 semua jadi gambar katakkan? Hehe~\

Untitled-1

Bukan katak macam ni. Ni tak rupa katak pun. Tapi rupa katak imageshack. Ada tak? Kalau ada, cepat2 lah ubah suai apa yang patut. Aku bernasib baik sebab hanya beberapa je yang aku gunakan imageshack, yang lain semua direct upload. Mana yang telah bertukar gambar katak tu, aku dah cepat2 upload ke photobucket pula dan tukar image hosting. Haha.

Malas dah nak fikir2 pasal imageshack lagi. Kat photobucket ni, aku siap register lagi. Aku suka sikit kat photobucket ni bukan apa, sebab boleh log in dengan id Facebook je, so tak payah letih2 nak pergi isi form lah apa semua. Jadi, anda dah betulkan ke belum permasalahan dengan imageshack tu?

P/s : Sorry, entry agak merapu. Sekadar nak ingatkan rakan2 blogger tentang masalah imageshack tu. Betulkan sikit je aku rasa. Okay?

Cara melamar seorang Gamers!

Aku menjelajah di alam maya ni dan terjumpa satu site yang aku rasa ianya blog. Di entry tu tak tulis banyak. Di situ dia nyatakan yang ada seorang lelaki ni telah hack satu game kegemaran gadis idamannya! Tahu apa dia buat? Dia ubah program game tu dan menyusun ceritanya mengisahkan tentang mereka. Dan akhir sekali dia menyatakan hasrat untuk mengahwini wanita itu. Mari tengok game tu. Hehe~

Tonton di Tonton

Adakah anda ni duduk jauh dari keluarga, belajar jauh ke? Mesti duduk asrama kan? Sama lah dengan aku ni. Sejak aku duduk kolej ni aku jarang gila tengok TV. Yela, duduk kolej mana boleh bawa TV ke bilik kan? Tu yang aktiviti mendownload makin berleluasa. Huhu~ Eh, yang study di U level ni bukan di sekolah. Di sekolah aku rasa laptop pun tak boleh bawa kan? Kasihan~

Tapi sekarang aku dah boleh juga nak tengok TV walau pun dengan laptop je. Lagi best bila ada WiFi sebab laju sikit bufferingnya. Haha~ Walaupun siarannya agak lambat dari waktu asal, tapi aku kisah apa, asal dapat tengok TV! Ops~ Lupa nak cakap tentang apa yang aku reviewkan ni. Aku tengah cakap tentang tonton.com.my!

tonton_com_my_ali

“Cara baru orang menonton TV” adalah cogan kata yang digunakan. Kalau internet anda okay, memang laju dia buffering. Boleh di katakan tiada gangguan macam yang kita selalu tengok di YouTube. Walau masih dalam Beta testing, tapi aku dah rasa agak puas hati! Mudah je nak akses website ni, dah dapat masuk tekan register. Mudah! Lepas tu boleh tonton dah.

Ada beberapa channel yang telah bekerjasama walau masih beta test! Nak tahu channel mana? Ni dia:

xxz

Setakat ni tu je. Tapi tu yang channel, belum masuk tab2 dia yang lain. Macam tab Shows, Movies, dan Specials. Ye! Anda boleh tonton Movie di sini! Kalau tak salah aku, setiap bulan dia akan update Movies tu! Cool tak? Di bahagian channel tu ada cerita dari berita hingga ke drama. Jadi tak ada alasan jika terlepas drama kegemaran anda. Hehe~

xxx

P/s : Aku memang amat menyarankan anda melawat ke website ni sebab dapat tengok TV. Hehe~ Lagi2 kepada blogger yang jarang2 ada masa nak ke depan TV. Sambil2 update blog, boleh tunggu buffering kalau lambat sangat.

