Memaparkan catatan dengan label Seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seni. Papar semua catatan

"Kalaulah saya seorang guru..." - segmen oleh BSJ

Assalamualaikum. Ini adalah penyertaan aku untuk segmen yang di buat oleh seorang blogger ni. Kalau ikutkan nama blog beliau adalah Bicara Selipar Jepun.
Segmen ni adalah bertujuan untuk meraikan Hari Guru yang bakal tiba tak lama lagi. Kepada guru2, selamat hari guru...

++++++++++++++++++++++

"Kalaulah saya seorang guru..."
Kalau lah aku seorang guru, aku akan menjadi seorang guru yang baik dan riang2 je. Hehe~ Sebab apa? Sebab aku tak nak jadi guru yang digeruni tapi disenangi. Aku akan pilih untuk jadi cikgu sekolah rendah. 

Aku akan pakai smart2, bertali leher untuk menampakkan karisma dalam diri. Haha~ Walau karisma tu tak berapa nak ada. 

Masuk ke kelas tepat pada waktu sebab tak nak budak2 bising waktu dalam kelas. Risau mereka tertunggu2 nak belajar dengan aku. Haha~ Aku ajar apa? Agak2 aku nak ajar apa? 
Ya! Semestinya pendidikan seni! Sebab apa? Itu je pun yang aku boleh ajar. PJK?? Aku sendiri pun jarang bersukan. Haha~ Lagi pun guru Pendidikan Seni ni senang sikit. Suruh je budak2 bawa warna, kertas lukisan, dan lukislah apa2 pun tak pun bagi tajuk. Nak best sikit guna teknik atau medium lain pula. Kan?
Macam yang aku cakap. Aku ni akan jadi guru yang baik~! Jadi ramai murid2 yang akan bagi aku hadiah, dan minta tanda tangan. Dah macam artis pula. Haha~ Hebat kan aku?! (berangan!)
Bukan je aku baik, malah aku juga akan jadi cikgu yang cemerlang. Siap dapat 5 bintang lagi. Silap2 hari bulan, aku dapat naik pangkat jadi Guru Besar (macam mak aku). Masa ni adalah saat2 gemilangnya aku sebagai cikgu. Mesti ramai murid2 aku yang dah berjaya jadi macam aku. (berangan lagi)
Di sebabkan kejayaan aku. Aku akan beli tanah dan buat jadi sekolah aku sendiri! Eh~! Bukan aku nak belajar sendiri, tapi sekolah untuk anak2 orang lain lah. Tapi aku khususkan untuk budak2 yang nak belajar seni je. Keluar2 bukan setakat reti lukis, boleh buat apa2 yang kaitan dengan seni. Hebat kan?!
Itulah kisah saya.

Nak join? (Klik sini)

Design Your Mascot Mini Contest by Nuruldotdotdot

Seriously, aku tak pernah terfikir ada blogger yang akan menganjurkan pertandingan macam ni. Menarik gila lah. Hehe~ Aku suka. Dulu aku pernah buat sebenarnya tapi tak dapat sambutan sangat lah. Biasalah tak feymes kan. Okay, tarikh tutupnya pada 15 Mei 2011 ni. Sempat lagi pada sesiapa yang nak join. Sila klik banner bawah ni kalau suka nak join ye?



Dan, dibawah ni adalah design yang aku pertaruhkan. Aku cuba menyampaikan yang kita berbeza dan hanya kita satu2nya didunia ni. Walau kita ni kembar ke apa, kita tetap satu. Faham kan? Hehe~ 

Kehijauan dihujung jari.



Assalamualaikum! Apa benda aku nak merepek ni ye? Haha~ Sebenarnya aku nak batak kat anda semua dengan design aku ni. Agak2 ada macam meniru siapa2 ke ye? Aku cuma adaptasi sikit je. Kalau ada tertiru maaf lah ye. Huhu~

Apa yang aku cuba sampaikan dalam lukisan vektor tersebut? Aku cuba menyampaikan mesej hijau dalam karya ini. Cuba check handphone masing2 dapat tak? Hehe~ Bukan mesej tu ye kawan2. Maksud karya aku ni adalah perlunya kita ada pertalian dengan kehijauan bumi kita ni. Bukan pertalian yang anak beranak tu ye, tapi maksudnya kita perlu mengenali tumbuhan2 ni. Haha~ Kenapa kita kena kenal? Tak kenal maka tak cinta! 



