Ayam haiwan paling popular?

Assalamualaikum! Anda sedang buat apa? Dah makan ke belum? Alhamdulillah jika dah kalau belum, pergilah makan dulu ye. Sebab apa? Sebab aku nak bercerita tentang ayam. Ye ayam yang haiwan tu (seperti dalam gambar). Hah! Jangan kata anda tak kenal ayam tu apa. Jika memang tak kenal anda adalah manusia aneh! Kenapa? Sebab ayam ni haiwan popular!

Ayam haiwan paling popular??

Ye, ayam ni haiwan yang popular tau. Buktinya adalah mana2 dalam dunia ni kalau nak makan makanan berteraskan ayam ni dapat je. Tak kira lah telur ayam, kepak ayam, atau mana2 yang boleh dimakan. Ada juga yang jadikannya sebagai maskot pasukan atas sebab sifat kepahlawanan ayam tu. (Yeke?) 


Namun begitu, bagi sesiapa yang terlepas entry lepas. Sila baca dulu sebab entry yang lepas ada menyatakan mengenai kekejaman yang dilakukan sesetengah manusia yang tak layak jadi manusia mahupun haiwan. Itu yang kita tak nampak depan mata tapi lain pula pada yang kita nampak di sesetengah tempat dimana masih wujudnya sabung ayam! Bukan sekadar sabung menyabung tapi juga dipasangkan pisau sebagai senjata dikaki ayam tu supaya ayam pihak lawan mati.  

Acara ini masih digemari di sesetengah kawansan kerana ia adalah satu perjudian. Ni kira orang2 yang malas nak bekerja dan nak dapat duit cara mudah. Apa mereka ingat sabung ayam ni macam lawan Poke'mon kot? "I choose you Pikachu~!" Haha~ agaknya macam tu kot. Tapi rasanya macam tulah konsep Poke'mon tu kan? Ish! Tak elok lah pula aku rasa cerita Poke'mon tu. 


P/s : Aku lebih suka Digimon dari Poke'mon sebab boleh masuk dunia digital. Jadi senang lah nak hack profile Facebook orang kan? Haha~

Daging tu haram dimakan!

Assalamualaikum! Kali ni tak nak kata panjang. Cuma nak post juga perkara yang kawan aku post. Kire Repost lah. Aku sumpah mengalir air mata tengok. Manusia makin kejam. 


Hah, jangan kata ni bukan Malaysia. Kat Malaysia okay! Anda boleh buktikan kat Malaysia okay ke? Walau kita negara Islam tak semestinya pekara2 macam ni ikut cara Islam. Kira macam kita Islam, dan adakah kita ni 100% buat perkara yang berlandaskan Islam? Kalau anda kata ye, cuba renung balik. Ye? 

Cikgu, ibu dan hari-harinya.

Assalamualaikum! Maaf dengan kegawatan entry2 yang muncul dalam blog aku. Biasalah kan, sibuk dengan hal yang ntah apa2. Haha~ Okay, seperti yang terpampang pada tajuk entry. "Cikgu, ibu dan hari-harinya" rasanya anda dah tahu apa yang aku nak sampaikan kan? Yela, sekarang ni kan dah nak dekat dah hari cikgu dan hari ibu. Jadi, ini adalah hari yang patut diraikan sangat2. 


Betul? Betul? Secara jujur aku tak pasti bila tarikh tu sebenarnya. Haha~ Maaflah, aku memang tak ingat tarikh sangat lah. Tapi tak bermakna aku tak tahu wujudnya tarikh2 tu ye. Hehe~ 


Entry ni cuma peringatan kepada anda je yang mungkin baru terperasan perkara ni. Macam aku lah. Hehe~ 


Oleh itu, aku nak tanya: Apa perkara terbaik yang pernah anda lakukan untuk Ibu dan Cikgu anda? (Bagi aku, cikgu aku adalah ibu aku sendiri dan juga diri aku.)


Tinggalkan komen, atau entry response untuk entry ini. Tak perlu credit untuk aku. Sekadar nak jengah ke entry dan blog anda. 

Mengapa Facebook warna biru?!

Assalamualaikum~! Rindu dengan entry aku tak? Apa tak? Okay, aku sedar aku tidak popular seperti mereka2 yang popular. Yang penting aku happy disamping orang tersayang. Hehe~ Okay, rata2 manusia di dunia yang tahu IT mesti ada Facebook! Bak kata AnwahHadi, bila manusia tak ada Facebook bagai dia tidak wujud! Wah! Dasyat je bunyi nye. Hehe~ Tapi persoalan ni juga biasa aku dengar dan ada pernah jadi perdebatan dan buah mulut orang. Betul? Mengapa Facebook warna Bebiru?! Hehe~ Aku pinjam ayat Masked Rider Kepong.

Okay, tahu kenapa? Jika anda lihat, dari dulu lagi atau maksud aku dari zaman thefacebook.com lagi ia dah di design kan oleh si Mark Zuckerberg dengan warna biru. Tertanya tak?

Di atas ni adalah rupa asal Facebook sebelum di transformasi dalam beberapa bentuk hingga lah yang sekarang ni. Segalanya nak biru kan? Dari ke pop-up dia pun nak warna biru, hingga kan kat applikasi telefon?! Kenapa?


Menurut labnol.org, Mark Zuckerberg ni buta warna merah dan hijau di skrin laptop tu. Patut lah dia pilih biru sebab tu je yang dia nampak. Haha~ Dan jawapan dia bila ditanya kenapa biru, dia kata "Biru adalah warna kekayaan bagi saya, saya boleh lihat semua dalam biru!" Haha~

Tapi menurut kajian kebanyakkan warna website adalah biru di ikuti warna merah. Wah! Kalau macam tu aku nak buat blog aku pun biru lah. Hehe~

Itu lah pentingnya 'English Education'. Kata2 Usop Wilcha?


