Daging tu haram dimakan!
Mesin masa tidak akan wujud?!!
Ustaz serang nombor-nombor.
Aduhai manusia.
Mengapa adanya pertemuan?
Sedar tak masa anda berbelanja di Pasar Raya?
Tapi zaman sekarang ni, bukan wanita je berbelanja; lelaki pun sama. Baik lelaki atau pun perempuan, kalau tengah berbelanja kadang2 macam tak sedar je masa dah berlalu. Siap boleh kata masa terlalu pendek. Jadi maknanya tak sedar juga lah waktu2 solatnya kan? Kebanyakkan pasaraya di Malaysia ni, aku rasa tak ada pun mengumandangkan azan dalam pasar raya mereka. Kenapa ye? Mengganggu ke? Tapi boleh pula peniaga2 pasang lagu yang ntah apa2 kuat2? Kenapa ye? Terfikir tak? Pendengar yang baik.
Assalamualaikum, adakah anda pendengar yang baik? Anda rasa ye atau tak? Ish~ Tak jawab pun? Haha~ Nanti anda jawab kat komen ye? Okay, kita sebagai manusia yang normal sangat2 suka pendengar yang baik kan? Sebab nya pendengar yang baik ni akan setia mendengar permasalahan kita.
Tak ada manusia yang lari dari masalah dan biasanya, tak semua boleh selesaikannya dengan sendiri. Betul tak? Kadang2 ada yang ego untuk selesaikan dengan sendiri tapi hasilnya kadang2 tak berjaya pun. Jika kita ada rakan yang juga seorang pendengar yang baik, seeloknya anda ceritalah pada dia. Jika pun dia bukan seseorang yang boleh menasihat tapi sekurang2nya anda lepas dari tekanan. Memang manusia ni tak boleh tampung masalah seorang diri sebab dalam diri kita ni ada positif dan negatif. Bila kita bersendirian dalam masalah dan memikirkan dengan sendiri, pemikiran yang negatif akan ganggu dan menjatuhkan semangat kita. Walaupun diselang selikan dengan pemikiran positif namun, fikiran negatif akan seringkali menyampuk. Adoi! Kalau macam tu, macam mana nak selesai kan?
Dengan hadirnya seorang pendengar yang baik, sekurang2nya dia boleh mengatakan sesuatu yang positif. Jadi ada 2 pemikiran positif lawan 1 fikiran negatif; dan pemenangnya adalah pemikiran positif! Haha~ Itu kalau dia sekadar pendengar yang baik. Bagaimana jika dia juga seorang penasihat yang baik? Sah3 lah pemikiran negatif anda akan terkena machine-gun dari pemikiran positif. Kalah teruklah pemikiran negatif tu.
Jadi, entry ni aku khususkan kepada mereka2 yang suka sangat pendam2 masalah. Jika anda ada masalah, tak kira family atau peribadi atau tak atau apa2 pun; silalah berkongsi dengan sesorang yang sangat2 anda percaya. Jangan kongsi dengan orang yang tak leh di percayai, sebab nanti habis heboh satu kampung! Haha~ Pandai2 lah hidup ye?
P/s : Kaki ngumpat juga adalah pendengar yang baik, juga pemerhati yang baik, tapi perbuatan mereka tak baik sebab aib orang di hebah2kan. Bila aib sendiri tahu pula nak bengkeng?!
(Video) Azan dan tangisan.
Ini sekadar berkongsi. Sebab sebelum ni aku ada buat entry yang menyentuh tentang rasa hormat kita pada azan. Orang Islam sendiri tidak menghayati azan lagi2 yang kaki dengar MP3 yang sumbat telinga tu. Orang yang duduk sebelah pun dia tak dengar lagikan azan yang sayup2 kedengaran di kawasan kota. Aku bukan lah sempurna imannya nak menasihatkan orang, nak marah orang lain. Cuma kita sesama Muslim, manusia yang sering alpa dengan keseronokan dunia. Beringatlah dan saling ingat-mengingati. Okay?