Penghargaan Blog dari sembil9n.com

Aku tak tahan dah tengok blog ni. Hasil berblogwalking dari satu blog ke blog lain sangat2 berbaloi lepas jumpa blog yang aku rasa patut di ketengahkan. Tapi ia akan jadi ke tepi kalau anda letakkan bannernya di sidebar anda. Hehe~ Blog ni sangat2 kreatif dan sangat berbaloi kalau nak di adap lama2 sebab menghiburkan.

ccccccIanya adalah blog shada wentz! Blog dia yang bernama shadawentz.com dengan bercogan katakan “where creativity becomes priority” rasa2 anda dah boleh agak blog beliau sangat kreatif kan?

Hehe~ Sangat comel karekter2 yang dia buat. Blog dia aku boleh kategorikan sebagai blog yang menghiburkan. Ia berkisarkan tentang kehidupan seharian. Bukan kehidupan beliau je, tetapi kehidupan semua orang. Aku rasa dia ni pemerhati yang bagus lah. Sebab kebanyakkan entry dia ada kartun2 yang dia lukis sendiri! Hebat gila! Paling syok kartun2 tu lucu gila!

bbkjlhj

Aku tak pasti beliau lukis guna apa, rasanya cuma guna Paint je. Tapi tu tak penting, sebab ianya identiti beliau yang ramai menerimanya! Aku kagum sebab beliau seorang perempuan (rasanya) dan seorang pelajar (agak je). Aku dari tengah hari sampai kepetang tak tutup tab blog beliau sebab entry dia menarik gila. Haha~ Last2 aku kena juga stop sebab beri peluang untuk aku tengok blog lain dan selesaikan kerja lain pula. Huhu~

Seterusnya anda pergilah lihat sendiri blog beliau! Aku jamin anda tak akan rugi sebab ianya sangat menarik! Kepada shada wentz, aku nak katakan:penghargaan

 

Teruskan berblogging!

Selangor kalah malam tadi.

Aduhai~ Orang nak seronok2, tiba2 berita sedih pula aku dengar. Tengok tak perlawanan bola antara Kelantan dan Selangor malam tadi? Aku sebagai orang Selangor agak sedih lah dengan kekalahan tu. Mana taknya, aku semangat keluar malam tadi pergi kedai nak tengok perlawanan tu. Datang2 dah nampak Kelantan mendahului. Lagi sedih, permainan Selangor mula2 rancak juga lah pada separuh masa kedua tu. Tapi lepas Kelantan dapat gol ke-2 dah jatuh merudum je aku tengok. Semua macam tak menjadi.

Hancur harapan Selangor nak buat hatrik untuk Piala Sultan Alam Shah. Ah~ Tak kisah lah tu kan? Yang penting, Selangor masih pegang kejuaran terbanyak untuk Piala Sultan Alam Shah iaitu sebanyak 8 kali! Banyak kan? Hehe~ Aku pun baru tahu sebenarnya. Baru berjinak2 nak kenali dunia bola sepak tempatan. Luar negara aku tak nak ambil tahu. Hehe~

Tapi aku paling tak tahan dengan kawan aku ni. Dia orang Kelantan. Tengok apa yang kami balahkan:

zzxzedehk

Sebenarnya itu adalah perbualan dua orang lelaki yang tak tahu dunia bola sepak ni. Haha~ Jadi apa yang kami balahkan, jangan dibangkitkan ye. Sebab kami bergurau je. Kami berbalah sebab kebetulan aku orang Selangor dan dia orang Kelantan. Haha~

________________________________________________________________________

asxc

Ops2~ Anda semua tak nampak ke link aku dah berubah? Hehe~ Kini aku dah ada domain sendiri! Apa benda tu? Maksudnya aku dah tak terikat dengan Blogspot lagi. (rasanyalah) Tapi aku belum lagi buat hosting sendiri. Nantilah, belum tercapai target lagi. Huhu~

