Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan

Melukis Doodle?








Okay, aku potong disini dulu. Hehe~ Aku baru je ajar si Makhluk Hijau ni melukis. Tengok, dia dah boleh buat dah. Ala...cuma lukis doodle je. Jika anda tahu lukis 'orang lidi', semestinya anda reti buat doodel ni. 

Kalau anda betul2 berminat nak conteng2 atau nama lain yang anda tahu; doodle ni. Anda perlu mula dengan conteng2 di kertas dulu. Banyak2kan lukis bulatan dan orang lidi.

Lepas tu 'upgrade'kan orang lidi berkenaan mungkin dengan tambah isi supaya jadi gemuk ke. Hehe~ ikut anda lah. 

Menconteng ni tak semestinya kena reti melukis. 


Ada terdetik "Blog aku tak cantik..."?

Pernah tak hadapi situasi sebegini kepada anda:
Sedang berblogwalking dengan gembiranya di alam maya. Tiba2. . .
...keterujaan melihat blog seseorang yang cantik. Jadi anda pun mulalah cemburu dan merasakan blog anda tak cantik.
Anda pun mula membodek blog anda untuk mencuba itu ini. Konon nak tambah cantik lah kan? Ketika itu lah segala macam tutorial anda cuba, minta tolong orang buat header, buat banner, tambah widget, dan ada juga yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang semata2 nak edit blog menjadi cantik!

Jika yang sanggup upah orang tu mungkin lah blog akan jadi cantik. Tetapi bagi yang edit sendiri seperti si Mika Green ni?!

Orang lain yang cuba membuka blog anda, dia akan menghadapi. . .
...dan anda pun. . .
Haha, biasa berlakukan? Aku tahu, sebab aku tengok ramai yang mengadu seperti tu. Biasa berlaku kepada blogger2 yang boleh dikatakan baru nak menapak atau kategori cuba2.

Okay2, tak salah nak cuba2 atau nak menapak. Sebab rasanya kebanyakkan blogger2 popular di Malasyia ni khususnya bermula dengan cuba2 dan lama2 menjadi. Itu pun berkat usaha dan teknik yang betul.

Macam ni lah, aku bagitahu sikit lah tips yang perlu ada pada sesebuah blog ni untuk menampakkan cantik. Tapi ni cara aku lah.

Mula2 sila pegang perinsip less is more jika anda nak blog anda menarik, kemas dan yang penting ringan!

Lepas tu. . .
...lihat di atas ni sebagai rujukan. Hanya ada 4 je yang perlu dilihat iaitu:
  1. Header - tak perlu nak transparent pun tak apa. Jangan panjang sangat kebawah, nanti berat. Saiz lebih kurang 150kb je.
  2. Page Tab - Yang ni agak penting, tapi kalau tak mahu abaikan. Ini bergantung pada tujuan anda.
  3. Ruang Entry - Tajuk perlu lebih besar dan jelas daripada entry. Tulisan untuk entry pula hendaklah jelas dan terang untuk dibaca. Gambar pada entry pula jangan lah kedabak sangat sampai keluar ke sidebar serta hendaklah saiz yang kecil sekitar 100kb atau nanti blog anda akan berat!
  4. Side Bar - Yang ini masalah pada anda. Di sidebar, letak yang perlu sahaja. Tak perlu jam, radio mahupun lagu2. BERAT! Yang penting ialah:
    • Pengenalan diri atau pemilik blog.
    • Follower .
    • List entry2 anda.
    • Shoutbox anda.
Kalau bertanya tentang background, aku tak letak apa2 cuma pilih warna yang aku berkenan je. Tak perlu gambar2 pelik atau backgrond vintage or apa2 tu. Lagi2 yang besar tu. Berat~! Kalau anda buka mungkin lah laju sebab hari2 anda tengok blog anda. Tapi bagi yang first time nak masuk, akan jadi berejam silap2 tak keluar apa2 dah dipangkah.

Jadi, cermat2 lah ye?! Selamat berblogging.

