Kenapa benci Justin Bieber?

Justin Bieber seorang budak yang popular di dunia. Cuma seorang penyanyi muda yang popular dengan lagu ‘Baby’ dan beberapa lagu hits lain. Kalau anda tak kenal lagi, memang sah anda tak terlibat dengan media. Hehe~ Mustahil tak kenal budak nama Justin ni. Jadi, adakah anda meminati dia? Aku tahu seorang blogger yang juga peminat si budak Justin ni. Beliau ialah Shira adik Mushee. Haha~ Lama dah tak tag nama Mushee ni.

Cakap pasal Justin Bieber, mesti ramai yang tahu kes dia ni iaitu tidak disukai ramai. Bukan setakat 2-3 orang, tapi boleh dikatakan dalam setiap negara mesti ada kumpulan yang membenci Justin. Kenapa ye?

Apalah punca budak ni dibenci agaknya? Tapi di benci2 pun, popular je siap masuk majalah! Mana2 ceruk mesti ada review tentang budak ni. Nak kata lagu dia tak hits? Tak juga, banyak je lagu dia keluar radio. Kalau dibenci, mesti lah tak ada orang layan lagu2 dia kan? Lagu2 dia catchy apa? Aku rasa sekarang ramai je ikut trend pakaian dia ni. Trend muzik zaman sekarang kan?

Tengok lah kasut dia, fuh! Aku memang minat betul kasut fashion ni, tapi belum berpeluang nak beli. Ada sesiapa tak nak belikan aku? Haha~

Ada sumber kata dia ni menyanyi tak lah bagus mana. Tapi mengapa semua orang kata dia bagus? Dari kanak2 hingga orang tua kata dia bagus. Kata seorang pembenci Justin ni; ada kemungkinan yang Justin dikatakan bagus adalah kerana pengaruh sekeliling. Bila ada orang kata dia ni bagus, sorang lagi pun ikut dan lama2 jadi ramai kata dia bagus. Bagus ke? Ntah lah~ Zaman sekarang, orang tak pandai nyanyi pun boleh pandai nyanyi. Teknologi kan ada. Mesin boleh ubah suara orang kan? Ramai je artis tempatan buat macam tu, bila live kantoi2.

Justin Bieber ni pernah di katakan sebagai bukan seorang budak 10 tahun, tetapi berumur 56 tahun! Dia berbuat begitu adalah kerana beliau seorang pedofil yang cuba merapati perempuan2 bawah umur. Haha~ Ternyata satu cerita yang sangat2 lawak. Bak kata Nabil “teknik super impose!”

Aku tak kisah lah tukan. Yang penting sekarang, aku belum jumpa jawapan baik di Google, atau pun mana2 sumber lain yang boleh menyatakan kenapa Justin Bieber ni popular? Aku ni tak la kisah, tapi pelik dengan kata2 orang. Haha~ Aku asal lagu sedap, aku layan lah. Kalau tak sedap, aku tak dengar. Betul tak? Tak payah nak kutuk2 kalau tak suka, hindarkan diri je itukan selemah2 iman yang mampu kita buat. Jauhkan perkara negatif, dekati yang positif.

P/S : Justin Bieber ni tak pandai menari sebenarnya. Dia menari kena ada choreograph. Tu yang aku nampak lah, sebab movement tarian dia janggal kalau konon nak freestyle. Haha~

2 ulasan:

thebeybeh berkata...

anda betul. sy pun xsuka dia. tp bila pikir2 knpa pla aku xsuka dia? heh! tiada sebab. same goes to me..pun suka kasut dia. bergaya kn dia...suma kasut cun2..heheh

misza berkata...

suka pun tak. benci pun tak. biasa² aje. tak baik benci² orang.