Memaparkan catatan dengan label Award. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Award. Papar semua catatan

Kawan dalam kartun…

Apakah yang aku maksudkan dengan kawan dalam kartun? Adakah ianya berkisarkan tentang kita mengenali kawan semasa menonton kartun? Ah~ Bukan! Adakah ia mengenai persahabatan yang terpisah lama dan ada tragedi di sebalik pertemuan dan perpisahan dalam sebuah cerita kartun? Bukan! Jika semua bukan; apakah ia? Sila jelaskan~

this-is-us

Ia sebenarnya mengisahkan tentang persahabatan rakan blogger di dalam dunia maya dan tak pernah berusa muka. Eh? Jadi mana kartunnya? Haha~ Apa lah skema sangat ayat2 aku ni? Rileks2 dah lah kan?  Okay, sebenarnya entry ni nak mempersembahkan artwork latest aku. Baru siap pagi tadi dalam jam 7.15 lah lebih kurang. Tapi aku tak puas hati lagi sebenarnya. Kalau ikutkan memang tak ada pun artwork aku yang aku pernah puas hati. Sebabnya macam tak cukup je. Haha~ Tapi tak apalah kalau banyak2 nanti serabut pulakan? Nak tengok?! Tutup mata semua…kira sampai 3 baru buka ye? 1…2…3…! Buka! Haha~ Still tak ada. Cuba scroll bawah2 lagi sikit ye.




























eman-n-9

Itu dia! Cantik tak? Hehe~ Sebenarnya yang depan tu je. Tapi karektor aku tu saja tambah untuk entry ni SAHAJA. Itu adalah gambar kartun untuk pemilik blog Bila Tergigit Halia iaitu @EmanTheHalia. Aku bukan buat suka2 ni, dia yang minta. Kira tanda terima kasih lah sebab selalu (juga la) promote blog aku kat blog dia. Comel kah? Ada rupa gitar bass tak? Haha~ Sorry gang, aku tak tahu alat muzik. Ni pun aku cari kat internet. Ahaks~

Aku tak tahu apa sebab dia minta aku buat benda ni. Haha~ Aku sebab tak ada kerja, aku buatkanlah. Tapi sumpah lama gila aku buat benda ni (sebenarnya tangguh2). Penat gila buat kartun macam ni. 100% Adobe Illustrator CS5. Haha~ Si Eman ni menjanjikan yang beliau akan mensupport perbelanjaan kahwin aku nanti jika aku berjaya siapkan ni (kan?). Seronok tak? Hahaha~ Aku tuntut ye Eman! So, Eman? Apa macam? Okaykah? Atau aku nak ubah sikit lagi? Aku okay je.

P/s : Aku rasa gitar tu nak patah lah, kan? Haha~

Orang buat tutorial, dia pun nak buat tutorial?! Apa kes?!

Kadang2 aku tak faham lah sesetengah umat manusia yang ni. Tak boleh ke tengok orang lain lebih sikit? Satu dunia ni semua macam tu. Kalau ada je orang lain lebih sikit mula nak rasa iri hati. Kalau setakat iri hati yang positif tak apa lah. Tapi ada golongan manusia yang iri hati negatif tu yang tak best. Dah iri hati boleh pula pergi kecoh2 kata si polan ni salah lah apa lah. Di samping mendownkan orang lain, si pengiri hati tu juga menumpang populariti orang yang dia kutuk. Betul tak? Haha~ Nama pun manusia kan?

Balik pada tajuk asal entry ni yang kontroversi je bunyinya. Soalan ni di ajukan kepada aku sebenarnya oleh seorang kawan aku di kampus, tapi bukan lah nada marah atau cemuh. Cuma bergurau, jadi aku tak kisah sangat. Sikit sentap adalah. Hehe~ No problemo!

errr


Jadi apakah jawapan aku? Okay, sebenarnya aku buat tutorial sebab ada orang minta. Aku bukan suka2 hati nak buat tutorial ni. Yela, aku bukan hebat sangat. Aku sendiri cari tutorial orang. Secara jujurnya, aku tak reti nak buat tutorial macam mana. (Agak2 ada tak tutorial untuk buat tutorial?) Jadi aku buat ikut cara aku. Alhamdulillah, orang yang datang tengok tu faham. Ada juga 2-3 orang tanya balik tapi tak ada berkenaan dengan kesilapan aku.

Cuma baru2 ni ada satu entry aku tentang tutorial untuk lukis kartun. Aku dah pindahkan ke Draft sebab ada seorang rakan blogger ni cakap entry tu tak lengkap sebab aku tak tunjuk cara nak lukis pun. Haha~ Memang ye pun aKu tak ada letak pon cara nya. Jadi aku akan ubah kemudian. Terima kasih kepada Newbie yang tak letak link dan nama di ruang komen.

Tapi aku tak suka orang komen aku tapi tutup muka. Adoi lah~ Segan apanya pulakan? Hoho~ Tak kisah lah, yang penting komen dia membantu (walaupun dalam Bi).


Kepada anda2 yang nak buat tutorial ke apa ke, buat je. Jangan pula rasa macam rendah diri. Memang kita ni tak bagus mana nak ajar orang tapi sekurang2nya kita tunjukkan sesuatu yang kita tahu. Tapi please! Jangan copy and paste. Coding tu maybe anda copy paste juga kan, tapi tolong buat versi anda sendiri eh. Baru COOL~!

Blog anda, ikut suka anda lah~

xxxvc

Button Shout dari sembil9n.com

eklan

Assalamualaikum semua! Terima kasih sebab singgah ke blog tak seberapa ni. Aku minta maaf jika 2-3 hari ni blog ni kurang memuaskan servisnya. Aku sedang berusaha nak profesionalkan appearance blog aku, tapi tak reti lah. Menyampah aku. Tapi aku berjaya membetulkan beberapa error yang aku jumpa. Ada error lagi, sila khabar ye. Hehe~

Okay~ Aku nak kongsi lagi button yang aku ngada2 buat. Sebab apa aku buat? Sebab selalunya ada je orang tanya aku macam mana nak buat. Dan ada juga orang macam si Eman ni minta aku buatkan. Hehe~ Jadi apa aku nak kongsi kali ni? Terjah jom~

Penghargaan Blog dari sembil9n.com

Aku tak tahan dah tengok blog ni. Hasil berblogwalking dari satu blog ke blog lain sangat2 berbaloi lepas jumpa blog yang aku rasa patut di ketengahkan. Tapi ia akan jadi ke tepi kalau anda letakkan bannernya di sidebar anda. Hehe~ Blog ni sangat2 kreatif dan sangat berbaloi kalau nak di adap lama2 sebab menghiburkan.

ccccccIanya adalah blog shada wentz! Blog dia yang bernama shadawentz.com dengan bercogan katakan “where creativity becomes priority” rasa2 anda dah boleh agak blog beliau sangat kreatif kan?

Hehe~ Sangat comel karekter2 yang dia buat. Blog dia aku boleh kategorikan sebagai blog yang menghiburkan. Ia berkisarkan tentang kehidupan seharian. Bukan kehidupan beliau je, tetapi kehidupan semua orang. Aku rasa dia ni pemerhati yang bagus lah. Sebab kebanyakkan entry dia ada kartun2 yang dia lukis sendiri! Hebat gila! Paling syok kartun2 tu lucu gila!

bbkjlhj

Aku tak pasti beliau lukis guna apa, rasanya cuma guna Paint je. Tapi tu tak penting, sebab ianya identiti beliau yang ramai menerimanya! Aku kagum sebab beliau seorang perempuan (rasanya) dan seorang pelajar (agak je). Aku dari tengah hari sampai kepetang tak tutup tab blog beliau sebab entry dia menarik gila. Haha~ Last2 aku kena juga stop sebab beri peluang untuk aku tengok blog lain dan selesaikan kerja lain pula. Huhu~

Seterusnya anda pergilah lihat sendiri blog beliau! Aku jamin anda tak akan rugi sebab ianya sangat menarik! Kepada shada wentz, aku nak katakan:penghargaan

 

Teruskan berblogging!

