Memaparkan catatan dengan label Tag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tag. Papar semua catatan

Kawan dalam kartun…

Apakah yang aku maksudkan dengan kawan dalam kartun? Adakah ianya berkisarkan tentang kita mengenali kawan semasa menonton kartun? Ah~ Bukan! Adakah ia mengenai persahabatan yang terpisah lama dan ada tragedi di sebalik pertemuan dan perpisahan dalam sebuah cerita kartun? Bukan! Jika semua bukan; apakah ia? Sila jelaskan~

this-is-us

Ia sebenarnya mengisahkan tentang persahabatan rakan blogger di dalam dunia maya dan tak pernah berusa muka. Eh? Jadi mana kartunnya? Haha~ Apa lah skema sangat ayat2 aku ni? Rileks2 dah lah kan?  Okay, sebenarnya entry ni nak mempersembahkan artwork latest aku. Baru siap pagi tadi dalam jam 7.15 lah lebih kurang. Tapi aku tak puas hati lagi sebenarnya. Kalau ikutkan memang tak ada pun artwork aku yang aku pernah puas hati. Sebabnya macam tak cukup je. Haha~ Tapi tak apalah kalau banyak2 nanti serabut pulakan? Nak tengok?! Tutup mata semua…kira sampai 3 baru buka ye? 1…2…3…! Buka! Haha~ Still tak ada. Cuba scroll bawah2 lagi sikit ye.




























eman-n-9

Itu dia! Cantik tak? Hehe~ Sebenarnya yang depan tu je. Tapi karektor aku tu saja tambah untuk entry ni SAHAJA. Itu adalah gambar kartun untuk pemilik blog Bila Tergigit Halia iaitu @EmanTheHalia. Aku bukan buat suka2 ni, dia yang minta. Kira tanda terima kasih lah sebab selalu (juga la) promote blog aku kat blog dia. Comel kah? Ada rupa gitar bass tak? Haha~ Sorry gang, aku tak tahu alat muzik. Ni pun aku cari kat internet. Ahaks~

Aku tak tahu apa sebab dia minta aku buat benda ni. Haha~ Aku sebab tak ada kerja, aku buatkanlah. Tapi sumpah lama gila aku buat benda ni (sebenarnya tangguh2). Penat gila buat kartun macam ni. 100% Adobe Illustrator CS5. Haha~ Si Eman ni menjanjikan yang beliau akan mensupport perbelanjaan kahwin aku nanti jika aku berjaya siapkan ni (kan?). Seronok tak? Hahaha~ Aku tuntut ye Eman! So, Eman? Apa macam? Okaykah? Atau aku nak ubah sikit lagi? Aku okay je.

P/s : Aku rasa gitar tu nak patah lah, kan? Haha~

25 Fakta tentang tuan sembil9n.com

bgdAssalamualaikum~ Entry ni berkenaan sesorang bernama Syiela telah tag aku! Kadang2 aku rasa malas nak jawab tag, tapi kadang2 perkara2 macam ni membuatkan anda ada idea nak buat entry baru. Kan? Jadi tak salah pun jawab tag.

Tapi apa yang menjadi masalah dalam tag kali ni adalah aku perlu menulis 25! fakta mengenai diri aku. Agak2 ada ke yang nak mengetahui tentang diri aku ni? Adui~ Aku bukan artis. Hah~ Mesti kebanyakkan orang fikir macam tu kan? Sebenarnya perkara macam ni adalah untuk anda lebih dikenali. Orang lain yang tag anda tu adalah kerana nak mengenali anda. Jadi jangan lah sombong sangat bila orang tag anda. Layankan je. Anggap yang anda artis atau tokoh yang sedang ditemu ramah. Hehe~ Positif2!