Bagaimana aku gunakan Adobe Illustrator CS5?

Assalamualaikum, sekali lagi aku ucapkan selamat datang. Hehe~ Ada ke yang datang menjengah? Alhamdulillah kalau ada. Aku tak ada topik sangat malam ni sebab seharian ni aku agak kecelaruan fikiran membuatkan aku tak dapat berfikir dengan baik. Haha~ Jadi aktiviti aku harini adalah menciptak karekter dengan Adobe Illustrator CS5.

Aku akan tunjuk nanti jalan kerjanya. Tapi belum siap upload lagi. Kalau suka, nanti tengok ye. Aku akan update dalam entry ni juga. Kalau berminat nak tengok, sila tinggalkan komen dibawah ni dan aku akan ingatkan anda bila aku dah update dengan video. Tapi pastikan ada lah link anda tu ye. Hehe~

Sebelah kiri screen anda ni adalah Garoo, seekor kangaroo yang tak pernah ambil peduli mengenai hal yang berlaku. Walau ada yang memanggil dan menegur, masih dia tak ambil peduli. Sifatnya yang misteri membuatkan rakan2nya pun dah malas ambil peduli pasal dia. Haha~ Siapa rakan2 dia? Nanti aku tunjuk. Tapi dalam entry lain lah. Lalala~

Wallpaper Blogger Tercinta

Ini Desktop aku punya lah.
Assalamualaikum semua pengunjung. Seperti tajuk entry, aku cuma nak bagi link untuk anda terutama ahli Blogger Tercinta untuk mendapatkan wallpaper Blogger Tercinta yang agak eksklusif hanya di blog D'Antara sembil9n Akal!! Suka tak? Suka tak? Haha~ Ye aku tahu setengah dari anda mungkin kata, kenapalah aku asyik dengan Blogger Tercinta? Maaf ye, sebab aku admin 2 disitu dan kami ada perancangan akan datang. Jadi terlebih tumpu sikit. Tak apa, nanti aku buatkan wallpaper khas untuk pengunjung2 semua ye. Tapi cakap lah, spesis wallpaper apa yang anda suka. Hehe~ 

Kepada ahli Blogger Tercinta, klik link dibawah ni untuk mendownload. Bila keluar gambar, klik kanan dan "Save image as..." atau ikut lah guna browser apa ye. Dan pilihlah resolusi laptop anda sendiri. Kalau tak ada, yang hampir2 pun boleh lah.






Design 30minit.

Poster Blogger Tercinta
Assalamualaikum, ni update ringkas untuk menunjukkan kerja aku yang hanya ambil masa 30minit. Haha~ Aku masih belum boleh menghasilkan satu design yang original nampaknya. Adei~ 

Kepada mereka yang ada request kat aku header, maaf ye. Aku bukan tak nak buat, tapi tengah ada masalah sikit yang aku perlu hentikan kejap kerja2 request aku. Harap anda bersabar ye. Nanti aku akan buat. Sebelum 22 April ni, ye. Insha-allah~

Wallpaper Blogger Tercinta

Menarik! Okestra yang bertajuk 4'33" digubah oleh John Cage.

Aku menjelajah ke beberapa blog antarabangsa sambil2 lepak2 di YouTube. Aku menemui sesuatu yang menarik iaitu persembahan okestra lagu yang digubah oleh John Cage. John Cage adalah seorang yang hebat. Baca lah profile beliau. Aku kagum dengan spesis orang macam ni. Haha~ 

Mengenai lagu ini, John Cage ingin menyampaikan agar penonton menghayati bunyi sekeliling. Setiap orang akan menggambarkan sesuatu bunyi tu dalam gambaran yang berbeza. Anda faham? Tak faham? Tengok lah video ni:

Tutorial: Cara lukis kartun "Kucing Pink" dengan Adobe Illustrator CS5

Oleh kerana ramai sangat yang bertanya aku cara nak lukis kartun, dan minta tutorial lah apa semua. Aku nak buat tutorial cara blog agak kurang lah. Jadi aku cari satu software yang membolehkan anda lihat apa yang aku nak buat. Maksudnya ia dalam bentuk video! Jadi, anda mesti boleh faham kot. Haha~



Ni dia video yang aku kata tu. Okay tak? Sorry lah kualiti suara kurang. Noise banyak sangat. Tapi boleh faham kan? Ke ada yang tak faham? Kalau tak faham, silalah ajukan soalan di ruang komen dibawah ni ye. Terima kasih~

1 Header untuk Messy Mama.

Sebelum memulakan bicara, aku nak mohon maaf sangat2 pada Messy Mama sebab aku tak dapat tunaikan sepenuhnya permintaan dia yang lepas. Sila lihat entry beliau yang ini. Bukan beliau je yang aku nak minta maaf, semua yang join segmen lepas aku nak minta maaf sebab tak dapat tunaikan permintaan mereka. Dulu aku ada segmen Header free juga. Tapi disebabkan dulu aku ngada2 gunaka Disqus untuk ruang komen maka, apa yang ada di komen lama hilang selepas aku ntah apa aku belek2. Aku ada copy dalam lappy lama aku data2 mereka2 yang menyertai, sekali lappy aku overheat. Bahana memakai CQ40! Langsung aku tak dapat selamatkan apa2 dalam tu. Jadi maaf kan aku sangat2. Silap aku juga sebab tak follow up benda ni kan? Adoi! Serabut aku~

Tak apa lupakan kejap tu, moga yang request dulu tu memaafkan aku dan bagi tahu aku untuk repost entry dulu. Okay, Balik ke Messy Mama. Aku dah pun buatkan beliau header ni. Harap2 Messy Mama boleh memaafkan aku. Kalau Messy Mama tak berpuas hati dengan hasil kerja ini, sila bagitahu saya ye? Saya akan perbaiki. Messy Mama minta aku buatkan gambar dia jadi versi kartun. Tapi aku sangat2 tak berjaya mengkartunkan wajah dia. Maaf lah, aku bukan kaki lukis sangat. Kalau nak suruh aku lukis menjadi katun, Makan masa dan ikut inspirasi ada ke tidak. Ish~ Banyak pula alasan aku. Okay3~ "Saya minta maaf ye Messy Mama, nanti saya fikirkan sesuatu jika Messy Mama tidak berpuas hati dengan ini, saya ada back up plan,". Hehe~ Mungkin patutnya aku panggil puan kot? 



Okay tak? Saya buatkan dua, tapi tak jauh beza sangat lah pun. Cuma warna je ditukar. Messy Mama boleh minta ubah apa2 atau mana2 dulu. Tulisan ke, warna ke, gambar ke atau apa2 je. Boleh2...saya akan usahakan. Saya free je ni (untuk beberapa hari ni).

Apa2 pun terima kasih atas kesabaran Messy Mama dengan saya ni. 

P/s : Baby, yang dia pegang tu sangat comel. Rasa nak cubit je pipi baby tu~

Kepada kaki Lukis semua.

Maaf lah sebab lama pula tak update entry kan? Hehe~ Aku tengah menyiapkan beberapa kerja dan lukisan. Huhu~ Terlampau banyak menumpu pada benda2 tu sampai lupa nak update. Sampai sekarang pun masih belum siap lagi. Adoi! Aku memang agak excited bila dapat melukis. Rasa macam naik adrenaline dalam badan aku ni. Kadang2 mengadap berejam2 sampai tak sedar tak makan, tak mandi. Ish3~

Tertanya tak apa yang aku gila sangat mengadap tu kan? Tak~ Aku tak pakai Photoshop sebab aku memang tak reti langsung guna benda tu! Jadi aku guna apa? Ha~ ni aku nak perkenalkan kepada anda2 semua satu website melukis secara online!


Itu dia~! www.queeky.com Adalah satu laman web untuk para2 kaki lukis satu dunia ni menunjukkan bakat! Fuh~ Dasyat gile le! Haha~ Belum dasyat lagi ni. Laman web ni macam Deviantart juga dimana mengumpulkan artwork2. Tapi disini ia lebih istimewa sikit. Apa yang istimewa? Kat laman web ni kita boleh lihat artwork2 ala2 painting yang dasyat2! Banyak yang anda tengok tak macam lukisan pun tapi lukisan. Yang gila2 specialnya adalah anda boleh lihat semula macam mana artis tu lukis lukisa tu! Anda boleh tengok dari mula dia menconteng2 hingga lah menjadi satu lukisan yang lengkap. So, tak ada lah anda kata "Nampak beno menipunye~" kan? Hehe~

Ala~ Senang cerita anda pergi lah tengok sendiri kat website tu ye? Kalau anda tak tabik tu tak tahu lah. Hehe~ 

P/s : Aku punya profile belum boleh didedahkan lagi sebab aku tak habis lukis lagi. Haha~ Penat gila!

Dramatari di Taman Budaya, Terengganu

Pada 19 hari bulan Februari 2011 yang lepas, aku dan 2 orang kawan aku dari kelab kebudayaan kampus aku menjadi batu loncatan untuk pementasan Dramatari di Taman Budaya, Terengganu. Pementasan tu sepatutnya terdiri dari mereka2 yang dari ahli kelab kebudayaan UiTM Dungun, tapi beberapa orang tak dapat hadir. Jadi, kami bertiga (termasuk aku) terlibat sama. Tapi asalnya aku tak terlibat pun. Ni semua pasal ada budak yang sepatutnya pergi tak dapat pergi. Ish~ Aku ni dah lah lambat pick-up dan aku gila2 senang hilang fokus. Risau aku!

Apa yang mengejutkan lagi adalah kami tahu 3hari sebelum pementasan. Gila tak gila? Kami dah lah tak tahu step apa2, tiba2 je kena sertai pementasan tu! Malam Khamis tu practice sampai ketar lutut aku, esoknya pula ada lagi seharian! Kami ni dah lah first time naik pentas besar macam ni (tak lah besar sangat). Adui~ Tak menyempat2 nak tengok handphone aku. Kesian si dia~

Masa hari sabtu tu, kami semua ada last rehearsal dan kena make-up! Gila lah! Tak pernah2 aku make-up tiba2 kena make-up. Rasa muka aku bagai di Photoshop secara real!! Siap lips gloss ke apa ntah letak kat bibir, lepas tu ada celak lagi. Hoho~ Nak tengok gambar tak? Meh aku tunjuk sikit mana yang aku dapat. Nanti aku update tambah gambar masa show:

raja berjiwa rakyat

Aku dan rakan aku pegang watak orang kampung dan yang tengah tu Raja nya. Berjiwa rakyat tak Raja tu? Haha~

mereka

Berbaju merah tu adalah pemain muzik Gamelan manakala yang biru dan ungu tu adalah mereka yang memegang watak dayang. Nampak tak yang baju kuning di belakang tu? Itu lah permaisurinya.

rakyat dan dayang2

Ni gambar lepas persembahan. Orang kampung bersama Dayang dan yang baju coat hitam tu adalah kru. Dia tak main atas pentas, tapi belakang pentas.

mereka2 yg terlibat

Ni lah muka mereka2 yang terlibat (ada 1 orang yang sebok) dalam pementasan Dramatari tu. Tabik lah dengan mereka. Semua ni student lagi ni. Cool kan? Impian aku tercapai jua. Terima kasih sebab memberi peluang.

 

P/s: Lepas pementasan ni, ada VIP naik dan salam dengan kami2 sampai kat aku dia kata aku comel! Haha~ terbangga aku kejap masa tu. Comel ke aku? (sambil buat tangan macam Usop: HKLBR)

Button Shout dari sembil9n.com

eklan

Assalamualaikum semua! Terima kasih sebab singgah ke blog tak seberapa ni. Aku minta maaf jika 2-3 hari ni blog ni kurang memuaskan servisnya. Aku sedang berusaha nak profesionalkan appearance blog aku, tapi tak reti lah. Menyampah aku. Tapi aku berjaya membetulkan beberapa error yang aku jumpa. Ada error lagi, sila khabar ye. Hehe~

Okay~ Aku nak kongsi lagi button yang aku ngada2 buat. Sebab apa aku buat? Sebab selalunya ada je orang tanya aku macam mana nak buat. Dan ada juga orang macam si Eman ni minta aku buatkan. Hehe~ Jadi apa aku nak kongsi kali ni? Terjah jom~

Lagu kerakyatan.

