Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan

J-Pop, K-Pop dan Malaysia. . .

Assalamualaikum, jika anda peminat K-Pop, J-Pop, Ais Krim Pop, lollipop, mercun POP, serta pop-pop yang lain. Maaf jika tersinggung dengan entry aku ni dan mungkin akan kata aku cemburu dengan mereka. Hello~ Sikit pun tak goyah ye, aku ada dia. Seperti yang anda tahu, perkara2 POP ni menjadi kegilaan remaja2 kita. Tapi bukan POP yang biasa2 kita dengar tu. Ini adalah K-Pop dan J-Pop!  

Okay, aku akui aku juga salah seorang peminat industri muzik mereka. Penampilan yang unik dan sememang2nya kita sedar ia datang dari mereka. Maksudnya the original. Tapi dah mula pula orang yang berkulit sawo matang, berhidung agak kembang, berambut hitam kerinting nak tiru gaya mereka. Tak ada masalah nak tiru gaya muzik tapi sampaikan penampilan pun nak tiru tu apa kes?!

Kalau dulu kita di kejutkan dengan warga Indonesia yang meniru gaya K-Pop dan J-Pop dengan menampilkan kumpulan SMASH. Mereka popular dengan lagu 'I Heart You'. Dan respond kebanyakkan orang adalah:

  • "Ewwgh~! Geli doe!"
  • "WTF?!"
  • "GAY~!!"
Eh? Ada yang tak tahu ke? Ni dia video mereka:
Pendapat? Kalau yang boleh terima tu ikut lah ye. Sebab Muka melayu tetap ada dan...ewww! Aku rasa macam tengok lelaki yang nak ke arah gay. Serius! Sebab aku dah banyak kali berdepan dengan lelaki spesis itu (AKU TIDAK GAY!). Sorry, aku tak minatlah. 



Itu di Indonesia, tapi kini dah ada di Malaysia! Maksudnya dah ada kumpulan di Malaysia yang nak jadi sebahagian K-POP dan J-POP!! Okay, anda mungkin dah terbaca dari blog orang2 lain. Yang aku tahu ada 2 grup. Satu grup lelaki dan satu grup perempuan. Pendapat?? Totally TERUK!! 


24:7 tu adalah nama kumpulan mereka. Tak kisah lah kan nama apa pun sebab aku rasa macam cool je dah tu, tapi mereka tidak! Tak tahu kenapa aku rasa bila tengok gambar ni seperti aku tengok segerombolan lelaki homoseksual bergambar beramai2?! Maaf lah, aku tak boleh terima LANGSUNG! Bagi aku orang2 macam ni adalah POSER. Err~ Apa maksud POSER tu? Ianya seperti berpura menjadi individu lain, serta menumpang nama yang telah orang lain guna. Hehe~ Salah kot maknanya. Aduh! Aku sarankan anda lihat disini. Siap ada grup anti-24:7 lagi. Haha~

Dan, ini satu lagi kumpulan yang meniru2 K-pop dan J-Pop. Ye, aku akui sebagai lelaki mula2 tengok rasa WOW! Tapi lepas tu, "Astaghfirullah~" mereka ni rasanya melayu dan biasanya Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Sama lah dengan 24:7 tu. Kalau pun mereka tak berpendidikan agama, tapi sekurang2nya tahu adat dan budaya orang kita. Apa? Fashion moden? Siapa kata moden? Cuba cari sejarah skirt dari zaman bila? Siapa reka? Moden ke?!

Allahu-akhbar! Kiamat dah dekat sangat2 dah ni.

Kesedaran tentang hadiah.

Assalamualaikum semua yang datang ke blog aku. Kali ni aku cuma nak buat satu entry pendek je. Aku kurang keseronokkan harini. Hehe~ Masih berfikir nak buat apa sebenarnya. Jadi aku semak2 blog aku dan aku mendapati ada seorang telah join segmen Hari Bumi aku tu, dan masih lagi open sampai malam ini. Blogger tu adalah Cik Huda!  Terima kasih kerana menyertai. Aku dah baca entry dia dan bagus untuk dia. Menerangkan apa yang patut dan tidak patut kita sebagai manusia yang tinggal dibumi ni. Pergi lah baca entry dia tu. Blog dia pun bagus tak terlalu peribadi macam sesetengah orang perempuan tu kan? Hehe~

Aku sebenarnya nak tunjuk video ni. Sempena hari jadi aku yang ke 21 ni, aku buat vektor gambar si dia. Haha~ Kenapa dia? Adalah. . .




