Cinta Hati si sembil9n? Salah kah semua ni?

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sebab ada yang masih sudi singgah2 blog bosan aku ni. Haha~ Harapkan warna je menarik. Maaf lah ye? Aku kurang mentelaah internet sejak akhir2 ni selain mencari tutorial software Adobe. Nak mantapkan skill lagi. Oleh itu, aku juga kurang mendapat berita2 terkini sebab aku ni bukan kaki baca akhbar. Haha~ Sangat2 dibawah tempurung aku ni.

Okay, mengenai tajuk entry tu adalah saja2 je aku nak letak. Haha~ Sebab, aku tengok orang lain sebok buat entry pasal pasangan masing2 (terutama blogger perempuan). Mengapa ye? Aku bukan lah kisah jika anda nak tulis hal peribadi anda dalam blog, tetapi silalah bermanfaat untuk pengunjung blog anda membacanya. 

Apa2 pun itu tak jadi masalah sangat, sekurang2nya ada perkara yang orang nak baca. Dan mungkin boleh jadi iktibar atau panduan atau mungkin bagi pendapat ke apa ke kan? Hehe~ Yang jadi masalah sekarang ni, yang suruh klik2 eklan ni. Aduhai, hentikanlah. Kalau betul nak cepat kaya, pergi lah berniga ke apa ke. Jangan lah jadi malas sangat. Tahu tak anda, jika anda meminta orang klik eklan anda atau teruskan aktiviti "kau klik iklan aku, aku klik iklan kau", anda makan duit haram (kalau dapat duit lah). Sebab, anda telah melanggar undang2 dan perjanjian yang telah anda tanda tangani. Senang, pergi baca balik apa perjanjiannya. Lepas tu baru tanya aku kenapa ye?

Tapi aku tak rasa pun mereka yang kaki klik iklan ni baca entry aku ni. Apa dia peduli apa orang tu punya entry? Kejar duit semata2. Ish2~

Haha~ Teremosi pula aku ni. Sebenarnya aku ni taknak lah bangsa aku ni pemalas sangat. Jangan terlalu kejar kekayaan dunia ni. Akhirat tu lebih penting. Tak lama pun lagi masa kita dengan kematian. Ingat2 lah ye?

Tentang gambar yang tepi tu, bukan gambar awek aku. Haha~ Tu pelakon Asmirandah dari Indonesia. Cun kan? Dia berlakon untuk filem Dalam Mihrab Cinta dan dia juga pelakon iklan ini:


Menarik! Okestra yang bertajuk 4'33" digubah oleh John Cage.

Aku menjelajah ke beberapa blog antarabangsa sambil2 lepak2 di YouTube. Aku menemui sesuatu yang menarik iaitu persembahan okestra lagu yang digubah oleh John Cage. John Cage adalah seorang yang hebat. Baca lah profile beliau. Aku kagum dengan spesis orang macam ni. Haha~ 

Mengenai lagu ini, John Cage ingin menyampaikan agar penonton menghayati bunyi sekeliling. Setiap orang akan menggambarkan sesuatu bunyi tu dalam gambaran yang berbeza. Anda faham? Tak faham? Tengok lah video ni:

Jackie Chan dah mati. Betul?

Assalamualaikum semua, siapa tak kenal dengan Jackie Chan? Mustahil betul jika anda tak mengenali beliau. Seorang pelakon aksi terhebat dari China ke persada dunia. Aku secara personal sangat2 mengkagumi beliau dengan aksi2 yang sentiasa memukau mata penonton. Kebanyakkan filem beliau ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dan sehingga kini masih ramai yang menggemari filem2 beliau walaupun filem2 waktu beliau muda. Semua aksi2 yang dilakukan adalah kebanyakkan terdiri dari beliau sendiri disamping beliau sendiri yang melakukannya. Susah nak cari pelakon aksi macam ni.

Tapi dah dengar ke belum tentang kematian beliau baru2 ini?! Terkejutkan dengan berita kematian beliau yang dikatakan akibat serangan jantung. Beliau yang kini berusia 56 tahun dikatakan telah mati kerana penyakit itu oleh sebuah laman web antarabangsa. 

Persoalannya, adakah berita ini benar? Aku sendiri terkejut dengar kawan aku bagitahu atas kematian beliau. Mana taknya, tak pun kami dengar yang beliau mempunyai sakit atau apa2 dan umur beliau taklah tua mana. Dari yang kami tahu, beliau orang yang cergas dan sentiasa menjaga kesihatan. Yela kan dia pelakon aksi, mesti kena sentiasa menjalani latihan kan? Jadi aku selidik2 dan menemui yang ianya hanyalah RUMOR.

Ini bermaksud yang ia tidak benar sama sekali. Ia hanyalah hebahan kematian rumor international yang sengaja mengada2kan cerita. Beliau antara mangsa kematian rumor selain dari pelakon cilik Jaden Smith. Jaden Smith, anak kepada Will Smith dikatakan mati ketika bermain papan luncur salji yang juga sama dengan rumor kematian pelakon Adam Sandler. 

Apa lah kegunaan rumor seperti ini ye? Bagi aku, ni semata2 untuk meningkatkan nama pelakon tersebut. Atau mungkin juga sengaja nak up traffic internet ni. Haha~ Aku rasa lah. Jadi, ketiga2 nama tersebut adalah masih bernyawa. Jangan terkejut pula bila ada filem baru dari mereka ye? 

[vlog] 1tube buatan tempatan

Aku sangat malas nak tulis entry minggu ni. Mood turun naik. Jadi aku buat vlog lagi. So, silalah tonton.


Mengapa manusia perlu makan dan makan dan makan?

Sumber deviantart.
Dalam sehari berapa kali anda makan? Hah~ Lagi2 yang duduk rumah tu, kalau mak ada mesti asyik makan je. Boleh lah mak yang masakkan. Kalau yang duduk hostel tu, asyik lapar je. Kenapa manusia tak macam haiwan ye? Bila sekali makan, sampai ke bulan depan kenyangnya. Kan best macam tu. Haha~ Tak payah lah asyik nak makan je.

Bila kita lapar, semua benda tak jalan. Betul tak? Tapi berbeza dengan bulan puasa, lapar pun tak ada masalah. Kenapa ye? 

Aku ni antara spesis manusia yang kalau lapar tak jalan semua benda. Aku pun tak tahu kenapa, kadang tu aku desakkan juga tapi last2 naik pening kepala aku. Mungkin aku ni kurus sangat kot. Haha~ Adui...rindu nak duduk rumah sebab boleh masak suka2 hati. Duduk jauh2 ni macam nak mati je rasa dalam satu hari tu. Nak makan pun pikir 2-3 kali. Jimat2. Haha~

Entry ni mungkin agak mengarut, tapi aku sebenarnya nak tanya pendapat anda semua. Apa jadi kalau manusia ni bila makan sekali, kenyang sampai berbulan2? Agak2 kenapa kena kerap makan? Walau makan ikut waktu, kenapa masih perlu makan? Aku nak penjelasan saintifik dan Islamic lah. Huhu~ Boleh tak?

Video klip aku buat untuk lagu 'Sedetik Lebih'

Aku buat video ni sebab aku tak dapat tidur. Kecelaruan ditambah dengan rumah aku ditingkat 3 banjir. Jadi aku buat tak tahu dengan air, dan buka Adobe Illustrator CS5. Maka tersiaplah video klip ini. Sorry kalau tak best, ni practice aku nak buat cerita pendek maybe lepas2 ni. Dalam kepala dah ada idea tapi tak terbuat2. Hmm~



Aku rasa macam lucu lah~ Haha~

Lagu sepanjang zaman.

Makin hari boleh dikatakan di Malaysia ni, satu hari akan lahirnya lagu baru. Lagu dari artis2 Indie yang memang makin hangat sekarang ni. Ada yang dikenali ada yang tak pernah orang dengar pun namanya, dan mungkin ada yang orang tak pernah tahu pun kumpulan tu wujud. Tak kisah lah kan. Janji mereka tunjuk bakat (walau aku tak suka sangat). 

Tapi entry ni aku nak menyebut tentang lagu2 sekarang punyalah senang liriknya. Pada aku lah, pada anda aku tak tahulah. Lirik yang seperti bahasa2 biasa guna hari2. Tak ada bunga2 lagi macam dulu. Adakah itu trend sekarang ye? Aku pun tak pasti, sebab lagu yang mudah di fahami ni biasanya kurang bertahan. Dan biasanya ia hanya seperti pisang goreng je. Panas2 sedap lah, bila dah lama kita dengar rasa biasa je. 