Semua ni mula2 terima kasih pada Eman yang menggalakkan aku dengan domain ni dan kenalkan aku dengan Amiru yang ada sediakan perkhidmatan domain di iHosterz.com! Tapi beberapa hari ni aku tak dapat akses ke blog aku gara2 aku yang suka2 nak buat sendiri ntah jadi apa ntah. Huhu~ Nasib baik dah okay. Hehe~ Kepada anda yang nak juga dapatkan domain. Sila lah daftar ye. Setahun RM29 je. Sorry kalau tiba2 harga berubah. Hehe~

P/s : Sorry kalau entry ni serabut. Aku letih waktu buat entry ni, tapi aku buat juga satu entry untuk memberi tahu aku masih aktif. Huhu~ Terima kasih kepada yang datang baca entry.

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011

blog-tercantik-2011Setelah beberapa ketika, aku telah tidak menyertai sebarang contest, sekarang ntah apa mimpi aku nak pula sertai contest ni. Contest kali ni amat berbeza dengan contest2 yang di anjurkan oleh blogger lain. Seperti yang anda lihat, ianya adalah contest Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011! Gempak je bunyikan? Dengar bunyi macam grand ala2 AJL gitu. Hehe~ Anjuran blogger Faisal Abdullah.

Aku risau juga sertai contest ni; mana taknya, kebanyakkan blog yang menyertainya style2 je. Otai2 pula… aku ni baru dalam 3 bulan lebih2 sikit je berblogging ni (waktu tulis entry ni). Tapi aku rasa tak salah pun nak try sebab aku ni nak sangat tahu feedback dari orang ramai mengenai blog aku. Buruk, lembab, tak best, atau apa2 feedback pun aku terima. Tambahan lagi, En. Faisal ni ada menegaskan bahawa dia boleh akan memastikan adakah blog peserta itu layak atau tidak layak menyertai. Risau je rasa hati ini.

Tujuan lain aku nak menyertai contest ni bukan sebab hadiahnya (kalau dapat best juga), tapi antara salah satu bonus pengiklanan blog aku juga. Hehe~ Kan kita sesama blogger, mestilah sama2 menziarahi kan? Lagipun aku rasa, blog aku tak ada pun ciri2 blog yang dibenci kan?

Jadi, kepada anda yang juga ingin mencuba nasib, marilah ke blog 2dayblogger.com ni. Kalau boleh follow lah sekali. Hehe~ Aku boleh jamin yang anda tak akan kecewa sebab follow blog beliau!

Untitled-1

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

Hah~ Inilah antara tanda aku kekeringan idea. Letih fikir untuk entry aku yang dalam proses ni. Dicampur dengan kepala yang pusing2, bertambah lembab lah RAM otak aku untuk memproses matlumat. Dan secara tiba2 aku ternampak Bro Ben punya segmen! Segmen yang mempamerkan header blog. Haha~

Seperti yang dapat anda lihat, aku buat kelainan dalam blog ni kan? Dimana headernya aku letak di sebelah tepi sebaris dengan sidebar. Nampak ke tak header aku tu? Okay kalau tak perasan, ni aku letak:

headers2

Hehe~ Aku memang suka buat siri budak hijau ni. Pada sesiapa yang ikuti blog aku dari dulu tahu lah macam mana rupa header aku. Pelbagai siri dah.

Okaylah~ Aku kena jalankan tugas dengan melengkapkan apa yang Bro Ben ni minta.