Tutorial: Cara pasang comment Facebook di Blogspot

Ada di antara anda yang terfikir2 adakah mereka yang dibalas komennya akan membaca apa yang anda balas pada entry anda? Aku rasa rata2 mereka tidak pun melihatnya balik kerana terlupa akan entry tu. Jadi ada yang gunakan alternatif lain seperti Intense Debate, Disqus, CommentLuv, dan lain2 lah. Tapi kebanyakkannya memberatkan blog anda kan? Ye, aku tahu tu. Aku dah cuba semua tu. 

Sekarang, aku guna comment Facebook! Kenapa? Sebab majoriti blogger ada akaun Facebook. Apabila kita balas comment mereka, serta merta mereka akan dapat notification di Facebook mereka. Suka tak? Rasa nak pasang? Ni caranya: (sebelum apa2, sila buat Download Full Template dahulu!)

++++++++++++++++++++++++++++

1 - Seperti biasa, buka ke Design > Edit HTML. Tidak perlu tick pada 'Expand Widget' pun tak apa. Lepas tu, anda akan nampak macam yang aku warnakan ini:


2 - Tambahkan xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> dibawah selepas gml/expr' seperti ini:


3 - Kemudian dibawah perkataan <head> tu tambahkan kod:

<meta content='Tajuk/nama blog anda' property='og:site_name'/>
<meta content='id application facebook anda' property='fb:app_id'/>
<meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>

seperti aku dalam gambar ni:


4 - Sekarang, anda perlu ke http://developers.facebook.com/setup untuk membuat aplikasi Facebook anda kalau belum. Kalau dah ada gunakan yang lama je. Dah register nanti akan keluar macam ni:


Benda2 yang aku highligh tu penting ye. Jangan buang lagi.

5 - Copy App ID anda tu dan letak dalam ruang biru di <meta content='id application facebook anda' property='fb:app_id'/> tadi. (No.3) Jangan lupa isi kan juga yang sebelumnya <meta content='Tajuk/nama blog anda' property='og:site_name'/> tu dengan nama atau tajuk blog anda. Lepas tu, isikan  <meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>. 

Mana nak dapat nombor Facebook? Caranya:
  • Buka Facebook anda.
  • Tekan Photo dan select mana2 Photo Album anda.
  • Copy nombor selepas titik di hujung link URL dan paste di ruang biru <meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>. YANG BELAKANG SAHAJA!
  • Contoh:

6 - Seterusnya, (ctrl+F) cari <data:post.body/> dan pastekan di bawahnya kod ini
<div id='fb-root'/>
&lt;script src=&#39;http://connect.facebook.net/en_US/all.js#appId=id application facebook anda&amp;xfbml=1&#39;&gt;&lt;/script&gt;
<fb:comments expr:href='data:post.url' numposts='4'width='500'/>.

Seperti ini:
Seperti sebelum ini, gantikan perkataan yang di highlight biru itu dengan id application facebook anda dan nombor yang bewarna merah tu boleh di tukar2 ikut kehendak anda. 

Untuk numposts='4' bermaksud bilangan komen post yang terpampang. Dan width='500' adalah untuk saiz kelebaran ruangan komen itu. Laraskan ikut saiz blog post anda ye.

Selesai semua tu, klik Preview terlebih dahulu, kot2 ada error ke. Kalau tak ada, dan berpuas hati. Baru klik Save Template.

Jika ada sebarang masalah, sila kemukakan di ruang komen ye. Atau Shoutkan je. Okay? 

Selamat Mencuba.

Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni?


Assalamuamalikum, kepada kawan2. Dah tengok tajuk entry yang mengejutkan pengejutan dalam kekejutan tak? (MEREPEK) Haha~ Kalau baca entry aku lepas, baru je aku ingatkan tentang larangan hubungan sejenis ni kan? Ni aku pula yang buat pengakuan?! Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni? Gila ke? Adakah ini gara2 aku terlebih tidur ye? Sebab hari ni aku hanya:

Okay! Aku ingat kejap je aku nak lelap. Alik2 sampai ke petang aku lelap. Gila betul. Agaknya sebab tu kot aku buat tajuk gila ni. Haha~ Tapi memang benar bagai dikata. Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni? 