Assalamualaikum! Dah2 jangan kata aku buat tajuk saja nak tumpang populariti Usop Wilcha. Aku sebenarnya nak pinjam je kata2 dia. Itu lah pentingnya 'English Education'. Kata2 Usop Wilcha? Betul ke kata2 dia? Ada awok kisah ke? Haha~ 

Apa2 pun kata2 tu popular dari cerita Zombie Kampung Pisang lagi kan? Cerita2 Mamat Khalid memang terbaik setakat ni. Bak kata mak aku, sejak dari zaman Rombongan Cik Kiah lagi. Tu baru lah dikatakan hasil karya seni. Bukan macam cerita2 si Hassan Mutalib tu. Hehe~

Okay, sebenarnya aku nak cakap betapa pentingnya 'English Education' seperti yang sering disebut2kan oleh Usop dalam filem2 tu. Kenapa penting? Sebab antaranya adalah ia bahasa kebangsaan atau bahasa Lingua Franca (kalau salah betulkan). Kalau pergi mana2, insha-allah jika mereka bependidikan, mereka akan faham ayat bahasa inggeris.

Bukan lah aku nak kata bahasa melayu ni tak bagus dan terus guna English. Maksud aku dan mereka2 yang lain tu adalah sekurang2nya tahu lah nak menyebut ayat2 dan suku kata dan faham apa orang kata. Sebab kot satu hari ada mana2 orang lain speaking in English with you and you don't understand. They might lie or cheat or apa2 lah. Haha~ Aku nak speaking pun tak reti. Kelaut Grammar. 


Cuba tengok ni:


So, itu lah pentingnya 'English Education'...

Hati-hati dalam makanan kita ada racun!

Assalamualaikum! Aku nak sampaikan berita baik punya ni. Aku rasa ramai yang sebenarnya dah tahu tapi masih lagi melantak dek kerana nafsu makan dan kelaparan perut. 

Perkara ini biasanya berlaku diwaktu tengah hari bagi mereka yang bekerja, dan waktu rehat di sekolah2. Tapi ia makin berleluasa hingga ke setiap masa. 

Okay2, mesti anda tertanya2 apa yang dikarutkan oleh sembill9n kali ni kan? Tapi ini bukan karut! Ini betul2 bukan cobaan! Haha~ 

Hati-hati dalam makanan kita ada racun! 'Racun' yang aku maksudkan adalah kolestrol dan lemak2 yang buatkan kita ngantuk. Haha~ Aku bengang lah. Kenapa lepas je kita makan nasi kita jadi ngantuk?? Kalau ngantuk sikit tak apalah, ni ngantuk sampai tersengguk2. Nak buat kerja pun susah. 

Lagi2 pada yang budak2 sekolah kan? Sebelum rehat agak cergas2 je. Lepas je rehat semua dah lentok2 macam apa je. Tak dapat nak tumpu apa2. Lagi2 dapat pula lepas rehat belajar Sejarah, Matematik, dan Add Math!! Hahaha~

Oleh itu, pengusaha2 makanan tak kira di sekolah atau mana2. Asal jual makanan hendaklah mengambil jalan untuk membuatkan masakan anda kurang mengantuk atau senang cerita, tidak mengantuk selepas makan! Ini untuk melancarkan pergerakan industri dalam negara kita. Aku rasa kalau makanan kita memberi 100% tenaga. Negara kita akan meningkat sekurang2 3.1% dalam urusan kerja. Haha~ Suka2 hati je kan? 

Bagi aku, tak elok ucapkan "Good Luck".


Assalamualaikum! Hai semua, semalam internet WiFi down! Jadi, terpaksa aku ambil broadband Celcom aku untuk online. Dan mungkin rezeki aku kot, seorang rakan blogger menegur aku di Facebook. Dimana dia memerlukan khidmat aku sebagai designer Logo untuk rakan dia. Insha-allah~ aku terima. 

Okay, itu sedikit selingan. Apa yang aku nak tulis dalam entry ni adalah tentang perkataan 'Good Luck'. Bagi aku, tak elok ucapkan "Good Luck".Kenapa? Entah lah, tapi bergantung pada situasi juga. 

Contoh situasi, jika ucap 'good luck' ketika orang nak ambil ujian atau peperiksaan. Bagi aku tu tak bagus lah, sebab nak jawab semua tu tak perlukan 'tuah' pun kan? Patut kata lah 'Try the best'. Sebab kita patut galakkan orang tu cuba yang terbaik, dari bergantung pada tuah atau nasib. Kan? Hehe~ 

Tapi kalau situasi; macam dia kantoi apa2 dengan seseorang dan takut nak berdepan dengan seseorang tu. Baru kita cakap 'Good Luck'. Hehe~ Kenapa? Sebab tu dah susah nak cuba yang terbaik dah, memang bergantung pada nasib je lah. Kan?

Apa2 pun ni pendapat aku je. Jangan marah pula. Ye~?

Kalau nak cakap betul2 tentang tuah atau nasib elok tengok ini. Ye? Hehe~

Misteri Belalang menjadi buah?!

Assalamualaikum! Aku nak cerita berita gempar ni. Ni betul2 berlaku ketika aku menulis entry yang sebelum ini. Ni aku cerita ye, kisah benar yang benar2 berlaku! 

Aku tengah tulis entry, sementara tu kawan2 aku tengah nak siapkan assignment mereka. Seorang kawan aku, Farid (bukan nama benar) pergi ke dapur untuk basuh tangan. Sekali lagi aku masih khusyuk nak siapkan entry cepat2. Huhu~ Dia kata, sebaik pusingkan badan kebelakang. Dia ternampak belalang tu betul2 terlekat di tuala dan setentang dengan muka dia. Dia terkejut lalu menjerit seperti perempuan...okay tu tipu je. Dia terkejut dan belalang tu pun ikut terkejut lalu terbang.