  • Sapa yang buat header tersebut
    • Aku buat sendiri header tersebut. Mengikut cita rasa aku sendiri.
  • Perisian yang digunakan
    • Aku menggunakan Adobe Illustrator kerana itu je yang aku mahir pakai berbanding Adobe Photoshop. Hehe~
  • Maksud header tersebut
    • Header ni memberi gambaran serba sedikit tentang diri aku. Aku buat ikut hati aku dan mood aku waktu sekarang ni.
    • ‘Bubble’ merah tu merujuk sebagai2 idea2, akal, kata, dari aku yang menyampaikan untuk menyemarakkan inspirasi.
    • Font yang ke’anak2’an dalam bubble tu merujuk kepada keceriaan blog ni. Juga merujuk pada entry yang tidak lah terlalu serius dan tak terlalu mengarut.
    • Character hijau berhoodie coklat tu merujuk aku yang ala malu2 gitu. Itu membawa maksud aku masih lagi baru nak melangkah ke alam blog yang besar ni jadi aku segan2 sikit dengan entry2 aku yang mungkin tidak cukup bagus.
  • Jangkamasa yang diambil buat header itu
    • Oh~ Buat header ni ada dalam paling lama pun 45minit. Aku tak berapa pasti sebab bila aku ada idea, aku memang tak tengok jam dan sekeliling aku. Aku layankan je.
  • Header blog lain yang anda suka tengok

Aku memang sewel dalam bab mendesign. Aku design bukan saja2 kosong sebab setiap yang lahir dari hati kita ni ada ceritanya. Segala yang berlaku pada anda adalah kerana aktiviti minda anda pada saat dan tika itu. Ada kaitan dengan mood, kesihatan, kecerdasa, dan macam2 lagi. Nak terangkan pun agak susah kat sini. Jadi kepada yang singgah ke blog aku, terima kasih!

Pengganti Facebook.

Aku rasa mesti ramai tertanya2 mengenai ni kan? Memandangkan dah semakin banyak dah berita mengenai Facebook ni. Pengasas Facebook pun dengarnya dah serabut dah nak penuhi permintaan pengguna yang berjuta2 orang. Dia ni bagaikan Raja yang nak uruskan urusan rakyat yang berjuta atau aku rasa berbillion kot. MarkZuckerbergTu lah, kaya2 pun tak bahagiakan. Letih uruskan manusia ni, lebih senang urus ayam sekandang.

Jadi masih lagi tertanya pengganti Facebook? Adakah pengguna Facebook yang merungut dengan kurangnya privacy akan berbalik ke laman sosial yang dulu seperti Friendster, Myspace, atau mungkin ke laman Tagged kah? Apa~ Twitter? Aku tak kategorikan Twitter sebagai pengganti Facebook sebab Twitter ni menyediakan perkhidmatan berbeza dari Facebook. Tak percaya, daftarlah Twitter! Tapi apa yang pasti adalah mereka tidak akan kembali ke laman sosial lama itu kembali kerana ianya bukan lagi trend masa kini. Ish~ Susah gila nak penuhi permintaan manusia seluruh dunia!

Jadi apakah penyelesaian nya? Adakah ia akan terus jadi persoalan? Ah~ Banyak pula aku nak tanya. Sebenarnya telah banyak laman sosial yang baru telah pun mula dibangunkan. Ada yang telah aktif, ada juga dalam beta, dan ada juga yang dalam proses rangka lagi. Tapi dalam banyak2 ni, syarikat manakah yang berani mengangkat tangan untuk menyayingi Facebook Mark Zuckerberg ni?

Dari sumber, syarikat yang berani angkat tangan untuk lawan adalah:

Appleseed

Laman sosial ni masih dalam Beta lagi. Dari yang aku faham, Appleseed ni biasa je seperti laman sosial biasa yang ada. Boleh hantar gambar, video, ikuti perbincangan dan macam2 seperti laman sosial lain.

Dengarnya juga, laman sosial ni ada kelainan dimana pengguna yang akan menetapkan sendiri apa yang kita mahu. Kira macam kalau anda tak suka, anda boleh ubah ikut kehendak anda. Macam menarik je kan? Tapi aku still tak dapat nak bayang sangat lah. Katanya kita boleh download software dia, dan install kan pada mana2 web server serta terus plug kan site anda ke Appleseed anda.

Wah, macam bunyinya sesuai untuk blogger kan? Tapi apa2 pun kita tengok je la nanti. Dah nak launch dah rasanya.