Berbeza dengan lagu dulu2, dimana orang cipta lirik punyalah berbunga2 dan ayat2 agak bombastik! Sampai ada yang dengar tak tahu apa maksud bait2 lagu tu. Hehe~ Tapi bila betul2 dengar, paham lah juga. Apa2 pun, lagu zaman lama tu lebih bertahan sampai sekarang. Sampai ada yang cop lagu zaman tu adalah "Lagu sepanjang zaman"! Yela, dengar sampai sekarang pun masih layan lagi.



Tu satu contoh lagu sepanjang zaman. Budak2 kecil yang dalam lingkungan 5 tahun pun masih tahu dan boleh nyanyikan lagu ni. Tu baru dikatakan hebat. Berbanding lagu sekarang, cuma orang yang layan je tahu. Dan lagu2 ni tak jadi sepanjang zaman sebab bertahan cuma di tahun2 pertama lagu tu popular, lepas tu kian dilupakan atau pudar..

Aku pun tak paham sangat apa yang tak kena dengan lagu sekarang? Apa yang kurang pada ramuan yang mereka letak yang tak menjadi lagu sepanjang zaman? Tak faham2. Haha~




Firefox 4 lebih menarik?

Okay, pastinya pengguna internet ada web browser kegemaran anda kan? Dan sering mencari yang terbaik untuk melancarkan perlayaran anda di dunia maya. Sekarang ni macam2 web browser telah wujud. Dan setiap web browser menampilkan kelebihan masing2. 

Setakat ni, apa yang dapat aku lihat, ramai menggunakan Chrome, Morzilla Firefox, Opera, dan ada juga menggunakan Safari sebagai web browser mereka. Tak kurang yang pakai pelbagai web browser. Ikut anda lah kan. Aku tak boleh nak halang pun.

Tapi dalam entry kali ni, aku nak cerita mengenai Mozilla Firefox! Kenapa? Sebab sekarang Morzilla Firefox telah mengeluarkan produk barunya iaitu Mozilla Firefox 4! Apa kelebihannya? Mari kita lihat video dari Morzilla Firefox.




Ada rupa Chrome sikit kan? Tapi ada lainnya. Aku dah guna dan agak puas hati juga lah. Tapi aku still nak guna Chrome. Aku tak tahu lah, mungkin dah terbiasa kot. Tapi dalam banyak2 satu je yang aku suka pada Mozilla Firefox 4 ni. Iaitu:




Hehe~ Sangat comel Panda Merah tu kan. Kalau suka, sila Like!

P/s : Untuk entry lepas iaitu "(Video) Short-clip cerita aksi arahan aku, idea kawan aku", aku dah update video tu. Maaf lah hari tu ada problem dengan copyright. Hehe~

Adik aku punya result SPM!

Aku hampir2 nak lupa yang aku pun ada adik yang tunggu result SPM. Eh~ Tunggu apa pula? Dah keluarkan? Mak aku baru je SMS aku result dia. Anda nak tahu ke apa result dia? Adakah dia sebangang abangnya ni? Haha~ Dulu aku dapat sikit je. Siap ada fail lagi. 

Adik aku ni dijanjikan macam2 juga, tapi dia ni agak2 spesis yang peduli tak peduli je. Aku tengok, kawan2 sebaya dia sibuk nak ada handphone itu ini kan? Dia rileks je tak ada handphone pun. Dia tak lah kata tak nak, cuma dia macam tak perlukan pun. Dia tu tak keluar rumah (sama lah macam aku). Dia keluar untuk beli Gempak atau novel grafik je tu pun kadang2 kirim. Haha~ 

Haha~ Rindu adik aku. Huuuuu~
Dari apa yang aku tengok, dia ni banyak tiru aku. Apa aku pakai, itu dia pakai. Macam mana aku gayakan, macam tu juga dia nak gayakan. Kadang2 rimas lah juga, sebab aku tak suka ada orang  ikut aku. Tapi bila aku tak ada kat rumah ni, dia jadi tak berapa reti nak bergaya2. Dah lah lagi tinggi dari aku. Hehe~ Aku rasa aku dah tinggi, tapi dia tinggi lagi. Adik lelaki aku yang satu lagi, rendah pula. Kasihan dia. Haha~

Eh~ Sorry terintroduce lebih2 pula pasal adik aku, asal nak bagitahu apa result dia je. Okay result dia:
  • Bahasa Melayu - A
  • Bahasa Inggeris - B
  • Mathematic - A
  • Add Math - C
  • Sejarah - A
  • Lukisan Kejuruteraan - A
  • ICT - A
  • Pendidikan Islam - A
  • Fizik - B
  • Kimia - B
Haha~ Yang jelas, aku kalah dengan dia! Tapi aku tak heran pun. Memang dia ni lebih bagus studynya dari aku. Kalau aku study ala kadar, dia study sampai habis juga lah baru main game ke apa ke. Lepas tu Lukisan Kejuruteraan dia memang otai lah. Dari mak aku kata, dia pernah sekali je dapat 98% ke 99% ntah. Gila lah! Aku paling tinggi pun 78% rasanya dulu. Hehe~

Okay~ Apa lah agaknya benda nak bagi kat dia eh? Aku ni tak reti lah nak bagi hadiah ni. Fikir2~ Nanti lah kan. Haha~ Kalau anda tertanya dia nak sambung apa, aku akan jawab tak tahu. Kalau tanya kat dia sendiri pun dia tak tahu. Hehe~ Samalah macam aku dulu masa aku nak apply. Aku sebenarnya tak ready pun. Apa aku nak cuma nak rasa jauh2. Hmm~

Mengapa bahasa loghat lain menjadi bahan lawak ye?

Assalamualaikum~ Terpanas sekejap satu malam ni duduk dalam rumah ni satu hari. Majoriti orang dalam rumah ni adalah orang pantai timur, aku ni tak lah reti sangat nak cakap sini. Aku pun tak sibuk sangat nak belajar bahasa loghat orang ni macam kawan2 aku yang lain. Sebab aku punya bahasa sendiri pun aku tak reti2 nak sebut nak belajar bahasa orang. Haha~ 

Okay~ Balik ke cerita panas aku tu, sebenarnya hari tu diorang buka youtube ke apa ntah, dengar orang cakap bahasa jawa. Mereka pergi gelak macam apa ntah dia kata lawak, padahal aku dengar dia tak kata perkara lawak pun. Aku panas tapi tak mengamuk pun, aku diam kan je. Tapi aku jadi terfikir, kenapa ye biasanya bahasa2 loghat atau telor yang berbeza dan perkataan yang asing bagi kita, kita jadikan ia bahan lawak? Walhal kalau kita dah faham maknanya tak kelakar pun.

Mungkin aku je yang agak sensitif dengan isu ni, tapi sebenarnya aku tak lah kisah sangat. Sebab manusia memang bila dengar sebutan2 pelik, mereka rasa lucu je. Lumrah kan? Hehe~ Tapi still aku tertanya kenapa ye kadang2 dalam persembahan lawak mesti nak ada juga yang kononnya orang jawa. Pertuturan tak ada gaya jawa langsung tapi saje ditambah2 bunyi yang ala2. Tapi aku tengok lawak2 yang gunakan orang jawa ni dah tak digemari. Tak ada orang gelak pun. Kalau Abon yang buat yela ada orang gelak. Hehe~ Sebab dia memang lawak.

Eh~ Aku macam cakap pasal bahasa jawa je kan? Sebabnya itu yang selalu orang gunakan dalam persembahan atau mana2 lah. Tak sedap lah kan, tu bahasa aku. Sebab tu aku sebut. Walau aku ni tak lah reti sangat berbahasa jawa, tapi tu tetap bahasa aku. Huhu~

Rap dalam bahasa Jawa. Jawa sebelah mana pun aku tak pasti sebab aku tak berapa nak faham. Haha~ Aku tak jumpa lah lagu yang hari tu mak aku bagi kat aku suruh dengar. Baru nak kongsi dengan anda semua. Haha~

(Video) Short-clip cerita aksi arahan aku, idea kawan aku.