Belalang tersebut terbang ke arah ruang tamu dimana ada aku yang tengah menaip entry. Dengan six-sense yang aku ada, aku nampak belalang tu terbang melulu ke arah aku. Belalang tu agak besar. Aku dengan selamber bangun dan menyorok dibelakang kerusi. Eh! Bukan takut, jangan salah faham. Aku cuma bagi ruang untuk belalang tu terbang. Hehe~ 

Belalang yang terbang tu hinggap ke cermin tingkap. Kawan aku dari dapur membawa tuala ditangan. Cuba menangkap belalang tu. Dia melibas kain ke belalang tu  sebelum belalang tu terbang dan jatuh. Sebaik je jatuh, lantas kawan aku menangkup dengan tuala. Nak tangkap. DAPAT! Aku pun keluar dari belakang kerusi sambil buat muka tak tahu. Sementara dia bawa tuala yang ada tuala di dalamnya ke bilik si pondan. 

Sebaik di depan bilik si pondan, Farid mengibarkan tuala ke arah pondan tu tetapi bukan belalang yang keluar. Sebaliknya buah bewarna hijau!! Eh?! Kemana hilangnya belalang tersebut. Aku yang dengar pun jadi pelik. Kami mencari2 tapi tak jumpa. Takkan tak perasan kot belalang tu terbang? Belalang tu besar! Aneh gila~ Masih tak tahu mana pergi belalang tu. Adakah dia telah berevolusi menjadi buah?? Masih tertanya2.

Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni?


Assalamuamalikum, kepada kawan2. Dah tengok tajuk entry yang mengejutkan pengejutan dalam kekejutan tak? (MEREPEK) Haha~ Kalau baca entry aku lepas, baru je aku ingatkan tentang larangan hubungan sejenis ni kan? Ni aku pula yang buat pengakuan?! Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni? Gila ke? Adakah ini gara2 aku terlebih tidur ye? Sebab hari ni aku hanya:

Okay! Aku ingat kejap je aku nak lelap. Alik2 sampai ke petang aku lelap. Gila betul. Agaknya sebab tu kot aku buat tajuk gila ni. Haha~ Tapi memang benar bagai dikata. Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni? 

Haha~ Sebenarnya aku jatuh hati pada Abang Zam ni. Okay, jangan salah faham. Aku suka dengan penulisan dalam blog dia. Haha~ Tak ada maknanya aku nak jatuh hati kat seorang lelaki! (Pangkah! Pangkah!) Kenapa dengan blog beliau? Dia punya blog sangat2 sempoi tambah pedas. Baik punya ayat. Haha~ Dalam banyak2 entry yang dia pernah hantar, satu entry ni buat aku rasa gila berani Abang Zam. Haha~ Entry: Tutorial Mandi Wajib Selepas Melancap. Lucu kan? Tapi serious dia bagi tutorial yang lengkap dalam penulisan dia. Hehe~

Jadi, kepada yang tak kenal dengan Abang Zam dan tak pernah tahu kewujudan blogger seperti beliau, silalah pergi jengah ke blog beliau. Okay?

Hantu mana seram?! Cuba tengok hantu ni, comel je?

Assalamualaikum! Entry ni nak cakap tentang sesuatu yang semua orang kata seram tapi hakikatnya tak seram pun. Biasanya orang kita ni suka sangat dengan benda2 hantu dan mistik ni. Apa? Anda tak suka? Hah! Tipu lah, rata2 sini mesti dah tengok cerita hantukan? Anda minat cerita hantu, betul tak? Cakap je lah ye. Kalau anda tak pernah tengok tu sumpah menipu. Ish! Nak dalih juga lagi? Tengok kan cerita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH? Haha~ Hantu lah juga tu. (Bako2!)

Balik ke tajuk entry aku. Ramai orang kata hantu ni seram!! Hantu mana seram?! Cuba tengok hantu ni, comel je? Kenapa yang anda kata seram? Mana anda tahu seram? Pernah ke berdepan dengan hantu? Haha~ Hantu tak seram comel je. Nanti aku tunjuk. Ni gambar yang aku jumpa dari kawan aku. Dia kata dia boleh nampak hantu. Memang ada orang yang dikurniakan boleh lihat benda2 halus ni (tapi bukan kuman). Jadi dia berinteraksi dengan hantu tu untuk tangkap gambar hantu tu. Hantu tu comel! Haha... Okay aku dah jumpa dah. Ni gambar hantu comel tu (aku bagi suspen sikit):
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||||||||||||||||||||||||
||||||||||||||||||||||
||||||||||||||||||
||||||||||||||
|||||||||||
|||||||
||||
||


Comelkan? Hehe~ Sebenarnya aku nak bagitahu aku minat gila cerita Casper Friendly Ghost! Hehe~ Jangan marah ye? Ni lah satu2nya hantu yang comel kot? Kalau siapa2 ada lagi gambar hantu comel sila kongsi kat aku ye? Aku nak. Tak kira lah kartun ke apa ke. Kongsi2 ye. Huhu~


Normal Wanita kahwini dua laki?

Assalamualaikum! Ah sudah, parah ni. Bila pula wujudnya ajaran wanita boleh kahwini dua lelaki? Ke ada agama lain yang benarkan tu? Dah lah wanita kini lebih ramai dari lelaki, ni nak kahwin ramai pula? Aduhai, nampaknya makin ramai wanita single lah ye? Hoho~ 

Dalam Islam, wanita hanya boleh mengahwini seorang sahaja. Tapi kalau dah janda tu belakang cerita lahkan? Haha~ Aku tak nak cerita hal2 janda ni, tak reti lah (chewah~). Tapi apa pun si lelaki yang dibolehkan mengahwini 4 orang wanita. Kenapa? Aku pun tak tahulah, tanya lah ustaz ke ustazah.

Apa2 pun, walau lelaki boleh kawini 4 dan wanita pula hanya 1 tak pula bermaksud boleh kahwin sesama jenis. Masha-Allah! Apa lah yang kita layankan dengan kaum sejenis ni? Apa dia ada kita pun ada. Aduhai, kan ke tak seronok tu?! Takkanlah "pedang" sesama "pedang", "sarung pedang" sesama "sarung pedang"?? 

Dan lagi sekali tak juga dikatakan bolehnya kahwini kaum sejenis yang menyerupai kaum yang satu lagi. Tak kira lah yang dah modified ke belum, masih sama! TAK BOLEH!!


