BEN ASHAARI : CINTA MONYETKU

Segmen abang ketak2 kita kembali lagi. Ben ni ada je perkara nak dibuat kan? Segmen2 yang memang gila2. Haha~ Kali ni dia nak kita bercerita tentang kisah cinta monyet time sekolah kita. Aku sertai ni jadi aku pun nak cerita lah sikit. Harap si dia tak cemburu. Huhu~

Kisah cinta monyet aku bermula waktu darjah 3 sebenarnya tapi aku tak pernah masukkan dalam list pun ni. Sebab aku dah ingat2 lupa. Maklum lah dah berkurun kan? Haha~ Aku nak cerita zaman sekolah menegah je. Waktu tu aku tingkatan 1, dia ni satu kelas dengan aku. Aku dah kenal dia dan family dia dah lama dah dari kecik lagi. Mak ayah dia ada sebuah tadika yang diberi nama sempena nama dia. Family dia ramai, dan agak2 kuat agama lah mak ayah dia. Seriau aku. Haha~

Waktu tingkatan satu tu, aku agak kebodohan sikit. Aku tak pernah tahu apa tu couple, tapi masa tu memang hangat lah budak2 asrama kata pasal minah ni couple dengan mamat ni dan macam2 lah gosip. Aku blur je, siap boleh tanya member aku, couple tu apa dan macam mana.

Lepas aku dah tahu aku tak lah kemaruk nak couple. Aku tak fikir apa2 pun cuma aku tersuka lah kat dia ni. Aku dengan dia memang rapat, tapi bukan just berdua lah. Kami ada lah dalam 5 orang gang. 2 je lelaki dalam gang tu. Aku suka kat dia masa tu sebab dia caring, tegas, lemah lembut dan pandai masak. Haha~ Memang tu je pun ciri2 yang aku cari sampai sekarang. Dia ni kulit hitam2 manis gitu, lebih kurang aku je sebenarnya. Haha~

Macam mana declare? Aku ni agak pemalu waktu tu, tak banyak cakap sangat. Waktu tu pun tak ada handphone, jadi tak ada mesej2 ni. Oleh yang demikian, aku dengan dia berutus2 kertas yang ada pesanan di dalamnya kat dalam kelas. Baik waktu ada cikgu atau tak ada cikgu. Duduk berdepan pun kami tulis2, tak bercakap. Haha~ Sejak tu kami semakin rapat. Dan…err~ Aku tak ingat lah macam mana kami declare. Dah lama sangat cerita tu.

Tapi hubungan kami sampai 7 bulan je. Lepas 7 bulan tu, kami dah tak jadi macam sebelum tu. Susah nak bertegur. Dia bagi alasan nak study sebab dah nak PMR waktu tu. Tapi aku still usaha untuk terus dengan dia (waktu tu), aku cuba2 sampai lah tingkatan 4. Mak dia yang call aku dan terangkan pada aku. Kelu terus aku. Habis mak dia basuh aku.

Haha~ Lucu je bila ingat balik. Sekarang ni kami dah kawan macam dulu je dan dia dah nak bertunang dengarnya. Pakwe dia sekarang berduit dan beriman juga. Setaraf dia lah tu. Tapi dia dah lain sikit lepas SPM. Dah tak macam aku kenal dia dulu. Haha~ Dah besar dah kan, mesti lah lain. Dia dah dengan hidup dia, aku dengan hidup aku.

Tu lah kisahnya~

4 ulasan:

efa berkata...

waah ko join erk af...kehkeh kelakar lak bca story ko kena basuh ngn mak dya...huhu..biasa la tu..
C.I.N.T.A M.O.N.Y.E.T. nice story hoho :)

Mra Mastura berkata...

ho ho ho.. nak join ke tak ekh.. -__-

FaKArePa!n berkata...

singgah dari blog ben ashaari.. cinta terhalang keran family.. sadis betol.. hehe

Abhamz berkata...

salam, suka baca kisah cinta monyet anda....tahniah krn dipilih dlm segemen En Ben.