 

Diaspora

fe1b89f510ecef30dd52360ede99165cDibina oleh Dan Grippi, Maxwell Salzberg, Raphael Sofaer, dan Ilya Zhitomirskiy selepas mereka berjaya mengutip fund sebanyak $200,000. Diaspora memberi maksud lebih kurang penghijrahan.

Dalam interview dengan New York Times, Sofaer berkata, "We don't need to hand our messages to a hub. What Facebook gives you as a user isn't all that hard to do. All the little games, the little walls, the little chat, aren't really rare things. The technology already exists”. Tetapi Salzberg menyatakan "Facebook is not what we are going after".

Untuk memulakan Diaspora ni, bagi aku agak rumit. Aku tak faham sangat keterangan dia. Tapi ni pun masih permulaan walau ia telah bermula digunakan. Mungkin satu hari nanti, ia dapat dipermudahkan untuk pengguna dan semua boleh guna. Sebab Diaspora dengan Appleseed tu lebih kurang penggunaannya. (Katanyalah~)

 

Elgg

Ni satu lagi laman sosial yang perlu di download software nya. Laman sosial ni telah pun beroperasi sepenuhnya. Walau bagaimana pun, Elgg ni berbeza dengan dua di atas tu. Sebabnya, Elgg ni di reka untuk syarikat atau kumpulan yang mengoperasikan laman sosial mereka sendiri.

Kira macam hosting2 lah. Paham kan? Eh~ Memang Elgg ni ada perkhidmatan hosting pun. Katanya, kita boleh mengendalikan site kita sendiri melalui Elgg ni. Macam2 idea mereka ni kan?

Tapi Elgg bukanlah satu pesaing Facebook, tapi bagi pengguna Elgg yang mungkin beranggapan begitu. Semuanya terserahlahkan? Jadi kepada yang nak try membuat laman sosial sendiri, inilah dia yang boleh hostkan laman sosial anda!

 

Lorea

Lorea ni melabelkan diri sebagai satu project yang membuat sistem sosial sibernatik yang selamat, dimana jaringan manusia akan bersamaan dengan jaringan di dunia maya. Penjelasannya agak pening sikit. Tapi dia macam nak buat gabungan dari laman sosial yang menyediakan rantaian komuniti seperti blogging dan real-time updates macam Twitter.

Tapi dari gayanya, macam susah je nak lawan Facebook kan? Aku pun tak pasti. Tengok jelah nanti.

 

OneSocialWeb

Ha~ Yang ini aku rasa tertarik dengan idea dia. Sangat menarik! Ia bukan sahaja nak menjadi satu laman sosial yang menyayingi lain, malahan nak menjadi laman sosial utama dimana pengguna boleh menggabungkan ke semua laman sosial.

Maksudnya, aku ada Facebook manakala anda ada Myspace. Secara logiknya aku tak boleh jadi member anda kerana lain laman sosial. Tapi onesocialnetwork ni berbeza, dimana boleh add mana2 laman sosial pun yang ada. Tu lah yang dia sedang usahakan. Baguskan idea dia? Tak faham lagi? Ni tengok video ni:

 

Pligg

Yang ini kena sebut betul2 atau akan bunyi macam perkataan lain. Haha~ Apa kelebihan Pligg? Ianya sama seperti Elgg tadi, cuma apa yang membezakannya adalah Pligg juga mempunyai sistem pengurusan pengisian.

Jadi aku tak rasa yang ianya hampir2 dengan Facebook. Sebab ia lebih macam, hosting2 ni kan.

 

Pip.io

Hah~ Ini baru berita gembira, sebabnya telah pun beroperasi! Yeay~ Maknanya dah boleh jadi pesaing Facebook. Tapi…

Ada tapi pula, apa yang tapinya? Laman sosial ini masih lagi dalam penaik tarafan. Sebabnya, banyak lagi link2 dan apa2 dalam laman sosial ni sedang di naik taraf. Kadang2 ianya tak menjadi bila tekan button itu ini.

