Rindukan makanan?

Aik? Selalu rindukan orang atau sesuatu peristiwa, ni rindukan makanan pula? Siapa yang rindukan makanan tu? Mesti badan dia kecik kan?

Ish~ Tu lah antara mentaliti kebanyakan orang, aku tak faham dan pelik. Asal kata kuat makan je mesti terbayang badan yang besar2. Yang badan besar tu, belum tentu kuat makan, dan kadang2 mereka2 ni makan normal je. Apa yang buat mereka gemuk tu adalah kadar metabolisma dalam badan. Lebih kurang itu lah bak kata kawan aku. Hehe~

Tapi bukan hal makan2 ni yang aku nak ketengahkan dalam entry ni, tapi aku nak ketengahkan pasal makanan; Jenis makanan. Aku rindu gila nak makan makanan ni yang tak ada di kawasan pantai timur ni. Dan aku rasa orang pantai timur ni tak reti nak makan makanan ni. Ianya adalah Nasi Ambeng!

Di katanya ni adalah makanan waktu kenduri (kondangan) oleh masyarakat Jawa di Malaysia. Sebutan ‘e’ pada Ambeng bukan seperti ‘e’ di perkataan ‘geng’ tapi sama macam bunyi ‘e’ di perkataan ‘beruk’. Nasi Ambern di hidang dalam talam dilapik daun pisang yang dipenuhi nasi putih dan lauk pauk. Lauk pauk agak berbeza mengikut kawasan kampung, tetapi menu lauk utama dalam Nasi Ambeng adalah serunding dan ikan masin!

Sebagai seorang anak jawa, aku suka makan ni. Seronok bila dapat makan ramai2. Dalam kenduri biasanya tak lah dimakan sampai licin. Tetapi akan diberi plastik oleh tuan rumah untuk dibungkus, bawa balik. Mereka kena pandai, bahagi2kan nasi dan lauk tu kepada setiap orang dalam kumpulan talam tu. Bungkusan nasi dan lauk yang dah bercampur2 tu aku panggilnya Berkat. Aku tak tahu lah orang lain panggil apa. Huhu~

Setiap kali ayah aku balik kenduri, adik beradik aku mesti tunggu Berkat ni. Nanti kakak akan buka dan tuang dalam talam. Lepas tu kami makan ramai2 lah. Huhu~ Sedap weyh! Kepada sesiapa yang belum pernah rasa, datang lah ke kawasan Selangor dan Johor. Sekarang dah ada jual Nasi Ambeng yang dibungkus macam Nasi Lemak. Tapi besar sikit sebab boleh dimakan untuk 2-3 orang. Harga dalam RM4 – RM5.

Ish~ Rindu gila nak makan nasi Ambeng ni!

2 ulasan:

Izan Ishak berkata...

k.izan pun suka nasi ambeng tau. anak org jawa selangor lah katakan. seb baik dok johor skrg masih boleh makan nasi ambeng yg bungkus tu. tiap2 minggu sanggup pi pasar pagi gara2 nak nak makan nasi ambeng ni~

AISHA INANI berkata...

seryes tak penah rasa!
sedap ehh?
pos la weh kasik aku siket. boleh ngak?? haha.