Syuk Maniax
Beberapa minggu lepas aku dipanggil oleh kawan aku untuk merakamkan satu video singkat untuk perasmian kelab rekreasi. Tapi lepas semua shoot tu, rasanya jalan cerita tidak sesuai untuk tayangan perasmian. Jadi kami telah me'reject' klip ini. 

Idea klip ini adalah dari kawan aku Syuk Maniax (hampir nama sebenar). Dia menceritakan segala perjalanan cerita yang harus ada dalam klip tu manakala aku memikirkan apa dan kat mana nak shoot. Selepas perbincangan dan penelitian kami bersama para pelakon, kami pun mulakan pengambaran.

Sebenarnya kami mulakan agak lewat, lagi2 hari pengambaran adalah hari Jumaat. Kami kena pergi solat Jumaat tengah hari tu. Jadi kami agak mengejar masa. Pengangkutan kami dari satu tempat ke satu tempat adalah dengan berbasikal, dan lokasi kami adalah sekitar Kuala Terengganu. Bayangkan kami pusing hampir seluruh Kuala Terengganu dengan hanya berbasikal.

Lepas solat Jumaat, kami masih teruskan pengambaran. Boleh dikatakan seharian juga kami keluar. Itu pun adalah juga singgah2. Penat gila, nak balik ke kampus balik pula lepas pusing satu Kuala Terengganu. Tempuh hujan! Haha~ Gila mencabar perjalanan kami. Tapi hasilnya kurang memuaskan hati kami. Sebab tak ikut 100% kehendak kami. Jadi, mungkin akan ada re-shoot!

Sebelum aku tunjuk video tersebut, aku nak kenalkan para pelakon dulu. 
Syuk Maniax

CK (Kanza Kinshiro)
Pok Cek

Dan ini dia videonya. Silalah komen. Haha~ Aku jadi kamera-man je, tak ada aku pun. Edit by aku juga, stunt je bukan aku. Jadi, silalah enjoy serta kritik.



Statement mereka: Blog ni buang masa. . .

Baru2 ni, aku didatangi oleh beberapa orang masuk ke bilik aku. Mereka nampak aku tengah tulis entry untuk blog aku. Dari situ timbullah pertanyaan2 yang tak berapa sedap nak di dengar. Seperti; kenapa buat blog? Blog ni buang buang masa...kenapa nak kongsi? 

Okay, aku nak highligh pada "BLOG NI BUANG MASA...KENAPA NAK KONGSI?". Kenapa nak kongsi? Statement yang aku rasa kurang bijak di ajukan. Mengapa pula perlu kita simpan ilmu atau pengetahuan yang kita ada? Tak ke itu kedekut namanya? Bagi mereka yang tak tahu dunia internet ni akan mengatakan yang blog adalah diari harian yang ditulis di alam maya.  Memang tak dinafikan ada yang berbuat begitu. Itu hak dia lah kan? Tapi persoalan lagi, adakah menulis diari adalah membuang masa? 

Bagi aku, menulis diari adalah satu terapi untuk kita muhabah diri dan mengenali diri. Bila kita menulis apa yang berlaku sepanjang hari, kita akan tahu siapa diri kita dan lebih mengenali diri kita. Mereka yang menulis diari biasanya lebih merendah diri kerana mereka kenal diri mereka. Tulis diari tidak dikhususkan pada wanita sahaja, lelaki juga boleh tulis diari tiada masalah. Semua tokoh2 dunia ni ada diari atau catitan harian mereka. 

So, "kenapa nak kongsi?". Itu satu persoalan yang sangat2 bagus. Memang zaman sekarang ramai yang jadikan blog adalah satu jurnal peribadi serta diari harian mereka. Tujuan mereka berkongsi dengan orang adalah untuk iktibar orang lain dan mungkin mereka boleh mendapatkan nasihat atau pandangan dari pembaca blog/diari harian mereka. Di sini bermaksud mereka yang menulis sesuatu tentang diri mereka adalah mereka yang prihatin akan diri sendiri. Mereka sentiasa nak diri mereka maju kedepan.

"Blog ni buang masa..." adalah statement yang paling aku rasa macam tak boleh terima. Aku rasa lebih baik lah anda isi sesutau masa terluang anda dengan menulis sesuatu info yang anda tahu untuk tatapan pembaca lain. Dari anda duduk2 tengok youtube, buka forum atau baca apa2 info dan anda pendam sendiri2. Ilmu anda tak berkembang dan sebenarnya anda baru tahu 1/4 dari apa yang anda baca tu je. Kalau kita kongsikan, mungkin kita boleh dapat info tambahan walau mungkin ianya tak tepat, sekurang2nya ada cerita versi lain yang kita dengar dan membuatkan kita berfikir. Itu tujuan kita berblog. 

Kepada yang tak ada blog jangan lah kata kami ni buang masa dengan perkara2 macam ni. Sekurang2nya kami tahu sesuatu yang anda tak tahu dan apa yang kami tahu dikongsikan kepada yang tak tahu membuat mereka menjadi tahu. Anda? 

Persoalan: Mengapa mereka dengar lagu nasyid?

Assalamualaikum~ Entry ni bukan satu larangan atau bantahan kepada lagu2 nasyid. Tak ada halangan untuk anda atau siapa2 untuk mendengar apa mereka suka. Tapi timbul persoalan dalam diri aku; Mengapa mereka mendengar lagu nasyid? Maksud persoalan aku adalah apa sebenarnya tujuan mereka dengar lagu2 tersebut? 

Okay, mari kita tengok dari segi pendengar muzik zaman sekarang. Muzik didunia ni pelbagai genre, dari selembut2 muzik hingga sekeras2 dan bingit untuk didengar. Semua peminat2 serta pendengar2 muzik yg pelbagai genre ni terdiri dari pelbagai spesis manusia. Tapi dari statement ni, berapa ramai yang benar2 menghayati bait2 lirik yang ada dalam sesebuah lagu tu? Okay~ Mesti ada yang bertanya, ada sesetengah muzik tu tiada pun lirik dan hanya sekadar muzik. Tapi jangan kata ianya kosong. Tiap muzik yang di buat ada penceritaannya walau sekadar muzik tampa lirik. Muzik adalah lahir dari jiwa. Apabila didengar boleh memlehirkan sesuatu emosi dan mood.

Jadi, mengapa mereka mendengar lagu nasyid? Adakah kerana bait2 lirik yang ada, atau sekadar suka dengan muziknya, atau hanya lagu tu je yang mereka mampu siulkan dimulut mereka? Aku tengok, kebanyakkannya mereka yang dengar nasyid kerana mereka suka kan iramanya. Lembut dan tenang. Tapi tak semua pada mereka menghayati bait2 liriknya. Kadang2 mereka mendengarnya kerana status mereka di satu kawasan. Biasanya ni berlaku pada remaja lah. Mereka dengar nasyid2 ni sebab mereka penyanyi nasyid kampus atau sesuatu persatuan dan mungkin kerana mereka adalah AJK surau ke macam tulah.

Sebenarnya tak salah apa2 pun yang nak anda dengar, genre apa pun sekeras mana pun lagu. Sebab lain hati lain jiwanya. Apa yang penting adalah pengisian dalam lirik dan ritma iramanya. Ada je lagu2 berirama nasyid ni yang sebenarnya menyesatkan. Sesiapa yang mengikuti perkembangan dunia akan tahu kes ni. Jadi disitu amatlah penting untuk mengetahui pengisian sesuatu lagu. Jangan cop sesuatu lagu berentak agak keras atau rancak tidak sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu. Ada je lagu2 Rock yang bersifat ketuhanan, maksudnya menceritakan tentang perlunya mendekatkan diri pada Tuhan dan penyesalan.

Senang cerita, jangan lah kata pendengar muzik rock, elektronik, pop, metal, atau apa2 tu tak tahu agama dan jangan sangka orang yang dengar nasyid tu tahu hal2 agama. Zaman sekarang, boleh jadi lagu sekadar lagu. Manusia tu yang membentuk diri mereka.