Laman sosial ini lebih seperti Twitter berbanding Facebook tapi ianya mudah digunakan. Dan katanya boleh menggunakan Facebook dan Twitter dari dalam laman sosial ini. Walau bagai mana pun, ia masih dalam pembinaan.

 

P/S : Dari banyak2 ni, Pip.io je yang macam boleh saing dengan Facebook. Tapi macam masih jauh nak tandingi Facebook!

P/S : Semua artikel ni bukan pandangan dari aku, aku cuma terjemah ikut kefahaman aku dari blog orang lain.

(Website) Website seorang designer.

Sebelum apa2 cuba kau open Google kejap. Aku tak boleh buka lah. Klik pada link tu mudah. Ke aku yang salah taip tak tahu lah. Nanti di hujung entry bagitahu aku apa silap aku ye?

Anda tahu ke apa kerja2 seorang tukang design web? Pernah tak anda terfikir tentang tu? Sepanjang 21 tahun aku hidup ni, aku ni amat2 nak banyak benda. Aku rasa aku ni dilahirkan curious. Jadi dari kecil lagi aku suka tanya banyak benda. Sekarang ni aku tertanya2 apa pekerjaan ni buat, apa pekerjaan tu buat dan macam2.

Oleh kerana aku ni bakal seorang designer, aku memang suka cari inspirasi dalam web site2 ni. Jarang nak pergi perpustakaan. Tapi tadi tengah saja2 jalan2 dalam dunia maya kawan aku bagi link. Aku pun buka. Wow! Cool gila design tu. Bukan member aku tu yang buat. Tapi designer!adad

Dah cuba tekan link? Cool kan? Cuba anda search apa2. Lagi cool. Haha~ Aku tanpa melengah masa, aku terus ke main website dia iaitu mrdoob.com. Nanti ia akan keluar macam ni.

fas

Memang nampak kosong je sebabnya anda kena klik2 yang di atas tu. Try lah satu! Sangat2 terbaik design prototype mereka. Jangan risau, tak ada yang terkejut2 keluar zombie tu. Ini memang website yang buat anda rasa seronok. Paling aku suka The Wilderness Downtown. Nak tahu apa dia? Cuba lah sendiri, tapi ia agak ambil masa, jadi harap bersabar ye.

Selain tu, tab yang aku suka juga adalah Harmony. Sebab dia boleh lukis2 yang agak stylo! Aku mengadap sekali terus sangkut. Tengok apa aku buat:

1

Haha~ Tak siap lagi. Eh~ Memang aku tak siapkan sebab aku tak nak adap lama2 nanti tak jalan kerja lain. Style kan? Boleh sketch dekat web tu je.

Kepada anda2 yang minat benda2 yang cool dalam web site. Silalah pergi ke web site tu. Itu rupanya kerja web developer.

(Info) Ramai nak keluar dari Facebook?


Ada sesiapa dah dengar isu ni? Aku pun dapat tahu dari kawan aku. Dia ni memang rajin ambil tahu hal dunia ni. Aku memang ada dengar2 tapi tak ambil kisah sangat. Maklumlah, Facebook aku tak lah rajin sangat aku adap. Cuma kalau tak ada Facebook ni aku susah nak berhubung dengan si dia. Hanya guna handphone lah nampaknya. Oh ya, anda boleh lihat website ni di quitfacebookday.com. Dalam tu adalah nyatakan sebab apa semua dan macam2 lah.

Tapi baru2 ni aku dengar lain lah pula. Dengarnya Facebook sendiri yang nak tutup pada 15 March 2011?! Betul ke rumor tu? Anda rasa macam mana? Betul ke? Dari article yang aku baca di huffingtonpost.com menyatakan yang ini hanya rumor dan ramai yang menentang, siap buat group lagi. Lagi satu dalam artikel tu ada bagitahu yang YouTube juga nak tutup pada tarikh yang sama. Jadi anda hanya boleh lihat video2nya last pada 14 March! Betul ke ni?