Eh! Eh! Berbalik pada tajuk entry tadi, 'Normal Wanita kahwini dua laki?'. Normal lah kan? Sebab: 



Haha~ Aku gurau je, saja nak cerita topik kahwin. Jangan marah ye? Aku nak test ada tak yang baca kalau tajuk menarik je bunyi? Hehe~


Kesedaran tentang hadiah.

Assalamualaikum semua yang datang ke blog aku. Kali ni aku cuma nak buat satu entry pendek je. Aku kurang keseronokkan harini. Hehe~ Masih berfikir nak buat apa sebenarnya. Jadi aku semak2 blog aku dan aku mendapati ada seorang telah join segmen Hari Bumi aku tu, dan masih lagi open sampai malam ini. Blogger tu adalah Cik Huda!  Terima kasih kerana menyertai. Aku dah baca entry dia dan bagus untuk dia. Menerangkan apa yang patut dan tidak patut kita sebagai manusia yang tinggal dibumi ni. Pergi lah baca entry dia tu. Blog dia pun bagus tak terlalu peribadi macam sesetengah orang perempuan tu kan? Hehe~

Aku sebenarnya nak tunjuk video ni. Sempena hari jadi aku yang ke 21 ni, aku buat vektor gambar si dia. Haha~ Kenapa dia? Adalah. . .




Okay tak? Ni belum siap lagi sebenarnya. Aku letih tengok screen lama2. Nanti lah aku siapkan. Huhu~

Segmen: 22 April adalah Hari Bumi.


Assalamualaikum. 22hb April adalah Hari Bumi (Earth Day). Dikatakan Bumi terjadi pada tarikh itu atau senang cerita adalah harijadi bumi. So sebagai manusia yang mendiami bumi tercinta ini, aku mohon anda jika ada masa terluang sertai segmen aku ni. Aku tahu blog aku ni tak lah tinggi traffik pun macam blogger2 lain. Tapi aku buat ni bertujuan untuk kita sama2 fikir sejenak untuk menghayati kurniaan Allah SWT pada kita. Dia beri kita tinggal di Bumi yang kaya dengan segala sumber yang sangat2 berguna dalam kehidupan seharian kita. Kita rasakan bumi ini kecil tapi masih banyak yang kita belum terokai di bumi ni. 

Jadi, apa yang perlu anda buat adalah:
  • Buatkan satu entry dan postkan didalam blog anda. 
  • Entry berkenaan hendaklah ada kaitan dengan Hari Bumi. Tidak kiralah cerita rekaan ke, cerita fakta ke atau apa2 je. Tapi kalau ada sumber lagi seronok. Asalkan berkaitan dengan Hari Bumi ni atau bumi ye? Tak semestinya fakta!
  • Dah siap post, tinggalkan link di ruang komen aku ni ye? Nanti aku akan publish siapa2 yang sertai segmen ni. Tapi jangan harapkan traffik tinggilah ye? Sekadar berkongsi cerita, idea, fahaman, ideologi, atau pendapat je. 
  • HANTAR SEBELUM PUKUL 11 MALAM esok (22hb April 2011).
SOKONGAN ANDA AMAT AKU HARGAI~! 

P/s : Tak perlu linkkan blog aku dalam entry pun tak ada masalah. Aku cuma nak baca entry anda. :)

Kenapa susah jadi Pondan?



Assalamualaikum! Hah~ Sekali lagi aku nak bagi info yang sikit je. Wah! Aku cerita pasal pondan kah? (aww~!) Aku nak cerita kenapa susah jadi pondan. Hehe~ Kepada mereka2 yang ada hasrat nak jadi pondan tu hentikanlah! Bukan pasal dosa besar tu je, tapi banyak sebab2 lain yang menjadi faktor utama susahnya jadi pondan. Haha~ Ini berdasarkan pemerhatian aku ye (sedang berani mati menulis entry di sebelah pondan yang tengah nak siap pergi kelas). 

Okay, sebab utama nya adalah:

  • Kena bangun awal dan mandi sebersih2nya. Bangun awal semata2 untuk make-up berejam. Lebih lama dari wanita kerana dah nama pun lelaki kan susah nak jadi cantik.
  • Kena kepit suara, lagi pada yang asalnya suara macam beruang nak jadi kucing memang susah lahkan? Haha~ 
  • Kena selalu pakai baju sebab 'bajet' malu orang tengok badan. Haha~
  • Pakai wanita yang ketat tu semata2 nak nampak seksi.
  • Tiap hujung minggu kena keluar ngan 'jantan'. Haha~ 
  • Tak boleh tidur seorang2, kena ada teman.
  • Kena kawan dengan kaum2 yang seumpamanya je sebab susah diterima masyarakat.
  • Bahasa kena kasar. 
  • Buat sleepover party kat bilik tanpa menghiraukan roomate lain. 
Ah! Aku dah tak boleh ingat dah. Haha~ Tu semua yang aku nampak dan aku terlintas lah. Hehe~ Susahkan jadi pondan? Jadi lelaki rileks je. Kenapa lelaki rileks? Sebab:

  • Bangun pagi2 tak perlu cepat2 mandi pun tak apa.
  • Kelas lagi 10 minit tapi still duduk termenung kat katil.
  • Capai tuala mandi 2 minit pun tak sampai alasan sejuk.
  • Pakai baju semalam pun tak ada masalah, lepas tu kalau jumpa sikat rambut je baru sikat kalau tak jumpa setakat tepek gel dah boleh gerak pergi kelas. 
  • Dalam bilik tak perlu banyak cakap pun dengan member lain. Setakat "Hey~" cukup.
  • Siapa2 call pun tak perlu control suara (kecuali awek call).
  • Tidur seorang ke 2-orang ke peduli apa.
  • Malam minggu lepaks!
Hehe~ Banyak lagi yang tak terfikir kat kepala setakat ni. Kenapa lah susah2 jadi pondan tu ye? Nak kena cucuk2 bagai. Adoi~ Masya-allah!

Kehijauan dihujung jari.



Assalamualaikum! Apa benda aku nak merepek ni ye? Haha~ Sebenarnya aku nak batak kat anda semua dengan design aku ni. Agak2 ada macam meniru siapa2 ke ye? Aku cuma adaptasi sikit je. Kalau ada tertiru maaf lah ye. Huhu~

Apa yang aku cuba sampaikan dalam lukisan vektor tersebut? Aku cuba menyampaikan mesej hijau dalam karya ini. Cuba check handphone masing2 dapat tak? Hehe~ Bukan mesej tu ye kawan2. Maksud karya aku ni adalah perlunya kita ada pertalian dengan kehijauan bumi kita ni. Bukan pertalian yang anak beranak tu ye, tapi maksudnya kita perlu mengenali tumbuhan2 ni. Haha~ Kenapa kita kena kenal? Tak kenal maka tak cinta! 



Topik entry yang digemari.

Assalamualaikum, ramai yang suka nak tahu tentang tips blog ni kan? Tapi ni tak macam tips blog yang best sangatlah. Mungkin juga bukan tips pun. Haha~ Tapi aku nak bagi contoh lah tajuk entry yang orang suka gila nak klik. Nak tahu tak? Kalau nak tahu sila klik like dibawah dulu ye? Haha~ Tak adalah, aku tak kisah sangat pun anda nak klik ke tak. Kalau yang klik tu yang sah2 baca entry lah kan. Hehe~ 

Okay2, balik pada topik yang aku nak cakap. Tajuk entry yang digemari adalah tajuk2 yang tidak senonoh. Itu nombor satu yang orang akan nak tekan. Contoh:
  • Aksi terlampau
  • Artis pakai seksi nampak...
  • Artis dan pakaian mandi...
  • ...lucah...
  • .........(18sx)
Entry2 seperti tu lebih dapat perhatian dari topik yang biasa2. Walaupun dah diberi amaran 18 tahun ke atas, tapi masih ada yang rasa diri dah besar klik dan baca entry tu. Biasalah, manusia ni lagi di larang lagi dia nak. Kalau kita tulis "Sila baca entry ini..." sah2 ada 2-3 orang je yang klik. Tu pun baca intro2 sikit2, leave. Haha~ Aku tak kata siapa2, terasa padan muka. Aku pun kadang2 macam tu dan aku sangat2 akui. Cuma beberapa faktor je buat aku nak baca. Tapi bukan dalam entry ni lah aku bagitahu. 

Topik lain yang paling orang nak baca biasanya adalah hal2 semasa, dan juga politik. Bab ini termasuk lah bab artis2. Orang nak tahu perkembangan benda2 ni. Sebab kadang2 kaki internet ni tak buka TV sangat pun, tak baca akhbar, dan kadang2 saja nak cari info tambahan. Ada juga yang cari bahan untuk jadi bahan kertas kerja di kolej. Untung lah jika blog anda terlibat dalam kajian seseorang sebab mungkin orang tu buat forum ke apa ke, kan best je terlaku blog anda tu. Huhu~ 

Topik yang harap dijauhkan untuk anda tulis adalah: KISAH CINTA ANDA! Kenapa? Sebab tidak ada sesiapa pun nak tahu selain dari kawan2 anda yang mengenali anda. Tapi mungkin lah ada 2-3orang yang suka baca perihal orang. Itu pun jenis orang2 yang biasanya stalker. Lepas tu nanti mula nak mengata. Hehe~ Tapi tak semua lah. Kadang2 wujudnya orang yang suka tahu perihal orang lain untuk tambah pengalaman diri sendiri. Bagus jugakan? Tapi serius lebih elok jangan buat sebab ia mendatangkan fitnah, dan bahan cerita. Kadang2 ia mendatangkan aib pada diri sendiri je. Kenapa? Tepuk dahi, fikir sendiri.

Tu je~

Mesin masa tidak akan wujud?!!

Dah biasa dengar pasal mesin masa? Hah~ Jangan kata tak tahu mesin masa tu apa, mahu aku sekeh. Mesin masa selalu dikaitkan dengan mesin yang boleh bawa kita merentas masa samada ke masa depan mahupun masa lampau. Jadi kita boleh merubah sejarah atau merancang sejarah lah. Itu kalau ikut teorinya. Tapi adakah mesin masa ni sekadar teori atau akan menjadi nyata? Aku sendiri tak pasti. Sebab ada yang mengatakan ia posible dan yang kata imposible. Tapi aku tak pernah pula dengar ayat Al-Quran mengatakan kita boleh merentasi masa, hadith sahih dengan tak sahih pun tak kata kita boleh rentas masa! Jadi kita mesin masa tidak akan wujud! 

Aku yakin mesin masa ni adalah impian setiap umat manusia dalam dunia ni kan? Kononnya jika ada mesin masa, kita akan menjadi manusia lebih baik. Haha~ Bila aku fikirkan balik, bila ada mesin masa semua orang akan jadi gila! Yela, sampai tak ingat diri asal dari tarikh yang bila. Haha~ Dah kerjanya asyik pergi dari satu masa ke satu masa je.

Tapi memang ye jika mesin masa wujud, dunia akan jadi lebih baik!! Why? (eh! Speaking lak) Sebab bila adanya mesin masa, manusia akan tahu banyak kebenaran dunia ni! Kenapa aku kata sedemikian pula? Sebab waktu tu baru anda sedar yang semua anda pelajari tentang sejarah kehidupan manusia adalah satu penipuan. Ingat lagi teori Darwin? Ramai orang tentang dengan teori tu kan? Tapi kenapa tak ada yang tentang dengan teori manusia dulu tak ada tamadun, tak ada bahasa rasmi, tulis kat dinding, bodoh, tak ada akal atau apa2 lah lagi?! Secara ringkasnya yang kononnya kita menempuhi era manusia zaman batu dan logam?!

Hah~! Anda percayakan? Siap anda hafal lagi dengan mesolitik ke apa kejadahnya dulu tu. Kan? Yela, sebab ada periksa Sejarah kat sekolah dan ada kertas sejarah yang nak kena jawab kan? Dalam sejarah semua kata kita dari orang zaman batu lah, zaman ais lah, zaman logamlah. Tapi Allah SWT, ciptakan Nabi Adam A.S. dengan pengetahuan yang banyak serta baginda dah diajarkan bertutur pun. Tak pun kata baginda ni bodoh, tak tahu semua perkara. Turun2 ke bumi je dah berpakaian (kalau aku salah, perbetulkan). Dan zaman2 nabi yang seterusnya telah pun mengetahui bahasa dan tamadun dah pun wujud. Macam mana tu? Sedar tak?

Itu baru sikit je aku kupas, dan ni adalah 100% pandangan aku sendiri. Kalau ada yang tanya aku sumber mana, sah2 aku tunjuk otak aku. Aku dah mentelaah ni dari zaman sekolah dan ada sesetengah cikgu sejarah tu tak tahu nak jawab. Aku pun faham, sebab semua ni telah ditulis kan? Kita pula biasanya percaya je dengan apa yang tertulis dan yang kononya ia fakta. Dah kita diajar begitu, nak buat macam mana kan? Aku pun malas nak tulis panjang2.

Sebab kalau aku tulis panjang2 pun bukan anda nak baca. 

P/s : Aku perasan yang anda suka baca entry kalau tajuknya ada kata2 terlampau seperti; Aksi Terlampau, seks, seksi, kemaluan dan lain2 yang lucah. Tapi bila bab agama je, berapa kerat je yang baca. Komen lagilah ciput. Haha~ Akhirat weyh!

Couple? Hmm... Aku rasa...

Assalamualaikum! Hello kawan~ Apa khabar? Kalau dapat baca entry aku ni kira anda ni sihat lah kan? Hehe~ Okay, anda single ke double ye? Maksud 'double' tu adalah adakah anda tidak single. Hehe~ atau erti bahasa mudahnya couple. Aku rasa ramai di antara blogger wanita ni dah couple. Kan? Hehe~ Mana taknya sebab kat blog asyik tulis tentang pakwe je, macam orang lain tak ada pakwe je. (wekks~) Aku okay je dengan tu, tapi jangan harap aku baca lah. Tak ada makna aku nak baca hal peribadi orang. Kecuali kalau anda tulis pasal lebih umum tak apa lah. 

Okay, sebenarnya ini adalah tribute daripada entry dari blog anwarhadi.com. Jadi apa pendapat aku tentang couple? Aku setuju gila dengan semua yang ditulis oleh anwarhadi tu. Sangat setuju. Tapi aku masih ada pendapat aku sendiri. Aku rasa tak salah jika kita nak ada perasaan kat seseorang. Sebab itu adalah zahir, dan fitrah manusia untuk mempunyai hati dan perasaan. Kalau dah si lelaki suka si wanita dan si wanita suka si lelaki nak buat macam mana? Tapi apa yang salah adalah perlakuannya. 

Kadang2 terfikir juga perlu ke lafazkan "Sudi tak awak menjadi makwa saya?". Masa zaman mak ayah kita, bercinta je tapi tak pula kata macam tu. Huhu~ Ke ada? Apa2 pun yang aku tahu, bila si dia menerima 'lamaran' tersebut. Ianya seperti satu kata laluan untuk si lelaki menyentuh si wanita. (OMG!) Itu adalah realiti. Adakah si wanita tu tidak tahu password sebenar untuk si lelaki menyentuhnya adalah dari pengesahan kadhi dan 4 orang saksi? Lafaznya lebih kurang seperti "Aku terima nikahnya dengan wanita pilihan hati saya (nama si wanita) dengan mas kahwinnya. . .". Kan lebih romantik tu?!

Tapi kalau dah masuk ke alam percintaan ni, harap beringatlah ye? Tahu batas2 pergaulan anda. Walau si lelaki menjanjikan kebahagiaan yang macam gempak je bunyinya. Bercakap dengan muka yang penuh cahaya kebenaran macam mana sekali pun, tetap anda perlu menjaga batas2 semua tu. Nak bercinta jangan lama2 sangat. Dah cukup duit, pergi kahwin! Tak cukup duit tu jangan gatal2 ye? Huhu~ 

Haha~ Aku cakap macam lah aku tak ada buah hati kan? Hehe~ Maaf ye Cik Siti Norazlina, tak bermaksud nak tolak anda ketepi. Entry ni untuk kita sama2 beringat. Allah SWT sentiasa perhati kita. Kat mana pun kita buat kejahatan, walau kita tak nampak ada CCTV yang merakam. Tapi Allah SWT tak perlukan CCTV pun untuk melihat atau membuktikan apa2. Sedangkan mereka yang dah tunang pun boleh putus malam sebelum kahwin, inikan setakat sama2 ada perasaan. 

P/s: Aku ingat satu komen youtube aku baca, dari seorang luar negara lah. Seorang budak kecil bukan Islam bertanya kat ibu pada kawan nya yang beragama Islam. Dia tanya mengapa anak perempuannya perlu memakai hijab? Si ibu tu ambil dua bungkus gula2 dan satu bungkusan dibuka. Di letakkan di atas tanah kedua2nya dan disuruh budak itu memilihnya. Budak tu ambil yang dibungkus. Bila ditanya mengapa dia menjawab sebab satu lagi tu dah dibuka bungkusan dan kotor. Wanita tu membalas "Begitulah cara kami mengajar anak perempuan kami".

Handphone yang ada butang kecemasan!!


Assalamualaikum! Hah~ Bertemu lagi dalam segmen gadget2. Hahaha~ Bila ntah aku ada segmen gadget2? Okay, apa2 pun aku memang nak kongsikan dengan anda tentang satu gadget ni. Sebuah handphone yang ada butang kecemasan!! Atau senang kata ada butang SOS. Bagus tak?? Ia adalah model iNo Mobile SOS f8. Aku tak pasti lah keluaran mana tapi handphone tu kelihatan comel je bagi aku.

