Selama aku makan eh~ mana pula makan, kunyah gula2 getah ni ada kebaikannya ye. Aku ingat cuma kunyah2 dan buang je. Nak buang pun lekat bawah meja, kerusi, tempat awam, atau mana2 lah, dan lepas tu melekat kat kasut orang tak pun seluar orang lain. Eh~ Tu kebaikan ke? Hehe~
Aku rasa fenomena terlekat gula2 getah ni dah lama dah, dari zaman awal2 ia dikeluarkan kot. Haha~ Pandai2 je. Tu keburukan yang kita nampak lah. Tapi ada ke kebaikkannya? Ha~ Ni yang aku nak bagitahu ni. Memang ada! Mari teruskan baca entry ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Kebaikkan yang kita sama2 ketahui sebab suatu masa dulu ada keluar di iklan TV. Ia ada menyatakan gula2 getah adalah senaman muka. Yelah~ Sebab asyik kunyah je kan? Itu kira kebaikan juga tu. Tapi selain tu, tahu kah anda? Ia juga meningkatkan kesihatan mulut anda! Ye, sebuah syarikat gula2 getah antarabangsa telah membuat kajian selama 2 dekad tentang kebaikkan gula2 getah, dan ini adalah salah satu kebaikkannya. Tapi rasanya tak lah terkejut sangat kan? Sebab ada je antara kita2 ni yang bangun pagi atau bangun2 tidur; tak sempat gosok gigi ke apa, dia kunyah gula2 getah. Kan jadi macam segar. Memang betul lah tu, sebabnya gula2 getah ni bertindak sebagai berus gigi juga dan ia akan meningkatkan kuantiti air liur dimana ia akan menutralisasikan mulut anda dari sebarang bendasing. Wah! Aku cakap cara sains~ Hebat!
Selain itu, gula2 getah juga membantu mengawal diet badan kita! Biar betul? Macam mana pula kan? Katanya ia akan mengurangkan bilangan kalori dalam badan. Walau pun jumlahnya sedikit tetapi impak nya dalam jangka masa panjang agak mengkagumkan. Dari yang aku faham, ini ada kena mengena dengan perisa gula2 getah itu. Sebabnya, bila kita makan pelbagai perisa gula2 getah akan menyebabkan kita kurang mengambil makanan bergula. Yela, sebab yang kita kunyah tu pun dah manis. Tapi manis2 gula2 getah ni kandungan gulanya tersangat rendah. Bila kunyah2 dalam tempoh beberapa minti, dah tak ada manisnya kan? Dalam cerita ‘The Biggest Loser’ telah pun mengamalkan kunyah gula2 getah ni. Tujuannya untuk mereka tumpu untuk tidak mengambil snack lain. Huhu~
Seterusnya, gula2 getah boleh menambah tumpuan kita serta mengurangkan tekanan! Betul ke? Aku rasa ramai juga dah tahu tentang ni, tapi mungkin ramai juga belum tahu. Memang gula2 getah boleh membantu tumpuan kita. Buat kerja sambil makan gula2 getah akan membuatkan kita lebih fokus. Dalam sukan antara bangsa, terdapat jurulatih yang memberi atlit makan gula2 getah untuk melegakan tekanan serta lebih fokus dalam permainan. Selain itu, dalam Perang Dunia ke-2, pasukan US telah membekalkan gula2 getah untuk peperangan. Jadi, jika nak study atau buat apa2 research terutama blogger atau pelajar, makan lah gula2 getah! Kalau stress pun boleh reda sebab fakta menyatakan semasa kita kunyah2 tu, otak kita akan menerima lebih darah! Jadi kita akan lebih cerdas sebab darah kan bawa oksigen! Ia juga membantu perokok kurang merokok dan terus berhenti.
Menarik kan? Siapa tahu benda yang kecik2 macam tu boleh beri impak besar pada badan kita? Hehe~ So, apa lagi? Pergi beli gula2 getah dan simpan dalam poket. Kunyah bila rasa perlu.
P/s : Masa tulis entry ni, aku kunyah gula2 getah sebab sumbernya aku tak berapa faham. Haha~
2 ulasan:
naseb bek Jah mmg suka gula2 getah.. boleh letup2 lagi.. haha... nice post.. love it,...
memang betul semua tu , cuma sekarang ni banyak gula-gula getah yang ade lemak babi . so agak susah nak cari yang betul-betul halal .
Catat Ulasan