(Trend) DSLR milikmu.

camera

Kamera adalah satu nama yang anda semua dapat bayangkan apa bendanya bila nama tu disebut. Kalau tak dapat bayang tu agak pelik lah sebab kamera atau dalam Englis adalah camera  ni sangat2 lah banyak di gunakan zaman sekarang ni. Kamera ni adalah alat yang dicipta untuk merekod imej. Tak kira lah imej macam mana pun.

Tapi itu bukan persoalannya. Aku tertanya kenapa semakin ramai orang di sekeliling aku nak ada kamera? Kalau kamera digital aku tak lah heran sangat tapi aku cakap pasal DSLR. Aku tak pasti lah bagaimana dipersekitaran anda tapi ni lah yang aku nampak sepanjang aku menjelajah ke beberapa tempat. Kalau memang dia belajar jurusan yang berkaitan tak apalah kalau beli DSLR, ini kadang2 memang tak ada pun kena mengena. Ish~ Kenapa ye? Kemusykilan aku ini.

Mungkin aku boleh kategorikan pemilikan DSLR tu sebagai minat mereka. Ye, memang aku akui seronok mengambil gambar ni. Tapi aku rasa penggunaan mereka pada DSLR tu kurang dimanfaatkan lah. Sebabnya mereka ni lebih pada ambil sekadar ambil gambar. Aku ada tegur beberapa junior aku yang sedemikian, tapi mereka balas “dah nama pun kamera, mestilah ambil gambar,”. Ye, itu memang betul juga. Tapi DSLR ni lain. Kalau sekadar ambil gambar, lebih lah baik guna kamera handset atau kamera digital je. Itu sememangnya dikhaskan untuk ambil gambar je.

Mungkin anda yang baca ni susah nak faham apa maksudnya. Dulu masa aku baru2 ada DSLR pun macam tu juga, tak faham. Aku fikir ambil gambar hanya tekan je shutter tu. *Klik~ *Klik~ *Klik~ Rupanya tak.

Lecturer aku kata, kalau nak ambil gambar tu biar ada satu penceritaan dalam gambar tu. Bukan sekadar cantik je. Kalau tak ada penceritaan pun, biar ada penegasan dalam gambar tu. Contoh seperti emosi, suasana, peristiwa, keunikan dan macam2. Kita kena tahu mana nak focus. Kalau tidak ada beberapa ciri tu, rugi dan membazirlah kita beli kamera ribu2 siap lensa yang pelbagai tapi gambar tu sekadar gambar. Rugi~! Apa rasa bila tak ada yang nak tengok pun gambar2 kita ambil. Kalau ada pun sekadar mereka2 yang ada dalam gambar tu je. Lepas dah tengok gambar tu kembali menjadi ‘nothing’.

Cara pengambilan gambar ni ada undang2 dia. Maksudnya teknik yang betul supaya gambar yang diambil lebih mesra pelihat. (Betul ke ayat tu?) Jika gambar yang kita ambil tu tak betul tekniknya akan menampakkan gambar tu biasa je dan lepas sekali tengok je dah rasa bosan.

Susahkan? Aku pun masih dalam practice mengambil gambar lagi ni. Tapi buat masa sekarang aku tak shoot dah, sebab D40 aku rosak lah. Bila ntah nak baiki. Sabar je lah. Tapi sebenarnya bidang fotografi ni bukan tentang jenis kamera yang kita pakai. Tapi tentang teknik dan penyampaian kita. Fotografi ni bagi aku adalah teknik kita menyampaikan sesuatu cerita @ mesej kepada orang lain melalui apa yang kita lihat tanpa mengeluarkan kata2.

“Fotografi ni bagi aku adalah teknik kita menyampaikan sesuatu cerita @ mesej kepada orang lain melalui apa yang kita lihat tanpa mengeluarkan kata2”.

Nanti kalau D40 aku dah elok, aku bagi sedikit tips yang aku tahu mengenai penggunaan DSLR ni ye. Dalam entry ni baru pengenalan je.

5 ulasan:

orang panggil aku mun. berkata...

yes.

kawan saya ramai ada DSLR..sy pun nak beli.boleh la slalu nyinggah sini.yaw

Amir Izzat berkata...

hurm, betul tu..kalau setakat ambil gambar biasa..tak syok ar guna dslr.. dan saya amat setuju dgn kata2 saudara. sekarang ni..sedang mencari duit nak dapatkan 550D...bila la agaknya..hehe

iniialahaku berkata...

pnglaman pling gila babeng aku jumpa,tnya "ISO bpe ko set nak amik gmbar ni?" dgn slmber dia tnya aku blik.."ISO 2 apa bro?"

p/s:aku pkai kmera nset je..2pon 3.2mp

niesz berkata...

teringin nye camera nie..bile la ley dpt yer..

Mra Mastura berkata...

yeah, skang ramai gune dslr..bukan kualiti gambar je lawa, kalau pandai, memang mcm2 leh cerita dalam 1 gambar tu.. =) selamat maju jaya amek gambar2 ye..