Dengan butang yang besar dan nombor di screen yang gabak sangat sesuai untuk warga2 tua atau yang rabun2 tu lah kan. Sebab boleh lah nampak nombor2nya. Hehe~  Tapi bagusnya untuk orang tua2 lah. Sebab biasanya orang lebih tua ni bukan nak handphone canggih2 cam kita ni. Sebab kalau pun canggih, nanti digunakan untuk call, dan SMS. Baik pakai handphone murah2 je kan? Hehe~

Handphone ni harganya dalam RM200++ je aku rasa kat pasaran tapi tak sure dah ada belum. Lama tak usha~ Apa yang ada pada handphone ni? Okay, handphone ni dilengkapi dengan SMS, Phonebook, Radio FM, dan butang SOS. Untuk dengar Radio FM tu tak perlu sambungkan wayar headphone seperti kebiasaan handphone, cuma klik je dan cari siaran. 

Tapi kalau nak advance sikit, siap ada MP3 dan kamera 2megapixel boleh beli abang dia sikit iaitu iNO Mobile F12. Tapi aku abang dia ni tak ada button SOS tu lah. Tapi ada MP3 dan kamera serta Radio FM. Harga lebih RM100 je rasanya. Tak pasti pula.





p/s : Kalau ada yang dah nampak model2 ni dikedai, bagitahu aku ye? Aku nak beli lah. Aku suka handphone2 comel macamni. Lepas tu jangan lupa Ratekan entry aku ni dan Like! 

Nak tengok iklan Window DOS-5 dulu tak?

Assalamualaikum! Aku cuma nak tunjuk video iklan window zaman dulu. Kalau kita hidup zaman tu pun kita dah rasa hebat gila dah, tapi sekarang kalau kita tengok balik? Hahaha~ Anda nilai lah sendiri dengan tengok video ni.


Cuba anda periksa, mana tahu anda ada Split Identity?!


Assalamualaikum, entry kali ni nak suruh anda check kot lah anda ni ada 'split identity'. Apa tu? Tak pernah dengar? Ni adalah satu penyakit dimana seseorang individu mengalami permasalahan dua identiti. Paham tak maksudnya? Tu dalam gambar atas tu lebih kurang macam tu. Orang2 yang ada penyakit ni sekurang2nya mempunyai dua identiti. Kira macam sekejap dia seperti tegas dan profersional dan sekejap dia garang dan emotional. Tu contoh ye.

Kelakuan orang yang orang yang menghidapi Dissociative identity disorder (DID) ni biasanya akan dituruti dengan hilang ingatan. Tak lah lupa semua perkara, cuma macam lupa biasa tu tapi ia kerap. Alahai~ susahnya. Apa yang lebih susah adalah apabila pakar juga tak dapat kenal pasti apa sebenarnya penawar ubat ni. Yela, kalau fikir logik akal pun still tertanya kenapa pesakit jadi macam tu?

Aku nak terangkan banyak2 pun aku dah naik pening. Apa aku nak kata cuma bersyukurlah jika anda adalah normal. Sebab mereka yang menghidapi sesuatu yang pelik2 macam ni mungkin tak ada penawar dan mungkin membuatkan mereka dipinggirkan dan mungkin tak dapat pekerjaan yang dikehendaki kerana keanehan penyakit yang dihidapi. 

Dan anda juga jangan pula mengherdik kekurangan orang lain. Anda herdik mereka yang lain tapi berkemungkinan darjatnya lebih tinggi di sisi Allah SWT. Anda cukup bagus ke nak herdik orang? Sebelum anda nak herdik orang lain, cuba anda ingat2 balik. Ada tak perkara yang mungkin memalukan diri anda atau mungkin perkara yang tak mampu anda buat tapi orang lain boleh? Hah! Ada kan? Anda pun ada kekurangan. Jadi herdik lah diri anda.

Hehe~ Ni sekadar kata2 untuk muhasabah diri. Aku berkata sebab aku mengingatkan diri aku dan sama2 kawan yang lain. Maaf kalau terkasar. Jom layan lagu ni.



Bagaimana aku gunakan Adobe Illustrator CS5?

Assalamualaikum, sekali lagi aku ucapkan selamat datang. Hehe~ Ada ke yang datang menjengah? Alhamdulillah kalau ada. Aku tak ada topik sangat malam ni sebab seharian ni aku agak kecelaruan fikiran membuatkan aku tak dapat berfikir dengan baik. Haha~ Jadi aktiviti aku harini adalah menciptak karekter dengan Adobe Illustrator CS5.

Aku akan tunjuk nanti jalan kerjanya. Tapi belum siap upload lagi. Kalau suka, nanti tengok ye. Aku akan update dalam entry ni juga. Kalau berminat nak tengok, sila tinggalkan komen dibawah ni dan aku akan ingatkan anda bila aku dah update dengan video. Tapi pastikan ada lah link anda tu ye. Hehe~

Sebelah kiri screen anda ni adalah Garoo, seekor kangaroo yang tak pernah ambil peduli mengenai hal yang berlaku. Walau ada yang memanggil dan menegur, masih dia tak ambil peduli. Sifatnya yang misteri membuatkan rakan2nya pun dah malas ambil peduli pasal dia. Haha~ Siapa rakan2 dia? Nanti aku tunjuk. Tapi dalam entry lain lah. Lalala~

BlogList sembil9n.com

Assalamualaikum, terima kasih sebab mengunjungi. Hehe~ Aku rasa aku selalu mulakan entry aku dengan macam tu kan? Ke tak? Tak kisah lah tu, okay. Ni adalah entry eh bukan, sebenarnya bloglist aku. Okay, jika blogger buat seperti segmen ke apa ntah tu. Aku tak kot. Sebab aku ni tak nak lah hipokrit sangat. Bagi aku, bloglist sesebuah blog untuk tuan blog tu singgah tiap2 hari. Tak pun sekurang2nya 2-3kali seminggu.