Okay tak? Ni belum siap lagi sebenarnya. Aku letih tengok screen lama2. Nanti lah aku siapkan. Huhu~

Lagu kerakyatan.

Aku sekadar nak kongsi dengan rakan2 blogger aku mengenai lagu ni. Tapi lagi ni dah kian dilupa oleh generasi sekarang. Aku rasa tak semua suka lagu2 berentak joget dan zapin ni sebab sekarang tak ada lagi orang melayu reti berjoget. Bukan joget kat kelab tu, tapi tarian Joget. Tarian joget dan zapin ni sangat2 melambangkan melayu yang sebenar jika dihayati. Yela kan seni tu melambangkan jiwa sesebuah bangsa.

Jadi lagu apa yang aku maksudkan? Hahaha~

Cerita Mantera - Kebangkitan!

Ada tak anda dengar tentang tajuk certia Mantera? Cerita yang diterbitkan oleh syarikat Flare Studio Sdn. Bhd. (FSSB) tu. Media meuar2kan bahawa cerita ni adalah cerita Transformer Malaysia! Hebat kan bunyinya? Tapi adakah ianya sehebat yang diperkatakan? Masih jadi persoalan sebab cerita tu belum umum tarikh tayangan tapi katanya dalam tahun 2011 ni.

31090_398147338903_106661923903_3965348_3940402_n

Tapi dari apa yang aku lihat pada semua teaser2 cerita ni nampak gah! Dengan logo Mantera tu dah rasa hebat dah! Jadi apa di sebalik cerita ni agaknya. Okay, aku cerita sikit dari yang aku baca.

Katanya cerita ni tentang seorang budak yang dapat kuasa dari kerjasama sebuah syarikat teknologi. Dia dapat baju perisai macam Iron Man manakala antagonisnya adalah seperti Transformer. Kira macam cerita konflik antara Transformer dengan Iron-man lah.

Tapi kira berani juga ye FSSB ni ambil pelakon baru iaitu Tomok Mantera04dan Shiqin Kamal. Hayya~ Sangat baru pelakon2nya kan? Tak risau ke kurang sambutan cerita ni? Tomok tu tak pernah lagi berlakon dah diberi tanggungjawab besar! Lagi2 katanya filem ini akan ke pentas antarabangsa. Kalau ditengok dari tajuknya iaitu Mantera – Kebangkitan atau versi English nya Mantera – The Rising, macam akan ada sekuel yang seterusnya kan?ce7ad765wallpaper-1

FSSB ni sebenarnya bukanlah syarikat yang baru setahun jagung dengan dunia animasi dan CGI pe semua ni. Sebab aku rasa syarikat ni dah terbitkan banyak animasi antara yang paling popular adalah Muhammad Utusan Terakhir, dan cerita kegemaran aku Mr. Ice! Cool gila! Biasanya cerita2 dia ditayangkan di RTM. Aku ni kira kaki layan animasi Malaysia tu aku tahu. tapi selalunya tak lah aku adap cerita tu. Sekadar ambil tahu sikit2 je.

Jadi kiranya cerita Mantera ni adalah projek terbesar syarikat ni lah kan? Okay2 itu agak hebat! Apa2 pun aku still tabik pada orang2 macam ni yang sentiasa nak langkah kedepan! Tapi apakah hasilnya? Sama2 lah kita nantikan Mantera!

Cerita Akademi Fantasia 9…

AF 9Aku ingat rancangan ni dah habis dah. Rupanya ada lagi? Sudah2 lah dengan hiburan tu. Cukup2 lah dengan menambah artis2 yang tak ada kualiti. Sengatnya dah tak ada dah Akademi Fantasia ni. Makin lama makin bosan. Banyak artis produknya yang kian hilang entah ke mana. Sekarang ni dah masuk musim ke-9 pula. Apa pula cerita kali ni?