Topik hormat.
Sedar tak anda2 ni? Zaman sekarang makin ramai yang tak ada rasa hormat. Dari kes tak hormat ibu bapa lah, guru lah apalah. Itulah dunia bila tiada lagi kasih sayang malahan kasih sayang tu di salah tafsir pula. Perasaan tu lebih dirujuk kepada kekasih iaitu pasangan mereka. Aku malas nak cerita tentang kapel2 ni sebab nanti panjang ceritanya. Aku nak stay pada topik hormat ni.
Hormat orang tua
Dewasa ini (skema gila), anak2 muda semakin hilang rasa hormat orang tua. Mereka hanya hormat bila ada kena mengena dengan dia je. Maksudnya mereka hormat ada makna lah, mereka inginkan sesuatu. Contoh mungki orang tua tu ada anak yang cun atau kacak. Tak pun mungkin sebab orang tua tu ada syarikat besar ke apa dengan harapan akan memudahkan urusan. Ish~ Tapi kalau lihat di realitinya, sekarang, kebanyakkan mereka tak hormat pun. Seperti, tak bagi tempat duduk di dalam bas/LRT, tak mendahulukan orang lebih tua dan sebagainya. Ala~ Aku rasa anda lebih tahu banyak lagi kan? Sebab aku ni duduk di area yang tak berapa nak bandar, yang area KL tu sumpah macam2 dah kan? Fikir2lah sendiri.
Hormat ahli keluarga
Dalam keluarga patut adanya rasa hormat menghormati. Bila tak ada rasa hormat, tu yang jadinya bunuh membunuh, khianat mengkhianati, dan macam2 lagi yang jahat2. Aku tak faham lah, kenapa sampai macam tu sekali. Mungkin ni semua atas tiadanya dasar agama lah ni. Hmm~
Hormat. . .
Yang ni paling aku nampak lah sekarang ni. Kat mana2 je, baik kampung, bandar atau mana2 pun. Sekarang ni ramai yang dah tak hormat azan. Bukan ke kita disuruh diam ketika azan berkumandang? Sekarang ni bila azan je memang ramai yang perasan tu, walau waktu tu tengah galak bergelak2, mendengar muzik, tonton televisyen atau apa2 lah. Tapi kita ni hanya memperlahankan je bunyi2an tu. Allahu-akhbar! Terkena juga batang hidung aku. Kita kan diseru untuk menjawab azan tu. Kalau tak tahu macam mana, pergi tanya yang tahu atau Google lah. Bukan suruh jawab je, tapi seboleh2nya waktu tu kita berhenti melakukan aktiviti dan teruskan dengan persediaan untuk mengerjakan solat. Adoi~
P/s : Ingatlah apa yang perlu dan apa yang tidak. Tanya diri anda, apa yang telah kita buat selama kita hidup ni? Adakah ianya keputusan yang betul? Muhasabah. . .
Status pelajar di Mesir membimbangkan!
Terkejut selepas membaca blog hasil penulisan Arif Shah yang menyatakan berita mengenai keadaan pelajar2 di Mesir. Aku tiba2 risau lah pula, padahal aku tak ada pun saudara-mara disana (rasanya). Tapi aku ada beberapa kawan yang belajar disana. Aku memang dah tak dapat menhubungi kawan2 aku kat sana dah. Aku asalnya memang tak tahu tentang krisis ni. Tapi lepas ternampak link entry blog Arif Shah dari ‘adik’ aku baru aku tahu apa terjadi. ‘Adik’ aku ni ada abang kat sana jadi dia memang tengah risau gila.
Aduhai~ terfikir macam mana keadaan kawan aku kat sana. Aku jadi agak risau sebab dikatakan krisis disana sangat2 dasyat. Mereka mencari pelajar Malaysia! Apa mereka nak buat? Mereka sangat2 dalam kesusahan sekarang ni.
