Pengganti Facebook.

Aku rasa mesti ramai tertanya2 mengenai ni kan? Memandangkan dah semakin banyak dah berita mengenai Facebook ni. Pengasas Facebook pun dengarnya dah serabut dah nak penuhi permintaan pengguna yang berjuta2 orang. Dia ni bagaikan Raja yang nak uruskan urusan rakyat yang berjuta atau aku rasa berbillion kot. MarkZuckerbergTu lah, kaya2 pun tak bahagiakan. Letih uruskan manusia ni, lebih senang urus ayam sekandang.

Jadi masih lagi tertanya pengganti Facebook? Adakah pengguna Facebook yang merungut dengan kurangnya privacy akan berbalik ke laman sosial yang dulu seperti Friendster, Myspace, atau mungkin ke laman Tagged kah? Apa~ Twitter? Aku tak kategorikan Twitter sebagai pengganti Facebook sebab Twitter ni menyediakan perkhidmatan berbeza dari Facebook. Tak percaya, daftarlah Twitter! Tapi apa yang pasti adalah mereka tidak akan kembali ke laman sosial lama itu kembali kerana ianya bukan lagi trend masa kini. Ish~ Susah gila nak penuhi permintaan manusia seluruh dunia!

Jadi apakah penyelesaian nya? Adakah ia akan terus jadi persoalan? Ah~ Banyak pula aku nak tanya. Sebenarnya telah banyak laman sosial yang baru telah pun mula dibangunkan. Ada yang telah aktif, ada juga dalam beta, dan ada juga yang dalam proses rangka lagi. Tapi dalam banyak2 ni, syarikat manakah yang berani mengangkat tangan untuk menyayingi Facebook Mark Zuckerberg ni?

Dari sumber, syarikat yang berani angkat tangan untuk lawan adalah:

Appleseed

Laman sosial ni masih dalam Beta lagi. Dari yang aku faham, Appleseed ni biasa je seperti laman sosial biasa yang ada. Boleh hantar gambar, video, ikuti perbincangan dan macam2 seperti laman sosial lain.

Dengarnya juga, laman sosial ni ada kelainan dimana pengguna yang akan menetapkan sendiri apa yang kita mahu. Kira macam kalau anda tak suka, anda boleh ubah ikut kehendak anda. Macam menarik je kan? Tapi aku still tak dapat nak bayang sangat lah. Katanya kita boleh download software dia, dan install kan pada mana2 web server serta terus plug kan site anda ke Appleseed anda.

Wah, macam bunyinya sesuai untuk blogger kan? Tapi apa2 pun kita tengok je la nanti. Dah nak launch dah rasanya.

 

Diaspora

fe1b89f510ecef30dd52360ede99165cDibina oleh Dan Grippi, Maxwell Salzberg, Raphael Sofaer, dan Ilya Zhitomirskiy selepas mereka berjaya mengutip fund sebanyak $200,000. Diaspora memberi maksud lebih kurang penghijrahan.

Dalam interview dengan New York Times, Sofaer berkata, "We don't need to hand our messages to a hub. What Facebook gives you as a user isn't all that hard to do. All the little games, the little walls, the little chat, aren't really rare things. The technology already exists”. Tetapi Salzberg menyatakan "Facebook is not what we are going after".

Untuk memulakan Diaspora ni, bagi aku agak rumit. Aku tak faham sangat keterangan dia. Tapi ni pun masih permulaan walau ia telah bermula digunakan. Mungkin satu hari nanti, ia dapat dipermudahkan untuk pengguna dan semua boleh guna. Sebab Diaspora dengan Appleseed tu lebih kurang penggunaannya. (Katanyalah~)

 

Elgg

Ni satu lagi laman sosial yang perlu di download software nya. Laman sosial ni telah pun beroperasi sepenuhnya. Walau bagaimana pun, Elgg ni berbeza dengan dua di atas tu. Sebabnya, Elgg ni di reka untuk syarikat atau kumpulan yang mengoperasikan laman sosial mereka sendiri.

Kira macam hosting2 lah. Paham kan? Eh~ Memang Elgg ni ada perkhidmatan hosting pun. Katanya, kita boleh mengendalikan site kita sendiri melalui Elgg ni. Macam2 idea mereka ni kan?

Tapi Elgg bukanlah satu pesaing Facebook, tapi bagi pengguna Elgg yang mungkin beranggapan begitu. Semuanya terserahlahkan? Jadi kepada yang nak try membuat laman sosial sendiri, inilah dia yang boleh hostkan laman sosial anda!

 

Lorea

Lorea ni melabelkan diri sebagai satu project yang membuat sistem sosial sibernatik yang selamat, dimana jaringan manusia akan bersamaan dengan jaringan di dunia maya. Penjelasannya agak pening sikit. Tapi dia macam nak buat gabungan dari laman sosial yang menyediakan rantaian komuniti seperti blogging dan real-time updates macam Twitter.

Tapi dari gayanya, macam susah je nak lawan Facebook kan? Aku pun tak pasti. Tengok jelah nanti.

 

OneSocialWeb

Ha~ Yang ini aku rasa tertarik dengan idea dia. Sangat menarik! Ia bukan sahaja nak menjadi satu laman sosial yang menyayingi lain, malahan nak menjadi laman sosial utama dimana pengguna boleh menggabungkan ke semua laman sosial.

Maksudnya, aku ada Facebook manakala anda ada Myspace. Secara logiknya aku tak boleh jadi member anda kerana lain laman sosial. Tapi onesocialnetwork ni berbeza, dimana boleh add mana2 laman sosial pun yang ada. Tu lah yang dia sedang usahakan. Baguskan idea dia? Tak faham lagi? Ni tengok video ni:

 

Pligg

Yang ini kena sebut betul2 atau akan bunyi macam perkataan lain. Haha~ Apa kelebihan Pligg? Ianya sama seperti Elgg tadi, cuma apa yang membezakannya adalah Pligg juga mempunyai sistem pengurusan pengisian.

Jadi aku tak rasa yang ianya hampir2 dengan Facebook. Sebab ia lebih macam, hosting2 ni kan.

 

Pip.io

Hah~ Ini baru berita gembira, sebabnya telah pun beroperasi! Yeay~ Maknanya dah boleh jadi pesaing Facebook. Tapi…

Ada tapi pula, apa yang tapinya? Laman sosial ini masih lagi dalam penaik tarafan. Sebabnya, banyak lagi link2 dan apa2 dalam laman sosial ni sedang di naik taraf. Kadang2 ianya tak menjadi bila tekan button itu ini.

Laman sosial ini lebih seperti Twitter berbanding Facebook tapi ianya mudah digunakan. Dan katanya boleh menggunakan Facebook dan Twitter dari dalam laman sosial ini. Walau bagai mana pun, ia masih dalam pembinaan.

 

P/S : Dari banyak2 ni, Pip.io je yang macam boleh saing dengan Facebook. Tapi macam masih jauh nak tandingi Facebook!

P/S : Semua artikel ni bukan pandangan dari aku, aku cuma terjemah ikut kefahaman aku dari blog orang lain.

4 ulasan:

~Queen Of Heart~ berkata...

apakan ni suma???

Arez Razin berkata...

stail gyle!

Apis berkata...

hu...banyak tu....

www.hafism.com

SyedGraphix Dot Com berkata...

x jadi tutup la. haha