Okay, jadi ni lah 25 Fakta tentang diri aku, tuan blog sembil9n.com :

  1. Masa bayi (baru lahir), mak aku kata kakak aku pernah terjatuh hampir2 hempap aku.
  2. Aku anak ke-2 dari 5 orang daik beradik dalam keluarga dan sering dikaitkan berperangai aneh2. (Pelik2 tak aku?)
  3. Masa kecik dulu, aku pernah tak suka nama sebenar aku (Afnan) sebab aku rasa nama aku tak best. Tapi lepas ketahui maknanya, aku amat berbangga!
  4. Aku dari kecik lagi tak suka makan sayur sampai sekarang, tapi mula pada tingkatan 4; aku dapat alahan pada udang, ketam, siput, kerang, sotong!! (Benci!)
  5. Sepanjang zaman persekolahan aku hanya pernah dapat nombor 1 pada darjah 2 dan lepas tu tak pernah sampai lah sekolah menengah. (Huu~)
  6. Aku tak boleh pakai jam atau apa2 di pergelangan tangan sebab nanti akan timbul ruam2 merah dan gatal! (Punca tidak pakai jam)
  7. Aku berkhatan lewat (malu~), duit hasil pemberian orang semasa berkhatan tu aku beli D-3 Digivice dari siri Digimon World 2 tapi di curi orang lepas beberapa minggu! Aku masih belum maafkan orang yang curi tu sebab dia ambil impian aku!
  8. Sepanjang zaman sekolah menengah, aku tak ramai kawan lelaki sebab aku tak tahu apa lelaki borakkan. (Motor? Bola? Lepak? Tak suka!)
  9. Aku selalu anggap diri aku ni menjengkelkan. (Tak tahu kenapa)
  10. Lepas SPM, aku bekerja sebagai Promoter Astro. Waktu tu aku nak belajar berhadapan dengan orang. (Seronok juga!)
  11. Aku amat tak suka di panggil “abang” oleh sesiapa terutama yang lebih muda dari aku. Dengan adik beradik aku, aku lebih suka menggelarkan diri sebagai nama. (Anan)
  12. Semasa interview untuk kemasukan ke Fakulti Seni Lukis Seni Reka di UiTM, itu adalah hari pertama aku dapat pakai pakaian yang aku idamkan iaitu; kemeja dan tali leher serta kasut kulit! (Bangga gila!)
  13. Aku jatuh hati pada si dia semasa minggu orentasi di Kampus! (OMG!)
  14. Aku rasa terpinggir di kelas sebab lukisan aku tak sehebat mereka2 tu. Maklumlah, sebelum tu aku budak LK yang lukis2 guna pensel dan pembaris semua. Bila di kampus kena lukis secara bebas! (Tak ada idea!)
  15. Lepas cuti mid-sem yang pertama, aku gunakan laptop ayah aku yang dah rosak screennya untuk membuat kerja2 aku. Semester seterusnya aku dapat laptop baru pemberian orang tua aku. (Terima kasih Mama ngan Ayah!)
  16. Lepas laptop, aku dibelikan kamera D40! oleh orang tua aku. Semuanya RM4000! (kasihan Mama ngan Ayah~hmm)
  17. Aku down bermula semester 3 apabila pointer aku jatuh dan seterusnya makin jatuh! (Oh! Tidak!)
  18. Aku bercadang untuk berhenti pada semester 6 tapi dihalang oleh kawan2 kelas dan pensyarah2. Waktu tu juga kedua barang berharga RM4000 tu telah rosak! (Lagi buat aku down!)
  19. Aku kini masih meneruskan belajar di kampus yang sama dan berusaha untuk bangkit. (Tolong aku)
  20. Semasa aku tulis entry ni, aku rasa sangat2 sedih dengan diri aku. (Bila nak berubah?)

Lagi lima fakta ni aku nak buat secara random. Maksudnya aku tak nak buat secara kronologi macam di atas ni. Huhu~ Kalau anda berminat, bacalah lagi sebab lepas ni aku nak senaraikan mereka2 yang akan di tag! Okay, 5 fakta rawak mengenai aku:

