(Info) Dr. Rozmey oh Dr. Rozmey.

Dr. Rozmey atau nama betul dia Rozmey Che Din adalah nama yang begitu fenomena di Malaysia. Kalau sebut je nama dia, ada beberapa gambaran di kepala rakyat Malaysia iaitu:

rozmey

Haha~ Tangan dia dan rambut dia tu tag line terbaik semua rakyat Malaysia tahu! Kalau yang tak tahu tu mesti tak terdedah dengan perkembangan semasa. Idola Malaysia yang sering jadi buah mulut orang ni dah pun beristeri. Bagi aku boleh tahan isteri dia jika dibandingkan dengan dia. Untung2~

Bukan tu je, beliau juga dah ada anak 3 orang. Ish~ Agaknya anak2nya selalu di ejek tak dengan kawan2 disekolah tentang bapa dia? Ke kawan2 anak dia diam sebab Dr.Rozmey kaya, nanti bagi duit raya banyak? Hehe~ Tak kisah lah kan, yang penting usahawan yang agak berjaya ni sebenarnya anak kelahiran Bukit Sireh,Kuala Krai Kelantan.

Beliau ni memang seorang doktor, dan bukan nya sekadar nama doktor. Berkelulusan Ijazah Perubatan (MD,USM 1993), dan  Sarjana Perubatan (Perbidanan & Sakit Puan USM 1999). Hebat je dengarnya kan? Agaknya berapa ramai usahawan melayu yang berkelulusan tinggi? Ada lah beberapa. Tinggi2 pencapaian beliau, asalnya bersekolah di SRK Sultan Yahya Petra Kuala Krai dan seterusnya ke MRSM Pengkalan Chepa sebelum ke University Sains Malaysia (USM). Agaknya time skolah rambut dia dah macam tu ke? Gambar masa greduasi tangan macam tu tak? Haha~

Anda kutuk2 beliau pun tapi beliau ni memegang jawatan 3 C.E.O syarikat iaitu Jitra Specialist Centre Sdn Bhd, Jitra Medical Centre Sdn. Bhd., dan Herba Prima Marketing Sdn. Bhd.. Apa2 pun orangcakap, beliau ni tetap masuk duitnya. Dah rezeki diakan?

Hah~ Satu lagi produk yang sangat2 hangat diperkatakan hasil dari Dr.Rozmey selain dari jualan ubatan dia tu. Satu Malaysia kecoh cerita 2 Alam ni, mana taknya; Kontroversi dia gila hangat. Target nak capai RM40juta! Last2 RM230ribu je. Tak balik modal lah. Aduh, kasihan sungguh beliau. Huhu~ Aku tak tengok lagi cerita ni, tapi di katakan sangat2 tak best. Macam ini gayanya, bagaimana nak sambung sekuel yang kedua? Tambah lagi katanya ada lagi beberapa filem dari Dr.Rozmey lagi nak ditayangkan? Boleh kah ni? Dr.Rozmey, aku saran kan doktor kaji dulu mentaliti penonton wayang di Malaysia ni. Mereka suka rancangan macam mana? Memang lah sekarang musim cerita seram, tapi bagaimana seramnya yang mereka nak? Ha~ Tu kena fikir tu doktor. Apa kata doktor buat cerita ala2 Step Up, tak pun Stomp The Yard. Hehe~ Tu pun kalau cerita tak mengarut.

Suka2 je aku nak nasihat Dr.Rozmey kan? Aku sebenarnya bukan apa, aku kasihan betul dengan dia. Dia ada pencapaian yang bagus dalam bisness dia, dan dia sangat2 nak cuba benda yang baru. Ala2 Donald Thrumph yang kaya tu. Beliau cuba pelbagai perkara selagi boleh sebab dia tengah ada duit. Nanti dah tak ada duit, dia cuma hanya boleh menyuarakan tapi tak boleh mengubah apa2 seperti kita ni.

Lagi kontroversi dan kutukan diberi pada Dr.Rozmey si rambut cendawan ni selepas katanya nak gantikan Facebook dengan nak buat dRbook! Adoi~ Memang tak mustahil dengan duit dia. Buat lah apa dia nak pun tapi dia kena fikir, berapa ramai sangat yang sokong dia? Kalau ada pun dRbook tu, berapa kerat je yang aktif aku rasa. Nanti rugi lagi. Aku baca dari pelbagai blog, mengatakan yang dia ni punya sikap yang agak2 membangga diri membuatkan orang tak suka dengan dia. Cakap besar tu akan menjatuhkan dia. Kalau sikap dia tak macam tu, aku rasa okay je kot.

Entah lah~ Kepada Dr. Rozmey atau mana2 peminat beliau, maaf jika aku terkutuk beliau ye. Aku cuma berkata sesuatu yang aku rasa. Tak radikal kan? Ni aku ada hadiah untuk anda semua.

hahah

Yang lelaki sebelah tu kawan kelas tarian aku. Ada gaya Dr. Rozmey tak? Haha~ Aku selongkar gambar Facebook dia dan terjumpa gambar yang ala2 Dr. Rozmey. Rambut dah nak sama dah kan? Haha~ Ada pelapis, bagus lah. Hehe~ Jangan marah ye Azim, aku gurau je sikit2.

2 ulasan:

EmanCloud berkata...

haha terbaek bro! betul2 bile sebut die ade banyk gambaran tkuar hahaha nice entri.

cik miera berkata...

haha..terjumpa lak pic mmbe yg agak sama kan?hak3