Ke Masjid tu tak berkumandang AZAN semata2 nak dengar 'BINTANG' pujaan anda menyanyi. Elok sangat 2 lelaki 2 perempuan. Aduhai~ Dunia...dunia...
Konsert-konsert!
Ke Masjid tu tak berkumandang AZAN semata2 nak dengar 'BINTANG' pujaan anda menyanyi. Elok sangat 2 lelaki 2 perempuan. Aduhai~ Dunia...dunia...
Cara untuk lelaki menjadi tampan, kacak, segak, bergaya.
Okay, mula2 kita kena tahu apa yang buat orang akan fikir kita tampan, kacak, segak, dan bergaya?
Mula2 yang paling ketara adalah dengan...
Masuk ke dalam TV! Ye~ Seperti menyertai Realiti TV ke macam tu akan buatkan anda menjadi tampan, kacak, segak, dan bergaya!
Orang takkan sedar pun anda tampan tampa anda keluar di kaca TV melalui rancangan realiti. Jangan risau dengan perangai buruk anda. Dalam kaca TV, apa yang buruk boleh menjadi hebat!
Selain keluar dikaca TV, cara lain adalah dengan...
Berkawan dengan mereka2 yang kurang menyerlah. Sebab bila yang lain tak menyerlah atau senang kata tidak tampan, kacak, segak, dan bergaya. Maka anda akan kelihatan lebih menyerlah! atau dalam erti kata lain tampan, kacak, segak, dan bergaya!! Ia lebih mudah di lakukan dari masuk ke rancangan TV.
Tak berani ambil risiko juga? Okay, cuba cara ini pula...
Ya! Pembedahan Plastik!! Aku boleh jamin anda akan jadi tampan, kacak, segak, dan bergaya dalam sekelip mata! Tapi risikonya lebih besar dari tadi.
Tak berani juga?
Aduhai~ Aku dah bagi langkah2 yang mudah dah. Tu paling senang nak jadi tampan, kacak, segak, dan bergaya. Hmm~ Okay, sebenarnya ada satu lagi cara untuk menjadi tampan, kacak, segak, dan bergaya ni.
Nak tahu apa dia?
Iaitu dengan menjadi diri sendiri, tak perlu kejar populariti dan semua2 tu. Cuma perlu gembirakan diri, yakin pada diri sendiri, jaga kebersihan diri, hormat diri sendiri serta orang lain. Maka dari percampuran tadi akan menjadikan anda SUPER tampan, kacak, segak, dan bergaya!! Percayalah!
Kenapa aku tak suka musim Akademi Fantasia?
Cerita Akademi Fantasia 9…
Aku ingat rancangan ni dah habis dah. Rupanya ada lagi? Sudah2 lah dengan hiburan tu. Cukup2 lah dengan menambah artis2 yang tak ada kualiti. Sengatnya dah tak ada dah Akademi Fantasia ni. Makin lama makin bosan. Banyak artis produknya yang kian hilang entah ke mana. Sekarang ni dah masuk musim ke-9 pula. Apa pula cerita kali ni?
Dengarnya kali ni adalah musim terakhir siarannya. Betul ke? Oh, mungkin sebab tu juga nak gunakan artis yang besar pengaruhnya sebagai pengetua? Seperti yang anda tahu, mereka nak gunakan Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19! Persoalannya adalah kenapa gunakan orang Indonesia? Ini bukan deskriminasi terhadap rakyat Indonesia, cuma kenapa tak gunakan rakyat Malaysia? Artis Malaysia dah tak ada? Kalau dah tak ada, tak payah lah buat penyiaran. Ni semata2 kerana duit kan? Ish3~
Yang boikot2 memang ada tapi lebih ramai yang menyokong. Tak percaya pergi tengok masa ujibakat. Tunggu dari sebelum Subuh pun ada. Jadi Subuhnya macam mana? Tak termasuk dengan yang datang dari jauh lagi. Datang semata2 untuk perkara lagho macam ni? Aduhai~ Dengarnya sekarang ada uji bakat melalui YouTube pula. Makin banyaklah benda2 mengarut di laman kongsian tu. Aduh~
Cuba kita lihat rancangan berbentuk agama. Banyak yang macam di buat atas sekadar ada je. Publisitinya pun ala2 hidup segan mati tak mahu je. Sampaikan kadang2 ada manusia di Malaysia ni tak tahu kewujudan rancangan realiti TV berbentuk keagamaan. Mereka2 ni adalah golongan yang kurang tonton TV tapi boleh tahu tentang Akademi Fantasia. Ni media punya kerja lah ni. Aduh2~ Bak kata Dato’ Fadzilah Kamsah, “Buka minda, buka hati…”.
P/s : Kenapa tak ada Akademi Azan? Ke ada aku yang tak tahu? Cara azan pun ada. Macam nyanyian juga. Azan ni kena sedap dan dihayati baru orang yang mendengar rasa. Ni nyanyian atas pentas nak dibangga2kan, suruh azan malu2. (Ni aku yang buat ye. Bukan media –> )