Haha~ Sebenarnya aku jatuh hati pada Abang Zam ni. Okay, jangan salah faham. Aku suka dengan penulisan dalam blog dia. Haha~ Tak ada maknanya aku nak jatuh hati kat seorang lelaki! (Pangkah! Pangkah!) Kenapa dengan blog beliau? Dia punya blog sangat2 sempoi tambah pedas. Baik punya ayat. Haha~ Dalam banyak2 entry yang dia pernah hantar, satu entry ni buat aku rasa gila berani Abang Zam. Haha~ Entry: Tutorial Mandi Wajib Selepas Melancap. Lucu kan? Tapi serious dia bagi tutorial yang lengkap dalam penulisan dia. Hehe~

Jadi, kepada yang tak kenal dengan Abang Zam dan tak pernah tahu kewujudan blogger seperti beliau, silalah pergi jengah ke blog beliau. Okay?

Tutorial: Cara lukis kartun "Kucing Pink" dengan Adobe Illustrator CS5

Oleh kerana ramai sangat yang bertanya aku cara nak lukis kartun, dan minta tutorial lah apa semua. Aku nak buat tutorial cara blog agak kurang lah. Jadi aku cari satu software yang membolehkan anda lihat apa yang aku nak buat. Maksudnya ia dalam bentuk video! Jadi, anda mesti boleh faham kot. Haha~



Ni dia video yang aku kata tu. Okay tak? Sorry lah kualiti suara kurang. Noise banyak sangat. Tapi boleh faham kan? Ke ada yang tak faham? Kalau tak faham, silalah ajukan soalan di ruang komen dibawah ni ye. Terima kasih~

Hias Blog jadi kemas dan cantik. (cara sembil9n.com)

Assalamualaikum, ramai dah tanya aku macam mana nak susun buat blog macam aku? Mana dapat template, macam mana buat itu, macam mana buat ini dan banyak lah. Kadang2 soalan sama berulang2 je. Ke anda yang baca ni pun tertanya2 juga?

Okay, sebenarnya caranya simple je. Semua yang aku guna adalah yang telah sedia ada di blogspot ni. Cuma kena main2kan dengan warna. Untuk design2 Header, Button, aku gune Software Adobe je. Okay, meh aku ajar sikitlah ye. Mungkin ada yang nak tahu.


Mula2, pergi Designer Template dan pilihlah template.
1

Aku biasanya amik Template Simple @ Picture Window, sebab mudah bagi aku untuk di padan2kan bentuk dan rupa. Dalam entry ni aku gunakan Tamplate Simple (black).

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seterusnya pergi ke tab Background. Disini anda boleh letakkan background yang anda suka, terpulang lah. Tapi entry ni aku akan letakkan background bunga2. Untuk pilihan bacground, aku suka pilih di sini.
2

Selepas Upload gambar pilihan anda. Klik Done. Gambar yang diupload akan automatic Tile, & Scroll with page. Sila untick Scroll with page.

3

Ini adalah kerana untuk page blog anda lebih tenang di pandang oleh pelawat. Bila di scroll gambar berbunga/bercorak2, mata kita akan rasa serabut atau tidak selesa. Tak percaya cuba. Untuk Theme tu, terpulang pada anda nak gunakan tema warna apa untuk blog anda.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seterusnya, pergi ke tab Adjust Width, disini anda akan mengubah saiz kelebaran blog anda. Ini penting kerana untuk memastikan keseimbangan blog anda. Seimbang dari segi apa? Itu yang kita tak tahu. Hehe~ Okay, seimbang dari segi entry post dan sidebar.
4

Dalam entry ni, aku gunakan kelebaran Entire blog adalah 1000px manakala Right sidebar adalah 360px. Itu saiz biasa aku gunakan supaya blog tidak nampak terlalu sempit atau pun semak.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Teruskan ke tab Layout. Pentingnya bahagian ini adalah untuk menjadikan blog anda kemas. Nanti akan aku terang lebih lanjut. Jadi, dalam ni aku gunakan Layout seperti berikut.
5

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Akhirnya, sampai ke tab terakhir iaitu warna2kan blog. Pergi ke tab Advance. Lompat terus ke tab Background untuk ubah latar belakang dulu atau keseluruhan Layout.
6
Padankan warna Main Background dengan warna Outer Background atau jika gunakan background seperti diatas padankan dengan Background. Jika menggunakan header transparent, sila Transparet kan warna Header Background. Tapi jika anda nak warna pun boleh. Untuk panduan warna, sila baca entry lepas.