Jumaat cuti?

Ada anda dengar ura-ura Jumaat ni bersamaan 31hb Disember 2010 adalah cuti sempena kemenangan Malaysia dalam perlawanan AFF Piala Suzuki. Betul ke? Aku pun dengar dari kawan je. Betul tak betul aku tak pasti. Dia kata ada di laman web Bernama. Kalau macam tu aku nak check kejap lah.

czcx

Wah! Memang betul lah! Tajuk tu dah menunjukkan cuti. Haha~ Best2 kan? Walau tak ada kena mengena dengan aku. Tapi agak best lah. Hehe~ Rasanya ramai yang memang seronok bila Malaysia menang dalam piala Suzuki ni kan? Bagi aku cuti macam ni untuk bagi penghormatan kepada pasukan Malaysia dan rakyat Malaysia dalam memperjuangkan nama Malaysia. Walau baru peringkat Asia Tenggara. Kira okay lah tu. Lepas ni ke Asia pula. Insha-allah~

vcx

Moga perkara macam ni akan menambah majukan lagi industri sukan Malaysia dan menaikkan nama untuk terus menampakkan Malaysia di mata dunia. Syabas!

Dia Request pada sembil9n!

Hari yang memenatkan, tapi okaylah sebab bersama family kan. Sebelum aku nak rehat dan lelapkan mata, aku check e-mail aku. Ha~ Cik Haziqah dah pun reply. Oh, dia ni yang peserta request aku. Dia minta buat Header seperti yang lain. Lama juga aku kerah idea untuk dia ni sebab blog dia bertajuk “Serabut”. Memang buat aku serabut je. Haha~

Tapi alhamdulillah, dengan kerahan setiap sel kreatif otak aku akhirnya dapat juga keluarkan idea. Try2 font itu ini dan sketch sikit2 untuk karekter. Final nya:

akuserabut-header

Aku belum tahu reaksi sebenar dia lagi, cuma dia nampak gembira je. Aku rasa okay kot? Anda rasa macam mana?

Dalam keserabutan dan keletihan, aku sedang2 mencuba2 buat satu wallpaper desktop sendiri. Tapi aku test je ni.

aaaaaa

Ni lah wallpaper aku sekarang. Tapi aku suka tukar2 wallpaper desktop aku. Hehe~ Bergantung pada tahap mata aku ni.

Request pada sembil9n.


Ada nampak banner baru aku? Agak2 anda boleh faham ke? "REQUEST DESIGN pada sembil9n!" Haha~ Oleh kerana aku hendak mengisi ke lapangan aku. AKu dengan berbesar hati membuka peluang pada rakan2 blogger untuk request aku buat design yang anda kehendaki. Menarik tak bunyi nya? Kalau tak, maaf lah. Itu je yang aku mampu.

