Lamaran Didalam Bas.

Ini kisah yang berlaku didepan mata aku sendiri. Tapi mungkin tak depan mata sangat sebab ada ramai yang kerumun. Memang ada seorang lelaki lamar seorang perempuan aku tak tipu! Waktu tu aku duduk depan, bas baru je jalan. Anda rasa romantik ke macam tu ye?

will

Ni sebenarnya dilakukan oleh junior aku malam tadi waktu balik dari drama tari. Tiba2 mereka kecoh2 suruh diam sebab nak bagi penumpuan pada lelaki tu. Semua kerumun dia. Waktu tu bas dah dalam perjalanan balik ke kolej dah.

Lelaki tu siap melutut lagi dalam bas adap perempuan tu. Wow~ je kan rasanya. Rasa macam lelaki tu cukup romantik dan berani nak propose perempuan tu di depan semua.

Tapi bagi aku tu tindakan yang bukan dari budaya kita dan agak keterlaluan. Kita kan orang melayu yang ada adat. Lagi pun lelaki ni nak propose jadi pakwe je bukan kahwin. Aku tahu, memang budaya couple ni bukan budaya kita. Tapi jika dah suka sama suka nak buat macam mana? Sifat perempuan melayu dengan barat tak sama sebab tu tak boleh nak propose2 macam tu je. Sebab tu juga wujudnya merisik, meminang, dan pernikahan.

Perempuan melayu ni bersifat pemalu walaupun dalam pergaulan dia keterbukaan. Sifat yang memang dah ada dalam diri wanita melayu susah nak dibuang.

Aku rasa kepala aku dah agak tintong lah. Susah nak berfikiran waras. Haha~ Sebenarnya aku bukan apa, nak cakap yang lelaki tu macam tak serius propose perempuan tu dalam bas. Ada lah sebab2nya. Apa2 je lah, asal anda2 bahagia.

4 ulasan:

Khumaera Ismail berkata...

hurm..mungkin itu cara dia na ckp yg dia serius..atau na org tau -- dont touch her, she's mine! hehe~

Syiela O-lala berkata...

wahh.
siapa kah junior yang dimaksudkan?

ceritasekupang berkata...

ni suma mesti sebab tak tahu budaya sendri...budaya sendri dilupakan budaya lain diagung2 kan..

A'IM berkata...

dalam bus??? heh ingat dalam kapal besaq tadi

entri baru::10 haiwan aneh di dunia:: http://kindofsoul.blogspot.com/2011/01/10-haiwan-yang-aneh-di-dunia.html