Susah ke masa akad nikah?

sumber Google

Aku tengah duduk asyik tengok shortfilm2 kat YouTube, tiba2 terjumpa video2 akad nikah. Aku pun saje lah tekan dan layan kejap. Ambil pengalaman orangkan? Haha~ Aku ni ntah bila ntah, ada rezeki adalahkan? Okay, tapi video2 akad nikah yang aku tengok ni bukan yang biasa2. Ni yang agak lucu lah. Haha~ Agak tergelak aku tengok. Mungkin betul la kot masa tu orang lelaki ni yang darah gemuruhnya tinggi akan tersasul2 dan buat perkara pelik2. Haha~ 



Ni kes bahasa telor yang berbeza sikit aku rasa. Jadi yang tok kadi nya pun sempoi2 je, yang nak nikahnya tu macam tiga suku sikit. Haha~ Macamtulah jadinya.



Yang ini kes dah sama dah bahasanya, tapi boleh pula tergelabah kat situ. Nampak lah dia gugup dan tak sabar2 nak dengar saksi kata "sah!". Haha~ Adui...macam manalah gamaknya aku ni nanti ye?




Yang ni baru stylo! Haha~ Tapi saksi tu macam tak puas hati juga lagikan, suruh ulang. Tapi bro ni rileks je, siap bapa perempuan pula yang tersasul. Hehe~ Kalau aku, mahu berpeluh2 ni. Dah lah keliling orang ramai. Ish3~ 

Penerbangan Tambang Murah.

Aku tulis entry ni sebab aku teringin sangat nak naik kapal terbang. Aku tak pernah merasa pun naik kapal terbang. Huhu~ Tapi tak lah penting sangat pun benda ni. Sebab aku rasa naik kapal terbang ni sama je macam naik bas ekspress, cuma ada pramugari je. Kalau kita tak tengok luar tingkap, kita takkan tahu sangat kita terbang melainkan masa kapal terbang langgar awan atau langgar angin kuat. Tu dari apa yang mak aku kata lah.

Sekarang ni naik kapal terbang dah tak mahal mana pun. Sekarangkan dah ada penerbangan tambang murah. Tapi masih aku tak pernah merasa naik kapal terbang. Kawan aku kata dari Terengganu ke KLIA, harga dia lebih kurang dengan harga tiket bas ekspress je. Aku dengar pun terasa nak je cuba beli, tapi aku takut pula tinggi2 ni. Nanti jatuh. Haha~

Tapi mak aku kata lagi, penerbangan tambang murah ni kapal terbangnya tak best sangat. Macam naik bas biasa je. Pula dah?! Mak aku kata masa terbang tu boleh dengar juga bunyi2 "kriuk~krek~" dalam kapal terbang. Siap mak aku tanya pramugari selamat ke? Haha~ Sebenarnya bunyi tu dari bunyi kerusi ke apa ntah. Lepas tu mak aku kata lagi, kerusi penerbangan tambang murah ni sempit sangat. Kalau orang berbadan besar memang kesian betul. Tu mak aku yang kata ye. Aku tak pernah rasa

Aku tak tahu lah apa keadaan dalam kapal terbang tu. Sangat2 teringin. Aku ada lah juga menyimpan hasrat nak bawa isteri aku bulan madu ke mana2 yang boleh naik kapal terbang. Haha~ Seronok sikit kan? Adui~ Siapalah yang malang dapat aku. Ish3~ Tapi lepas tengok video ni agak2 nak tak naik penerbangan tambang murah?


Hard Disk diserang 'Shortcut virus'? Download lah removernya.

Pernah tak dapat perkara macam ni kat pendrive ke, hard disk ke atau mana2 lah. Perkara ni berlaku biasanya waktu anda cucuk kat mana2 komputer yang ada virus ni, dan tersebar ke Removal device anda. Aku ni tak lah reti sangat bab2 komputer ni apa lagi bab virus ke apa2 ni. Aku tahu pakai je, rosak? Format semula, tak pun tanya google. Haha~


Baru2 ni, hard disk aku di serang 'virus shortcut' habis semua folder dalam tu tak boleh buka. Aku risau virus ni serang lappy aku je, nasib baiklah tak apa2. Virus ni tak dapat di detect dengan anti-virus biasa kita tu. Dia ada removalnya. Aku tak pasti apa kesannya pada komputer kalau kena, tapi member aku kena sampai lappy dia asyik blue-screen, hang, atau berat. Jadi apa penyelesaiannya? 

Haha~ Pak cik google lah jawabnya. Aku google2 jap dan terjumpa entry ni yang ditulis oleh orang Indonesia (rasanya). Dan dia bagi link untuk  download Virus Shortcut Removal. Aku pun download lah dan apply. Hah~! Berkesan! Sangat bagus. Haha~ Selamat dah barang2 dalam Hard Disk aku. 

P/s : Tapi aku pelik sikit lah, kenapa dia gunakan logo UiTM ye??


Sedar tak masa anda berbelanja di Pasar Raya?

Aku khaskan sikit2 untuk kaum wanita, juga untuk kaum lelaki. Tapi lebih pada kaum wanita lah. Sebab memang tak di sangkal lagi, naluri dalam 9 nafsu wanita mahukan sesuatu yang baru dan cantik. Ada sifat yang suka membeli belah. Benda tu tak salah pun, apa yang salah adalah bersikap boros. Tak salah nak berbelanja, tapi jangan lupa; ikut kemampuan. Okay? 

Tapi zaman sekarang ni, bukan wanita je berbelanja; lelaki pun sama. Baik lelaki atau pun perempuan, kalau tengah berbelanja kadang2 macam tak sedar je masa dah berlalu. Siap boleh kata masa terlalu pendek. Jadi maknanya tak sedar juga lah waktu2 solatnya kan? Kebanyakkan pasaraya di Malaysia ni, aku rasa tak ada pun mengumandangkan azan dalam pasar raya mereka. Kenapa ye? Mengganggu ke? Tapi boleh pula peniaga2 pasang lagu yang ntah apa2 kuat2? Kenapa ye? Terfikir tak? 

Memang ada disediakan surau untuk umat2 Islam mengerjakan solat. Tapi kadang2 aku tengok, pasar raya punya lah besar siap ada jolokan paling besar di Asia Tenggara lah apa lah. Tapi surau atau ruang solatnya punyalah sempit. Kadang2 nak buat jemaah muat 2 baris je. 1 baris ada dalam 6orang. Okay, lah juga. Ada juga yang tak sediakan ruang solat pun. Susah sangat ke? Adoi lah, kadang2 di letakkan di tempat yang tak berapa nak selesa. Macam bilik genrator ke apa ntah. Macam tu ke nak dijadikan tempat ibadah?

Adoi~ Bila fikir balik, jahatnya lah kita ni kan? Kenapa lah kita selalu alpa dengan benda2 penting. Kita lupa kot pelajaran Kemahiran Hidup masa sekolah rendah dulu, mana kemahuan, mana keperluan, mana kehendak? Aku rasa itu perlu di ingatkan kembali lah. Sebab manusia sekarang lebih pada nak tenaikan kemahuannya serta kehendak. Keperluan yang dituntut ntah mana diletaknya. Kita selalu takut apa orang kata kalau itu dan ini, tapi kita tak takut dengan apa Tuhan kata dengan itu dan ini yang kita tinggal? Ish3~ Apa nak jadi dengan kita ni ye?

Cuba tengok video ni. Kenapa ye tak ada video macam ni di Malaysia? Asyik di ingatkan tentang perpaduan je, tentang agamanya macam mana?

(Dunia) Semua akan mula semula.

Hari ini, ramai manusia termasuk anda dan mungkin juga aku mengatakan bumi ni dah tua. Sememangnya bumi ni dah tua, dan teramat2 tua. Dikatakan umur bumi agak2 dalam 4.55 billion tahun dan aku rasa lebih lagi! Tua betul kan? Kalau bumi tua, matahari macam mana? Ish~ Susah gila nak fikir. 

Sepanjang kita kat Bumi ni (macam pernah pula duduk planet lain), pernah tak kita hargainya? Ala~ Tipu lah kalau aku kata anda tak pernah buang sampah rata2, campak dalam sungai, isap rokok, keluarkan asap kepul2, pencemaran itu ini dan pelbagai lagi. Aku rasa aku pun pernah je buat. Sebab tu dah macam habit kita kan? Kadang2 tak berniat pun, semuanya berlaku terlalu pantas tanpa kita sedari.