  1. Aku adalah lelaki yang sensitif. Aku boleh mengalirkan air mata semasa menonton atau dengar kisah sedih serta menangis bila terlalu tertekan. (malu2~)
  2. Aku tak boleh buat kerja jika tidak makan. Sebab nanti aku rasa sangat terganggu. (Dah cuba lawan tapi tak boleh!)
  3. Aku ni orang yang menyendiri dan tak banyak cakap, tapi bila dalam topik perbualan yang aku tahu; aku tak berhenti cakap dan bidas.
  4. Jadikan blog adalah tempat aku bersosial sebab dalam blog buatkan akal aku diterima semua. (Terima kasih kawan2)
  5. Suka memerhati tingkah laku orang lain macam pervert, tapi sebenarnya aku mengkaji perlakuan orang dan analisa serta kritik dalam hati. (Sorry, tu natural habit aku)

Itu lah 25 fakta tentang diri aku di dunia nyata. Ada orang kata aku berbeza di alam maya dan dunia nyata, yeke? Tak kisah lahkan? Aku sekarang nak tag 25 rakan aku. Aku tak paksa mereka untuk buat ni dan aku pun sebenarnya tak terfikir nak tag ramai2. Hehe~

Mereka adalah shada wentz, Fadhilah, confuse, lynda, qieranna, mushee, eman, mra dan sesiapa sahaja yang lain. Sorry, saja nak mengenali anda2 semua. Hehe~

300 itu dalam 3

dddd

Hehe~ Keliru tak dengan tajuk entry aku? Sikit2 je kan? Aku ni memang suka putar belit ayat sikit. Tapi ada makna kata2 aku yang berbelit tu. Contoh; Lapan kali lipan Leman berjalan di papan tepi jambatan tapi dipijak Razman. Haha~ Ntah apa2 aku ni! Okay, cukup mengarut.

Sebenarnya ni entry penghargaan untuk semua follower aku yang sudi mengikuti perkembangan blog aku yang agak2 dalam 3 bulan je umurnya. Alhamdulillah tampa paksaan, anda2 sudi Follow blog D’Antara sembil9n Akal. Oh! Lupa, jumlah Follower aku berapa? Ini dia:

senget-26.1.11

Okaylah kan? Sebenarnya aku nak target pada 300 then aku print screen, tapi rupanya tak sempat. Hehe~ Sebab tadi aku pergi jalan2 ke bandar sambil bayar untuk domain aku. Ops! Ye~ Aku akan tukar domain aku jadi sembil9n.com! Hehe~ Ni semua atas sokongan anda semua.

Tapi malam ni ucap terima kasih kepada mereka2 yang capaikan target 300 aku! Mereka adalah:

b

c

kd

mn

qv

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hehe~ Aku rasa mungkin entry ni agak berat sebab banyak sangat gambar. Tapi takpelah, untuk penghargaan anda semua. Terima kasih!

P/s : Apa yang best dengan blog aku ni? Aku tertanya2 juga. Apa2 pun terima kasih. Nak bagi hadiah…aku belum ada duit. Nanti ye~

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

Hah~ Inilah antara tanda aku kekeringan idea. Letih fikir untuk entry aku yang dalam proses ni. Dicampur dengan kepala yang pusing2, bertambah lembab lah RAM otak aku untuk memproses matlumat. Dan secara tiba2 aku ternampak Bro Ben punya segmen! Segmen yang mempamerkan header blog. Haha~

Seperti yang dapat anda lihat, aku buat kelainan dalam blog ni kan? Dimana headernya aku letak di sebelah tepi sebaris dengan sidebar. Nampak ke tak header aku tu? Okay kalau tak perasan, ni aku letak:

headers2

Hehe~ Aku memang suka buat siri budak hijau ni. Pada sesiapa yang ikuti blog aku dari dulu tahu lah macam mana rupa header aku. Pelbagai siri dah.

Okaylah~ Aku kena jalankan tugas dengan melengkapkan apa yang Bro Ben ni minta.

