DrBook2u.com?

senget-26.1.11Hah! Ingat lagi kisah kononnya ada website yang nak menyayingi Facebook? Haha~ Tak perlu selindung panjang2 lah kan, tajuk entry tu dah jelas terpampang tulis DrBook2u.com! Cakap pasal drbook2u.com ni mesti anda akan fikir ia berkaitan dengan Dr. Rozmey a.k.a si rambut cendawan. Hehe~ Nak tahu tak yang dikatakan drbook2u.com ni tak ada kena mengena pun dengan DDR tu! Mana aku dapat cerita? Asalnya aku baca entry di bilatergigithalia.com lepas tu aku pergi sendiri ke fans site DrBook2u.com di Facebook. Hah! Memang betul pun!

Ha~ Pelikkan? Hari tu yang kita dengar kat media tu apa ke benda nya kan? Konfius kan? Apa makna semua ini DDR? Adakah satu penipuan? Huhu~ Rileks2. Aku rasa mesti ada sesuatu yang belum sempurna didedahkan.

Bagi aku, benda ni mesti ada cerita yang menarik untuk dikupas2 umpama bawang dan nanti akan menjadi cantik. (Eh~ Macam skrip Wajibtayang!) Okay, kepala aku ada terbayang sesuatu yang macam mengarut tapi macam masuk akal tentang DrBook2u.com! Hehe~ Macam detektif pula. Okay, aku mulakan keterangan mungkin perkara yang berlaku disebalik semua ni:

  • Ada kemungkinan DDR telah tahu dari awal projek DrBook2u.com ni dan telah pun bercadang nak beli atau ada share besar lah kononnya. Lagi2 sebab namanya ‘DrBook’ kan. Tapi malangnya dia tak berjaya mendapatkannya. Sebab tu lah sekarang macam sayup dah cerita laman sosial DrBook ni.
  • Atau pun DrBook2u.com takut terkena badi seperti cerita 2 Alam tu. Kan ramai orang yang tak berapa nak suka dengan Dr. Rozmey ni. Jadi bimbang Dr.Book2u.com ni pun tak ada sambutan jadi di katakan tak ada kena mengena.
  • Atau mungkin DDR sendiri yang tak nak dirinya dikaitkan dengan laman sosial ni walhal dia ada share besar dalam projek ni. Jadi dia nak selamatkan projek ni, ia dikatakan tak ada kena mengena. Bagus juga idea ni.

Itu je yang aku terfikir, tapi tu pendapat personal aku. Tak ada kebenaran mana2 pun, saja buat cerita. Hehe~ DrBook2u.com ni akan di rasmikan pada 2hb Februari 2011 nanti. Aku tak tahu lah macam mana interface dia. Tapi dari rupa yang depan tu, macam kurang sikit lah. Logonya kurang memuaskan, pemilihan warna yang bagi mata aku tak menarik, dan font Cooper? Moga di ubah nanti ye.

Aku bukan nak menjatuh sesiapa dalam entry ni. Aku sokong kedua2nya, Dr. Rozmey serta website DrBook2u.com! Sebab kedua2 adalah Malaysian! Aku sokong bila ada orang melayu nak cuba melangkah setapak kedepan. Tak kira lah meniru ke apa, sebab dunia sekarang lebih2 dalam design (atau seni) susah nak cari sesuatu yang baru. Apa yang boleh dibuat adalah olah jadi benda baru atau versi kita atau pun juga kita buat penambah baikkan! Jadi, teruskan usaha wahai Malaysian!

P/s : Aku baru tahu ada lagi satu laman sosial Malaysia iaitu 1Malaysia.com. Aku tahu pun lepas ia dah kena HACK! Haha~ Dari kata kawan aku, interfacenya terabur dan securitynya sangat lemah. Sebab tu kena Hack!

Tiada ulasan: