Design Your Mascot Mini Contest by Nuruldotdotdot
MAKING CUTE CARTOON "contest"
Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011
Setelah beberapa ketika, aku telah tidak menyertai sebarang contest, sekarang ntah apa mimpi aku nak pula sertai contest ni. Contest kali ni amat berbeza dengan contest2 yang di anjurkan oleh blogger lain. Seperti yang anda lihat, ianya adalah contest Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011! Gempak je bunyikan? Dengar bunyi macam grand ala2 AJL gitu. Hehe~ Anjuran blogger Faisal Abdullah.
Aku risau juga sertai contest ni; mana taknya, kebanyakkan blog yang menyertainya style2 je. Otai2 pula… aku ni baru dalam 3 bulan lebih2 sikit je berblogging ni (waktu tulis entry ni). Tapi aku rasa tak salah pun nak try sebab aku ni nak sangat tahu feedback dari orang ramai mengenai blog aku. Buruk, lembab, tak best, atau apa2 feedback pun aku terima. Tambahan lagi, En. Faisal ni ada menegaskan bahawa dia boleh akan memastikan adakah blog peserta itu layak atau tidak layak menyertai. Risau je rasa hati ini.
Tujuan lain aku nak menyertai contest ni bukan sebab hadiahnya (kalau dapat best juga), tapi antara salah satu bonus pengiklanan blog aku juga. Hehe~ Kan kita sesama blogger, mestilah sama2 menziarahi kan? Lagipun aku rasa, blog aku tak ada pun ciri2 blog yang dibenci kan?
Jadi, kepada anda yang juga ingin mencuba nasib, marilah ke blog 2dayblogger.com ni. Kalau boleh follow lah sekali. Hehe~ Aku boleh jamin yang anda tak akan kecewa sebab follow blog beliau!
Gambar Terbaik
Assalamualaikum, masih mengikuti perkembangan akal aku? Hehe~ Terima kasih aku ucapkan. Maaf lah jika macam agak membosankan 2-3 hari ni. Seperti yang aku katakan, aku dalam keadaan keserabutan dengan kerja2 yang tak settle. Tapi jangan risau, dah ada back up plan untuk blog ni. Haha~
Ok lah, terus ke topik yang aku nak sampaikan. Lepas dari kelas aku semalam, aku buka Facebook je ada beberapa Nottification. Dari Cik Enna! Ouh~ Dia minta aku sertai kontest lah. Contest mengenai gambar2 ni yang dianjurkan oleh blogger baru! Yeah~
Tu dia Cik Fatimah kita ni. Jangan tanya aku berapa umur dia, aku tak tahu. Tapi rasa macam muda lagi. Kurang2 muda dari aku. Hehe~ Ouh…syarat pertandingan yang hanya untuk warga negara Malaysia ni adalah seperti berikut:
- Mestilah ada BLOG yang dapat saya melihatnya .
- Mestilah follow SAYA supaya dapat info-info tertentu .
- Mestilah buat satu entry .
- TAYANGKAN gambar yang paling best dalam hidup you all . Gambar yang tak ada anda pun tak mengapa . No PAKSAAN . Maximum gambar anda adalah tiga .
- Send kan link anda pada imah_jpc@rocketmail.com (sertakan nama) nak hantar comment terus pun tak apa ....
- Tag beberapa aja orang yang anda mahu .....
- Tak tertinggal juga , letakkan kategori apa yang anda mahu :
- PERFECT PICTURE
- CANDID PICTURE
- SMART PICTURE
Menarik juga kan? Eh~ Syarat2 tu bukan aku tulis, tu dia sendiri yang tulis. Tak adanya aku nak ber’saya2’ ni. Haha~ Jadi aku nak pertaruhkan apa? Hmm~ Aku fikir kejap.
A Perfect Picture of my family!
Aku sebenarnya nak gambar yang lain sebagai taruhan, tapi lappy aku yang lama dah mem’burn’kan semua files dalam tu! Hilang segala nostalgia, gambar2 dan macam2 dalam tu. Huhu~ Sedih gila! Hmm~ gambar si dia pun dah tak ada. (FYI : dia tengah demam waktu aku tulis entry ni)
Tapi ni antara dalam senarai yang aku suka juga. Ni di Pulau Pangkor semasa D40 aku masih boleh guna lagi. Gambar ni di ambil pada jam 6.45petang macam tulah, sebab baru je lepas naik bot.
Mana aku? Aku yang ambil gambar. Tapi sebenarnya gambar ni ada banyak versi. Yang atas ni versi tak ada aku dan adik lelaki aku yang kecil. Bawah ni, gambar versi ada aku dengan adik aku yang kecil. Hehe~ Versi lain, tak dapat diselamatkan.
Gambar ni aku copy dari Facebook aku. Aduh~ Sedihnya tak ada gambar ni lagi. Huu~
Aku tak mahu tag siapa2 sebab aku tak nak ada paksaan untuk join! Haha~
Contest Cipta Banner "Dunia iLa aLia"
Aku menemui contest ini ketika aku berblog jalan. Wah~ Istilah bahasa melayu yang di alih bahasa secara terus amat pelik. Haha~ Okay, balik ke tajuk utama. Errhem~ Lepas dah terjumpa tu, aku pun baca2 entry dia. Mula2 dia membebel2. Dalam bebelan dia, dia kata dia teringin nak ada header dan banner tersendiri. Jadi dia anjurkan contest ni. Lepas tu, dia beri pula syarat2nya. Lihat lah keblog dia sini. Tapi tarikh tutup dia adalah 31hb Disember 2010. Maknanya dia nak pakai untuk tahun baru lah. Aku pun apa lagi tak melepaskan peluang sertai sebab hadiah dia agak lumayan iaitu external hard drive 500G!! Mana tak goyang aku. Walau aku dah ada dah haritu, tapi aku nak juga lagi satu. Hehe~
Jadi cik iLa, ini dia header anda (walau anda tak minta):
Okay ke tidak? Aku buat simple2 je. Character tu ada rupa cik iLa tak? Hehe~ Kalau tak berapa suka, ini macam mana:
Sebenarnya ubah suai sikit2 je. Tukar tulisan tu sikit2. Hehe~ Terpulang lah nak yang mana, aku tak kisah. Itu pun jika terpilih lah. Huhu~ Eh tapi sebenarnya bukan header yang cik iLa ni minta. Dia minta banner. Aku je yang ngada2 tambah2 buat header. Okay cik iLa, ni aku sediakan banner sikit untuk anda:
Ada 5 sekarang ni. Aku pun buat ikut sukahati aku je. Hehe~ Aku tak tahu lah apa taste cik iLa ni sebab tu aku main bantai letak banyak2. Haha~ Kepada cik iLa, harap tidak pening dengan design2 ini ya. Aku mencuba apa yang aku mampu. Hehe~ jika tak menang pun tak apa. Aku sekadar memeriahkan majlis. Hehe~ Tapi jika aku terpilih lah kan, aku benarkan cik iLa untuk meminta aku mengubah mana yang tak perlu atau mana yang nak ditambah atau apa2 lah. Aku okay je. Tak ada hal, dan apa2 nanti aku hantarkan melalui e-mail ye. Risau saiznya rosak sebab copy dari sini je. Hehe~
“SELAMAT MENJAMU HEADER & BANNER BARU!”