Aku sekadar nak kongsi dengan rakan2 blogger aku mengenai lagu ni. Tapi lagi ni dah kian dilupa oleh generasi sekarang. Aku rasa tak semua suka lagu2 berentak joget dan zapin ni sebab sekarang tak ada lagi orang melayu reti berjoget. Bukan joget kat kelab tu, tapi tarian Joget. Tarian joget dan zapin ni sangat2 melambangkan melayu yang sebenar jika dihayati. Yela kan seni tu melambangkan jiwa sesebuah bangsa.

Jadi lagu apa yang aku maksudkan? Hahaha~

Button Shout dari sembil9n.com

Sahut2

Nampak macam tulisan Jawi kan? Hehe~ Aku download tulisan ni sebab tulisan ni ala2 kaligrafi je. Kadang2 kita nak gunakan design dengan mood Islamic tapi tak mahu tulis jawi. Jadi tulisan2 macam ni membantu sikit mood tu. Tapi bagi aku, agak susah untuk dibaca kan? Kena lihat betul2 baru boleh baca. Aku tulis ayat “Sahut-sahut” untuk button shoutbox anda yang di hide tu.

Maksudnya aku nak beri anda pilihan button2 untuk anda gunakan di shoutbox tu. Setakat ni, aku mampu nak beri ni je untuk pelawat2 blog aku. Belum mampu nak beri lebih dari ni. Huhu~ Selamat mengambilnya.

Sahut2 1Sahut2-2Sahut2-3

P/s : Sorry tak cantik, sebab tengah dalam trial punya segmen. Aku tak pasti boleh ke tak anda nak attach dari blog aku. Kalau ada masalah bagitahu ye? Aku nak test je dulu. Lepas ni aku buat yang lain.

Penghargaan Blog dari sembil9n.com

Aku tak tahan dah tengok blog ni. Hasil berblogwalking dari satu blog ke blog lain sangat2 berbaloi lepas jumpa blog yang aku rasa patut di ketengahkan. Tapi ia akan jadi ke tepi kalau anda letakkan bannernya di sidebar anda. Hehe~ Blog ni sangat2 kreatif dan sangat berbaloi kalau nak di adap lama2 sebab menghiburkan.

ccccccIanya adalah blog shada wentz! Blog dia yang bernama shadawentz.com dengan bercogan katakan “where creativity becomes priority” rasa2 anda dah boleh agak blog beliau sangat kreatif kan?

Hehe~ Sangat comel karekter2 yang dia buat. Blog dia aku boleh kategorikan sebagai blog yang menghiburkan. Ia berkisarkan tentang kehidupan seharian. Bukan kehidupan beliau je, tetapi kehidupan semua orang. Aku rasa dia ni pemerhati yang bagus lah. Sebab kebanyakkan entry dia ada kartun2 yang dia lukis sendiri! Hebat gila! Paling syok kartun2 tu lucu gila!

bbkjlhj

Aku tak pasti beliau lukis guna apa, rasanya cuma guna Paint je. Tapi tu tak penting, sebab ianya identiti beliau yang ramai menerimanya! Aku kagum sebab beliau seorang perempuan (rasanya) dan seorang pelajar (agak je). Aku dari tengah hari sampai kepetang tak tutup tab blog beliau sebab entry dia menarik gila. Haha~ Last2 aku kena juga stop sebab beri peluang untuk aku tengok blog lain dan selesaikan kerja lain pula. Huhu~

Seterusnya anda pergilah lihat sendiri blog beliau! Aku jamin anda tak akan rugi sebab ianya sangat menarik! Kepada shada wentz, aku nak katakan:penghargaan

 

Teruskan berblogging!

Cerita Akademi Fantasia 9…

AF 9Aku ingat rancangan ni dah habis dah. Rupanya ada lagi? Sudah2 lah dengan hiburan tu. Cukup2 lah dengan menambah artis2 yang tak ada kualiti. Sengatnya dah tak ada dah Akademi Fantasia ni. Makin lama makin bosan. Banyak artis produknya yang kian hilang entah ke mana. Sekarang ni dah masuk musim ke-9 pula. Apa pula cerita kali ni?

Dengarnya kali ni adalah musim terakhir siarannya. Betul ke? Oh, mungkin sebab tu juga nak gunakan artis yang besar pengaruhnya sebagai pengetua? Seperti yang anda tahu, mereka nak gunakan Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19! Persoalannya adalah kenapa gunakan orang Indonesia? Ini bukan deskriminasi terhadap rakyat Indonesia, cuma kenapa tak gunakan rakyat Malaysia? Artis Malaysia dah tak ada? Kalau dah tak ada, tak payah lah buat penyiaran. Ni semata2 kerana duit kan? Ish3~

Yang boikot2 memang ada tapi lebih ramai yang menyokong. Tak percaya pergi tengok masa ujibakat. Tunggu dari sebelum Subuh pun ada. Jadi Subuhnya macam mana? Tak termasuk dengan yang datang dari jauh lagi. Datang semata2 untuk perkara lagho macam ni? Aduhai~ Dengarnya sekarang ada uji bakat melalui YouTube pula. Makin banyaklah benda2 mengarut di laman kongsian tu. Aduh~

Cuba kita lihat rancangan berbentuk agama. Banyak yang macam di buat atas sekadar ada je. Publisitinya pun ala2 hidup segan mati tak mahu je. Sampaikan kadang2 ada manusia di Malaysia ni tak tahu kewujudan rancangan realiti TV berbentuk keagamaan. Mereka2 ni adalah golongan yang kurang tonton TV tapi boleh tahu tentang Akademi Fantasia. Ni media punya kerja lah ni. Aduh2~ Bak kata Dato’ Fadzilah Kamsah, “Buka minda, buka hati…”.

aaP/s : Kenapa tak ada Akademi Azan? Ke ada aku yang tak tahu? Cara azan pun ada. Macam nyanyian juga. Azan ni kena sedap dan dihayati baru orang yang mendengar rasa. Ni nyanyian atas pentas nak dibangga2kan, suruh azan malu2. (Ni aku yang buat ye. Bukan media –> )

Mencari kematangan dalam design.

butt

Aku rasa ramai tertanya adakah perkara seperti design2 ni pun ada perkara tentang kematangan ni? Kalau tanya aku, memang aku jawap ye lah. Kenapa? Sebab dalam design semuanya diukur pada segi kematangan. Aku nak jelaskan pun susah juga ni. Haha~ Kenapa ntah aku ngada2 nak tulis entry tentang ni.

Sebenarnya, aku dari tadi membelek2 design2 orang lain beri komen sendiri dan lepas tu belek design sendiri. Lihat perkembangan design aku dari dulu sampai sekarang. Memang ada perubahan. Tahu tak anda? Semakin matang sesorang designer, semakin sikit benda yang di design. Macam mana tu? Cuba tengok design aku ni masa semester 3, design ni membuatkan aku repeat subjek tu. Haha~

caxaf

Ade lah sebab2 kenapa aku kena repeat subjek tu. Ha~ Nampak tak design aku tu? Belum cukup matang lagi tu. Ada serabut2 sikit tu. Aku pun tak tahu apa. Tak paham aku. Haha~

Dalam design ni ada rules dia. Apa rules dalam design? Haha~ Aku tak reti nak explain. Sebab kadang2 dalam design ni kita boleh langgar rules tu untuk cipta benda baru. Hehe~ Serabut tak?

Aku pun dulu serabut juga, tapi bila dah lama menceburi bidang ni aku mulai paham apa patut dan tak patut ada dalam sesebuah design. Dulu aku tak fikir pun design ni ada kena mengena dengan rules of art. Tapi sebenarnya ada. Sebab tu “Art is Everything!” dan cuba lah lihat sekeliling anda. Semua tu ada rules dia. Haha~ Makin merapu ayat aku kan? Aku serabut nak terang kat anda semua tentang design ni.