Dengarnya kali ni adalah musim terakhir siarannya. Betul ke? Oh, mungkin sebab tu juga nak gunakan artis yang besar pengaruhnya sebagai pengetua? Seperti yang anda tahu, mereka nak gunakan Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19! Persoalannya adalah kenapa gunakan orang Indonesia? Ini bukan deskriminasi terhadap rakyat Indonesia, cuma kenapa tak gunakan rakyat Malaysia? Artis Malaysia dah tak ada? Kalau dah tak ada, tak payah lah buat penyiaran. Ni semata2 kerana duit kan? Ish3~

Yang boikot2 memang ada tapi lebih ramai yang menyokong. Tak percaya pergi tengok masa ujibakat. Tunggu dari sebelum Subuh pun ada. Jadi Subuhnya macam mana? Tak termasuk dengan yang datang dari jauh lagi. Datang semata2 untuk perkara lagho macam ni? Aduhai~ Dengarnya sekarang ada uji bakat melalui YouTube pula. Makin banyaklah benda2 mengarut di laman kongsian tu. Aduh~

Cuba kita lihat rancangan berbentuk agama. Banyak yang macam di buat atas sekadar ada je. Publisitinya pun ala2 hidup segan mati tak mahu je. Sampaikan kadang2 ada manusia di Malaysia ni tak tahu kewujudan rancangan realiti TV berbentuk keagamaan. Mereka2 ni adalah golongan yang kurang tonton TV tapi boleh tahu tentang Akademi Fantasia. Ni media punya kerja lah ni. Aduh2~ Bak kata Dato’ Fadzilah Kamsah, “Buka minda, buka hati…”.

aaP/s : Kenapa tak ada Akademi Azan? Ke ada aku yang tak tahu? Cara azan pun ada. Macam nyanyian juga. Azan ni kena sedap dan dihayati baru orang yang mendengar rasa. Ni nyanyian atas pentas nak dibangga2kan, suruh azan malu2. (Ni aku yang buat ye. Bukan media –> )

Sofea Jane tak ada.

Ada sesiapa kenal dengan orang bernama Sofea Jane? Aku duduk mencari2 tapi tak ada pun. Kalau cari kat Google memang lah jumpa, tapi tu penyanyi Sofea Jane. Aku cari Sofea Jane yang lain. Tapi dicari2 Sofea Jane tapi still tak jumpa. Mana ntah Sofea Janenya. Cuba cari Sofea Jane kat sini:

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Haha~ Sebenarnya ianya lirik lagu Black yang lagunya bertajuk Sofea Jane. Aku tercari2 mana Sofea Jane dalam lirik lagu ni. Memang tak ada. Seperti yang aku dengar dari malam AJL tu dimana lagu ni asalnya bertajuk lain iaitu ‘Kubur’ tapi macam seram je kan? Disebabkan minat Sofea Jane, dia letak nama Sofea Jane. Haha~ Macam pelik je.

Macam2 ragam orang seni ni kan? Banyak juga hasil karya di dunia ni mengabadikan nama sesorang pada karya mereka. Itu bertujuan supaya menghargai dan agar nama tersebut tidak dilupakan. Kadang2 tajuk2 karya seperti itu adalah bersifat peribadi. Bermaksud, pencipta karya2 itu sangat2 meminati sesorang lalu mengabadikan nama tersebut.

Cuba bayangkan apabila karya itu menjadi terkenal, nama tu akan disebut2 dimana2 sahaja dan orang akan mula mencari sejarah pembuatan dan dari mana datangnya nama tu. Dari situ orang akan tahu siapa pemilik sebenar nama tu.

Wah~ Macam kalau anda hasilkan sesuatu lepas tu anda abadikan nama kekasih anda pada ciptaan tu. Sampai ke cucu cicit, jika ada lagi ciptaan anda tu. Orang akan terus ingat. Fuh~ Macam romantik je bunyinya.

Tapi, jangan lah pulak pergi ukir nama pada pokok macam ni. Pokok boleh di tebang. Tambahan lagi, kesian kat pokok tu kena toreh macam tu. Kalau anda je yang buat okay la, tapi biasanya ada je orang lain yang ikut. Huhu~

P/S : Malam tadi kat kelas koir, adak budak laki ni dipanggil ‘Baby’. Tapi boleh tarik suara nyanyi lagu Sofea Jane! Cool gila!

Kenapa benci Justin Bieber?

Justin Bieber seorang budak yang popular di dunia. Cuma seorang penyanyi muda yang popular dengan lagu ‘Baby’ dan beberapa lagu hits lain. Kalau anda tak kenal lagi, memang sah anda tak terlibat dengan media. Hehe~ Mustahil tak kenal budak nama Justin ni. Jadi, adakah anda meminati dia? Aku tahu seorang blogger yang juga peminat si budak Justin ni. Beliau ialah Shira adik Mushee. Haha~ Lama dah tak tag nama Mushee ni.