Dari entry Arif Shah, aku menjumpai link ke blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita yang menceritakan status pelajar disana. Dikatakan kita tak dapat berhubung dengan pelajar di sana sebab kerajaan mereka menyekat talian2. Dari yang aku bayangkan, keadaan amat huru-hara dan semua polis dah tak buat kerja kepolisian lagi. Risau betul!
Berita terbaru adalah pelajar2 itu akan dibawa ke negara2 jiran berikutan keadaan semakin tegang. Mereka akan dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Aku petik dari Berita Harian. Jumlah rakyat Malaysia disana adalah 11, 000! Hmm~ Risau2. Aku tak tahu apa yang aku risau, tapi aku risau. Moga segalanya selamat.
P/s : Mereka terpaksa hadapi risiko untuk menimba ilmu, sedangkan di Malaysia ini ramai pelajar yang ponteng, lompat pagar sekolah, bermalas2an. Malaysia ni tenang je setakat ni, itu pun tak nak belajar lagi. Bersyukurlah!
How Proud You As Muslim?
Wah~ Apa kena aku buat tajuk english pula ni? Hehe~ Sebenarnya saja je, nak tarik perhatian sikit. Sekali sekala kita kena juga muhasabah diri. Hari aku tulis entry ni adalah hari yang aku amat2 kosong dalam fikiran aku. Bila minda aku kosong, aku akan mula perlahan2 muhasabah diri sebab bagi aku, waktu minda kosong tu lah mudah untuk kita tingkatkan peribadi kita.
Aku tengok di mana2 ada je slogan “I’m Proud to Be Muslim”. Pada t-shirt, pada sticker, pada kereta, paling banyak pada grup di Facebook! Dan banyak dah orang guna slogan ni.
Tapi persoalan yang muncul dalam kepala aku, seberapa banggakah kita sebagai Muslim? Pernah tak anda fikir? Dalam sehari berapa kali kita sebut perkataan Allah, selawat ke atas Rasul kita, istighrfar dan paling penting ucap alhamdulillah. Aku rasa boleh dibilang dengan jari je. Tapi cuba renung pula, berapa kali dalam sehari kita mencarut atau sebut perkataan negatif? Aku rasa boleh dikatakan setiap ayat yang kita sebut adakan? Dan kebanyakkan dari kita akan menyebut perkataan yang bukan2 bila melatah, bila marah jangan kata lahkan?
Ish3~ Tu dalam sebutan kita. Macam mana dengan perbuatan kita? Pergaulan kita? Dan kehidupan seharian kita? Adakah segalanya berlandaskan tuntutan agama? Aku pun tak boleh fikir dah. Bila kita muhasabah macam ni, kesannya cuma 2-3 minit je. Paling lama pun 2-3jam kot. Mungkin kerana tiang asasnya tak kukuh kan?
Aku menasihati ni pun atas sebab diri aku dan pemerhatian aku pada mereka2 disekeliling aku. Islam kah kita ni?
Ada pernah sekali tu aku dengar Ustaz cerita, ada siswa siswi tidak solat dari kecil atas alasan tak ada yang ajar. Astaghfirullah~ Sebenarnya banyak alternatif untuk kita mendekatkan diri ni. Macam kata2 “malu bertanya sesat jalan”, maka bertanya lah sesiapa. Jika malu juga, cuba cari bahan2 yang berkaitan. Cari bahan hiburan boleh pula tahu je sumber2 kan? Terbalik dah dunia sekarang ni. Selain tu, ramai yang tahu tapi buat2 tak tahu.
Tengok video ni, aku terasa macam bodohnya diri aku. Kadang kita ni dengar pelbagai alasan bila ditanyakan? Tapi buat kejahatan tu tak boleh pun di boleh2kan. Adui3~
P/s : Agak2 kita ni ke syurga ke? Ingat tak lagi kita pada asas Islam?
%20H.G.%20Wells'%20Time%20Machine.jpg)



