Memaparkan catatan dengan label si dia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label si dia. Papar semua catatan

Diantara blog, kawan dan cinta...

Inilah perkara yang merunsingkan aku beberapa ketika ni. Aku jadi bingung sekejap. 

Semua berkait dengan masa silam aku. Kadang2 betul kata Sepah; "Barang yang lepas jangan dikenang," tapi perlu juga kita kenang untuk merubah masa sekarang sekali dengan masa depan kita.

Blog adalah minat aku serta hobi aku. Kadang2 ia membuang masa, dan kadang2 manfaatnya ada. Bergantung pada apa yang terniat dalam hati. 

Tapi blog ini bagi aku macam kanvas yang perlu aku corakkan dan ekspresikan untuk meluahkan. 

Mungkin jika aku hidup di zaman Leanardo Da Vinci, aku boleh jadi seorang pelukis kot. (Hmm~ mungkin aku kena mula pegang kanvas balik ni)

Apa2 pun, aku tak mahu tinggalkan blog aku. Sebab blog ni kanvas aku. Aku suka bila dapat menyampaikan dan orang terhibur walau berapa kerat je. Terima kasih kepada yang menyokong aku! (kepada syg juga)

Kawan, adalah satu perkara yang penting dalam hidup aku. Walau boleh dikatakan tiada lagi kawan yang benar2 'kawan baik'. Tapi mereka amat penting sama seperti keluarga.

Jatuh bangunnya kita, mereka lah yang akan mendokong, membimbing, kita.

Walau bagaimanapun, ada juga kawan yang kita tak berapa perlukan dalam hidup ni. Sebagai contoh adalah kawan yang menjatuhkan kita, serta menikam belakang kita. 

Apa pun bentuk kawan kita itu, baik jahatnya dia. Mereka tetap kawan kita kadang2. Apa yang perlu kita terima adalah positif dari dia dan bukannya yang negatif. 

Cinta pula adalah sesuatu yang sangat2 aku perlukan dalam hidup aku. Selain, cinta pada Illahi dan keluarga; cinta pada seorang insan lain adalah yang aku perlukan. 

Kerana ia duduknya dalam hati. Apa2 yang datang dari hati kita adalah sesuatu yang merangsangkan semangat, tenaga, amarah, nafsu, serta kehendak. Kehadirannya membuatkan dari tidak mampu kepada mampu, dan begitulah sebaliknya.

Bagi aku, untuk menjaga cinta ni sangat sukar sebab diri aku yang kurangnya keyakinan dalam diri. Apa yang aku selalu lakukan adalah percaya yang ianya ada disitu.

+++++

Pada aku, ketiga2nya sangat2 penting dan duduk di dalam kategori yang lain. Apa yang sama adalah ketiga2nya perlukan komitmen pada diri aku sendiri. Kan? 

Entahlah...

Aku lebih berani memilih cinta aku. Sebab, dia boleh jadi "blog" aku, boleh jadi "kawan" aku, serta semestinya dia adalah cinta aku.

Namun begitu, aku masih takut jika apa2 pada diri aku ni belum cukup untuk apa2 pada dirinya.

Keliru...

.....

Menurut kawan aku, Ayie. Blog, kawan, dan cinta adalah berlainan. Apa yang aku perlu cari adalah apa yang datang dari diri sendiri. Bermaksud, tak kira apa pun yang berlaku pada aku ni jangan kita tunding jari pada itu, ini atau pun situ, sini. Sebab semuanya berpunca dari diri kita sendiri.

Baik buruk yang berlaku dalam hidup aku ni semua berpunca dari aku sendiri. Walau mungkin ia ketentuan Allah SWT, tapi Dia beri aku rintangan ni untuk aku pelajari sesuatu untuk menghadapi hari2 yang mendatang.

Astaghfirullah~

#1 SPONTANEOUS THURSDAY by sembil9n.com

Disebabkan hari ini entah kenapa Blogger tak benarkan aku letak gambar. Dan aku terjumpa satu segmen mingguan yang menarik iaitu: SPONTANEOUS THURSDAY!!


Perbezaannya: WORDLESS WEDNESDAY hanya gambar..
                        SPONTANEOUS THURSDAY adalah ayat..



"Sayang, B minta maaf sebab tak memiliki keupayaan untuk menyempurnakan cinta sayang..."


Kesedaran tentang hadiah.

Assalamualaikum semua yang datang ke blog aku. Kali ni aku cuma nak buat satu entry pendek je. Aku kurang keseronokkan harini. Hehe~ Masih berfikir nak buat apa sebenarnya. Jadi aku semak2 blog aku dan aku mendapati ada seorang telah join segmen Hari Bumi aku tu, dan masih lagi open sampai malam ini. Blogger tu adalah Cik Huda!  Terima kasih kerana menyertai. Aku dah baca entry dia dan bagus untuk dia. Menerangkan apa yang patut dan tidak patut kita sebagai manusia yang tinggal dibumi ni. Pergi lah baca entry dia tu. Blog dia pun bagus tak terlalu peribadi macam sesetengah orang perempuan tu kan? Hehe~

Aku sebenarnya nak tunjuk video ni. Sempena hari jadi aku yang ke 21 ni, aku buat vektor gambar si dia. Haha~ Kenapa dia? Adalah. . .




Okay tak? Ni belum siap lagi sebenarnya. Aku letih tengok screen lama2. Nanti lah aku siapkan. Huhu~

Couple? Hmm... Aku rasa...

Assalamualaikum! Hello kawan~ Apa khabar? Kalau dapat baca entry aku ni kira anda ni sihat lah kan? Hehe~ Okay, anda single ke double ye? Maksud 'double' tu adalah adakah anda tidak single. Hehe~ atau erti bahasa mudahnya couple. Aku rasa ramai di antara blogger wanita ni dah couple. Kan? Hehe~ Mana taknya sebab kat blog asyik tulis tentang pakwe je, macam orang lain tak ada pakwe je. (wekks~) Aku okay je dengan tu, tapi jangan harap aku baca lah. Tak ada makna aku nak baca hal peribadi orang. Kecuali kalau anda tulis pasal lebih umum tak apa lah. 

Okay, sebenarnya ini adalah tribute daripada entry dari blog anwarhadi.com. Jadi apa pendapat aku tentang couple? Aku setuju gila dengan semua yang ditulis oleh anwarhadi tu. Sangat setuju. Tapi aku masih ada pendapat aku sendiri. Aku rasa tak salah jika kita nak ada perasaan kat seseorang. Sebab itu adalah zahir, dan fitrah manusia untuk mempunyai hati dan perasaan. Kalau dah si lelaki suka si wanita dan si wanita suka si lelaki nak buat macam mana? Tapi apa yang salah adalah perlakuannya. 

Kadang2 terfikir juga perlu ke lafazkan "Sudi tak awak menjadi makwa saya?". Masa zaman mak ayah kita, bercinta je tapi tak pula kata macam tu. Huhu~ Ke ada? Apa2 pun yang aku tahu, bila si dia menerima 'lamaran' tersebut. Ianya seperti satu kata laluan untuk si lelaki menyentuh si wanita. (OMG!) Itu adalah realiti. Adakah si wanita tu tidak tahu password sebenar untuk si lelaki menyentuhnya adalah dari pengesahan kadhi dan 4 orang saksi? Lafaznya lebih kurang seperti "Aku terima nikahnya dengan wanita pilihan hati saya (nama si wanita) dengan mas kahwinnya. . .". Kan lebih romantik tu?!

Tapi kalau dah masuk ke alam percintaan ni, harap beringatlah ye? Tahu batas2 pergaulan anda. Walau si lelaki menjanjikan kebahagiaan yang macam gempak je bunyinya. Bercakap dengan muka yang penuh cahaya kebenaran macam mana sekali pun, tetap anda perlu menjaga batas2 semua tu. Nak bercinta jangan lama2 sangat. Dah cukup duit, pergi kahwin! Tak cukup duit tu jangan gatal2 ye? Huhu~ 

Haha~ Aku cakap macam lah aku tak ada buah hati kan? Hehe~ Maaf ye Cik Siti Norazlina, tak bermaksud nak tolak anda ketepi. Entry ni untuk kita sama2 beringat. Allah SWT sentiasa perhati kita. Kat mana pun kita buat kejahatan, walau kita tak nampak ada CCTV yang merakam. Tapi Allah SWT tak perlukan CCTV pun untuk melihat atau membuktikan apa2. Sedangkan mereka yang dah tunang pun boleh putus malam sebelum kahwin, inikan setakat sama2 ada perasaan. 

P/s: Aku ingat satu komen youtube aku baca, dari seorang luar negara lah. Seorang budak kecil bukan Islam bertanya kat ibu pada kawan nya yang beragama Islam. Dia tanya mengapa anak perempuannya perlu memakai hijab? Si ibu tu ambil dua bungkus gula2 dan satu bungkusan dibuka. Di letakkan di atas tanah kedua2nya dan disuruh budak itu memilihnya. Budak tu ambil yang dibungkus. Bila ditanya mengapa dia menjawab sebab satu lagi tu dah dibuka bungkusan dan kotor. Wanita tu membalas "Begitulah cara kami mengajar anak perempuan kami".

Video klip, tak berani meluahkan.

Antara perkara yang paling aku suka bila tengok TV atau di YouTube adalah tengok video klip! Yeah! Haha~ Kenapa aku suka? Sebab video klip ni bagai kita menonton sebuah filem tapi dalam tempoh yang singkat. Dalam video klip biasanya akan menceritakan sama macam tengok filem, ada starting, ada punching line, ada klimaks, ada ending. Apa yang beza adalah tempoh cerita. Konflik pun ada kadang2, tapi tak lah pening kepala kita nak tunggu macam movie kan. Nak tahu apa jadi lah, suspen je.

Tapi dalam banyak2 klip video, aku suka tengok video klip muzik yang tak keluar kat TV. Semua tu ada kat YouTube lah. Bukan yang cover lagu orang dan duduk depan kamera main gitar atau alat muzik lain. Aku tak suka macam tu. Tu aku sendiri boleh nyanyi. Aku suka yang macam kat bawah ni.  Ni antara video klip yang sangat2 aku suka! Romantik gila! (Kantoi jiwangs)



Tajuk lagu ni adalah 'Olive you'. Apa makna tu? Okay, sebenarnya ni cerita tentang orang yang tak berani nak luahkan kata 'I love you' pada seseorang yang dia cintai. Jadi dia sebut 'Olive you'. Kira malu tapi mahu lah ni. Lagu ni adalah original oleh Dave Days yang sangat2 aku minati! Dia ni suka buat lagu style cover parody. Dan suka kaitkkan dengan Miley Cyrus dalam lagu2 dia. Mungkin lah dia peminat Miley Cyrus, sampai dia ada buat satu lagu untuk Miley Cyrus. Haha~ Nak tengok? Pergi lah ke YouTube, search Dave Days! 

Random Giveaway by Nisa Menaip

Gara2 aku bosan yang amat sangat aku nak join Giveaway si Nisa yang gila menaip ni. Si Nisa ni lambat 20minit untuk post entry GA dia ni. Haha~ Sebab dia janji nak hantar pukul 2 petang. Tapi 2.20 baru ada. Tak kisahlahkan. GA yang kaki taip ni buat adalah:



Menarik ke GA ni? Tak lah sangat. Aku lebih pada nak hebahkan je. Alang2 dah hebah2kan baik aku join kan? Boleh dapat hadiah. Walau hadiah tu sepatutnya untuk perempuan, kisah apakan? Boleh lah aku bagi si dia atau mak aku atau adik aku nanti kan? Hehe~  Untuk yang nak sertai juga macam aku ni, anda klik lah banner tu okay?

Apa tujuan lain aku join GA ni? Tujuan lainnya adalah untuk si Nisa ni bagi aku autograph dia kat aku kalau aku menang entry ni nanti. Haha~ Gila tak ada kerja aku ni. Tapi boleh ke nisa? Haha~ Aku serius ni. 

____________________________________________________________________________________
P/s : Rasa pelik tak entry aku kali ni? Sebenarnya aku tak post guna Window Live Writer sebab aku tak kenapa tak boleh run kat lappy aku dah. Pelik gila! Adoi~ Apa2 pun, sila lihat vlog ini. http://nisamenaip.blogspot.com/2011/03/random-giveaway-by-nisa-menaip-my-first.html

DI SEBALIK TABIR BLOG

Segmen Bro Ben kembali lagi! Suka tak? Suka tak? Haha~ Aku tak lah semua segmen Bro Ben ni aku join, ada beberapa je. Ada juga yang terlepas pandang. Haha~ Okay lah kali ni Bro Ben cuma nak tahu sedikit sebanyak tentang di sebalik blog akal ni. Jom terus baca entry aku!


Bro Ben mensyaratkan untuk meletakkan gambar aku yang sebenar. Aduh, segan lah pula. Haha~ Poyo je. Okay, ni lah diri aku seperti yang sesetengahnya dah kenal.

spider-9

Hehe~ Okay, tu tak berapa sebenar tapi dah nampakkan muka aku? Kira okaylah.


Aku adalah sembil9n seperti yang dah diketahui orang ramai. Haha~ Ramaikah yang tahu? Aku ni suka buat perkara yang orang lain tak buat dan suka cuba semua benda yang boleh dicuba. Tapi kalau aku tak mampu aku tak buat. Aku berumur 20-an dan aku sangat suka mengarut. Admin ke 2 kepada grup kecil iaitu Blogger Tercinta. Aku sentiasa memikirkan benda yang seboleh2nya luar dari kotak. Tapi biasanya susah nak difaham oleh orang lain. Haha~ Tak faham? Takpelah.

Dalam dunia blog pula, aku suka menerjah blog sesiapa je. Kalau entrynya menarik, aku akan baca dan komen. Tapi kalau tak ada yang best kadang2 sekadar shout je takpun aku pangkah. Tapi berharap lepas aku datang balik lepas beberapa ketika akan ada entry yang lebih menarik supaya aku boleh follow. Hehe~ Aku cuma taknak penuhkan follower seseorang tapi tak pernah pun singgah blog orang tu balik sebab tak berminat. Sorry ye kalau macam kerek je bunyinya, sekadar pegangan aku.


Jumlah follower sekarang? Erm~ Waktu aku tulis entry ni, follower aku baru mencecah 410 Followers. Okaylah selepas 4 bulan lebih berblogging. Tapi bukan itu yang aku kejar. Sebab tu aku tak letak pun jumlah follower kat blog ni. Bukan untuk aku tayang. Aku nak kan persahabatan antara blogger bukan sekadar kau ikut aku, aku ikut kau. Jadi aku sekarang dah agak ramai kawan jugalah. Okaylah, sekurang2 tak rasa sunyi dunia aku. Yippi~!

BT


Ada, 3 soalan dari Bro Ben, iaitu yang pertama ; Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini? Okay, secara serius-miusnya aku pun tak tahu. Aku suka menaip dan meluahkan. Aku tertekan bila aku simpan. Tak kiralah apa2. Mungkin otak aku yang tak boleh terima kot. Haha~ Tapi kalau aku kenal satu perkara ni dulu sebelum kenal blog ni, mungkin aku akan teruskan perkara ni kot. Kot lah~

++++++++++++++++++++++

Okay, soalan kedua adalah; Ceritakan kepentingan blog kepada anda. Okay, ia agak penting sebab disini aku dapat lebih kawan berbanding di Facebook sebab disini akal2 aku lebih diterima. Dan aku boleh warnakan blog aku ikut suka hati. Hehe~ Kalau skala 1 ke 10 untuk berapa pentingnya blog kat aku, aku bagi 8/10. Haha~

++++++++++++++++++++++

Last soalan dari Bro Ben; Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ? Okay, blog2 yang aku sangat2 suka gila2 adalah blog Shada ni sebab blog dia unik! Jarang update tapi sekali update tak pernah mengecewakan! Kualitinya ada. Pergilah lihat sendiri, tapi agak berat sebab banyak gambar yang menarik! Hehe~

Seterusnya adalah blog kawan aku! Aku satu hari sekurang2 mesti singgah sekali blog dia ni. Iaitu si @EmanTheHalians! Blog halia dia tu bagus dan sangat berinformasi bagi aku, tapi kadang2 mengarut juga. Hehe~ Aku rasa dia muda lagi dari aku kot. Mungkin lah. Tapi tak pernah jumpa lagi, sekadar Twitter dan Facebook je. See~ bestkan ada kawan dalam dunia blog ni. Walau entry tak seberapa hebat mana tapi aku akan singgah. Haha~ Sorry ye Eman!

Lastly yang sah2 aku akan pergi tiap hari tampa sebab adalah blog si dia! Hehe~ Tapi ni aku wajibkan juga anda pergi sebab supaya bagi semangat kat dia untuk betul2 blogging. Dia bukan serius sangat tapi kot lah anda2 (yang perempuan!) boleh buat dia semangat nak serius ke? Kan2? Hehe~


Okay, itu je setakat ni. Terima kasih kepada yang singgah ye? Sesiapa berminat nak ke segmen aku klik ini ye.

Moga Allah memberkati anda. Assalamualaikum~

Kebahagiaan Tertangguh

Apa punya tajuk entry aku buat kali ni? Macam tajuk lagu pun ada kan? Apa sebenarnya maksud aku ni? Mengelirukan tak? Aku rasa tak lah sangat, tajuk entry ni ada kena mengena dengan peristiwa semalam. Hehe~

Aku seperti biasa kena menjaga MEDEC di kampus aku. Tapi jadual aku berubah sikit dengan junior aku. Tak kisah lah tu kan, sebab jaga MEDEC ni tak lah susah pun, duduk je. Apa yang susahnya kira duit tu, sebab aku tak reti. Hehe~ Disebabkan senangnya jaga MEDEC ni aku sempat lah menyiapkan entry tentang ketawa semalam. Entry tu banyak juga aku research sebab ada kaitan dengan agama sikit kan. Salah cakap, mampus aku.

Petang tu, aku melepak dengan kawan2 aku di gerai GRATEX yang di buka semata2 untuk menampung perbelanjaan Diploma Show. Photo1730Aku tengok dah rupa kenduri dah, potong2 sayur semua. Mereka masak sendiri dan jual. Sedap ke? Eh~ Mesti lah kan? Mereka tu wanita2 yang pandai memasak, mustahil tak sedap. Kalau tak sedap takkan laku kot? Lupa pula, GRATEX tu adalah gabungan dari nama Graphic dan Textile iaitu dua jurusan dibawah Fakulti Seni Lukis Seni Reka (FSSR) UiTM Kampus Kuala Terengganu.

Photo1731Memang kat kampus ni ada dua tu je jurusan untuk FSSR ni. Kampus pun kecik je, tapi kampus aku ni adalah kampus bandar paling besar bagi UiTM. Ada 6 blok,  tak termasuk 1 dewan dan kafe, 2 blok asrama siswi dan satu blok siswa. Hah~ Besar tak? Dan FSSR adalah satu2nya fakulti yang ada bangunan sendiri di sini. Hehe~

_________________________________________________

Itu cerita kampus aku. Lepas aku melepak di GRATEX, aku nampak si dia baru je habis kelas. Hehe~ Aku apa lagi, mula lah mengikut; walaupun tak ada perkara yang di cakapkan. Hehe~ Aku teman dia beli makanan, tapi aku terlupa satu benda pula. Aku nak bagi dia pinjam external aku la, nak bagi dia movie. Saja kot kalau dia bosan, dia boleh lah tonton kan?

Tiba2 dia mesej kata boleh jumpa kejap malam tu. Aku terkejut juga, sebab jarang dia nak jumpa aku ni. Ish~ rezeki jangan ditolak kan? Hehe~ Aku okay je, tapi malam tu dia kata malas nak turun pula. Huhu~ Aku tahu dah, tak kisah lah tu. Cuma kecewa tak dapat jumpa. Mungkin hari ni kot. Hmm~

Sewel dah aku bila cerita pasal dia. Huhu~ Harap dia tak marah.

Baby baru aku.

Hari yang memenatkan sebab banyak berjalan di alam maya. Haha~ Aku banyak habiskan masa depan lappy aku je sekarang ni. Mencari maklumat tentang segala macam benda di dunia ni. Dari kerja untuk blog sendiri dicampur dengan blog aku yang tak seberapa ni.

bW

Tahun ni alhamdulillah aku bersemangat baru. Walau sekarang ni masih merangkak, tapi aku yakin tahun ni boleh jadi cemerlang. Lagi2 dengan kehadiran baby baru aku. Seronok kan dapat baby. Hehe~  Nak tengok dia?

