Jangan Lupa Lirik!

Ha~ Siapa tak tahu rancangan ni? Rancangan yang di host kan oleh pengacara terkenal Aznil Hj. Nawawi. Ni antara rancangan terbaik dan antara yang aku suka. Gila best! Sebab nya macam karaoke2 sikit. Tapi cuma ada bahagian yang kita kena ingat sebab nanti dia hilangkan.

Aku teringin je nak join. Haha~ Aku ni ingat lirik, tapi aku tak ingat tajuk lagu. Haha~ Bagi irama; confirm aku boleh nyanyi, tapi kalau bagi tajuk nanti aku jadi blur. Sebab memang aku tak pernah ingat tajuk lagu. Hehe~

Dulu time dalam hostel, aku dengan member aku yang kami panggil Chak selalu lah melalak. Haha~ Bagi lah lagu ape, mesti kami boleh masuk. Dia suara best juga lah, aku tak. Lepas tu kalau tengah kami nyanyi2 tiba2 satu lagi member aku ni datang sumpah dia pun join. Nama dia Is atau C.K.. Haha~ Tu lah kerja kami bila bosan. Suara aku? Bukan sedap pun. Aku cuma suka melalak, tapi tak lah kata suara aku sedap. Hehe~

Ah~ Sesiapa kawan2 blogger aku ni nak pergi karaoke tak? Kalau nak pergi ajak2 lah aku. Haha~ Kemaruk dah aku ni!

1 ulasan:

TheChekJah berkata...

memang kalo duduk asrama begitu kot.. Jah dan roomate Jah pon sama. pantang dengar lagu!! mula la nak menyambung. salah lirik tu jangan cakap la.. memang byk la yg salah.. tp hentam je.. haha