Selepas itu, sila balik ke Page Text untuk padankan warna tulisan entry dengan warna2 background yang anda telah pilih. Pastikan ia mesra dengan mata kita ye? Selepas itu, terus ke bahagian Links kerana ia sama seperti tulisan untuk entry sebab orang nak baca. Tapi  untuk link sebolehnya biar agak kontra supaya orang boleh membezakan link dan tidak.
7

Dah? Okay, sekarang untuk tab yang Blog Title, Blog Description, Tabs Text, & Tabs Background tu boleh abaikan jika anda tak gunakan pun dan biasanya aku tak pakai pun. Jadi aku tak terangkan kat sini. Maaf~

Kita langkau ke Post Title pula. Sila gunakan Font yang mudah dibaca, dan besarkan saiz taju supaya orang tahu itu tajuk bukan entry.
8

Seterusnya, untuk Date Header, Post Footer, Gadget tu sila edit ikut anda. Pastikan Font yang jelas, warna yang padan serta mudah dibaca ye. Aku nak langkau terus ke yang lebih penting bagi aku iaitu di tab Images.

Di tab Images ni anda hendaklah berbuat demikian:
9

Nampak tak? Background Colour hendaklah di transparentkan beserta Border Colour. Ini adalah untuk gambar berformat .png atau gif tidak mempunyai background seperti yang selalu aku buat dalam entry. Fahamkan? Maksudnya gambar pun backgriund transparent. Hehe~ Caption Text Colour tu jangan transparent. Kot anda nak letak caption, tiba2 tak keluar pula. Kan?

Dah selesai semua? Tekan butang Apply to Blog. Di penjuru kanan atas screen anda.


Hah~ Itu lah cara aku warna2kan blog aku. Kena banyak main2 warna je. Lepas tu untuk susunan widget, aku akan buat entry yang lain ye? Selamat mewarna blog!

Tutorial BTO widget button!

btoRamai yang dah tanya macam mana nak buat benda button di penjuru kiri blog aku ni. Hehe~ Aku pula asyik lupa nak bagitahu macam mana. Hehe~ Tua sudah aku ini. Okay~ Aku kali ni bagitahu macam mana. Mari2 lihat~ Kalau tak mahu bace entry aku yang lain ye. Hehe~

Memula sekali seperti biasa mestilah

Dashboard &gt; Design &gt; Page Elements &gt; Add a Gadget

Untitled-1

a

Lepas tu klik kan untuk menambah HTML/JavaScript +

Selepas tu pastekan kod di bawah ni :

<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:0px; left:0px;'><blink>

<div align="center">

<a href="http://www.facebook.com/home.php?sk=group_174663782554709&ap=1" target="_blank">

<img title="" alt="" src="http://i1217.photobucket.com/albums/dd389/Af_Sembilan/ahahha.png" border="0" width="131" height="53" /></a></div></blink></div>

Dan Save! Cuba try Preview ada tak? Kalau tak ada, sila bagitahu ye. Nanti aku check apa errornya. Kalau ada Save lah!

Selamat mencuba!

Tutorial Disable Right-Click!

x-R-C

Aku rasa ramai blogger gunakan sistem ni. Alasan mereka tak mahu ada orang lain curi entry. Bagi aku, kalau dia nak curi biarlah walau dia nak mengaku dia punya. Kalau ada yang copy maknanya kita ni bagus lahkan? Haha~ Tapi baru2 ni si dia tanya aku macam nak disable kan. Okay lah, aku carikan. Alang2 dah cari aku kongsi lah sikit kan.

Mula2 macam biasa pergi ke Design di Dashboard. Nanti jumpa lah Page Elements. Disini, tekan Edit HTML. Sebelum nak ubah HTML anda ni, jangan lupa Download template anda, sebagai back up kalau tersilap editing nanti.