Aku pun tak tahu lah, macam mana caranya untuk sedarkan manusia zaman sekarang. Susah betul manusia ni. Kita masih sempat selamatkan bumi kita ni, walaupun sememangnya kita punya masa yang banyak. Namun sekurang2nya bumi ni dalam keadaan yang selamat diduduki. Jangan lah kematian kita disebabkan oleh silap kita atau keturunan kita sendiri yang tak menjaga bumi ni. Aku tak rasa manusia boleh berevolusi bernafas dengan karbon monoksida. Mustahil! Jadi buka lah minda anda tu, kita kena mula semula. 



P/s : Bumi dikatakan lahir pada 22 April (birthday aku!). Dan pada 22 April 1970 adalah hari pertama dunia meraikan Earth Day!

Tutorial: Cara lukis kartun "Kucing Pink" dengan Adobe Illustrator CS5

Oleh kerana ramai sangat yang bertanya aku cara nak lukis kartun, dan minta tutorial lah apa semua. Aku nak buat tutorial cara blog agak kurang lah. Jadi aku cari satu software yang membolehkan anda lihat apa yang aku nak buat. Maksudnya ia dalam bentuk video! Jadi, anda mesti boleh faham kot. Haha~



Ni dia video yang aku kata tu. Okay tak? Sorry lah kualiti suara kurang. Noise banyak sangat. Tapi boleh faham kan? Ke ada yang tak faham? Kalau tak faham, silalah ajukan soalan di ruang komen dibawah ni ye. Terima kasih~

Tanya Fahmi: Aku Ni Tak Cantik Ke?

Ni segmen oleh seorang mamat yang aku belum sempat berkenalan lagi. Haha~ Asal dia blogger, kira kita kawan lah kan? Nama beliau adalah Fahmi. Waktu aku tulis entry ni, aku belum sempat 100% terjah blog beliau lagi sebab aku jumpa segmen beliau ni dari blog orang lain. Kenapa aku nak join segmen ni? Sebab aku suka topik yang dia nak bincangkan. Tentang CANTIK. Nak tahu syarat2nya? Klik sini.

Okay, aku dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan:

- Apakah maksud kecantikan. Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik?
Mengikut kamus hidup aku, cantik bermaksud keindahan. Pada manusia, cantik bermaksud kekemasan, keterampilan, kebersihan, budi pekerti, akhlak, perlakuan, tutur kata, dan pegangan. Rupa paras bukan ukuran semata kecantikan pada manusia. Sebab, Allah SWT ciptakan manusia semua sama cantik. Bergantung pada mata dan hati kita je menilai sendiri cantik ke tidak seseorang tu baik lelaki atau pun wanita.

-Adakah kecantikan itu penting? Kenapa?
Kecantikan adalah amat penting kerana ia membentuk peribadi dan personaliti. Allah SWT sangat2 sukakan keindahan dan Allah ciptakan sesuatu sebaik2 ciptaan-Nya. Jadi jangan rasa rendah diri, yakin dan percaya pada diri. (Rujuk pada definisi diatas)

-Apa perasaan anda bila ada orang cakap anda tak cantik?
Haha~ Perasaan sangat berpuas hati. Bagi aku ia bermaksud aku terurus. Hehe~

-Kongsikan satu tips kecantikan yang boleh dipraktikkan bersama.
Tips kecantikan? Berdasarkan definisi tadi, jadi silalah berkelakuan baik dan berakhlak yang terpuji ye. Sebab kalau muka nampak cantik tapi hati busuk, tak guna juga. Hati pun kena putih suci, baru lah diri tu cantik~

Dan kena tag lah pula kan? Aku nak tag Tia dengan Nisa suka taip lah. Agak2 diorang dah kena ke belum. Haha~

1 Header untuk Haswani Samilan.

Aduh~ Letih mata aku melihat screen lappy ni. Mahu tua nanti mata aku dah kena pakai kanta ni. Haha~ Aku rasa aku tak boleh selamanya buat kerja ni lah. Aku nak buat business lain. Hoho~ Tengok je lah nanti. Eh~ Berbalik kepada tajuk utama berita kali ini. Ingat lagi segmen 1 Minggu 2 Header aku tu? Haha~ Aku tertangguh seminggu (kot) takk buat langsung header. Biasa lah, celaru otak aku datang lagi. Semua serba tak menjadi bila aku naik celaru. Buat itu tak jadi, buat ini tak jadi. Hari ni, aku paksa kan juga. Setengah mati aku kerah. Hahaha~

Beliau yang telah aku buatkan headernya adalah, Cik Haswani Samilan! Tepuk sikit~ Terima kasih kerana menyertai segmen ni ye? Hehe~ Tapi aku harap Cik Haswani boleh menukar template kepada template yang baru. Aku ada tunjuk contoh kat sini. Harap sangat2 ye. Tujuan aku cakap ni untuk menaikkan semangat anda berblogging je. Boleh ye? Hehe~ Ni header anda, okay tak?


Kalau tak okay, bagitahu je. Aku tak ada masalah nak betulkan. Ke ada yang tertinggal ke, aku pun tak pasti. Kadang2 aku buat ni sambil mamai2. Haha~ Sorry ye. Ni je yang aku mampu. Sekali lagi, nak aku ubah bagitahu je! Hehe~

1 Header untuk Messy Mama.

Sebelum memulakan bicara, aku nak mohon maaf sangat2 pada Messy Mama sebab aku tak dapat tunaikan sepenuhnya permintaan dia yang lepas. Sila lihat entry beliau yang ini. Bukan beliau je yang aku nak minta maaf, semua yang join segmen lepas aku nak minta maaf sebab tak dapat tunaikan permintaan mereka. Dulu aku ada segmen Header free juga. Tapi disebabkan dulu aku ngada2 gunaka Disqus untuk ruang komen maka, apa yang ada di komen lama hilang selepas aku ntah apa aku belek2. Aku ada copy dalam lappy lama aku data2 mereka2 yang menyertai, sekali lappy aku overheat. Bahana memakai CQ40! Langsung aku tak dapat selamatkan apa2 dalam tu. Jadi maaf kan aku sangat2. Silap aku juga sebab tak follow up benda ni kan? Adoi! Serabut aku~

Tak apa lupakan kejap tu, moga yang request dulu tu memaafkan aku dan bagi tahu aku untuk repost entry dulu. Okay, Balik ke Messy Mama. Aku dah pun buatkan beliau header ni. Harap2 Messy Mama boleh memaafkan aku. Kalau Messy Mama tak berpuas hati dengan hasil kerja ini, sila bagitahu saya ye? Saya akan perbaiki. Messy Mama minta aku buatkan gambar dia jadi versi kartun. Tapi aku sangat2 tak berjaya mengkartunkan wajah dia. Maaf lah, aku bukan kaki lukis sangat. Kalau nak suruh aku lukis menjadi katun, Makan masa dan ikut inspirasi ada ke tidak. Ish~ Banyak pula alasan aku. Okay3~ "Saya minta maaf ye Messy Mama, nanti saya fikirkan sesuatu jika Messy Mama tidak berpuas hati dengan ini, saya ada back up plan,". Hehe~ Mungkin patutnya aku panggil puan kot? 



Okay tak? Saya buatkan dua, tapi tak jauh beza sangat lah pun. Cuma warna je ditukar. Messy Mama boleh minta ubah apa2 atau mana2 dulu. Tulisan ke, warna ke, gambar ke atau apa2 je. Boleh2...saya akan usahakan. Saya free je ni (untuk beberapa hari ni).

Apa2 pun terima kasih atas kesabaran Messy Mama dengan saya ni. 

P/s : Baby, yang dia pegang tu sangat comel. Rasa nak cubit je pipi baby tu~

Bila K-Pop pun ikut Shuffle...nilai lah sendiri.

Bila tengok video klip ni, aku teringat zaman muda2 aku dulu (muda ke?). Dulu aku ni shuffler juga, tapi tak lah aktif sangat sebab grup aku tu dekat area rumah aku di Selangor, aku pula banyak kat Terengganu. Tapi sampai sekarang kalau aku rasa bosan2 nak keluar peluh, shuffle juga lah. Okay, ni bukan aku nak cerita tentang aku shuffle pun, tapi aku nak cerita tentang satu video K-Pop ni.

Sebelum teruskan entry, siapa kat sini minat K-Pop atau J-Pop?! Mak aih~ Ramainya angkat tangan? Eh~ yang lelaki pun ada ke? Ni mesti minat tarian mereka kan? Aku pun minat juga, lagi2 bab2 tari mereka. Sangat cool tambahan dengan fashion mereka yang gila style. Memang wah-lah kan? Tarian mereka ni pelbagai, tapi lebih pada genre Hip Hop dan moden lah. Jadi aku tak pernah expect yang mamat2 jambu Korean ni nak shuffle. Serious aku tergelak tengok sebab agak lucu pergerakan mereka. 

It's cool...it's cool...nanti marah pula peminat2 K-Pop ni. Aku mula2 dengar lagu ni, masa aku pergi Shah Alam jumpa kawan seperjuangan shuffle aku. Dia yang tunjuk aku grup K-Pop ni buat shuffle. Kami memang gelak2 lah. Sebab lucu! Eh? Mesti terpinga2 kan sebab tak tahu aku cerita pasal grup apa? Ia adalah grup K-Pop, 2pm! Ada yang jerit tak bila aku umumkan nama 2pm tu? Terutama perempuan lah, ke ada lelaki juga? Adoi!


Aku tak pernah tahu pun lagu lain grup ni, aku cuma tahu lagu I'll Be Back mereka je. Sebab apa? Sebab video klip mereka shuffle tu lah. Aku still rasa 'awkward' dengan tarian shuffle mereka. Tapi still cool sebab formasinya. Haha~ Tergerak juga badan aku dengar lagu ni. Tapikan, apa yang aku perasan pada kumpulan2 K-Pop dan J-Pop ni, muka dan badan penyanyi masing2 nak stock model je. Yang sedap nyanyi nya 2-3 orang je. Yang lain tukan menari. Betul tak? Aku fikir, kalau aku jumpa mereka ni, aku nak battle shuffle lah dengan dia. Haha~ Boleh tak? Haha~ Jangan mimpi lah kan? 



Tak gegar pun pentas ni?



Sangat lucu lah hari ni. Hari ini, bersamaan 18hb March 2011 adalah hari yang tak boleh diterima dek akal ku. Dah rupa lagu Elyana pula, tapi tu bukan motifnya. Aku nak bagitahu kali ni aku naik pentas untuk buat persembahan untuk Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA), tapi bukan aku yang ambil anugerah. Aku ni bukan muka dekan pun! Aku dibawah Kelab Kebudayaan UiTM Kampus Kuala Terengganu, atau nama kumpulan seni tari kami Gemalai Bayu membuat persembahan.

Ala~ Untuk selingan2 je. Tapi selingan2 pun VIP,VVIP, dan lain2 P datang. Duduk depan pentas lagi. Tak cukup dengan tu, lecturer berderet duduk depan tu. Cuak je rasa dalam hati ni. Tapi selepas dari persembahan semua, guru tari kami kata 4 bintang untuk semua. Adoi~ Nak sedapkan hati kot tu. Aku rasa teruk je. Adoi! Nak tengok? Bawah ni video malam tu.


Terukkan? Nampak aku? Aku yang tepi sekali masuk second. Ye aku tahu aku tak reti buat tarian joget. Lari counting, dan apa semua. Ala~ Kurang2 aku ada naik pentas? Kau ada? Hahaha~ Bagi aku ni 2 bintang je. Tak sampai 4 bintang pun. 

Eh, bukan satu ni je tarian yang kami (Gemalai Bayu) persembahkan, ada 3. Aku masuk 2, tapi nanti lah aku kot kalau mereka dah uploadkan, aku tunjuklah ye? Aku update lepas dari palang bawah ni. Hehe~

Aku pejam pula!
_____________________________________________________________________________



Media Penyapaian.

Peningkatan era permodenan ni makin meningkatkan dalam media penyampaian. Kalau dulu hanya tertumpu pada media cetak dan radio atau pun mulut ke mulut (bukan bercumbu), tapi kini media penyampaian lebih cepat dan super pantas. Perkara yang berlaku 2 minit lepas boleh tersebar diseluruh dunia dalam masa yang kurang dari masa perkara tu berlaku. Semua ni dengan terciptanya internet. Berita boleh tersebar dengan cepat dengan kewujudan komuniti blogger dan kini kian giat popular adalah vlogging.

Itu perkara yang aku nak kupas2 umpama bawang yang makin dikupas ia akan menjadi cantik (ayat WajibTayang). Dari pemerhatian aku, nak menyampaikan sesuatu kepada orang sangat mudah zaman sekarang ni. Agak pelik jika bila seseorang kata tidak tahu sesuatu perkara tu sebab sekarang sumber terlalu banyak. Contoh seperti bencana alam atau apa2, kalau tunggu media massa memang lambat lah kita tahu. Jadi dengan adanya internet, kita boleh tahu cepat. Tapi lain lah kalau anda kaki layan CNN kan? Tu sumpah cepat gila lah.

YouTube, siapa tak tahu YouTube? Ni adalah punca sesuatu tu tersebar lebih cepat. YouTube ni bukan sekadar website perkongsian video yang seperti lihat kucing2 comel, lihat orang jatuh longkang, atau apa2. Tapi YouTube ini telah menjadi seperti TV dimana ada rancangan mingguan, ada rancangan harian, dan ada yang setiap jam ada video baru. Disini, anda boleh membuat channel anda sendiri. Boleh tonton live sesuatu (kalau ada lah) perkara. Semuanya ada di YouTube. Dan anda boleh tengok banyak kali anda suka. 

Di Malaysia, fenomena vlogging baru je nak naik. Dan ramai yang mencuba untuk vlogging. Apa tu vlog? Vlog ni adalah singkatan pada 'video' dan 'blog'. Jadi apa dari situ kita boleh membayangkan yang ianya satu cara berblogging dengan video. Tak banyak beza cuma bila di depan kamera, kita kena lebih beraksi dan membuat pelbagai mimik muka. Itu bertujuan untuk sebagai humor, ada banyak lagi tektik untuk orang tonton vlog kita. Tu semua bergantung pada daya kreativiti vlogger tu.Vlogging ni juga adalah satu media penting juga kerana kabanyakkan vlogger luar negara menyampaikan vlog mereka dalam pelbagai gaya. Ada seperti berita dimana menyampaikan sesuatu perkara di sekelilingnya. Ada yang temu bual, ada yang menyanyi dan macam2 lagi.

Media penyampaian sekarang kian membangun tapi berapa ramaikah yang memandang serius sesuatu penyampaian tu? Masih adakah yang menjawab apabila mengetahui sesuatu isu yang berlaku dengan jawapan, "tak tahu pun"? Buka mata, buka minda...

MAKING CUTE CARTOON "contest"


Ini adalah contest anjuran hude92.blogspot, dimana meminta melukis kartun cute. Kalau nak tahu apa yang dia minta, silalah tekan sini. Contest ni berakhir awal April nanti. Aku tak tahu lah apa tujuan dia nak gambar ni kan, tapi aku buat je. Sambil2 menyiapkan header2 yang di request segmen aku tu. Maaf lah ye lambat sikit, sedang ke sibukan kerja lah. Tapi sempat insha-allah sebelum ahad ni aku bagi sederap.

Oh~ Terlupa pula ni untuk bentangkan contest tu. Hehe~ Okay ini adalah gambar yang aku pertaruhkan. Ni aku buat ala2 potret gambar gitu. (Sebenarnya malas nak pikir pose) Jadi apa pendapat anda? 


Err~ Tiba2 terasa tidak comel sangat lah. Nampak macam nak ambil gambar IC lah. Haha~ Tak apa lah, aku bukan mengharap apa2 pun. Sebab ni koleksi lama ni. Aku keluarkan semula, dan alang2 ada contest yang hadiahnya tak ada kena mengena dengan aku: aku masuk je. Haha~ Terimalah seadanya. 

Video klip, tak berani meluahkan.

Antara perkara yang paling aku suka bila tengok TV atau di YouTube adalah tengok video klip! Yeah! Haha~ Kenapa aku suka? Sebab video klip ni bagai kita menonton sebuah filem tapi dalam tempoh yang singkat. Dalam video klip biasanya akan menceritakan sama macam tengok filem, ada starting, ada punching line, ada klimaks, ada ending. Apa yang beza adalah tempoh cerita. Konflik pun ada kadang2, tapi tak lah pening kepala kita nak tunggu macam movie kan. Nak tahu apa jadi lah, suspen je.

Tapi dalam banyak2 klip video, aku suka tengok video klip muzik yang tak keluar kat TV. Semua tu ada kat YouTube lah. Bukan yang cover lagu orang dan duduk depan kamera main gitar atau alat muzik lain. Aku tak suka macam tu. Tu aku sendiri boleh nyanyi. Aku suka yang macam kat bawah ni.  Ni antara video klip yang sangat2 aku suka! Romantik gila! (Kantoi jiwangs)



Tajuk lagu ni adalah 'Olive you'. Apa makna tu? Okay, sebenarnya ni cerita tentang orang yang tak berani nak luahkan kata 'I love you' pada seseorang yang dia cintai. Jadi dia sebut 'Olive you'. Kira malu tapi mahu lah ni. Lagu ni adalah original oleh Dave Days yang sangat2 aku minati! Dia ni suka buat lagu style cover parody. Dan suka kaitkkan dengan Miley Cyrus dalam lagu2 dia. Mungkin lah dia peminat Miley Cyrus, sampai dia ada buat satu lagu untuk Miley Cyrus. Haha~ Nak tengok? Pergi lah ke YouTube, search Dave Days! 

Memperkenalkan Blogger oleh sembil9n.com

Assalamualaikum semua Akalian! Haha~ Boleh ke aku panggil anda dengan nama tu? Pelik je kan? Okay3~ Ni entry singkat je ni. Sebab aku nak mempersembahkan segmen mengada2 aku iaitu segmen: 


Semen ni adalah untuk aku memperkenalkan seorang blogger yang aku rasa bagus dan perlunya anda bagi perhatian. Tapi ni pendapat aku lah, kalau anda tak berminat nak buat macam mana kan? 

Jadi untuk yang pertama kalinya, aku nak mempersembahkan blog seseorang ni yang aku rasa agak kreatif lah. Walau idea dia biasa je, dan dah penah orang buat. Tapi apa pun cara ni tak semua nak cuba pun. Jadi pergilah ke blog beliau. Sila klik gambar bawah ni ye.



Assalamualaikum! Saya pegawai keselamatan...

"Assalamualaikum~ Saya pegawai keselamatan..."  Hah~ Biasa tak dengar ayat ni? Mungkin kat tempat anda lain kot. Haha~ Ayat ni sering disebut oleh Resident Staf hostel aku ni. Kami paling tak suka dengan ayat tu sebab tu bermaksud dia sedang buat spotcheck. Hah! Mula lah masing2 gelabah. Haha~ Jadi kalau hostel anda kena spotcheck, apa perkara pertama anda buat?

Aku tak gelabah mana lah pun sebab aku tak merokok, aku tak bawak barang terlarang, tak bawak perempuan masuk bilik, tak duduk menumpang di asrama, dan tak ada apa2 pun salah. Cuma aku akan pergi sorokkan charger handphone, lappy, dan segala perkakas elektrik yang ada. Sebabnya? Kat UiTM ni kalau duduk asrama, memang free lah api air semua, tapi barang elektrik yang kami bawa masuk kena charge RM10. Dan ada lah sticker yang kena tampal, tapi majoriti tak bayar pun. Haha~ Jadi bila ada spotcheck gelabah lah nak sorok benda2 besar2 ni terutama lappy.

Tektik biasa yang kami buat adalah, kumpulkan dalam satu bilik, dan kunci dari luar. Haha~ Sebab kalau bilik tak ada orang, pegawai takkan masuk. Yela, risau kot lah masuk juga tiba2 ada barang hilang, dah jadi kes lain. 

Gambar sebelah ni adalah mangsa2 pelarian dari spotcheck! Haha~ Mereka ni duduk setinggan kat hostel so bila ada spotcheck, berlari2 kehulu kehilir lah tak nak kantoi. Ni kat bilik aku ni. Masa ni bilik aku dah lepas dari spotcheck, so semua lari ke bilik aku. Ades~ Time ni aku dah mengantok gila, yang mereka ni bising siap main Poker pula. Sumpah sakit hati!

Masalahnya aku tak kenal pun mereka ni, suka2 masuk bilik aku buat macam rumah sendiri. Nak je terajang sorang2. Adoi2, Haha~ Tapi baik aku biar je dari kantoi dengan pegawai, dengan aku2 kena tendang. Huhu~

Anda ada tak pengalaman tentang spotcheck ni? Kongsi dengan aku jom?
__________________________________________________________________________________

P/s : Sorry entry, yang tak berapa nak best. Ni gara2 tengkuk aku sakit salah tidur malam tadi. Tak boleh pusing kepala dah aku. Nak Blogwalking pun tak selesa.

Kepada kaki Lukis semua.

Maaf lah sebab lama pula tak update entry kan? Hehe~ Aku tengah menyiapkan beberapa kerja dan lukisan. Huhu~ Terlampau banyak menumpu pada benda2 tu sampai lupa nak update. Sampai sekarang pun masih belum siap lagi. Adoi! Aku memang agak excited bila dapat melukis. Rasa macam naik adrenaline dalam badan aku ni. Kadang2 mengadap berejam2 sampai tak sedar tak makan, tak mandi. Ish3~

Tertanya tak apa yang aku gila sangat mengadap tu kan? Tak~ Aku tak pakai Photoshop sebab aku memang tak reti langsung guna benda tu! Jadi aku guna apa? Ha~ ni aku nak perkenalkan kepada anda2 semua satu website melukis secara online!


Itu dia~! www.queeky.com Adalah satu laman web untuk para2 kaki lukis satu dunia ni menunjukkan bakat! Fuh~ Dasyat gile le! Haha~ Belum dasyat lagi ni. Laman web ni macam Deviantart juga dimana mengumpulkan artwork2. Tapi disini ia lebih istimewa sikit. Apa yang istimewa? Kat laman web ni kita boleh lihat artwork2 ala2 painting yang dasyat2! Banyak yang anda tengok tak macam lukisan pun tapi lukisan. Yang gila2 specialnya adalah anda boleh lihat semula macam mana artis tu lukis lukisa tu! Anda boleh tengok dari mula dia menconteng2 hingga lah menjadi satu lukisan yang lengkap. So, tak ada lah anda kata "Nampak beno menipunye~" kan? Hehe~

Ala~ Senang cerita anda pergi lah tengok sendiri kat website tu ye? Kalau anda tak tabik tu tak tahu lah. Hehe~ 

P/s : Aku punya profile belum boleh didedahkan lagi sebab aku tak habis lukis lagi. Haha~ Penat gila!

Hantu YouTube dan 1Tube!

Ada yang perasan tak budak2 Malaysia dah mula aktif nak tunjuk muka di YouTube? Mungkin sebenarnya aku yang baru perasan ye? Haha~ Aku tak heran lah sebab makin hari negara makin maju dan teknologi semakin murah. Semua orang di Malaysia dah mampu nak mempunyai lappy, kamera DSLR, video cam dan sebagainya. Murah je sekarang benda2 tu. Rasa macam beli pisang goreng kat tepi jalan je. Betul tak?

Lagi sekarang dengan kemunculan 1tube.my yang mula disebut oleh para blogger. 1tube ni sama macam YouTube, tapi kira versi Malaysia lah. 1tube.my masih dalam Beta testing lagi sebab masih ingin dipertingkatkan lagi servisnya. Dan aku rasa ia juga menarik! Wow~ Sebabnya dah ada HD dah sekarang. Boleh nampak jerawat sesiapa yang letak video kat situ. Hehe~ Aku semakin kagum dengan rakyat Malaysia yang sering nak buat perkara baru. Walaupun meniru dan menokok tambah idea orang lain, tetapi masih cool! Sebab dari meniru tu kita boleh meningkat naik dalam pembaharuan. Kan?

Dari benda alah YouTube dan 1tube ni jugalah aku kenal apa itu vlog. Terlambat pula otak aku ni. Haha~ Nak tahu apa tu vlog? Klik ini lah ye? Hehe~ Duduk adap YouTube dan 1tube ni pun perlahan2 dapat tahu sikit2 tentang dunia. Yang tak keluar TV pun ada. Fuh~! Jadi, pergilah tengok ye. Hehe~
__________________________________________________________________________________
P/s : Aku sangat bosan!