Tapi semuanya ada syarat2nya:
  1. Harap dah follow D'Antara sembil9n Akal ni untuk memudahkan komunikasi.
  2. Buat satu entry untuk hebahan beserta banner yang berlinkkan ke blog ini. Dalam entry tu nanti; ceritakan apa request design anda pada aku tu. Kalau boleh nyatakan lah sebab rasional kenapa nak aku yang design.
  3. Kalau ada benda yang nak aku lukis semula (tekap); sila letakkan kedalam entry tu juga ye. Dan seperti biasa postkan link URL anda dalam ruang komen entry ni yer? Kalau tak, aku tak tahu anda berminat.
  4. Aku berhak berkata "Aku tak mampu lakukan..." sebab aku punya skill grafik aku belum maximum lagi. Tapi apa2 pun, aku akan cuba dahulu untuk buat. Jangan bimbang.
  5. Aku akan hantarkan design menerusi email anda jadi sila sertakan e-mail di dalam entry anda.
  6. Tarikh tutupnya adalah sehingga aku postkan entry: Aku dah tak larat! Haha~ Bila aku akan post? Aku tak pasti lagi.
Mesti anda2 yang baru nak kenal aku tertanya apa aku boleh buat kan? Okay~ Aku ni cuma menggunakan Adobe Illustrator, jadi aku tak boleh edit gambar. Kebanyakan kerja aku lebih pada Typography, dan vector. Tak tahu apa benda dua tu? Try google. Hehe~ Apa aku boleh buat termasuklah:
  1. Banner
  2. Flyers (Vector shj.)
  3. T-shirt Design.
  4. Bunting
  5. Header
Tapi aku tak nak buatkan logo jika anda request. Haha~ tak berbaloi. Semua ni aku buat secara PERCUMA untuk rakan2 blogger aku! Jadi anda berminat?


'Cinta Di Mata Anda'

My first award, Yeay!


Nampak ke muka aku seronok? Hehe~ aku moody sikit hari ni. Tapi dapat award ni aku rasa tersenyum lah. Aku baru seminggu buat blog, dah dapat award. Terima kasih kepada cik Nora kerana meng Tag. Aku sebenarnya tak lah faham sangat tentang perkara award2 ni. Tapi rasa2 paham lah juga. 


Oleh kerana mendapat award ni, aku dikehendaki menjawab soalan. Tapi soalan dia bahasa inggeris. Aku ni tak lah hebat bahasa inggeris, jadi aku jawab melayu je.


1st, write 5 interesting facts about the person who gives you this award
  1. Dia suka background blog aku yang gambar selipar. Haha~
  2. Dia letak nama dia kat blog.
  3. Dia suka singgah2.
  4. Blog dia melambangkan diri dia. (kan?)
  5. Secara serius, dia ini comel dan comel. 

2nd, write down 10 interesting facts about yourself & your hobby

  1. Orang semua kata (bukan aku kata) aku ni sweet-talker. Aih~ -___-
  2. Si dia kata aku ni sweet orangnya. (iya ke?)
  3. Aku suka semua jenis kesenian. Sebab semua itu seni.
  4. Aku gemar gila buat design dan dah mula berkhidmat untuk buatkan design.
  5. Aku ni tak tahan sejuk, mungkin sebab aku kurus kot.
  6. Aku ni berperangai kebudak2an, perasan comel.
  7. Sesorang tu kata saya setia. (insha-allah)
  8. Aku boleh berzapin, bershuffle, dan beberapa tarian lain.
  9. Aku memerhati sesuatu dari satu sudut yang berbeza dari orang lain.
  10. Aku suka buat sesuatu untuk orang lain lebih dari untuk diri sendiri.
3rd, pick your most 10 deserving recipients and describe them

  1. ikemal - Blog dia berwarna biru, kreatif dan kemas.
  2. payeen - Dia kawan aku yang bulat dan comel. Haha~
  3. bella - Dia rupanya duduk banting juga. Mungkin aku kenal dia.
  4. effa - Dia ni nak belanja saya cendol kat Pulau Pinang. 
  5. chentamiera - Entry2 dia bagi aku amat gila.
  6. Cik Eka Natsumi - Blog dia comel dan ringkas.
  7. azwa amani -Dia ini kerap datang blog aku dan terima kasih ye!
  8. Syazwana - Kerap dah nampak komen2 dia ni dalam entry2 aku, thanks yaw!
  9. nora - Sebab dia beri aku award ni!
  10. ...dan semua yang follow aku terima kasih ye! Rajin2 jamah entry aku!!
Wah, letih rupanya buat macam ni...