Jadi oleh kerana aku ni memilih untuk membaca blog orang. Aku ambil keputusan untuk memilih sendiri blog mana yang aku nak letakkan dalam list aku. Maaf lah kalau bunyi macam berlagak je. Aku kalau letak list banyak2 pun aku rasa berapa ramai sangatlah yang nak terjah satu2 kan? Lagi2 majoriti orang Malaysia kita ni punya sambungan internet sangat low. Jadi, aku pilih yang tertentu je. Mereka ialah:

Setakat ni tu je dalam list aku. Tapi aku akan update dari semasa ke semasa. Kalau anda berminat nak singgah pun okay je. Sebab blog mereka sangat berkualiti. Anda takkan menyesal singgah pun. 

_____________________________________________________________________

Okay, kepada pengunjung setia blog aku. Mungkin blog anda juga dapat menarik minat aku untuk lawat selalu. Kalau dah aku lawat selalu, sah2 lah aku letak dalam list ni. Dari semasa ke semasa, aku akan review sikit2 mengenai blog dalam blog list aku. Kalau berminat nak ada dalam list aku. Try lah mention aku ye? Nanti aku try tengok, sesuai ke tak. Tapi kalau tak terlist, sorry ye. Jangan kecil hati. Mungkin belum waktunya aku letak.

P/s: Maaf lah kalau aku ni berperangai pelik. Aku memang macam ni. 

Segmen dari abangzam.com: Weh! Aku Poyo Bila Aku...

Aku poyo? Heh~ Aku bukan nak kereklahkan tapi hakikatnya aku tak poyo. Aku nampak poyo ke bagi anda semua? Tak kan? Aku tahu anda suka dengan blog aku, dan aku sangat2sangat YAKIN anda semua suka blog aku. Lagi2 dengan entry2 aku, tips2 aku, dan kadang2 video2 yang aku kongsi, aku tahu semua suka. Heh~ Bukan nak berlagaklahkan, bagi aku segmen abangzam.com ni langsung tak kena pada aku sebab aku tak poyo. Kan? Haha~ Jadi kepada Abang Zam, maaf lah ye. Aku tak poyo. 

Tapi, kat siapa2 yang nak join Segmen Weh! Aku Poyo Bila Aku ... ni boleh ke blog beliau dengan klik banner tersebut. Haha~ Ni segmen suka2 je. Tak ada hadiah ke apa2 ke. Aku pun suka2 je nak join. Sebab sekali lagi aku nak bagitahu yang aku tak poyo. Tolong percaya okay?


Chill lah , week end kot !


P/s: Haha~ Aku poyo bila aku kata aku tak poyo. Hehe~ Jangan marah!

sembil9n nak cakap tentang Maharajalawak: Amir best!

Assalamualaikum, hai kawan2 aku yang singgah blog aku. Kenal Amir tak? Eh, bukan yang kawan anda tu. Ni Amir yang keluar TV tu!! Gempak weyh~! Haha~ Ni aku nak cakap sikit tentang Amir, Amir mana? Amir Raja Lawak! Seriously dia best! Aku tabik dengan dia! Banyak buat lawak. Hahaha~

Okay, aku tahu ramai yang tak suka diakan? Aku pun...tapi aku tak suka dia buat lawak bodoh tu. Sebab nampak dia seperti memperbodohkan dirinya je. Tapi apa2 pun aku tabik kat dia sebab dia still berani mencuba dan cuba dan cuba untuk menghiburkan orang! Tambahan dia sangat berani menunjukkan muka didepan orang untuk dicemuh, diherdik dan dimaki. Sangat berani mati ini Amir.

Dia yang menggunakan tagline "I'm sorry..." tu memang sangat sesuai sebenarnya. Sebab dia memang patut minta maaf sebab dia buat orang kan orang2 kita ni nampak kurang ajar dan tak menghormati orang. Wujudnya orang2 macam ni lebih membanyakkan manusia2 di Malaysia ni menunjukkan yang mereka tidak ada adap dalam berkata2 dan menkritik. Setuju?

Mengapa aku kata macam tu? Sebab lumrah manusia kan, kutuk dan maki orang pandai lah. Buatnya tak pun. Tak salah pun untuk mengkritik atau komen atau nak herdik sekali pun. Tapi bahasa kena elok. Cuba kena pada anda? Dah cermin diri ke belum? Jika anda ditempatnya? Kita mungkin boleh menyebutkan di sebelah yang positif tentang seseorang yang seperti Amir ni. Tak perlu lah sampai maki. Aduhai.

Dan aku ada pesanan untuk PENGUNDI-PENGUNDI AMIR di MAHARAJALAWAK! Silalah berhenti mengundi beliau. Tak kasihan ke pada si Amir di maki, di herdik, di caci, dan macam2 lagi. Dia tersingkir tak bermaksud kita tutup periuk nasi si Amir ni. Aku yakin ada je pengarah2 yang nak guna artis seperti Amir ni. Aku rasa dia boleh je nak berlakon. Even guaTV pun suruh kita hentikan undi si Amir sebab kasihan. Tolong ye, fikir2kan.





Ustaz serang nombor-nombor.

Assalamualaikum, kali ni mungkin tak lah lucu mana pun. Sebab aku nak menyampaikan sesuatu dan lebih pada memerli je. Maaf kalau terasa. Aku sendiri pun terkena dengan perkara ni. Huhu~ Pedih2! 

Mengapa agaknya kita ni bila ada sesuatu yang menghiburkan oleh mereka2 yang ternama sanggup perhabis duit sampai tak makan sebulan pun tak apa. Asal dapat pergi tengok konsert atau apa2 yang lagho2 ni. Astaghfirullah~ Aku pun tertanya2 kenapa kita terlalu leka dengan hiburan dunia sedangkan ajal kita bila2 ntahkan?

Konsert yang kadang2 jauhnya berbatu2 dari tempat tingal kita tapi masih kita sangguh dekati dan melompat2 dalam asakan2 orang yang ntah apa2 punya bau ntah. Tapi bila ada ceramah agama seberang longkang depan rumah, kita tak sanggup nak datang? Kadang2 siap keluar pergi merayau mana2 ntah waktu majlis ceramah berlangsung gara2 nak elak malu dari orang kata "kenapa tak pergi?".

Aduhai manusia.