Random Giveaway by Nisa Menaip

Gara2 aku bosan yang amat sangat aku nak join Giveaway si Nisa yang gila menaip ni. Si Nisa ni lambat 20minit untuk post entry GA dia ni. Haha~ Sebab dia janji nak hantar pukul 2 petang. Tapi 2.20 baru ada. Tak kisahlahkan. GA yang kaki taip ni buat adalah:



Menarik ke GA ni? Tak lah sangat. Aku lebih pada nak hebahkan je. Alang2 dah hebah2kan baik aku join kan? Boleh dapat hadiah. Walau hadiah tu sepatutnya untuk perempuan, kisah apakan? Boleh lah aku bagi si dia atau mak aku atau adik aku nanti kan? Hehe~  Untuk yang nak sertai juga macam aku ni, anda klik lah banner tu okay?

Apa tujuan lain aku join GA ni? Tujuan lainnya adalah untuk si Nisa ni bagi aku autograph dia kat aku kalau aku menang entry ni nanti. Haha~ Gila tak ada kerja aku ni. Tapi boleh ke nisa? Haha~ Aku serius ni. 

____________________________________________________________________________________
P/s : Rasa pelik tak entry aku kali ni? Sebenarnya aku tak post guna Window Live Writer sebab aku tak kenapa tak boleh run kat lappy aku dah. Pelik gila! Adoi~ Apa2 pun, sila lihat vlog inihttp://nisamenaip.blogspot.com/2011/03/random-giveaway-by-nisa-menaip-my-first.html

MASpage.com–Malaysian Comunity Web Browser

Assalamualaikum semua, entry ni aku nak perkenalkan satu Web Komuniti Malaysia iaitu MASpage.com. Baru dilancarkan pada 3hb Mac 2011. Aku dah register dah. Hehe~ Tapi, aku still  tak tahu nak kata ia bagus atau pun tak. Sebab aku ni spesis yang sentiasa cuba apa2 je produk baru dari Malaysia.

10

Tapi bila aku Log In, aku terfikir kenapa dia nak guna biru putih juga? Tak ada idea ke apa? Tapi mungkin boleh Upgrade lagi kan? Okay lah~ Sebab tak berat pun. Aku rasa rileks je nak lompat2 dari page ke page. Tak ada button yang tak berfungsi, semua okay. Aku tekan dah semua dari A-Z. Bagi aku boleh lah.

12Cuma logo tu macam terlalu LAME sangat lah. Kalau lecturer aku cakap ni, dia akan kata SAMPAH! Haha~ Sebab tak komercial langsung! Macam logo ubatan pun ada aku tengok. Sangat simple! Tapi aku still rasa benda ni okay.

Nak tahu apa yang macam best lah bagi aku tentang website ni?! Dia boleh customize Profile! Yeay~! Tepuk tangan sikit! Seronok tak? Seronok tak? Haha~ Agak bosan sebab benda ni sebenarnya ada ala2 Myspace. Selain tu yang aku nampak ada Forum, ada Dashboard, ada home Page, Blog, Video, Photos, Polls, Sounds, Groups & adalah beberapa aku tak sebut. Kira okaylahkan? Cuma aku rasa kenapa ada Dashboard dan HomePage? Kenapa tak satukan je? Mungkin sekarang aku tak nampak sangat kegunaannya tapi kenapa?! Hoho~

11

Tapi satu je aku tak paham, adakah produk ni dengan DrBook2u.com tu sama? Sebab aku jumpa website ni di Fan Page DrBook2u tu. Sepatutnya DrBook2u di launch semalam juga, dan tiba2 admin nya beri link ini di wall. Walau mempunya masalah nak acsess masuk, tapi bila aku cuba subuh2 dah boleh.

 


P/s : Nak tengok tak Profile MASpage aku? Ah~ Anda taknak tengok pun still aku nak tunjuk!
MASpage/sembil9n

Hias Blog jadi kemas dan cantik. (cara sembil9n.com)

Assalamualaikum, ramai dah tanya aku macam mana nak susun buat blog macam aku? Mana dapat template, macam mana buat itu, macam mana buat ini dan banyak lah. Kadang2 soalan sama berulang2 je. Ke anda yang baca ni pun tertanya2 juga?

Okay, sebenarnya caranya simple je. Semua yang aku guna adalah yang telah sedia ada di blogspot ni. Cuma kena main2kan dengan warna. Untuk design2 Header, Button, aku gune Software Adobe je. Okay, meh aku ajar sikitlah ye. Mungkin ada yang nak tahu.


Mula2, pergi Designer Template dan pilihlah template.
1

Aku biasanya amik Template Simple @ Picture Window, sebab mudah bagi aku untuk di padan2kan bentuk dan rupa. Dalam entry ni aku gunakan Tamplate Simple (black).

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seterusnya pergi ke tab Background. Disini anda boleh letakkan background yang anda suka, terpulang lah. Tapi entry ni aku akan letakkan background bunga2. Untuk pilihan bacground, aku suka pilih di sini.
2

Selepas Upload gambar pilihan anda. Klik Done. Gambar yang diupload akan automatic Tile, & Scroll with page. Sila untick Scroll with page.

3

Ini adalah kerana untuk page blog anda lebih tenang di pandang oleh pelawat. Bila di scroll gambar berbunga/bercorak2, mata kita akan rasa serabut atau tidak selesa. Tak percaya cuba. Untuk Theme tu, terpulang pada anda nak gunakan tema warna apa untuk blog anda.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seterusnya, pergi ke tab Adjust Width, disini anda akan mengubah saiz kelebaran blog anda. Ini penting kerana untuk memastikan keseimbangan blog anda. Seimbang dari segi apa? Itu yang kita tak tahu. Hehe~ Okay, seimbang dari segi entry post dan sidebar.
4

Dalam entry ni, aku gunakan kelebaran Entire blog adalah 1000px manakala Right sidebar adalah 360px. Itu saiz biasa aku gunakan supaya blog tidak nampak terlalu sempit atau pun semak.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Teruskan ke tab Layout. Pentingnya bahagian ini adalah untuk menjadikan blog anda kemas. Nanti akan aku terang lebih lanjut. Jadi, dalam ni aku gunakan Layout seperti berikut.
5

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Akhirnya, sampai ke tab terakhir iaitu warna2kan blog. Pergi ke tab Advance. Lompat terus ke tab Background untuk ubah latar belakang dulu atau keseluruhan Layout.
6
Padankan warna Main Background dengan warna Outer Background atau jika gunakan background seperti diatas padankan dengan Background. Jika menggunakan header transparent, sila Transparet kan warna Header Background. Tapi jika anda nak warna pun boleh. Untuk panduan warna, sila baca entry lepas.

Selepas itu, sila balik ke Page Text untuk padankan warna tulisan entry dengan warna2 background yang anda telah pilih. Pastikan ia mesra dengan mata kita ye? Selepas itu, terus ke bahagian Links kerana ia sama seperti tulisan untuk entry sebab orang nak baca. Tapi  untuk link sebolehnya biar agak kontra supaya orang boleh membezakan link dan tidak.
7

Dah? Okay, sekarang untuk tab yang Blog Title, Blog Description, Tabs Text, & Tabs Background tu boleh abaikan jika anda tak gunakan pun dan biasanya aku tak pakai pun. Jadi aku tak terangkan kat sini. Maaf~

Kita langkau ke Post Title pula. Sila gunakan Font yang mudah dibaca, dan besarkan saiz taju supaya orang tahu itu tajuk bukan entry.
8

Seterusnya, untuk Date Header, Post Footer, Gadget tu sila edit ikut anda. Pastikan Font yang jelas, warna yang padan serta mudah dibaca ye. Aku nak langkau terus ke yang lebih penting bagi aku iaitu di tab Images.

Di tab Images ni anda hendaklah berbuat demikian:
9

Nampak tak? Background Colour hendaklah di transparentkan beserta Border Colour. Ini adalah untuk gambar berformat .png atau gif tidak mempunyai background seperti yang selalu aku buat dalam entry. Fahamkan? Maksudnya gambar pun backgriund transparent. Hehe~ Caption Text Colour tu jangan transparent. Kot anda nak letak caption, tiba2 tak keluar pula. Kan?

Dah selesai semua? Tekan butang Apply to Blog. Di penjuru kanan atas screen anda.


Hah~ Itu lah cara aku warna2kan blog aku. Kena banyak main2 warna je. Lepas tu untuk susunan widget, aku akan buat entry yang lain ye? Selamat mewarna blog!