  • Sapa yang buat header tersebut
    • Aku buat sendiri header tersebut. Mengikut cita rasa aku sendiri.
  • Perisian yang digunakan
    • Aku menggunakan Adobe Illustrator kerana itu je yang aku mahir pakai berbanding Adobe Photoshop. Hehe~
  • Maksud header tersebut
    • Header ni memberi gambaran serba sedikit tentang diri aku. Aku buat ikut hati aku dan mood aku waktu sekarang ni.
    • ‘Bubble’ merah tu merujuk sebagai2 idea2, akal, kata, dari aku yang menyampaikan untuk menyemarakkan inspirasi.
    • Font yang ke’anak2’an dalam bubble tu merujuk kepada keceriaan blog ni. Juga merujuk pada entry yang tidak lah terlalu serius dan tak terlalu mengarut.
    • Character hijau berhoodie coklat tu merujuk aku yang ala malu2 gitu. Itu membawa maksud aku masih lagi baru nak melangkah ke alam blog yang besar ni jadi aku segan2 sikit dengan entry2 aku yang mungkin tidak cukup bagus.
  • Jangkamasa yang diambil buat header itu
    • Oh~ Buat header ni ada dalam paling lama pun 45minit. Aku tak berapa pasti sebab bila aku ada idea, aku memang tak tengok jam dan sekeliling aku. Aku layankan je.
  • Header blog lain yang anda suka tengok

Aku memang sewel dalam bab mendesign. Aku design bukan saja2 kosong sebab setiap yang lahir dari hati kita ni ada ceritanya. Segala yang berlaku pada anda adalah kerana aktiviti minda anda pada saat dan tika itu. Ada kaitan dengan mood, kesihatan, kecerdasa, dan macam2 lagi. Nak terangkan pun agak susah kat sini. Jadi kepada yang singgah ke blog aku, terima kasih!

Impian bukan mimpi…

Adakah anda yakin anda ada matlamat hidup anda? Aku tertanya2 berapa ramaikah pelajar di Malaysia yang memegang satu impian yang jadikan dia matlamat hidup? Benda ni aku suka sangat nak tegaskan pada sesiapa je. Kadang2 mereka rasa perkara2 ni tak penting sangat atau mungkin mereka rasa macam ingat tak ingat je. Aku bukan lah bagus sangat sampai mampu untuk mengingatkan sesorang pada sesuatu hal dalam hidup. Sebab manusia tak sempurnakan. Kita saling memerlukan untuk mencapai sesuatu. Jadi aku tiba2 terfikir saja nak beri idea pada rakan2 blogger untuk buat entry sambil muhasabah diri.

best-of-myself

Seperti yang anda lihat pada banner di atas, ‘Best of Myself!’ adalah bererti perkara yang terbaik untuk diri anda. Di mana ia bermaksud perancangan anda masa depan depan berdasarkan masa lalu atau yang telah berlaku dalam segala aspek. Faham ke ni?

Jadi di sini, sesiapa yang sanggup nak terima tag aku ni aku nak beritahu beberapa panduan. Sebolehnya ikutlah ye.

  1. Jika nak sertai segmen ni, silalah letak banner tu dan harap link kan lah pada blog aku. Aku pun cari makan juga. Huu~
  2. Renungkan seketika tentang diri anda, muhasabah diri dan tuliskan apakah yang anda rasa perancangan terbaik untuk diri anda berdasarkan kisah lalu. Terpulanglah macam mana penulisan anda, tapi harap pembaca faham maksud anda cuba sampaikan.
  3. Nyatakan apa sebenar2 impian @ matlamat hidup anda? Adakah anda sedang berada dijalan yang menuju ke arah matlamat anda itu? Tidak kira ya atau tidak, apakah rancangan anda untuk sampai ke matlamat itu? Bagaimana dengan halangan?
  4. Lepas tu kalau boleh anda tanya pula rakan2 anda yang lain. Ajak mereka sama2 muhasabah diri. Aku tak kata kena tag sesiapa. Cuma semua terpulang pada anda. Kan itu blog anda. Dan kalau boleh, letakkan link anda disini agar boleh kita sama2 kongsi cerita dan saling memberi pendapat dan nasihat. Itu pun kalau tak keberatan.

Jika anda ada baca entry aku sebelum ni yang bertajuk ‘Susahnya sebagai aku. . .’ ia serba serbi mengenai keputusan aku dan sedikit masa lalu aku. Aku dah tersilap langkah dan agak tersungkur. Sekarang ni aku dalam situasi untuk bangun semula dari jatuh tu. Risiko agak besar, tambahan dengan halangan2 yang bakal aku lalui nanti. Tapi aku tetap nak teruskan juga, semua sebab aku nak capai impian aku. Aku nak sangat2 ada galeri seni aku sendiri dimana aku boleh pamerkan karya2 aku. Aku nak semua terhibur dengan hasil karya aku. Dan aku ada beberapa idea yang mungkin boleh mendekatkan diri orang ramai dengan seni dan seronok dengan seni. Aku nak sangat capai benda tu. Aku tak nak disebabkan kejatuhan aku hari ni akan sebabkan aku tak dapat capai impian aku! Oh tidak~ Tak mungkin! Aku harap dengan berkat sokongan rakan2 baik aku dan semangat seni aku. Aku tak kan berhenti dan terus mengalir bersama seni2 aku. Insha-allah~ Aku nak jadi The Best of Myself!!

Bila Sepanduk Anda Bergaya!

Aku hampir terlupa tentang contest anjuran Encik Shaofie ni. Haha~ Contest dia amat menarik! Tajuk dia pun menarik kan? “Bila Sepanduk Anda Bergaya!” Kreatif tak dia? Haha~ nak tahu info silalah klik untuk ke entry berkenaan. Info dan syarat2 semua di sana.

Bila Sepanduk Anda Bergaya!

Sewel je kan Banner dia? Haha~ dia ni memang sengal2 sikit. Lucu dan menarik! Bagus jika ada blogger macam ni, tak lah bosan. Blogger kena juga gila2 sikit, lagi2 masa buat entry. Eh2~ merapu sudah. Sepanduk yang aku pertaruhkan adalah:

Haha~ macam mana? Okay tak? Moga di terima oleh Encik Shaofie. Okay, selepas tu aku kena main tag2 rakan lah. Kalau macam tu, orang yang aku pilih adalah:

  1. Rarez

Lagi kreatif lagi bagus taw!

Segmen: Kritik Blog Saya…

Pengalaman aku selama 2 bulan berblogging ni, banyak perkara yang aku dah belajar. Semua positif dan negatifnya aku dah tahu sikit2. Tapi aku tahu masih banyak yang perlu aku belajar dan tingkatkan. Dari hari ke hari aku tertanya apakah yang kurang pada blog aku? Berat ke tak dan macam2 lah yang aku tertanya2. Jadi aku pun terfikir nak buat satu segmen TAG untuk ketahui tahap blog aku. Aku panggil segmen ni:

kritik

Syarat-syarat perlu buat untuk rakan yang di tag:

  1. Di kehendaki menjawab soalan yang di ajukan.
  2. Jawab soalan sejujurnya.
  3. Jawapan hendaklah mengenai blog orang yang tag anda.
  4. Sila gunakan bahasa yang berhemah dan berbudi bahasa. Bahas kesat amatlah dilarang sama sekali.
  5. Setelah menjawab, hendaklah angguk kepala 3 kali sambil fikirkan adakah anda juga mahu menerima kritikan mengenai prestasi blog anda. Jika ya, tag kan sekurang2nya 3 rakan blog anda.
  6. Lepas semua selesai, berikan link kepada orang yang mentag anda supaya dia boleh ketahui kritikan anda.

Mudahkan? Semuanya untuk anda tahu positif negatif pada blog anda. Analisis semula kritikan rakan anda dan cuba lakukan perubahan jika anda mampu mengubahnya.

Baiklah, soalan2 yang telah aku kenal pasti untuk kita ketahui prestasi blog kita adalah:

  • Kali pertama anda buka blog ni ‘berat’ tak?
  • Apakah first impressions anda tentang blog ini?
  • Apakah yang anda rasakan tidak perlu ada pada blog ini?
  • Apa lagi yang perlu ada pada blog ini?
  • Adakah entry blog ini mudah di baca dan di fahami?
  • Apakah kekurangan dan kelebihan entry pada blog ini?
  • Apa perkara yang menarik pada blog ini?
  • Ada tak perkara2 lain yang ingin anda katakan tentang blog ini?

Ha~ okay tak? Jika ada soalan lain yang anda nak tambah boleh je. Ikut anda lah, mungkin aku tak terfikir lagi waktu ni. So sekarang, orang yang aku nak tag adalah: