Pernah tak anda menghadapi situasi dipatuk ular atau orang lain berdekatan anda yang dipatuk? Kalau tak pernah atau pernah pun apa tindakan anda selain dari tengok je? Macam mana jika dia betul2 nak pertolongan dan hanya ada anda atau anda sendiri yang dipatuk ular? Ni aku baru dapat sedikit tips lah kalau kita berhadapan dengan situasi macam ni.
- Jika dipatuk anda atau mangsa hendaklah bertenang dan jangan panik serta kurangkan pergerakan. Kerana jika panik, kadar degupan jantung akan meningkat yang nanti mempercepatkan lagi bisa ular ni merebak kejantung dan akan menyebabkan kematian lebih cepat.
- [Penting!] Jangan sedut keluar bisa ular dengan mulut anda! Ini akan mendatangkan bahaya kepada anda pula. Dah elok2 satu je yang kena, anda pun ikut sama kan dah menyusahkan. Siapa nak tolong lagi macam tu?
- Rendahkan bahagian yang dipatuk supaya dapat melambatkan pergerakan bisa melalui salur darah dalam badan. Dan jangan pula lupa untuk telefon medik! Nak tunggu sampai bila kan?
Kepada anda yang nak tunjuk berani bila berjumpa anak ular sebab anda fikir ular tu kecik lagi dan tak ada bisa. Anda adalah silap! Huhu~ Jangan main gila! Sebab anak ular juga ada bisa dan bisa nya adalah lebih dari ular dewasa! Kenapa? Sebabnya anak ular ni terlalu muda dan ia tak tahu macam mana nak kawal bisa dia yang keluar. Tu yang bagi dos lebih tu. Huh! Jangan main2! Jadi kalau jumpa ular lebih baik lari. Lagi2 anda tak tahu ular tu bisa ke tak.
1 ulasan:
mak aih~
Catat Ulasan