Jadi kenapa aku pilih tajuk entry berkaitan design dan kematangannya? Sebab aku nak anda dan anda sama2 fikir tentang design ni. Aku nak anda aplikasikan sesuatu dalam dunia blog ni. Cuba anda pegang prinsip “Less is more!” dalam mendesign blog. Macam mana tu? Sama2lah kita nantikan dalam entry seterusnya. Aku sedang menyusunnya lagi ketika menulis entry ni. Harap anda setia menunggu entry itu. Terima kasih.

Lagi kisah Facebook.

Apa lagilah isu kali ni ye? Facebook ni banyak kontroversi dalam pelbagai versi yang dibalas dari segenap persepsi penggunanya sendiri. Ambik kau ayat aku pun dah macam rappers dah. Haha~

Baru2 ni, iaitu semalam aku berblogwalking sambil dengar lagu2 di lappy aku. Aku ternampak satu entry mengenai Facebook. Tapi dah terlupa ambik link! Aduhai~ Aku tertanya tak habis2 lagi ke kes yang konon Facebook nak tutup?

FB

Tu cuma rumor, jangan dipercaya. Takkan lah dah berjaya dapat juta2 punya projek dan dah linkkan hampir semua manusia di dunia, nak ditutup pula? Mark tu tak lah bodoh sangat cuma berat sebelah je.

Kenapa aku kata berat sebelah? Sebab isu ni lah juga menjadikan katanya Facebook ni akan di sekat pengggunaannya di Malaysia!

fbb

Kenapa lah pula? Ini kerana menurut satu persatuan dan seorang menteri tu; kata ada isu penghinaan terhadap Perdana Menteri kita dan juga agama Islam! Aduh~ Dengan adanya Facebook ni, orang seperti berani bersuara dah kan? Tapi kan benda tu boleh di kesan.

Apa2 pun tujuan nak disekat adalah sebab risau akan keselamatan negara. Yelah, kan kalau nampak perbalahan apa semua tu akan menjatuhkan air muka negara kita habis negara ni.

Bila ada dunia maya ni, semua benda tak ada rahsia lagi kan? Senang2 je tersebar. Kalau dulu nak sampaikan pesanan dari Melaka nak ke Selangor masa zaman Kesultanan Melayu dulu makan masa berhari. Nak ke Kelantan dah berpurnama. Kalau ke Jepun, Belanda… ntahla. Silap2 kalau nak sampaikan gambar terbaru Sultan masa tu, pergi2 balik je Sultannya dah berjambang balik. Haha~ Tapi sekarang ni, boleh tengok live je apa2 yang berlaku di negara yang jauhnya berjuta batu. Pergi Utara-Selatan boleh balik hari je. Senang!

Ish3~ Macam2 dunia ni. Sememangnya nak kiamat dah. Insaf2lah~

Sebelum tutup Entry, ni gambar latest dari Facebook aku!

facebook-aku!

Haha~ Cool x? Kalau nak add aku, tekan button2 tepi ni. Yang ada biru, biru, oren.

Dramatari Gamelan Geliong

Ha, ada sesiapa yang tahu apa yang aku maksudkan dengan tajuk entry ni? Kalau anda kata tentang seni, ia ada kaitan tapi ni sebenarnya adalah sebuah tajuk pementasan oleh kelab kebudayaan di UiTM Kampus Dungun. Pementasan ni berlaku semalam iaitu 21hb Januari 2011 dan pada sebelah malam.

Ini bukan pementasan teater ye, juga bukan pementasan muzikal mahu pun High School Musical: Senior Year! Bukan2. Ini adalah pementasan dramatari. Apa yang dimaksudkan dramatari ni?

Dramatari adalah pementasan drama atau penceritaan dalam bentuk seni tari. Tak sama macam teater muzikal sebab muzikal ada nyanyi2 kan. Kalau dramatari ni tak ada nyanyi, senang cerita tak ada dialog pun! Semuanya disampaikan dalam gerak tubuh dalam seni tari di iringi muzik gamelan.

