Ketawa itu keperibadian

Aku masih tertanya kenapa? Dari semester satu sampai lah semester enam sekarang ni, masih aku tertanya2. Hehe~ Tertanya apa pula aku ni kan? Aku tertanya kenapa segelintir mereka tu suka gelak kuat2 di khalayak ramai? Dalam erti bahasa lain adalah ‘galak’, mungkin bahasa tu tak semua faham kot.

Aku cerita ni baik lelaki atau wanita. Tapi lebih khusus pada wanita, sebab lelaki tak ada lah rasa apa kalau tiba2 kuat suaranya kat khalayak, cuma orang akan rasa macam “buang tabiat ke apa?”. Kalau wanita, orang akan berkata “Ya Allah, perempuan macam tu?”. Ha~ Ini bukan salah pemikiran mereka2 sebagai masyarakat sekeliling kita sebab apa mereka fikir ada betulnya.

Lelaki memang diminta2 untuk mempunyai suara yang kuat, manakala wanita tidak. Ish~ Penat lah aku berjaga2 dengan ayat2 aku. Aku terus je lah. Huhu~

Aku beri contoh satu peristiwa tadi, member aku dan beberapa member lelaki di tengah duduk2 borak2 (masa tu  aku tengah layan blog aku). Tiba2 muncul 2-3 orang awek dari jauh, semua member aku tiba2 diam sekejap sambil tertumpu pada awek2 tu. Memang agak cun lah grup awek tu. Tapi, tiba2 je …haha

Alamak! Gelak nya tak boleh blah~ Gila lah galak. Member2 aku terus tak layan dah budak2 perempuan tu. Aku tanya kenapa. Mereka kata, tak nak bini galak macam tu sebab hilang manisnya. Aku senyum je lah.

Bukan salah nak gelak, tapi ada adapnya. Dalam Islam kalau tak salah aku ada adap tentang ni. (Kalau tak ada betulkan aku) Apa? Gelak baik untuk kesihatan? Betul ke? Anda yakin?

Memang ye banyal artikel menyatakan gelak baik untuk kesihatan, sebab menambah oksigen dalam darah kita. Yela, jantung mengepam agak laju ketika kita tengah gelak. Tapi ada ke Rasulullah kata gelak elok untuk kesihatan? Isteri Rasulullah sendiri kata tak pernah tak pernah tengok baginda ketawa. Ketawa baginda cuma senyuman. Paling kuat pun cuma nampak gusi. Tak ada sampai macam kita ternganga2 ni.

Ketawa ni banyak menyusahkan dari perkara yang menyenangkan. Sihat itu cuma propaganda musuh kita yang nak kita sentiasa bergelak2 supaya:

  1. Hati akan mati
  2. Tidak punya rasa malu
  3. Disenangi oleh syaitan
  4. Dibenci oleh Allah Yang Maha Penyayang
  5. Dihisab pada hari kiamat
  6. Dikutuk oleh malaikat
  7. Dibenci oleh ahli langit dan bumi
  8. Lalai dalam banyak hal
  9. Nabi akan berpaling padanya
  10. Akan mendapat rasa malu

Semua tu aku dapat dari rakan blogger ni aku pinjam. Jadi, anda faham ke apa maksud aku tadi? Kita di tanam dengan ideologi di mana gelak itu baik untuk kesihatan. Wal hal gelak berlebihan itu satu perkara yang Allah tidak suka. Maknanya ada pihak yang nak kita di benci Allah dan malaikat. Astaghfirullah…

Susah hidup di dunia sekarang ni. Akhir zaman kan? Kita sedarnya sekejap dua je. Apa2 nasihat agama dah tak lekat dah dalam hati kita ni. Lalu macam angin je; masuk telinga kanan keluar ikut mana2 lubang yang ada.

Buka kan fikiran anda, buka kan mata anda, dan pekakan diri anda pada alam sekeliling. Cari kebenaran dari setiap perbuatan, gerenti anda akan terkejut dengan segala kebenaran yang telah tertulis oleh Allah dalam Al-Quran. Wallahu’alam…

2 ulasan:

Mra Mastura berkata...

baik XD
aku gelak sopan2 cover =)

MIZZ D berkata...

mmg laaa...gurl nie kadang-kadang overexicited tmy gelak-gelak.kdg-kdg sngja jer bt cmtu utk trik perhatian.hmmmm...makin meluat ade la~
sy agak cover2 laaa jugak,bukan sopan sgt,xnk nti org tgk cam gedikss giler plak