Seterusnya, tick kan Expand Widget Template dan tekan Ctrl+F. Search <body> dan bila dah jumpa, sila gantikan dengan <body oncontextmenu="return false;"> sebelum anda Save. Lepas tu siap lah. Hehe~ Mudah tak?

Sumber : (link)

Tips untuk Newbie 2

xc

Assalamualaikum, aku kembali lagi dengan tips yang baru. Apa kena aku ni? Asik buat tips je dalam waktu2 terdekat ni? Bagus sangat ke aku ni? Haha~ Sebenarnya tak lah juga. Aku buat tips untuk newbie ni untuk berkongsi dengan rakan2 blogger yang lain. Terutama blogger2 baru (newbie) dalam grup Blogger Tercinta. Aku salah seorang dari Admin grup tu, jadi banyak yang bertanya macam mana itu dan ini. So, aku tulis je entry kan mudah sebab kebanyakkannya memepunyai permasalahan yang agak sama. Jadi ini dia tips untuk newbie yang kedua.


Kebanyakkan newbie ada masalah dengan menyusun blog mereka dan ada yang tak tahu pun nak tekan apa. Aku tak tipu ni, memanga ada ramai yang tak tahu nak memulakan langkah untuk menyusun atur blog mereka. Faktor utama mereka adalah takut untuk mencuba2.

Sebagai rakan blogger anda aku nak bagitahu satu je. Jangan takut untuk mencuba2 untuk menyusun atur blog anda. Jika mengharap dari bantuan blogger2 otai membantu memang susah lah. Blogger2 otai ni biasanya tak terlayan pun blogger2 lain sebab ramai sangat yang bertanya dan komen. Jadi janganlah kata mereka sombong ye sebab ada antara mereka akan menjawab pertanyaan2 tu dengan entry dan tips untuk newbie.

Okay2, still lagi tak yakin nak mulakan langkah? Aku ajar ye. Mari2 rapat2 aku ajar macam mana. Tips untuk newbie ni untuk blogspot ye sebab majoriti mereka gunakan blogspot.

Mulakan dengan klik Design di Dashboard dan anda akan masuk ke Page Elements. Bawah ni adalah contoh interface Page Elements aku.

xzcx

Page Elements ini bertujuan untuk menyusun rupa blog anda. Macam mana susun2nya tu macam tu lah yang orang lain akan lihat pada blog anda. Rasanya ini tak ada masalah pun kan? Anda tahu nak Add a Gadgets dan lain2 kan. Jika dah susun apa2 sebelum Save, silalah Preview dahulu ye.

Seterusnya, aku nak beritahu tentang Template Designer. Kepada yang masih gunakan template lama, silalah bertukar ke template yang baru ye. Kerana ianya lebih mesra pengguna dan mudah dikenakan dengan selera mata anda.

zxcz

zzzDi atas adalah contoh interface Template Designer aku. Nampak tak buttone2 tepi tu yang ada Template, Background, Layout, Adjust Width, dan Advance. Nampakkan? Anda cuba2lah untuk mendesignkan blog anda disini. Mulakan dengan pemilihan Template yang anda suka. Cuba je satu2. Jangan takut2.

Seterusnya bila dah suka, klik Background. Ini adalah untuk menukar background ikut cita-rasa anda. Anda boleh pilih yang sedia ada, mahupun boleh Upload yang baru.

Layout pula adalah untuk rupa blog anda sama ada 1, 2 atau 3 column. Anda boleh cuba klik2 nanti anda akan faham.

xvvv

Jika anda rasa blog anda terlalu sempit, sila pergi ke Adjust Width. Kegunaannya untuk mengubah saiz blog anda. Nak besar ke atau kecik itu terpulang pada anda. Tapi harap jangan terlalu besar dan tidak lah terlalu kecil sangat. Sebabnya anda boleh rujuk di teknik penulisan blog. Bawah ni contoh kelebaran blog aku. xxzcvb

Last sekali, di Advance ni untuk mengubah warna2 pada blog anda. Terpulang pada anda nak buat macam mana sebab itu blog anda kan? Takkan semua aku nak suruh. Huhu~ Font pun ubah2 dan pilih kat sini. Jadi ingat, jangan terlalu fancy nanti tak ada siapa nak baca entry anda.