Tadi, pementasannya mengisahkan tentang kisah dalam istana zaman dulu2 lah. Ada dayang yang jahat apa semua. Pergh~ Terbaiklah penari2 tu. Berlakon dalam tari sangat menjadi. Mimik muka semua. Aduh~ Tabik lah mereka2 ni. Bila ntah aku boleh sampai naik pentas buat dramatari. Teringin aku!

Ish~ Ada peluang nanti, aku nak cuba! Haha~ Kepada yang berada di UiTM Kampus Kuala Terengganu, kelab kebudayaan Kampus Dungun akan turun ke kampus kita. Mereka akan membuat persembahan Dramatari tu. Jadi, nanti ramai2 lah datang tengok ye. Hehe~

Gambar Terbaik

Assalamualaikum, masih mengikuti perkembangan akal aku? Hehe~ Terima kasih aku ucapkan. Maaf lah jika macam agak membosankan 2-3 hari ni. Seperti yang aku katakan, aku dalam keadaan keserabutan dengan kerja2 yang tak settle. Tapi jangan risau, dah ada back up plan untuk blog ni. Haha~

Ok lah, terus ke topik yang aku nak sampaikan. Lepas dari kelas aku semalam, aku buka Facebook je ada beberapa Nottification. Dari Cik Enna! Ouh~ Dia minta aku sertai kontest lah. Contest mengenai gambar2 ni yang dianjurkan oleh blogger baru! Yeah~

Tu dia Cik Fatimah kita ni. Jangan tanya aku berapa umur dia, aku tak tahu. Tapi rasa macam muda lagi. Kurang2 muda dari aku. Hehe~ Ouh…syarat pertandingan yang hanya untuk warga negara Malaysia ni adalah seperti berikut:

  1. Mestilah ada BLOG yang dapat saya melihatnya .
  2. Mestilah follow SAYA supaya  dapat info-info tertentu .
  3. Mestilah buat satu entry .
  4. TAYANGKAN gambar yang paling best dalam hidup you all . Gambar yang tak ada anda pun tak mengapa . No PAKSAAN . Maximum gambar anda adalah tiga .
  5. Send kan link anda pada imah_jpc@rocketmail.com (sertakan nama) nak hantar comment terus pun tak apa ....
  6. Tag beberapa aja orang yang anda mahu .....
  7. Tak tertinggal juga , letakkan kategori apa yang anda mahu :
      • PERFECT PICTURE
      • CANDID PICTURE
      • SMART PICTURE

Menarik juga kan? Eh~ Syarat2 tu bukan aku tulis, tu dia sendiri yang tulis. Tak adanya aku nak ber’saya2’ ni. Haha~ Jadi aku nak pertaruhkan apa? Hmm~ Aku fikir kejap.

A Perfect Picture of my family!

33655_167220149960009_100000160763079_640058_6576884_n

Aku sebenarnya nak gambar yang lain sebagai taruhan, tapi lappy aku yang lama dah mem’burn’kan semua files dalam tu! Hilang segala nostalgia, gambar2 dan macam2 dalam tu. Huhu~ Sedih gila! Hmm~ gambar si dia pun dah tak ada. (FYI : dia tengah demam waktu aku tulis entry ni)

Tapi ni antara dalam senarai yang aku suka juga. Ni di Pulau Pangkor semasa D40 aku masih boleh guna lagi. Gambar ni di ambil pada jam 6.45petang macam tulah, sebab baru je lepas naik bot.

Mana aku? Aku yang ambil gambar. Tapi sebenarnya gambar ni ada banyak versi. Yang atas ni versi tak ada aku dan adik lelaki aku yang kecil. Bawah ni, gambar versi ada aku dengan adik aku yang kecil. Hehe~ Versi lain, tak dapat diselamatkan.

33655_167220153293342_100000160763079_640059_6451792_n

Gambar ni aku copy dari Facebook aku. Aduh~ Sedihnya tak ada gambar ni lagi. Huu~

Aku tak mahu tag siapa2 sebab aku tak nak ada paksaan untuk join! Haha~