Memaparkan catatan dengan label Pengetua Akademi Fantasia 9. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetua Akademi Fantasia 9. Papar semua catatan

Kenapa aku tak suka musim Akademi Fantasia?


Assalamualaikum, seperti yang sedia matlum. Sekarang ni musim Akademi Fantasia 9 di Astro Ria. Dan seperti yang anda tahu juga, setiap tahun rancangan realiti ni akan membuat pelbagai cara untuk menaikkan popularitinya. Walau kita dengar dari musim ke musim ia semakin hambar, tapi aku tengok ramai je yang duduk terkinja2 dibawah tu. Mereka dibayar ke apa?

Tapi perkara tu susah lah nak cakap, sebab aku rasa kat mana2 ada je perkara2 yang lagho ni. Baik di TV, mahupun di rumah. Tu fikir2 sendiri lah ye. Tapi apa yang aku nak cakap ni pasal Akademi Fantasia yang kerap di ulang2 di TV.

PERSOALANNYA KENAPA?!!

Adakah untuk mereka2 yang terlepas menontonnya? Atau untuk mereka terus teruja dengan pelajar pilhan mereka? Adakah untuk mereka terus ingat pelajar pilihan mereka? Atau apa2 alasan lain lah...

Astro ni kita bayar kan?! Bukan untuk tonton Akademi Fantasia semata2. Memang banyak lagi channel lain. Tapi nak juga kita tonton rancangan melayu di astro Ria seperti sebelumnya kan? Ulang sekali dua tak apa lah. Ni satu hari ada 2-3 kali juga. Tertekan aku tengok.

Tapi apa pun boleh kita buat kan? Syarikat dia, bukan syarikat kita. Tapi mereka kena tahu juga, kita ni pelanggan mereka bukan sekadar penonton.

Cerita Akademi Fantasia 9…

AF 9Aku ingat rancangan ni dah habis dah. Rupanya ada lagi? Sudah2 lah dengan hiburan tu. Cukup2 lah dengan menambah artis2 yang tak ada kualiti. Sengatnya dah tak ada dah Akademi Fantasia ni. Makin lama makin bosan. Banyak artis produknya yang kian hilang entah ke mana. Sekarang ni dah masuk musim ke-9 pula. Apa pula cerita kali ni?

Dengarnya kali ni adalah musim terakhir siarannya. Betul ke? Oh, mungkin sebab tu juga nak gunakan artis yang besar pengaruhnya sebagai pengetua? Seperti yang anda tahu, mereka nak gunakan Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19! Persoalannya adalah kenapa gunakan orang Indonesia? Ini bukan deskriminasi terhadap rakyat Indonesia, cuma kenapa tak gunakan rakyat Malaysia? Artis Malaysia dah tak ada? Kalau dah tak ada, tak payah lah buat penyiaran. Ni semata2 kerana duit kan? Ish3~

Yang boikot2 memang ada tapi lebih ramai yang menyokong. Tak percaya pergi tengok masa ujibakat. Tunggu dari sebelum Subuh pun ada. Jadi Subuhnya macam mana? Tak termasuk dengan yang datang dari jauh lagi. Datang semata2 untuk perkara lagho macam ni? Aduhai~ Dengarnya sekarang ada uji bakat melalui YouTube pula. Makin banyaklah benda2 mengarut di laman kongsian tu. Aduh~

Cuba kita lihat rancangan berbentuk agama. Banyak yang macam di buat atas sekadar ada je. Publisitinya pun ala2 hidup segan mati tak mahu je. Sampaikan kadang2 ada manusia di Malaysia ni tak tahu kewujudan rancangan realiti TV berbentuk keagamaan. Mereka2 ni adalah golongan yang kurang tonton TV tapi boleh tahu tentang Akademi Fantasia. Ni media punya kerja lah ni. Aduh2~ Bak kata Dato’ Fadzilah Kamsah, “Buka minda, buka hati…”.

aaP/s : Kenapa tak ada Akademi Azan? Ke ada aku yang tak tahu? Cara azan pun ada. Macam nyanyian juga. Azan ni kena sedap dan dihayati baru orang yang mendengar rasa. Ni nyanyian atas pentas nak dibangga2kan, suruh azan malu2. (Ni aku yang buat ye. Bukan media –> )