Cakap pasal Justin Bieber, mesti ramai yang tahu kes dia ni iaitu tidak disukai ramai. Bukan setakat 2-3 orang, tapi boleh dikatakan dalam setiap negara mesti ada kumpulan yang membenci Justin. Kenapa ye?

Apalah punca budak ni dibenci agaknya? Tapi di benci2 pun, popular je siap masuk majalah! Mana2 ceruk mesti ada review tentang budak ni. Nak kata lagu dia tak hits? Tak juga, banyak je lagu dia keluar radio. Kalau dibenci, mesti lah tak ada orang layan lagu2 dia kan? Lagu2 dia catchy apa? Aku rasa sekarang ramai je ikut trend pakaian dia ni. Trend muzik zaman sekarang kan?

Tengok lah kasut dia, fuh! Aku memang minat betul kasut fashion ni, tapi belum berpeluang nak beli. Ada sesiapa tak nak belikan aku? Haha~

Ada sumber kata dia ni menyanyi tak lah bagus mana. Tapi mengapa semua orang kata dia bagus? Dari kanak2 hingga orang tua kata dia bagus. Kata seorang pembenci Justin ni; ada kemungkinan yang Justin dikatakan bagus adalah kerana pengaruh sekeliling. Bila ada orang kata dia ni bagus, sorang lagi pun ikut dan lama2 jadi ramai kata dia bagus. Bagus ke? Ntah lah~ Zaman sekarang, orang tak pandai nyanyi pun boleh pandai nyanyi. Teknologi kan ada. Mesin boleh ubah suara orang kan? Ramai je artis tempatan buat macam tu, bila live kantoi2.

Justin Bieber ni pernah di katakan sebagai bukan seorang budak 10 tahun, tetapi berumur 56 tahun! Dia berbuat begitu adalah kerana beliau seorang pedofil yang cuba merapati perempuan2 bawah umur. Haha~ Ternyata satu cerita yang sangat2 lawak. Bak kata Nabil “teknik super impose!”

Aku tak kisah lah tukan. Yang penting sekarang, aku belum jumpa jawapan baik di Google, atau pun mana2 sumber lain yang boleh menyatakan kenapa Justin Bieber ni popular? Aku ni tak la kisah, tapi pelik dengan kata2 orang. Haha~ Aku asal lagu sedap, aku layan lah. Kalau tak sedap, aku tak dengar. Betul tak? Tak payah nak kutuk2 kalau tak suka, hindarkan diri je itukan selemah2 iman yang mampu kita buat. Jauhkan perkara negatif, dekati yang positif.

P/S : Justin Bieber ni tak pandai menari sebenarnya. Dia menari kena ada choreograph. Tu yang aku nampak lah, sebab movement tarian dia janggal kalau konon nak freestyle. Haha~

(Isu) Ana Raffali?


Aku rasa ramai dah tahu tentang kemenagan Ana Raffali di AJL yang lepas ni. Dan anda juga mesti dah tahu yang banyak juga pihak yang tak berpuas hati dengan kemenangan Ana Raffali. Apa sebabnya ye? Sebab dia masih baru? Alamak~ Anda semua yang marah2 ni tak profesional lah. Tu kan rezeki dia. Lagi pun kemenangan atas markah kiraan juri bukan SMS pun. Juri2 pula terdiri dari barisan2 yang profesional! Semua adalah penggubah lagu ternama. Ada lah sebab kenapa dia di nobatkan sebagai juara dan yang lain tidak. Tak payah lah sampai nak kata macam2 tentang dia. Aku bukan nak menyebelahi dia, cuma aku pelik dengan segolongan manusia yang nyatakan dia tidak layak pegang tahta tu.

Memang ada artis lain yang lebih berpengalaman dan lebih dahulu popular dari Ana Raffali. Yang itu tak dinafikan mereka juga hebat2. Dari pandangan aku, semua lagu yang bertanding malam tu dalam satu level yang sama. Jadi siapa yang menang bermaksud lagu dia ada kualiti yang lebih dari penyanyi2 yang ada malam tu. Mungkin juga dari ayat dalam lirik lagu Ana Raffali tu sendiri yang buatkan lagu tu terpilih sebagai juara.

Ala~ Biarlah siapa pun menang. Semua tu rezeki masing2 dan kita ni sebagai pendengar dan penonton; dengar saje lah. Kita juga yang sebenarnya tentukan lagu mana yang lebih berkualiti. Kan manusia ni hatinya lain2. Nak puaskan hati semua orang ingat senang ke? Huhu~