Jika dah selesai semua dan berpuas hati, sila klik Apply to Blog di penjuru kanan atas screen anda. Tapi kalau tak puas hati atau ia menjadi lebih teruk, tak perlu Apply to Blog. Tekan Back to Blogger dan kalau dia tanya nak save ke tidak just Leave ye.

P/s: Sebelum anda nak buat ubah suai ke apa2, sila Download Full Template anda terlebih dahulu di Design>Edit HTML. Nanti kalau dah terubah jadi jahanam, anda boleh Upload balik template lama anda.

zzzzzzzzzzz

Tutorial : Hide Shoutbox

sB

Hide Shoutbox ni satu trend dalam blog ni. Semua orang suka sorok dah sekarang. Hehe~ Tapi ada mereka2 yang baru tak tahu macam mana nak sorokkan benda ni. Okay2 kejap lagi aku ajar ye.

Selain tu, ada juga yang tanya aku macam mana nak tukarkan button shout tu. Memandangkan aku ada kongsian design button shoutbox ni, aku ajarkan sekali macam mana nak letak benda tu ye. Jadi mari lah jengah2 kat blog aku yang tak seberapa ni.

Tutorial: Buat butang Shout!

Hah! Anda lagi~ Mari sini aku nak ajar sesuatu pada kawan2 blogger aku atau sesiapa je yang datang dalam blog aku ni. Aku nak ajar paling mudah untuk buat button Shout kat yang hide2 punya tu.

Macam aku punya yang ini : jerit

Ada beberapa orang bertanya aku buat macam mana. Jadi seperti biasa, aku guna Adobe Illustrator CS3 tak ada software lain. Boleh buat guna software lain. Bukan susah pun, cuma aku nak ajar anda gunakan software yang aku tahu.

Untuk memulakan tutorial, hendaklah anda double-klik ke button Adobe Illustrator CS3 anda.

Lepas itu, klik File dan New… ctrl-Ndan klik OK.ctrl-N-OK

 

 

 

 

________________________________________________________________________

Cari Rounded Rectangle Tool, atau ikut suka anda nak guna bentuk apa. Aku ajar ni yang mudah2 je ye.

Rounded-Rec

________________________________________________________________________

Selepas itu, buatkan bentuk ikut kehendak anda.

tarek

________________________________________________________________________

Lepas tu cari Type Tool. Taipkan apa yang anda nak tulis dalam box tu. Contoh yang aku nak tulis adalah ‘SHOUT’.

type-tool

SHOUT

 

 

 

 

 

________________________________________________________________________

Lepas tu, tekan Selection Tool lepas tu drag kan perkataan ‘SHOUT’ ke dalam box tadi.

selection-tool

drag

 

 

 

 

 

box

________________________________________________________________________

Lepas tu, klik box tu (BOX SAHAJA) dan cari dan klik Fill. Pilih warna yang anda inginkan di Swatches (kalau tak ada cari di Window).

fill

swatches

 

 

 

 

 

 

 

as

Aku dah warnakan macam ni. Ni kira baru 90% siap ni. Tapi kalau anda nak dia melintang macam ni, biar macam ni je. Kalau tak nak, anda ikut je sikit lagi sampai habis.

________________________________________________________________________

Select semua button termasuk tulisan tu. Lepas tu, gerakkan cursor ke penjuru box itu. Klik dan jangan lepas, drag kan ke atas supaya box tadi akan berpusing menjadi menegak.

pusing

xx

 

 

 

 

 

 

________________________________________________________________________

Akhir sekali anda pergi lah Upload di imageshack ke atau mana2 web site yang menyediakan perkhidmatan upload gambar macam tu. Then siap lah. Hehe~ Macam tu je.

Sebarang pertanyaan, sila tanya aku. Aku ajar mana yang aku tahu. Selamat mencuba!