Tu lah baby baru aku, tapi ni bukan gambar sebenar. Aku tak ada kamera nak ambil gambar sebenarnya. Ni lah ASPIRE 4738G keluaran Acer yang agak latest. Kali ni aku ambil Acer pula sebab tak sanggup lagi guna Compaq. Hehe~

Baby aku kali ni sangat istimewa. Aku beli dengan harga RM1.4k je tapi harga asal RM1.7k juga. Yang menariknya 3 tahun waranty. Seronok kan? Yang lagi seronoknya bila dapat baby ni adalah processor intel CORE i3-380M (bukan i5 macam dalam gambar). Di sertakan dengan 14.0” HD LED LCD, ATi Mobility Radeon HD 5470 GRAPHICS 512MB, 4GB DDR3 Memory RAM, 500 GB HDD, dan DVD-Super Multi DL drive. Apa benda semua tu sebenarnya aku tak lah tahu sangat tentang komputer. Tapi yang aku tahu aku ada 4GB RAM, dengan Graphic Card, serta processor yang okay dan kapasiti yang besar. Memang sangat besar sampai aku tak tahu nak buat apa dah dengan ruang yang sangat2 besar. Lagi2 aku dah ada external dah sekarang.

Taukeh kedai tu berkata kepada aku, yang lappy jadi rosak atas faktor pengguna tu sendiri biasanya. Aku pun akui sebab aku dengan si dia beli model lappy yang sama dulu dan dia beli awal beberapa hari dari aku. Tapi aku punya lappy rosak dulu. Kenapa? Sebab dia jarang guna lappy, dan kalau guna tak lah lama mana macam aku.

Antara cara nak jaga laptop:

  1. Kurangkan penggunaan yang kerap dan lama.
  2. Guna cooling fan walau macam tak membantu je.
  3. Jangan sia-siakan waranti anda. Sebulan sebelum tarikh luput, pergi hantar servis laptop anda supaya anda dapat spare-part yang baru dan lappy akan jadi seperti baru. Jangan risau, ada waranty free je.
  4. Tanggalkan batery (supaya tahan lama) kalau nak guna lama dan gunakan direct power dari plug.
  5. Sentiasa bersihkan lappy anda supaya tidak berhabuk.
  6. Sebolehnya, lap dulu permukaan yang nak anda letak laptop tu. Ini kerana partikel2 habuk tu akan masuk ke fan lappy anda dan menyebabkan sumbat.
  7. Jangan letak laptop di atas katil ini kerana laptop anda akan lebih cepat panas.

Itu yang taukeh kedai tu bagitahu aku lah. Sebenarnya banyak lagi kot tips2. Aku tak terfikir lagi.

Kerana si dia~

Dah hampir 2 bulan dan lebih kalau tak silap aku, aku tak nampak si dia. Memang lah kerap mesej dan call juga, tapi mana cukup. Ish~ Tapi nak jumpa dia bukan semudah yang anda fikirkan. Kena redah api, redah batu2 tajam, gua2 gelap, pokok2 tinggi dan macam2 lagi bahaya. Kalau nak sampai rumah dia je, aku kena tunggang ular besar yang bewarna biru berbelang kuning. Dia tak benarkan aku datang pun. Risau keselamatan aku agaknya. Huhu~

Ni f0n ak pya000Ah~ mengarut je aku. Sorrylah~ aku sebenarnya rindu si dia je. Di blog je lah aku boleh luahkan mana ada tempat lain. Sebab apa? Sebabnya anda2 tak tahu identiti si dia lagi kan? Kalau dia tahu aku dedahkan identiti dia, mampus aku! Lagi pun aku risau ada orang rampas dia. Huu~ Menyesal seumur hidup aku kalau ada yang ‘ragut’ dia dari aku. Tolonglah jangan~

Aku rasa ada beberapa rakan blogger aku yang dah lama mengikuti blog aku pernah menanyakan siapa sebenarnya si dia yang selalu aku cerita (tapi sekarang dah kurang sikit). Aku tak pernah jawab dengan jelas siapa sebenarnya si dia tu. Mengapa aku tak mahu cerita tentang dia? Bukan aku tak mahu cerita, tapi biar masa tentukannya. Aku tak berani cerita apa2 sebab risau menyinggung mana2 pihak.

Ish3~ gambar2 kami je lah yang jadi ‘ubat’ dan gambar2 dia jadi ‘penawar’ hati aku. Gila sedih je bunyinya. Haha~ Tak adalah. Aku okay je. Saja nak berjiwang2an malam ni. Hmm~