Kalau ikut dari sumber kawan2 blogger aku pula macam2. Macam2 pendapat juga yang mereka bagi. Ada yang nyatakan tuan Facebook tu stress bila uruskan laman sosial ni. Aik? Bukan dia seorang yang kerja. Kan ramai pekerja dia. Dia bos kan? Ntah apa2 lah dunia ni.

Positif negatif ada bila Facebook ditutup pun, sebab lambakan laman sosial sekarang ni dan aku rasa hampir semua negara maju ada laman sosial sendiri. Malaysia pun ada! Siapa kata tak ada? Apa2 pun pendapat aku tentang berita ini adalah aku rasa semua ni hanya propaganda untuk mengkaji berapa ramai yang tak boleh hidup tanpa Facebook. Bila kontroversi ni wujud, makin naik lah Facebook ni. Tak pun mungkin memang sebenarnya Facebook nak tutup sebab nak bagi jalan pada laman sosial lain. Ah! Apa2 pun cerita yang tersebar, biarlah! Tengok je lah nanti.

(Kritik) Blog aku bernafas baru.

Assalamualaikum @ salam sejahtera kawan2, nampak tak perubahan pada blog aku? Semakin simple kan? Hehe~ Aku dah lama impikan blog yang sangat2 simple macam ni. Tengok lah lakaran asal aku:

Sama tak dengan blog sekarang? Adalah sikit2 kan? Aku tengah memikirkan cara untuk menyusun ikut kehendak aku ni. Susah juga rupanya. Tak apalah, aku cuba sehabis baik! Aku minta sikit2 kritikan anda boleh? Ada lagi dalam 10% kot nak siap. Sikit pun jadilah. Mana yang tak kena, bagitahu je. Ye?

Bahana Facebook.

facebook

Siapa di antara anda2 yang bertandang ke blog aku ni tak kenal Facebook? Aku rasa orang yang tak tahu apa tu Facebook sangat2 lah kolot. Maaf kalau bahasa ni macam kasar, tapi rasa macam pelik jika tak tahu laman sosial tu melainkan dia tak pernah keluar dari hutan. Hehe~ Aku tak heran kalau sesorang tu tak ada akaun Facebook, tapi aku heran kalau dia tak kenal apa tu Facebook. Huhu~

Aku tabik gila dengan pembuat Facebook tu. Aku berharap website komunit kawan aku; cikgucikgu.com ni pun boleh jadi satu laman komuniti yang hebat!

Tapi tahu tak anda ramai yang kemaruk dengan Facebook ni? Sehari tak buka tak sah. Walhal bila buka tak ada apa2 pun notification. Lepas tu, mereka yang kemaruk ni akan jadikan dirinya kurang privasi sebab semua perkara dia nak tulis di Status Wall. Bahaya weyh~ sebenarnya. Sebab kadang2 anda tak tahu anda sedang diperhatikan ke apa ke. Sebab jenayah sekarang dah pelbagai tau. Hati2 lah ye~

Anda tahu? Satu budak lelaki di sebelah Utara China di halau mak nya dari rumah kerana menulis yang dia dimarah maknya di status Facebooknya. Budak lelaki tu tak dibenarkan balik ke rumah oleh maknya. Kasihan kan pada budak lelaki tu tak boleh online Facebook lagi. Haha~ Lagi kasihan sebab cerita ni rekaan je. Aku saja2 terfikir masa tulis entry ni. Hehe~ ada yang percaya ke? Tapi tak mustahil boleh berlaku. Sebab macam family aku, semua ada Facebook. Kadang2 rasa tak ada privacy dalam nak tulis status atau komen status orang. Nanti dapat dikesan mak ayah. Huuu~ Nasib baik aku je yang ada blog dalam keluarga aku. Jadi mudah sikit lah nak mengarang. Hehe~

Jadi apa pendapat anda tentang laman sosial yang semakin berleluasa sekarang ni? Renung2lah kejap~