Berikutan dengan entry aku mengenai Pengganti Facebook, majoriti komen kat aku dengan mengatakan Facebook takkan tutup. Anda ni baca ke tidak entry aku? Mana ada aku cerita pasal Facebook akan tutup? Aku cerita pasal pengganti Facebook. Memang lah baru2 ni kita di kejutkan dengan berita Facebook nak tutup. Tapi sebenarnya pada tahun 2010 telah ada satu isu dunia berbangkit mengenai Facebook ni. Dan selepas2 tu mula satu2 isu mengenai Facebook muncul dari pelbagai negara. Dari isu agamanya ke macam2 lah.
Dan satu persatuan telah ditubuhkan dan menetapkan tarikh May 31 sebagai hari keluar dari Facebook! Semua sebab musabab ada di laman web mereka QuitFacebookDay.com. Kumpulan ini muncul kerana ramai yang hendak keluar dari Facebook. Rata2 alasan mereka adalah mengenai isu; Privacy. Aku pun tak berapa pasti apa yang di maksudkan dengan privacy yang mereka maksudkan. Sebabnya aku ni jarang guna Facebook tu. Facebook aku tu untuk contact kawan dan si dia je.
Aku dari 2009 dah ikuti isu Facebook ni. Mula2 memang macam rumors, tapi lama2 kes ni makin besar. Ntah lahkan. Semua benda dalam dunia ni bila ada kat atas dalam satu jangka masa yang lama, pasti akan jatuh jugakan bila sampai masanya. Mungkin ini lah masa untuk Facebook jatuh macam Myspace dan Friendster.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan